Tuesday, September 30, 2008

Selamat tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal


Semalam diumumkan tarikh Hari Raya Aidil Fitri yang jatuh pada 1 Syawal 1429H bersamaan 1 Oktober 2008. Masa aku kecik-kecik dulu sampai ke hari ni, "pakcik" penyimpan mohor besar raja-raja ni lah yang aku tunggu kemunculannya di kaca televisyen, sampaikan dialog yang nak diucapkan pun aku dah ingat dan hafal. Semalam lepas maghrib pun aku ngan adik-adik aku duk tunggu pengumuman tarikh hari raya, bila "pakcik" ni muncul, kami sama-sama bersorak, hahaha tak abis juga ngan perangai budak-budak aku ni, hehe...

Sahur pagi tadi juga sahur terakhir, aku teringat dari awal Ramadhan lagi aku dah memulakan kempen bangun sahur ni, Alhamdulillah, dari 1 Ramadhan sampai ke pagi tadi, aku tak pernah ponteng sahur, ye la aku yang buat kempen bangun sahur, mestila aku pun kena bangun sahur la. Sebenarnya bukan apa, tujuan utama aku menggerakkan kempen bangun sahur ni supaya kita dapat bangun awal, boleh memulakan hari kita di awal pagi dengan melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, dan lagi dimurahkan rezeki. Kalu kita bangun awal pagi ni, tubuh kita pun rasa segar bugar, boleh pergi sekolah atau kerja dengan bersemangat dan ceria. Betul tak?

Ape pun aku tetap rasa sedih dengan pemergian Ramadhan tahun ni, bagaimana agaknya Ramadhan tahun depan ni, adakah aku masih berpeluang untuk bertemu dengannya lagi... entahlah, aku amat berharap doa2 dan amal ibadat kami ini walaupun sedikit dapat diterima olehNya...

piz: Selamat tinggal Ramadhan... Selamat datang Syawal...

Friday, September 26, 2008

Cerita Terakhir di Gua Musang


Khamis, 25 Ramadhan 1429H bersamaan 25 September 2008

3.30 Pagi

Aku terbangun buat kali ketiga pada pagi itu, semenjak dua menjak ni bila aku letak je kepala kat mana2 tempat je, mesti aku terlena walaupun sekejap. Mungkin disebabkan sebelum ni aku memaksa diri aku supaya tidak tidur dan kalau tidur pun hanya sejam atau dua jam sahaja. Ini disebabkan kerja-kerja praktikum aku yang selalu aku tangguh-tangguhkan. Habis je penyeliaan dari pensyarah dan guru pembimbing, aku terus je tidur berjam-jam sehari. Tapi selepas raya ni aku perlu juga siapkan 2 kerja kursus aku yang tak siap lagi ni, sebab tu sekarang aku kembali bangun tengah malam,

awal pagi sebab nak menyiapkan kerja tertangguh ni la pula. Sambil-sambil tu, aku kemaskan barang-barang aku kat rumah sewa di gua ni sebab hari ni hari terakhirku berada di Gua Musang ni. Penat la juga, ye la nak menyepahkan barang tu mudah je, tapi nak kemaskan barang ni yang susah + malas. Kalau rasa lapar aku rendam je megi ni, kira boleh mengenyangkan ok la.


5.00 Pagi


Aku dan ahli rumah aku ni dah siap-siap bangun awal sambil bersahur. Kami semua ni tak sabar nak balik ke rumah masing-masing, terutama aku la yang paling "jauh" ni, hehe. Asyik kena kutuk je aku ngan ahli rumah aku ni, bila aku kata tak sabar nak balik, sebab rumah aku dah le paling dekat, lepastu balik Mache tiap-tiap minggu pula! Biasa a aku kan Piz, memang gini :D

7.30 Pagi


Aku sampai kat sekolah. Turun je kereta ngan kawan aku ni, terus kami diserbu anak-anak murid kami ini. Ye la, hari ni hari terakhir aku dan cikgu praktikum lain kat sekolah ni, jadi mere
ka ni nak bermesra buat kali terakhir nga kami la ni, tolong angkat beg, buat itu ini tanpa disuruh pun. Baik je budak-budak ni pada hari ini. Sambil-sambil tu aku bergambar kenangan dengan mereka, seronok ngan budak-budak ni. Pulak tu mereka pakai baju "jangok" hari ni sempena Majlis Khatam Quran peringkat sekolah.


Sambil duk ambil gambar, berborak ngan budak-budak ni tetiba, aku dengar budak-budak ni panggil supaya tengok kat langit. Subhanallah... bila aku tengok je kat langit tu ada kalimah Allah kat atas paparan awan tu... Ini kali pertama aku tengok peristiwa sebegini dengan mata kepala aku sendiri. Bukan aku sahaja yang tengok, anak-anak murid aku dan beberapa orang guru pun turut menyaksikan kalimah Allah ini... Menurut budak-budak ini, kalimah Allah ini lebih jelas dilihat pada pukul 7.00 pagi tadi. Pada masa aku tengok tu kalimah ini dah berbalam-balam dan beransur-ansur hilang, tapi aku sempatla mengambil beberapa keping gambar sebelum kalimah itu hilang. Peristiwa ini mungkin untuk memberi peringatan kepada kita semua yang masih alpa dengan kebesaran Allah subhanahuwataala...

9.00 Pagi


Selepas perhimpunan pagi, murid-murid diarah masuk ke dewan sekolah kerana ada sedikit ceramah anti dadah sebelum diteruskan dengan majlis khatam quran. Aku dan kawan aku, mengambil kesempatan pada hari terakhir ini untuk meronda-ronda sekolah ini. Selepas itu aku singgah ke kelas Pendidikan Khas yang mana lagi dua orang rakan sepraktikum aku berada.
Kebetulan aku sampai kawan-kawan aku ni tengah belajar membuat popia reben yang kecil tu. Aku apa lagi, turutla menyibukkan diri membuat kuih ini sekali yang diajar oleh kawan sepraktikun aku, iaitu Madi. Dia ni memang pantas buat kuih ni, kalah orang perempuan. Seronok juga buat kuih ni sambil borak-borak kosong.


Macam-macam cerita kami borak, yang menarik sekali kisah si Madi ni yang diganggu satu makhluk yang tak dapat dilihat oleh mata kasar. Korang bayangkan, makhluk ni merosakkan seluar, tali leher, mencabut dan memutuskan pengecas laptop dan telefon bimbit. Aku ada ambil gambar sebagai bukti kejadian ini. MasyaAllah, ganas betul makhluk ni, bulan Ramadhan macam ni pun boleh dia mengganas. Madi kata, semenjak dia duduk kat rumah tu selalu dia dikacau oleh makhluk ni. Kebiasaan lampu kereta terbuka, alarm kereta tetiba berbunyi tengah-tengah malam tu dah biasa sangat. Itu lah antara sebab, Madi selalu balik ke Kota Bharu tiap-tiap minggu, teruk sangat diganggu. Alhamdulillah sepanjang aku duduk kat rumah sewa aku kat gua ni tak pernah sekalipun aku diganggu.

11.00 Pagi


Majlis Khatam Quran bermula, seronok melihat budak-budak dari darjah tiga sehingga darjah enam ini yang dapat menamatkan bacaan al-quran mereka. Berbagai-bagai jenis pakaian dipakai oleh mereka. Yang aku paling suka tengok Izzat anak murid aku dari darjah 5 Arif, lawa dan comel plak dia hari ni, cermin mata pun tak dipakai, dengan memakai jubah putih, seluar putih siap berserban putih ni, Izzat ni dah jadi macam Al-Hafiz pulak. Bila aku tanya, "Izzat nak pergi ke sekolah tahfiz ke nanti?", cepat-cepat je dia mengangguk. Alhamdulillah, ada juga anak murid
aku ni bercita-cita untuk ke sekolah tahfiz. Aku doakan supaya Izzat dan dapat menyambung pelajaran ke sekolah tahfiz dan agama nanti. Ramai juga anak-anak murid aku yang khatam al-quran hari ni, bagus dan tahniah cikgu ucapkan. Yang belum habis mengaji tu, teruskan berusaha, jangan malas-malas.


Selepas tamat majlis khatam, sesi pemberian cenderahati kepada mereka yang khatam quran diadakan. Mereka mendapat segulung sejadah, pulut kuning, buah kurma dan sekuntum bunga telur. Seterusnya acara penutup majlis ini ialah sesi bersalam-salaman antara murid-murid dengan guru-guru dan yang ditunggu-tunggu oleh semua murid ialah penyampaian duit raya sempena Syawal yang akan menjelma beberapa hari lagi. Seronok murid-murid ini mendapat duit raya, waa kalau aku boleh menyertai mereka kan seronok!!


Sambil duk bersalam-salaman ngan budak-budak ni, tetiba murid aku dari darjah 5 ni datang panggil aku supaya pergi ke kelas 5. Aku pun cepat-cepatla pergi kat kelas tu, tengok-tengok dah ramai murid aku aku kelas 5 ni tengah berkumpul kat dalam kelas, sebab nak bagi ucapan selamat tinggal kat aku sambil nak bersalam-salaman ngan aku. Huhuhu... terharunya aku... sambil bersalam-salaman entah buat kali ke berapa ngan budak-budak ni, tetiba aku terdengar bunyi sok sek sok sek... laa... rupanya ada murid aku yang duk menangis la, apa la aku nak buat nih. Aku ni ganas sikit, jadi takde perasaan nak nangis, cuma rasa sedih aje nak tinggalkan budak-budak ni begitu sahaja, sebab dah 3 bulan aku bersama dengan mereka ini, banyak peristiwa suka duka kami bersama... dan aku takkan lupakan...

12.30 tengah hari


Aku meminta diri untuk pulang, tapi nampaknya budak-budak ni tak mahu lepaskan aku pulak, tapi aku terpaksa juga, sebab banyak lagi kerja aku kat atas tu belum diselesaikan... Akhirnya mereka melepaskan aku dengan bersalaman buat kali terakhir, memberi hadiah dan kad-kad sambil menyanyi lagu yang terasa dikalbu ku ini secara beramai-ramai:

Bertemu dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa



Alhamdulillah, akhirnya aku dan kawan-kawan sepraktikum berjaya menamatkan tempoh 3 bulan praktikum di sekolah ini... banyak kisah suka dan duka kami di sini. Yang pasti segala apa yang kami tempohi ni merupakan satu perkara biasa yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar guru. Semoga kami semua akan terus dapat mngharungi cabaran yang akan mendatang ini dengan penuh kecekalan dan ketabahan.

Selepas hari raya nanti, aku dan semua pelatih KPLI akan kembali semula ke institut masing-masing, meneruskan pembelajaran dan seterusnya perlu menduduki 3 kertas peperiksaan yang sedikit mencabar peel kemalasan aku ini, kemudiannya menyertai 2 kursus wajib dan tamat lah kursus aku selama setahun ini. Doakanlah kejayaan kami semua ini...


cikgu piz: Bye semua, selamat tinggal kepada semua anak-anak murid yang cikgu sayangi semua, selamat berjaya, ingat sokmo kata-kata yang cikgu coretkan iaitu " Belajar dan Terus Belajar!" Kalau rajin dan teringat kat cikgu bolehla telefon atau sms cikgu. Tak pun masuk je blog cikgu ni... Terima kasih buat semua, kenangan bersama kalian takkan cikgu lupakan... Selamat tinggal Gua Musang!!


Friday, September 19, 2008

Penghujung Ramadhan Ini...


Ramadhan tahun ini akhirnya berada pada dua minggu terakhir sebelum Syawal menjengah tiba... Sempatkah aku menamatkan bulan yang penuh keberkatan, keampunan dan kemuliaan ini dengan sebaik-baiknya? Entahlah hanya Penciptanya yang lebih mengetahui ke atas diri setiap hamba-hambanya. Allahuakbar... Walilhamdulillah!

Menyoroti kembali seminggu Ramadhan ini..., tetiba aku teringat peristiwa aku dan anak muridku di kelas 5E. Sebenarnya, kelas ini bukan kelas yang perlu aku mengajar, tetapi kebiasaannya apabila ketidakcukupan guru atau berlaku ketidakhadiran guru maka aku diamanahkan oleh guru penolong kanan untuk menggantikan guru matapelajaran Bahasa Melayu di kelas 5E yang sedang berkursus. Pada awalnya aku mengeluh juga, mengenangkan kelas yang perlu aku ganti ini adalah kelas kelima daripada 6 kelas, yang memang terkenal dengan kedegilan dan tidak menurut kata. Lagi-lagi aku yang hanya guru praktikum dan kekurangan "power" ini... Apa-apa pun bila aku fikir lagi sekali, ini merupakan cabaran yang perlu aku hadapi.

Tanpa bersedia bahan pengajaran untuk aku mengajar di kelas 5E ini, aku terus masuk ke kelas tersebut. Niat aku, cuma untuk mengganti kelas dan mungkin juga aku buat sesi membaca, sebab kelas tersebut masih terdapat sekurang-kurangnya 10 orang murid yang tidak tahu membaca. Walaupun mereka ini agak nakal dan suka membuat bising, tapi bila aku masuk je, mereka tetap memberi salam kepada aku, yakni mereka masih lagi menghormati guru-guru yang masuk ke kelas mereka ini. Selepas itu aku mengarahkan mereka mengeluarkan buku teks Bahasa Melayu, walaupun pelbagai helah dilakukan mereka untuk tidak mahu belajar, kerana guru mereka yang sebenar tiada, tapi aku tetap berkeras menyuruh mereka mengeluarkan buku teks.

Akhirnya hampir semua daripada mereka mengeluarkan buku teks tersebut. Selepas itu aku membelek buku tersebut dan tetiba aku mendapat idea untuk menyuruh mereka membaca dan menyanyikan satu teks boria. Nampaknya, mereka ini sangat gembira apabila aku menyuruh mereka membaca teks tersebut dan membacanya dengan nada boria. Untuk menarik minat mereka lagi aku membuat pertandingan dan membahagikannya kepada dua kumpulan. Kumpulan yang menang akan diberikan hadiah. Apalagi terus bersemangat mereka ini. Tetapi aku amat bersimpati kepada sebahagian daripada mereka ini yang masih belum mampu membaca dengan lancar dan baik, Bahkan ada yang masih dalam peringkat mengeja, walhal pada tahun depan mereka ini akan menghadapi peperiksaan UPSR. Entah bagaimana nasib mereka agaknya kelak, guru hanya mampu berusaha.

Setelah tamat pertandingan boria ini, aku yang kurang arif berkenaan boria ni pun tetiba je seronok mendengar mereka melagukan beramai-ramai. Bahagian yang menarik bila tiba sebutan "ewah", kuat pula mereka menyebutnya. Hehehe. Keputusannya kumpulan A memenangi pertandingan ini. Sebelum aku mengumumkan keputusan ini, aku sempat membantu murid-murid yang kurang dan tidak boleh membaca ini... Kesian betul aku kat mereka ini, mereka bkn membaca tapi menghafal. Bila aku tanya kalau buku komik baca macam mana? mereka cakap mereka memahami melalui gambaran lukisan sahaja. Sampai bila agaknya mereka ni hanya mampu melihat tanpa boleh membaca!

Kemudian, satu peristiwa yang menyayat hati aku bila aku dah selesai bagi hadiah pensil kt semua pemenang ni, tiba-tiba sorang murid ni datang jumpa aku, dia kata nak pergi ke kelas adik dia di tahun satu. Mula-mula aku tak benarkan, tapi bila dia cakap dia nak bagi hadiah pensil ni kat adik dia, sebab pensil adik dia dh pendek sangat, tinggal separuh jari je, aku pon terus angguk sahaja. Waa kesiannya kat budak-budak ni, teringat pulak aku cerita Iran yang top tu, "Children of Heaven", pasal abang ngan adik berkongsi kasut... sedih la. Masih ada rupanya kisah macam ni, dan yang aku terharu apabila murid aku ni semasa buat persembahan boria ni begitu bersungguh-sungguh terutama apabila sebut "ewah" tu... Aku masa tu memang terkaku sebentar!


piz: Bagi aku pengajaran 2M, iaitu menulis dan membaca masih belum mencapai sasaran. Sebab masih ramai murid-murid yang belum dapat mengeja dan membaca dengan baik. Inikan pula ditambah dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Entahla, bagaimana agaknya keputusan kajian PPSMI ini pada akhir tahun ini, hendak terus dilaksanakan atau dihentikan! Entahlah...

Friday, September 12, 2008

Kartun Cikgu

Pepagi Jumaat ni, sambil-sambil kita duk beristirehat tu, apa kata kita tengok kartun-kartun yang berkaitan dengan guru dan anak-anak muridnya. Walaupun ada unsur lawak jenaka, namun terselit mesej yang baik untuk dihayati. Hahaha... lawak sungguh...



























piz: Kwang kwang kwang... lawak le kartun-kartun ni... terima kasih kepada kartunis Kazim yang dapat mencipta karya-karya yang menarik dengan lawak spontan tetapi berunsur pendidikan.Tak lupa berbanyak terimakasih kepada sahabat lamaku, Che' yang menyumbangkan link ini kpd aku.