Friday, May 2, 2008
Bicara Buku (2): Peribadi
Tajuk Buku: Peribadi
Penulis: Professor Dr. Hamka
Cetakan Pertama: 1965
Terbitan: Pustaka Antara
Bil. m/s: 139
Biodata Penulis
Professor Dr. Hamka lahir pada 16 hb. Februari, 1908 di Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau - Sumatera dan meninggal dunia pada 24 hb. Julai, 1981. Beliau adalah seorang ulamak Islam yang progressif, guru agama, wartawan, pujangga failasauf Islam, mahaguru jurusan filsafat Islam, dan pemimpin.
Sinopsis
Sepuluh tajuk besar atau bab dalam buku ini menjadi garis kasar dalam bidang persoalan peribadi manusia sebagai individu, manusia berkelompok, manusia bermasyarakat, dan manusia berbangsa.
Bab demi bab memberikan uraian-uraian yang tepat, mudah dan logik, yang kadang-kadang bersandar pada logika filsafat, ada kalanya pula bertunjang pada suatu peristiwa, dan ada masanya mengambil contoh dari suatu riwayat.
Dari semua uraian itu kita akan menemui diri kita sendiri, dan dengan mudah, asal saja ada keinginan, untuk membentuk diri sendiri, hingga memiliki peribadi yang besar dan mulia.
Ulasan
Buku ni saya pinjam daripada perpustakaan maktab. Saya mula pinjam buku ni dari 16 Januari 2008 sehinggalah hari ini, hampir 4 bulan saya asyik menyambung pinjam buku ni, sebab tak habis-habis lagi menamatkan bacaan buku ini... walaupun buku ni hanya mengandungi 139 muka surat, tetapi nak memahami ayat-ayat dalam bahasa Melayu Indonesia ni agak mencabar kemampuan saya untuk memahaminya.
Terdapat banyak kata-kata yang menarik dan puitis yang boleh dijadikan iktibar.
Antaranya:
1. Takut gagal adalah gagal sejati.
2. Takut mati adalah mati sebelum mati.
3. Hidup itu adalah gerak dan gerak itu ialah maju, berjuang dan naik dan jatuh dan naik lagi.
4. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi besok, sebab itu kita tidak ada tempuh yang harus terbuang.
5. Sebagai bangsa, dahulu kita berjuang mempertahankan kemerdekaan, dan setelah diakui kemerdekaan itu kita berjuang mengisinya, supaya bangsa dan negara kita berdiri, dan hidup terus.
6. Apabila perjuangan telah berhenti, apabila kesulitan tidak ada lagi, apabila kita sudah puas saja dengan apa yang ada, ertinya matilah negara kita dan kita sendiri.
7. Dengan keberanian menempuh kesukaran, orang hendak melihat peribadi kita.
8. Mencari kemenangan bukanlah mudah; beranikanlah diri tertawa pada waktu "kematian angin", sebagai tertawa pada waktu dihembuskan angin beranilah dan kumpulkanlah kekuatan pada waktu gagal untuk tegak dan melompat sekali lagi, dengan lompat yang lebih keras, sehingga orang yang tadinya tertawa melihat kita jatuh, bertukar menjadi takjub.
Selain itu, terdapat banyak lagi kata-kata penulis yang amat menarik.
Di sini saya ingin berkongsi bersama pembaca, apa yang penulis katakan berkenaan "alat penimbulkan peribadi" (yang bermaksud ciri-ciri yang menonjolkan peribadi kita)
1. Daya Penarik
2. Cerdik
3. Timbang-rasa
4. Berani
5. Bijaksana
6. Baik Pandangan
7. Menyesuaikan Diri
8. Bentuk Badan
9. Bijak
10.Percaya kepada Diri Sendiri
Itu sahaja yang saya mampu untuk berkongsi isi bacaan yang diperolehi daripada buku Pak Hamka ini. Beliau sememangnya seorang penulis yang hebat.
Semoga Allahyarham Pak Hamka dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Amiinn...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Kat mana beli ye ? Ada contact number tak ? My grandpa really need this . Please
Post a Comment