Sunday, February 1, 2009

Operasi

Hari ini pepagi aku ngan Lis bangun, tanpa sarapan pagi, kami terus memulakan operasi besar-besaran kami pada hari ni bermula dengan mencuci kawasan si Shakey ni membuang... Isy geram betul aku ngan Lis ngan anak kucing sekor nih, sesuka hati dia je membuang merata-rata kat dalam rumah ni. Kelas tuisyen aku ngan budak-budak darjah enam untuk membuat ujian matematik pada hari ni terpaksa aku batalkan dengan serta merta, kesian juga tengok budak-budak ni datang rumah aku nak ingatkan aku pasal kelas tambahan hari nih, tapi nak buat macam mana operasi hari ni terpaksa didahulukan. Jadi aku tangguhkan dahulu kelas tambahan aku pada minggu hadapan.

Ha ini lah si Shakey kawan baru kami kat rumah nih. Anak kucing ni Boss yang bagi kat Nisa sekor kat kakak sekor. Jadi si Shakey ni Nisa ambik bela letak kat rumah kami ni. Aku ni bukan tak suka kan kucing, tapi aku kurang gemar sikit, sebab kucing ni kita kena betul-betul rajin baru boleh bela kucing nih. Kalu orang macam aku nih, malas sokmo ni baik tak payah. Tapi aku lebih sukakan arnab, arbok, ayam ngan anak ikan daripada kucing nih. Sebabnya binatang ni lebih senang diurus daripada si kucing nih. Lagi pun kucing ni manja sangat, malas aku nak bermanja-manja ngan kucing nih.

Ni ha tengok la tu si Shakey ni, Nisa siap bagi susu omega tuh. Mujurla ramai kat sini suka kat kucing nih, tak sempat aku nak bagi makan, Lis, Putri dah siap-siap bagi makan kat Shakey nih, beruntung si Shakey nih, tapi jangan harap le nak bermanja-manja ngan aku ye, aku ni bekeng skit ngan kucing nih, stakat sengeh tu boleh a... nasib le Shakey... Tapi bagus juga ada si shakey nih, beberapa hari ni cik tikus kurang dah bermaharajalela kat atas rumah nih, tau takut juga kat kucing ye.

Selepas je Lis membersihkan kawasan si Shakey ni ot-ot, aku ngan Lis mula la meneruskan operasi seterusnya, membasuh rumah tuu... kami pasang tikar getah, orang kat sini panggil karpet baru, membasuh lantai kat ruang tamu, lepas tu mambasuh dapur, dan akhir sekali kami mengemas bilik kami. Kami buat setakat yang mampu je, aku ni bukannya rajin sangat nasib baik ada Lis, kalau tak tau la...

Haha, tengokla bersepah betul rumah kami sebelum dikemaskan...

Setelah bertungkus lumus dari pagi sampai petang, akhirnya beginilah hasilnya perubahan kat rumah kami nih. Ini je la yang dapat kami ubah, biasala rumah jauh nun di hulu sungai nih, ni dah bersyukur sangat-sangat le, kami dapat rumah yang elok macam nih, kalau tengok rumah-rumah panjang orang iban kat tepi rumah kami ni lagi la kesian... entahla, bagaimana kerajaan sekarang melihat situasi masyarakat yang kurang berkemampuan nih, entahla, aku pun tak tau nak cakap la.

Selepas menyiapkan operasi kami pada petang itu, macam kebiasaannya, Lis telah menyiapkan makan petang kami dengan memasak bihun goreng... Sebenarnya, bihun ni Lis dah rendam selepas subuh pagi tadi untuk digoreng sebagai sarapan kami, tapi bila tengok keadaan rumah yang tidak bersesuaian... jadi kami ambil keputusan untuk menjalankan operasi kami ni terlebih dahulu. Makan tengah hari pon kami tak masak, kebetulan pulak jiran sebelah yang memahami situasi kami dah siap-siap memasak untuk kami sekali... Begitulah hidup berjiran nih, sama-sama duk berjauhan nih, sentiasa saling tolong menolong. Lagi pun hari ni kami tak keluar kemana-mana pun sebab dah banjir kat seluruh Sarawak ni. Jadi kami duk kat rumah je.

post signatureMula-mula tu aku nak marah juga kat si shakey nih, tapi bila difikir-fikirkan, nasib baik juga si shakey ni buat perangai, kalau tak mana ada kami buat operasi besar-besaran macam hari nih. Biasanya aku tido, kalau tak pun duk mengadap internet je... Ye la, terimakasihla shakey wei, tapi kalau tak insaf lagi, buat lagi perangai tu, aku tak teragak-agak letak mu kat luar rumah shakey, tak pun aku bagi balik mu kat boss tu... Ingat tu, ni amaran aku terakhir nih!!!

0 comments: