Di sekolah saya ini terdapat pelbagai majlis dan aktiviti yang dibuat sempena peperiksaan ini. Majlis Solat Hajat yang diadakan di Masjid Besar Gua Musang, di dewan sekolah serta diadakan juga secara harian di kawasan lapang di hadapan bangunan utama sekolah. Saya merasa sungguh terharu melihat kesungguhan guru-guru dan pelajar-pelajar tahun 6 yang tidak jemu-jemu melakukan solat hajat harian ini selama tiga minggu berturut-turut dan hanya berakhir pada pagi semalam iaitu sebelum peperiksaan bermula pada hari ini.
Selain itu turut diadakan Majlis Penyerahan Ilmu di antara semua guru dan pelajar-pelajar tahun 6 ini. Terasa sebak apabila melihat suasana kemuncak majlis ini iaitu di mana semua pelajar ini bersalaman dan berpelukan bersama semua guru untuk memohon ampun dan memohon keredhaan bagi segala ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru kepada mereka... Yang pasti tiada guru yang kikir dan tidak meredhai ilmu yang dicurahkan kepada semua pelajarnya walaupun sedikit, bahkan guru tetap berdoa dan mengharapkan kejayaan yang dicapai oleh semua anak didiknya ini.
Semoga semua pelajar sekolah saya ini kuhususnya yang juga merupakan sekolah terbaik UPSR pada tahun-tahun sebelumnya dapat mengekalkan dan meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini. Teruskan usaha yang ada, meminta ampun dari kedua ibubapa, memohon restu dari semua guru, bermaaf-maafan sesama rakan-rakan dan selalu berdoa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T semoga dipermudahkan dan diberi kejayaan kepada semua.
"Ya Allah ya Tuhanku... permudahkanlah jangan menyusahkan..."
piz: Bittaufiq wan-najah
0 comments:
Post a Comment