Monday, February 23, 2009

Gara-gara "Good Luck Plant"

Adusla gara-gara "Good Luck Plant" ni atau nama biasa aku panggil pokok setawar ni, aku dikenakan oleh budak-budak berenam ni, budak-budak tahun satu dan dua plak tu ...

Alkisahnya gini... aku mengajar matapelajaran Sains tahun 1 dan 2 ni, masuk la tajuk "How Plant Produce Young" ni... jadi selepas aku bercerita-ceriti ngan budak-budak ni, jadi nak suruh menampakkan lagi macam mana anak pokok yang baru ni boleh bertunas dan membesar, aku suruh la dorang ni buat eksperimen dengan mengambil daun "Good Luck Plant" ni dan aku suruh simpan la dalam buku teks Sains masing-masing. Dengan aku sekali buat juga eksperimen ni. Dorang mula buat eksperimen ni hari Jumaat lepas, jadi pagi tadi selepas perhimpunan aku sesaja la pergi masuk kelas budak-budak ni tanya berkenaan eksperimen dorang hari tu... Budak-budak ni sibuk la tunjuk daun masing-masing... Aku pun check la daun sape yang dah bertunas... Daun Suzanne ngan Frisyila je yang dah bertunas, yang lain-lain semua tak bertunas pun lagi, yang Pillus lagi la dah berubah warna kuning dah.

Pastu budak-budak ni tanye la aku, apesal daun dorang tak bertunas? Aku pulak tetiba bagi jawapan saja a nak kenakan si Pillus yang nakal sangat ni... Aku cakap le, daun yang dah bertunas tu sebab tuan daun tu budak baik, dengar cakap cikgu... daun yang masih tak bertunas tu sebab tuan daun tu nakal sangat, suka main, tak dengar cakap cikgu tu sebab daun tak nak bertunas tu... hehehe, bila aku bg jawapan gitu, suka la Suzanne ngan Frisyilla tu, tapi budak-budak lain ni tak puas hati plak. Tu a padan muka, suka sangat main-main kan aku, ade ke patut kasut aku pon dorang ni main sembunyi, geram betul aku.

Tapi si Pillus ni memang banyak idea la, lepas aku cakap gitu, dia pun tanye aku, "daun cikgu dah bertunas ke belum???" Aku ni lepas budak ni tanya, aku cakap le daun aku pun tak bertunas juga... jujur sungguh aku, tak terpikir benda pon... Abis aku jawab gitu, budak ni cakap " aaa jadi cikgu pun nakal juga la ye!!" Pergh, hampeh sungguh budak-budak ni, aku pulak yang kena, dah takleh nak tarik dah jawapan aku nih, adus la... bakpo la aku ni betul sangat... dah kena gelak kat budak-budak nih!! Yang hampeh lagi, kebetulan plak GB aku pun duk dengar juga aku duk bercakap ngan budak-budak nih, lagi le aku telah menghampeskan diri aku nih!!!

post signaturePiz... piz ape a mu nih, ngan budak pon bulih terkena... Takpe, lepas ni aku dah tak mengajar Sains dorang dah aku ambik semo subjek math je, ha baru padan muka dorang, dapat cikgu baru, yang dorang memang takut plak tu, ha rasakan! Masa ni la baru nak tunjuk muka seposen ngan aku, duk pujuk aku suh ajar dorang lagi... hehehe, sori naik lori la ye, nasib korang le, aku pon suka juga mengajar budak-budak kecik ni sebab ngan aku sekali boleh main...

Sunday, February 15, 2009

Lukisan Alam

Lokasi: Sungai Batang Sadong, Simunjan, Samarahan.
Masa:6.00-7.00 petang

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


post signatureKalau kita tengok, hayati keindahan alam nih, boleh juga melapangkan fikiran kita yang kadangkala kusut, banyak sangat berfikir dan macam-macam benda la, selagi boleh masuk kat dalam otak kepala ni selagi tu le kita sumbat! Aku pun gitu juga a... sebab tu kalau aku la, suka juga tengok gambar-gambar alam gini ni, lagi pun takde rugi sesen pun kita menghayati lukisan alam yang indah ni, sebaliknya banyak faedah pula yang kita boleh dapat... Betapa hebatnya alam ciptaan Allah ni... Minggu ni disebabkan aku ni tak mau keluar dari tegelam ni, keje aku kumpulkan semua gambar-gambar nih, tengok... tilik je... banyak lagi ni, semula-semula la ye, lagi pun aku sibuk ngan hobi baru aku, hehe aku dapat satu game best!! (woi2, jangan sesapa kata aku jiwang pulok deh!!!)

Tuesday, February 10, 2009

Memancing la pulak...

Hari Ahad semalam, aku ingat nak duk memalaskan diriku kat umah aku ni je, malas nak pergi mana-mana... Aku ingat nak sambung games aku yang dah lama juga aku tinggalkan, tapi bila buka je, hampes, dah habis tempoh plak dah, tensen je aku. Malas aku nak download baru game tuh. Nak tengok cerita pun, cerita sama je, cerita baru takdok la plok. Nak tengok tv... tau doh takdok benda baru, kalau berita, berita sama duk ulang, wak sakit ulu ati aku ni sungguh. Aiiii duk mikir lamo juga aku nak wak gapo hari tu... Dah le aku terbangun awal plak, nak sambung tidur semula, tok molek sangat plok... Basuh baju, kemas rumoh huduh-huduh sudoh blako doh... adus la nok wak gapo la... Nok baco buku? paper? emmm sori la mana la aku nok dapat... payoh la luk. Nok gi main ngan budok-budok pon tak nampak sapa-sapa pun lalu kut umah aku nih... nok g lepak kat tepi sungai tu, nanti orang kata jiwang plok, malas aku!

Tengah duk baca-baca berita kat sini nin, tetiba aku dengar Shirley ngan Lis cakap nak ikut Boss ngan Josh gi mancing kat sungai... Dorang ni ajak le aku sekali, ngan Putri, Uya sekali... Emmm aku cakap kat dorang ni aku nak pikir dulu, bes juga ikut dorang ni mancing daripada aku duk memboringkan diri aku gini ni... Pikir punya pikir, lama wei aku pikir dai kul 11 pagi sampai kul 1 tengah hari tu, punyala payah nak wak keputusan... Akhir sekali bila aku dengar Shirley panggil Lis turun sebab Boss ngan Josh dah naik perahu, aku pun cepat-cepat panggil suh dorang tunggu aku nih. Ceh, akhirnya aku ikut juga... dengan terpaksa sebenarnya... Takpe a, bila lagi aku nak try menghayati hobi memancing nih, kat atas perahu pulak tu...

Tu dia, rombongan memancing Tegelam, dah siap ngan joran, penyauk, dan yang penting umpan! Betul ke aku nak ikut nih... jauuuuhh dari celah-celah hujung hati aku nih... sebenarnya terpikir takut terjumpa lagi si croc tuuuu, tu sebab aku malas tu, dah le aku ni cepat boring... tapi bila aku tengok semo macam semangat jah... aku pun tetiba je dapat rasa suasana menyeronokkan le plak... tu baru naik atas perahu... tak jalan lagi tu...

Cuba teka apa dia nih??? Hehehe... ini lah dipanggil umpan untuk mengail ikan ngan udang. Ada cacing tanah ngan anak-anak udang dan anak ikan... Kalau takde umpan nih macam mana la nak mancing. Semua umpan ni, bukan aku yang cari, aku tengok dah ada kat atas perahu ni, kalau bukan Boss yang cari mesti budak-budak ni. Aku ingat aku nak gi cari, tapi dorang dah cari siap-siap umpan nih, aku baru je nak menunjukkan ketereran aku menangkap cacing tanah nih, rugi tu...

Ok, mula-mula nak memancing nih, kena la ada joran, mata kail ngan umpan. Mula-mula ambil batang joran yang dah dipasang mata kail nih, lepas tu ambik le cacing ke anak udang ke ape-ape umpan ke sangkutkan je la kat mata kali tu... Aku kan ganah jadi aku pilih umpan cacing!! Tapi masalah le plak cacing ni panjang, adusla macam mana nak buat nih.. Ooo rupa-rupanya kena kerat dulu cacing ni ye... Aisey, guano nih, rase zalim le plak nak kerat cacing nih... sambil duk pikir tu, Boss cakap kalau nak kerat, kerat yang belah ekor, jangan belah kepala, kalau belah kepala tu mampus pulak cacing tu, kalau belah ekor cacing tu hidup lagi... Ye betul-betul boss!! Ape mu nih, benda kecik macam ni pun nak kena orang ajar juga ke... Ye a, aku takut dikatakan zalim je nak belah-belah cacing gitu je, sib baik boss bagi petua... Dengan sekali tarik, terputus juga cacing nih... hehehe. Pastu aku pun memulakan proses mengail... Yang ni le bermulanya perasaan boring aku nih... Ye a, aku nak borak-borak pun takleh... siap duk suh aku syyyy lagi... susah betul le, nak kena senyap je, aku mana boleh! Boring a...

Sambil duk tengok ke air sungai yang macam laut tu... dah tu aku nak tengok gapo lagi, tengok sungai ngan joran aku je la... tetiba aku tengok joran aku bergerak-gerak, menarik-narik plak tu...Aku yang terpinga-pinga tu pusing je la joran aku tu, lagak macam yang dah pro plak, hahaha... Bila dah tarik tu, waaa rupa-rupanya aku dapat kail udang tu... yahooo berjaya juga aku mengail...

Ini dia, gaya pemancing-pemancing Tegelam... hebat-hebat semua nih, aku bila dah berjaya pancing udang sekor nih, terasa gumbira la plak, semangat nak memancing lagi... tapi sekejap je la, lepas tu aku boring semula... Dah lama duk situ, setiap sorang dari kami boleh memancing sekurang-kurangnya seekor udang dan ikan, pastu boss bawak kami ke lubuk lain plak... Tapi ketiga-tiga lubuk baru nih semua tak dapat hasil... agaknya ikan ngan udang sini duk tidur semua kut, tak pun lari terus, sebab aku duk bising-bising je... nasib a... Lambat wei la dorang ni nak balik, aku dah letih dah, rasa lapar ngan ngantuk dah aku, tak tahan aku tiga jam duk main macam nih... cepat la kelik wei... tapi takde sorang pun layan aku, tensen wei la... Tak lama lepas tu, Josh plak tensen sebab takleh hasil pun, gumbira aku bila tengok Boss ngan Josh dah macam sedia nak balik je... hehehe... tapi Lis ngan Shirley pulak masih bersemangat duk mancing... kene tunggu dorang kejap le... Ape pun aku berhasil juga mendaratkan seekor udang galah dengan menggunakan umpan cacing... jadi le tu...


post signatureBila dah sampai kat umah aku dalam pukul 5 petang tu, aku cepat-cepat naik umah aku, tak berenti borak-borak dah... Boss ajak lagi gi mancing kat sungai belakang sekolah... ooo tidak, stakat ni je, mungkin selepas ni aku tak mau dah memancing, kalau setakat sepuluh minit boleh lagi aku tahan, ni berjam-jam, banyak membazir masa, cuba bayangkan kalau aku duk kat umah tadi, masa yang panjang ni apa yang aku boleh buat? Banyak benda la... Tapi dalam aku duk mengail tadi, rupa-rupanya si croc tu ada, tapi aku je tak perasan... hoho... tidakkk lepas ni aku tak mau ikut dah! Serik doh!!

Sunday, February 8, 2009

"Life Jacket"

Tetiba pulak aku bercerita pasal "life jacket" nih, sebenarnya bukannya apa saja nak bagi peringatan kepada kita semua... terutama kepada pengguna laluan air nih. Jaket ni amat penting dipakai untuk keselamatan pengguna air... Namun penggunaannya langsung tidak dititik beratkan oleh pengguna jalan air, murid-murid sekolah juga turut tidak menggunakannya. Walhal, jaket ini telah pun dbekalkan kepada setiap sekolah berhampiran sungai, contohnya sekolah aku ini.

Teringat aku masa aku nak bertolak ke Tegelam pada 6hb Januari lepas, wakil PPDK yang berkebetulan hendak ke sekolah aku bagi membuat pemantauan, dengan baik hatinya menumpangkan kami bertiga naik bot laju yang bertutup kepunyaan PPDK... dalam aku duk berborak-borak dengan encik tu, aku pun tetiba bertanyakan pengunaan jaket keselamatan ni... lepas je aku tanya, encik ppdk tu senyum sengeh je... sambil tersenyum dia jawab,"emmm kalau cikgu nak pakai boleh je, kebiasaannya sekolah tepi sungai pihak kami ada bekalkan jaket keselamatan ni... tapi biasanya orang-orang kat sini tak guna pun... dorang dah biasa macam ni, ala dreba perahu tu tau la macam mana cikgu... dorang dah biasa ngan keadaan sungai ni..." habis jawab soalan aku pun dia tetap sengih juga, aku pun angguk je la, malas nak tanya lebih-lebih.

Ini dia... tepatlah yang dikatakan oleh encik ppdk tu, rupa-rupanya banyak betul jaket ni tersimpan kat stor sekolah ni... Aku pernah juga berniat nak beli sendiri untuk kegunaan aku bila keluar dari Tegelam nih, tapi dah semamangnya ada... sehinggakan adik aku pernah cakap kalau takde jaket tu kat sekolah, dia nak belikan dan poskan kat aku, keluarga aku ni runsing dengan keselamatan aku nih... ye a, aku pun. Bila nak keluar ke pekan Simunjan hari jumaat lepas, kami sepakat untuk memakai jaket nih, untuk keselamatan bersama juga, malang tak berbau... lebih-lebih lagi aku ni yang tak lepas-lepas lagi nak berenang...

Tu ha, cikgu Shah, cikgu Josh, Lis ngan Uya, bersemangat betul memakai jaket nih... Barulah duduk kat atas perahu tu rasa selamat sikit. Boss and the geng gelak-gelak je kat kami nih, dorang takpe a boleh eksen ngan kami sebab dah lama hidup kat tepi sungai nih, tapi aku risau juga tengok bebudak sekolah yang sering naik perahu nih, tapi tak pakai pun jaket nih. Dah nak buat macam mana... nanti lah kami nak suarakan hal ni kat sekolah nanti... kami pun dah berbincang sesama kami tentang hal ini.

Waa sempat lagi kami berempat bersantai kat atas perahu nih, siap makan-makan lagi, kalau nak basuh tangan pun senang je hulur je tangan dalam sungai tu... tapi AWAS!!! jangan amalkan masukkan tangan dalam sungai ye... kejap lagi mu tengok takde tangan tu... huhu, ini petua aku dapat dari geng cikgu-cikgu yang dapat sekolah kat p3 nun, eksen ngan aku dorang nih, ye a, dorang takyah naik perahu, tapi teruk juga kena melalui jalan balak, bukit, jalan kaki dan sebagainya... macam-macam la... Ha tu pulak perahu lain yang sempat memotong perahu kami nih, hampeh sungguh, tetiba je perahu ni potong kami, berlagak a pakai enjin laju tuh!! Ni plak pakcik Karim yang jadi dreba perahu kami pada hari tu... sporting betul pakcik Karim nih, setiap kali dia nampak croc mesti dia cepat-cepat panggil kami suruh tengok, pastu siap nak matikan enjin perahu lagi, supaya aku dapat ambik gambar si croc nih... waaa ape a pakcik nih, wak kecut perut aku je...


post signatureBila aku tengok je dorang ni pakai "life jacket" ni teringat aku pesanan Encik Zainol pensyarah PJ aku yang mengetuai program BIG kami kat maktab dulu... dia sentiasa wajibkan kami memakai jaket nih, tak kira lama ke sekejap ke asalkan masuk je kat air, wajib pakai... bahkan semasa kami sedang berkhemah kat Tasik Kenyir dulu pernah dia menghalau sebuah rombongan sekolah supaya balik semula kerana tidak memakai jaket dan cikgu perempuan sekolah tersebut pulak memakai baju kurung untuk mendaki bukit. Mengamok lect aku tu... Rupa-rupanya segala ilmu yang encik Zainol ni berikan kepada kami ni amat berguna juga walaupun dia bekeng giler2 dan cakap pun aku kau je ngan kami nih!! Apa pun terima kasih Encik Zinol...

Saturday, February 7, 2009

Jagu ke Baya' ke Buaya ke "Crocodile" ni???

"Chegu... chegu... itu jagu, chegu!" Tetiba suara pakcik Karim dreba perahu tgh hari tu, memanggil kami supaya melihat ke tebing sungai, sambil menunjuk ke dua-dua belah tangan dia menyerupai mulut buaya, huhu... rupa-rupanya pakcik Karim tunjukkan kami si croc yang sedang melepak sambil menjemurkan dirinya kat tepi-tepi sungai tu... Kali pertama pakcik Karim tunjukkan croc, terkejut aku, ye la, aku mana nak paham sangat dialek sarawak nih, sampai terjatuh aku punya sarung kamera kat dalam sungai tu, punya la aku terperanjat. Tapi yang ni aku tak nampak sangat, tapi pakcik Karim cakap besar juga yang tu...

Adusla, selepas je aku dengar pakcik Karim kata kat depan nanti ada lagi... aku pun tak berenti-renti mengucap, gerun aku memikirkan kalau terserempak lagi ngan si croc ni. Pakcik Karim pula terpaksa membawa perahu ni menghampiri tebing sungai disebabkan arus sungai sedang melawan arus, jadi perjalanan kami ke pekan Simunjan pada hari itu mengambil masa 1 jam 30 minit, kalau ikut arus dalam 45 minit dah sampai.


Tengah aku duk mengambil gambar-gambar pemandangan kat tepi-tepi sungai, lagi sekali aku terkejut, bila pakcik Karim lagi sekali memberitahu si croc ada kat tepi sungai tu... Waa aku yang terkejut sambil terkaku melihat aksi si croc ni masih sempat juga mengambil gambar croc yang sedang berjalan-jalan di tepi sungai tu... Hoho, akhirnya, aku ditakdirkan juga melihat si croc ni secara realiti, baru sebulan aku duk kat sini dah boleh tengok, insan bertuah sungguh. Putri yang dah duduk kat sini hampir setengah tahu pun tak pernah lihat si croc ni lagi... Tapi yang aku lihat ni boleh dikatakan anak, kalau yang besar yang ibu bapak tu dia jarang nak menonjolkan diri, dia lebih selesa berada di bawah sungai ni... Itu la croc yang aku bulatkan merah yang aku nampak kat sungai nih. Ini betul-betul ni...


Ha ini lah tempat dan kawasan yang menjadi kesukaan si croc ni duduk melepak... tengok sungai yang gelap sedikit tu, korang jangan tak tau, masa kami melalui kawasan ni, terdapat seekor croc yang besar, tapi bila terdengar je enjin perahu kami ni, dia cepat-cepat menerjunkan dirinya ke dalam sungai... kawan-kawan aku termasuk pakcik Karim ni pun nampak croc nih, aku plak nampak air yang dah berkocak-kocak, dengar bunyi "plash" seperti orang yg baru melompat terjun sungai tu... yang lagi sekor plak, bila kami lalu je, dia pon nak tunjuk jaguh renang jugak, terus berenang nak saing ngan perahu kami... huhuhu dasat gak si croc ni ye.


post signatureIni la hari bersejarah untuk aku, Lis ngan Uya... tak pernah-pernah tengok buaya secara live nih, harap-harap lepas ni aku tak berjumpa lagi ngan si croc nih, cukuplah sekali ni je... Aku kalau boleh minggu-minggu selepas ni aku malas la nak keluar dari Tegelam nih, lagi pun stok makanan aku ngan Lis untuk sebulan dah kami beli semalam, cukuplah untuk sebulan ni. Aduhai nasib le mu piz, duk Tegelam...

Monday, February 2, 2009

Kelas Malam

Minggu ni dah masuk minggu ke lima aku berada kat Tegelam, Simunjan nih. Kalau ikut sifir Matematik, aku sudah berada kat sini selama sebulan. Aku sampai ke Kuching 4 hb 1 2009, kemudiannya, 5hb aku bertolak ke Simunjan, namun disebabkan tidak ada wakil dari Tegelam mengambil kami kat Pekan Simunjan ni, jadi kami lepak kat situ semalaman, keesokannya 6 hb. 1 2009 pihak PPDK Simunjan menghantar kami ke SK Tegelam dengan menaiki bot laju, bukan perahu panjang ni. Pejam celik-pejam celik dah sebulan aku berada di sini. Banyak pengalaman pahit manis masin tawar kat sini, yang pasti tak terdapat kat Mache, yang aku tak boleh lupa sangat, sampai-sampai je kat Tegelam nih, terus aku diserang demam terkejut selama seminggu, teruk gak deman aku tu, campur ngan selsema dan batuk sekali. Aku sebenarnya terkejut bukan sebab apa, terkejut tengok sungai seluas mata memandang, lepastu kena naik perahu plak, yang aku lebih-lebih lagi terkejut bila dorang ni bagitau ada croc kat dalam sungai ni, ape lagi sampai je kat Tegelam, terus aku demam! ... Tetapi bagaimanapun Tegelam nih, Mache tetap di hati aku nih... Aku rinduk ka nuan, mache...

Apa aku duk mengarut nih, aku sebenarnya nak cerita pasal kelas malam le, ape a. Malam ni bermula kelas malam dari jam 7 malam sehingga 8.30 malam. Semua murid dari tahun 1 sehingga tahun 6 diwajibkan menghadiri kelas malam nih. Malam ni aku, Nisa ngan Joshua kena jaga budak-budak ni, tolong tengokkan apa yang patut. Tujuan kelas malam ni diadakan untuk memudahkan budak-budak ni buat kerja sekolah. Disebabkan elektrik kat rumah panjang hanya 12 jam sehari pada waktu siang hari sahaja, maka sewajarnya kelas malam ni diadakan. Lagipun kat kawasan sekolah sahaja elektrik ada 24 jam. Harap-harap generator ni terus baik je, kalau tidak bergelap le kami nanti.

Tengokla budak-budak tahun 1, 2, 3 dan 4 nih, tekun betul menyiapkan kerja sekolah. Sampai ke lantai kelas siap meniarap lagi, tengok Frisylla ni sampai meniarap kat lantai tu. Tu si Pillus ngan Justin tu duk bersila kat lantai tu duk belajar ke duk main tu... macam-macam telatah budak-budak ni.

Dalam pukul 8 malam, budak-budak ni dah mula bising-bising dah, ada yang duk bergaduh lagi, rupa-rupanya dorang dah habis wak keje sekolah. Aku pun apa lagi, suruh dorang ni kemas semua buku-buku, lepas tu boleh balik ke rumah panjang. Sepatutnya tamat jam 8.30 malam, tetapi kerana cikgu piz yang termalas sokmo ni, jadi aku suruh dorang balik awal, lagi pun budak-budak tak boleh tidur lewat-lewat sangat, esok pagi nak gi sekolah lagi. Lagi pun bila aku tanya Al, dia kata boleh je, aku pun lagi la cepat-cepat mengunci pintu kelas suruh dorang balik.

Ini la suasana malam kat sekolah, syukurlah ada lampu jalan ngan lampu koridor kelas, boleh la budak-budak ngan orang kampung kat sini menggunakan kemudahan ni. Bila agaknya orang-orang kat pedalaman macam ni nak merasa suasana dan kemudahan asas yang memang menjadi satu keperluan, sekurang-kurangnya dapat merasa air bersih dan elektrik 24 jam pun dah kira ok dah.


post signatureHabis je shif aku, cepat-cepat je aku balik rumah, sambung makan nasi, tadi tak sempat. Beginilah situasi murid-murid sekolah di pedalaman hulu sungai ni... amat berbeza sekali suasana di kawasan luar bandar apatah lagi di bandar-bandar nun... Biarla, InsyaAllah kami cikgu-cikgu yang dihantar ke kawasan pedalaman begini akan berusaha menerima tanggungjawab yang diberikan untuk mendidik anak bangsa... (pssstt... tapi kalau ada peluang kelik Mache, aku ok je... hehe!)

Sunday, February 1, 2009

Operasi

Hari ini pepagi aku ngan Lis bangun, tanpa sarapan pagi, kami terus memulakan operasi besar-besaran kami pada hari ni bermula dengan mencuci kawasan si Shakey ni membuang... Isy geram betul aku ngan Lis ngan anak kucing sekor nih, sesuka hati dia je membuang merata-rata kat dalam rumah ni. Kelas tuisyen aku ngan budak-budak darjah enam untuk membuat ujian matematik pada hari ni terpaksa aku batalkan dengan serta merta, kesian juga tengok budak-budak ni datang rumah aku nak ingatkan aku pasal kelas tambahan hari nih, tapi nak buat macam mana operasi hari ni terpaksa didahulukan. Jadi aku tangguhkan dahulu kelas tambahan aku pada minggu hadapan.

Ha ini lah si Shakey kawan baru kami kat rumah nih. Anak kucing ni Boss yang bagi kat Nisa sekor kat kakak sekor. Jadi si Shakey ni Nisa ambik bela letak kat rumah kami ni. Aku ni bukan tak suka kan kucing, tapi aku kurang gemar sikit, sebab kucing ni kita kena betul-betul rajin baru boleh bela kucing nih. Kalu orang macam aku nih, malas sokmo ni baik tak payah. Tapi aku lebih sukakan arnab, arbok, ayam ngan anak ikan daripada kucing nih. Sebabnya binatang ni lebih senang diurus daripada si kucing nih. Lagi pun kucing ni manja sangat, malas aku nak bermanja-manja ngan kucing nih.

Ni ha tengok la tu si Shakey ni, Nisa siap bagi susu omega tuh. Mujurla ramai kat sini suka kat kucing nih, tak sempat aku nak bagi makan, Lis, Putri dah siap-siap bagi makan kat Shakey nih, beruntung si Shakey nih, tapi jangan harap le nak bermanja-manja ngan aku ye, aku ni bekeng skit ngan kucing nih, stakat sengeh tu boleh a... nasib le Shakey... Tapi bagus juga ada si shakey nih, beberapa hari ni cik tikus kurang dah bermaharajalela kat atas rumah nih, tau takut juga kat kucing ye.

Selepas je Lis membersihkan kawasan si Shakey ni ot-ot, aku ngan Lis mula la meneruskan operasi seterusnya, membasuh rumah tuu... kami pasang tikar getah, orang kat sini panggil karpet baru, membasuh lantai kat ruang tamu, lepas tu mambasuh dapur, dan akhir sekali kami mengemas bilik kami. Kami buat setakat yang mampu je, aku ni bukannya rajin sangat nasib baik ada Lis, kalau tak tau la...

Haha, tengokla bersepah betul rumah kami sebelum dikemaskan...

Setelah bertungkus lumus dari pagi sampai petang, akhirnya beginilah hasilnya perubahan kat rumah kami nih. Ini je la yang dapat kami ubah, biasala rumah jauh nun di hulu sungai nih, ni dah bersyukur sangat-sangat le, kami dapat rumah yang elok macam nih, kalau tengok rumah-rumah panjang orang iban kat tepi rumah kami ni lagi la kesian... entahla, bagaimana kerajaan sekarang melihat situasi masyarakat yang kurang berkemampuan nih, entahla, aku pun tak tau nak cakap la.

Selepas menyiapkan operasi kami pada petang itu, macam kebiasaannya, Lis telah menyiapkan makan petang kami dengan memasak bihun goreng... Sebenarnya, bihun ni Lis dah rendam selepas subuh pagi tadi untuk digoreng sebagai sarapan kami, tapi bila tengok keadaan rumah yang tidak bersesuaian... jadi kami ambil keputusan untuk menjalankan operasi kami ni terlebih dahulu. Makan tengah hari pon kami tak masak, kebetulan pulak jiran sebelah yang memahami situasi kami dah siap-siap memasak untuk kami sekali... Begitulah hidup berjiran nih, sama-sama duk berjauhan nih, sentiasa saling tolong menolong. Lagi pun hari ni kami tak keluar kemana-mana pun sebab dah banjir kat seluruh Sarawak ni. Jadi kami duk kat rumah je.

post signatureMula-mula tu aku nak marah juga kat si shakey nih, tapi bila difikir-fikirkan, nasib baik juga si shakey ni buat perangai, kalau tak mana ada kami buat operasi besar-besaran macam hari nih. Biasanya aku tido, kalau tak pun duk mengadap internet je... Ye la, terimakasihla shakey wei, tapi kalau tak insaf lagi, buat lagi perangai tu, aku tak teragak-agak letak mu kat luar rumah shakey, tak pun aku bagi balik mu kat boss tu... Ingat tu, ni amaran aku terakhir nih!!!