Saturday, June 20, 2009

Aku meme toksir gi...

Gapo dio mu ni piz, tetibo tajuk toksir gi ni? try crito mmolek gak...

Gini cerito dio...

Sebelum aku pulang bercuti dua minggu baru-baru ini, anak-anak murid aku boleh dikatakan setiap hari duk berceritakan mengenai kegembiraan dan kemeriahan sambutan Hari Gawai di Tegelam ni. Jadi, aku hanya mendengar sahaja, sebab aku dah bajet, aku terselamat dari menyambut hari gawai ni... Rupa-rupanya, bajet aku ni tersasar sedikit, bila mana aku kembali bertugas semula selepas bercuti, tetiba kami mendapat jemputan untuk meraikan penutup hari gawai di sini. Apapun, kerana kepakaran aku dalam bab-bab melarikan diri ni sentiasa berhasil, jadi aku merelekkan diri sahaja. Aku tengok, kawan-kawan aku yang lain semuanya tidak sabar untuk menyertai majlis ni. Sepatutnya aku yang pertama kali dapat meraikan hari gawai ni mestilah lebih teruja, lebih-lebih lagi aku ni orang semenanjung, nun di Kelantan pulak tu, tak pernah sebelum ni aku melihat sambutan gawai ni secara "live". Tapi bila mengenangkan perkara-perkara yang tidak bersesuaian dengan kebiasaan aku ni menyebabkan aku langsung tidak berminat untuk menyertai majlis ni.

Petang tadi aku tengok Uya, Lis, Puteri, Al, Shirley, GB, Lincoln dan Josh dah bagitau dorang akan menyertai majlis ni. Kakak, Nisa ngan Syah pulak balik rumah masing-masing. Jadi tinggal aku sorang je yang tak mahu menyertai majlis ni. Aaa lantakla, aku dah rasa bagaimana suasana aku pergi melawat rumah panjang pada minggu pertama aku di sini awal tahun ni dulu, dan aku juga ada tulis kat siniyang aku memang dah serik nak pergi melawat rumah panjang ni lagi. Memang sejak hari tu aku langsung tidak menjejakkan kaki ke rumah panjang ni.

Jadi, macam biasa rutin aku di Tegelam ni, selepas solat Isyak, aku mesti makan nasi sambil tengok berita kat tv. Dah selesai semua tu, aku siap kunci pintu rumah sebab lis dah pergi berkumpul kat rumah gb nun, jadi untuk mengelakkan sesuatu yang berlaku, sebab sebelum ni gb ngan cikgu-cikgu sini dah nasihatkan kami awal-awal dulu, kalau ada sambutan gawai, kena kunci pintu, kalau ada orang ketuk pintu jangan dibuka. Jadi aku ikut la pesanan tu. Lepas tu, aku buat air ngan bawa keropok, masuk bilik aku, terus buka laptop ni. Ingat nak buat kerja main-main aku sekejap, tetiba je pintu rumah aku diketuk, rupa-rupanya Shirley.


Huhu... Shirley datang nak menjemput aku ke rumah panjang nun, gb ngan semua cikgu duk menunggu aku rupanya... Mula-mula tu aku tak nak pergi, masih berkeras lagi aku ni, pastu bila dengar Shirley cerita yang kalau cikgu baru macam aku ni tak pergi nanti tuai rumah ngan orang kampung terasa hati la, tak hormat kita la, pandang serong la, macam-macam perkara negatif la, lagi-lagi berkait ngan adat orang Iban ni pulak... Waaa malasnya aku nak pergi, tapi Shirley pujuk lagi aku, dia kata nak pergi sekejap je, jenguk-jenguk, salam-salam sekejap, pastu balik la. Ye la-ye la aku ikutlah, sebab sekejap. Aku tengok cikgu-cikgu lain pakai kemas je, siap bermekap berwangian lagi. Aku sebab ganah sokmo jadi pakai sarung sweater selekeh macam tu je, nasib baik tak pakai bedak sejuk je, haha... aaa lantakla, lagi pun Shirley kata sekejap je.


Majlis penutup hari gawai ni bermula jam 8.30 malam. Adoila, sepatah haram aku tak faham apa yang dorang duk cakap tu, ye la, guna bahasa iban, manala aku nak faham. GB aku gelak je tengok aku duk angguk-angguk kononnya aku faham la tu, haha padahal sepatah pun aku tak faham. Lepas tuai rumah duk cerita-cerita sikit, maka bermulalah pertandingan nyanyian dan tarian poco-poco oleh wakil penduduk sekitar rumah panjang ni. Anak-anak murid aku yag kecik molek ni pun ikut masuk bertanding sekali. Seronok budak-budak ni bila tengok aku tetiba je ada kat rumah panjang ni. Yela sebelum ni, aku dah bagitau yang aku tak nak ikut majlis ni, aku bagi bermacam-macam alasan, kata aku penat la, tak sihat la, banyak kerja la, macam-macam alasan aku reka, tapi budak-budak ni mana nak percaya alasan aku tu, dorang ni dah tau dah sebab apa aku ni tak nak join. Saja la tu nak mendengar jawapan aku tu.


Sampai je kat rumah panjang tu, aku macam biasa a, sempat mencilok-cilok ni, orang lain semua pergi bersalam-salaman tak kira lelaki perempuan kat rumah panjang tu, kononnya nak hormat dan berbahasa ngan orang kampung la, tapi hukum yang satu tu kita langsung tak nak hormat, kita pulak yang nak kena ikut adat diorang ni. Bagi aku la, selagi kita boleh mengelak dari bersalam-salaman, bersentuh-sentuhan dengan orang yang bukan muhram kita ni, tak kiralah muslim ke tak, kita usahalah. Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana, ni sesenang kita je nak hulur salam kat dorang yang tak sama jantina ni, ape a, takut sangat ngan tuai rumah, ngan orang kampung ni, yang Tuan kita sebenar ni tak nak ingat pulak.

Habis tu sampai bila orang bukan islam, macam orang Iban yang banyak adat ni nak ikut, nak memahami cara dan batasan kita orang Islam ni? Asyik-asyik kita yang kena ikut, sampaikan satu peringkat dorang ni anggap orang muslim ni bila kat majlis-majlis macam sambut gawai ni dibenarkan mimum air tuak tu... bukan ke kita yang akan menanggung akibatnya dan juga orang-orang muslim selepas kita ni juga? Aku rasa la kalau kita bertegas sedikit dan menolak dengan cara yang berhikmah, mesti dorang ni memahami. Ini tak, bila disuakan je minuman macam tuak ni terus je ambik, minum ...huhu...

Entahlah, aku hanya mampu beristighfar di dalam hati je... Apapun aku bersyukur kerana dorang tidak turut menghulurkan air tuak kepada aku dan kawan-kawan aku yang lain ni. Sambil aku menonton gelagat masyarakat iban yang menyambut hari gawai ini serta persembahan nyanyian dan joget poco-poco, aku bermonolog di dalam hati sendirian, betapa amat mudah sekali iblis-iblis ini menggoda anak-anak cucu nabi Adam ini ke arah kehancuran. Benarlah apa yang dijanjikan oleh syaitan laknatullah ini yang mereka akan sentiasa memastikan seluruh bani Adam ini hidup dalam kehancuran dengan mendekati kebatilan serta menjauhi kebaikan dan kebenaran. Wanauzubillahiminzalik.

Selepas tuan rumah ni menghidangkan air, dorang ni hidangkan pula makanan-makanan tradisional masyarakat iban sebagaimana di atas. Entah nama apa tak tahu kuih-kuih tu, yang pertama tu pulut macam lemang la juga, pulut ni dia isi dalam buluh ke apa a, aku tak pasti la pulak, tapi pulut ni dipotong sepanjang sejengkal. Lepastu cara nak makan, mula-mula kita gulung-gulungkan kuih tu, lepastu kita belah dua, menggunakan tangan je, dah tu makan begitu sahaja. Tak tahula apa rasanya, sebab aku tak makan, aku cuma ambik lepastu aku bagi kat anak murid aku tu. Yang kedua tu pulak kuih bahulu ngan air teh, yang bawah ni, aku pun tak tau apa nama kuih ni, aku ambik gambar je, makan lagi le aku tak makan.
Pastu adalah kuih-kuih moden yang lain, ala macam kita sambut raya jugakla. Tapi yang bagusnya, dorang ni bersatu-padu dan tolong menolong, yela duduk serumah panjang gini kena mengamalkan budaya nilah. Yag bagusnya, setiap kali habis hidangan, akan ada pula hidangan yang lain, maksudnya hidangan ni takkan terputus macam tu je, akan terus dihidangkan sehingga majlis berakhir. Caranya, setiap keluarga akan menyediakan hidangan masing-masing, dan sampai giliran mereka, mereka akan mengeluarkan hidangan tersebut, jadi dorang ni memang akan bersedia dengan hidangan masing-masing. Kalau aku makan semua ni, alamak tak terbangun aku, asyik makan, minum... sib baik aku tak makan.


Inilah dia antara gelagat dan persembahan maasyarakat iban di sini sempena majlis penutup Gawai ni. Pertandingan nyanyian dan tarian poco-poco tu memang acara wajib setiap kali sambutan Gawai. Golongan tua, muda dan kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk menyertai petandingan ini. Korang bayangkan, hampir 30 buah lagu dipertandingkan pada malam itu termasuk beberapa kumpulan poco-poco. Aku yang kononnya nak pergi sekejap tu, hmmm jangan haraplah nak balik awal, kena duduk tercongok di situ sampai habis. Dari pukul 8.30 malam aku duduk di situ sampailah pukul 1.30 pagi... Huhu, punyalah tak tau aku nak cakap perasaan aku di waktu itu.

Okey, mai aku nak cerita. Setiap kali penyanyi menyanyikan lagu-lagu Iban ni kat depan, penonton yang kat belakang ngan kat depan ni, duk menari-nari pulak mengikut rentak lagu tu. Yang kat belakang aku ni kebanyakan nenek-nenek duk menari kat belakang tu, seronok dorang ni. Mula-mula sorang dua je, dah lama-lama tu aku tengok bertambah ramai pulak duk menari-nari. Yang anak remaja lelaki muda-muda ni pun dah semangat nak menari-nari juga. Masa ni ok lagi, pastu tetiba aku tengok nenek tua ni dah mula main tarik-tarik kawan-kawan aku ni juh join menari juga. Aku tengok je, siap aku ambik gambar dorang lagi... Tup-tup, aku pulak yang jadi mangsa kena tarik kat nenek nih. Waaa geramnya aku..., mula-mula nenek tu tarik aku, aku tarik balik tangan aku, pasti dia makin kuat la pulak tarik aku ni, ai tak padan ngan nenek nih, pastu seme orang duk bagi tumpuan kat aku ngan nenek nih, siap duk bersorak lagi, hampesla, jadi aku pun bangunla. Ha nenek tu dah mula menari-nari dah, si lis yang kena tarik pun menari la tu sikit-sikit, tapi aku kan ganah sokmo, ingat senang nak suruh aku ikut buat benda-benda yang aku anggap pelik gitu, sori naik lori la, aku bangun, berdiri, duk keras macam tu la, ha nak sangat suh aku menari, tunggu minggu depan pun aku duk macam tu juga. Lepastu cepat-cepat aku duduk, geram la. Aku ingat sepanjang malam tu aku kena tarik sebanyak empat kali, 2 kali ngan nenek, 2 kali ngan pakcik hampes tu, sib baik aku pakai sweater, jadi tangan aku masukkan dalam poket, jadi dia tarik baju aku je la. Ces sesuka hati nak tarik aku, kan aku tarik lempar ke tanah tu baru tau, sibuk je. Aku antara yang kurang menjadi mangsa tarikan, sebab aku pegang kamera, jadi kamera tu la penyelamat aku, secara kasar la. Yang best anak murid aku si Ramason ni, dorang tanya aku, kenapa aku tak menari macam orang lain, aku cakap aku tak reti dan takkan menari, buatla ape pun. Pastu Ramason, cakap... "ooo mesti cikgu takut dapat dosa ye?" Ai pandai pulak budak nih. Budak kecik pun tau, ni orang tua ni susah betul nak reti-reti. Malam tu hampir semua rakyat kat Tegelam tu menyanyi, menari termasuklah Tuai Rumah, nenek tua tu, GB aku dan lain-lain tetamu.

Akhirnya, hampir jam1.30 pagi, barulah tuai rumah mengizinkan kami semua balik. Fuh, nak kelik punyala susah. Masa dalam pukul 12 hingga kul 1.30 pagi tu aku memang dah rasa seram dah, yelah aku tengok dah ramai orang lelaki dewasa dan yang muda-muda ni mula mabuk-mabuk. Botol tuak ngan arak duk kat tangan. Sedih aku tengok budak-budak sekolah menengah dah pandai mabuk-mabuk gitu, kesian betul. Bila dah mabuk, ada yang mula kacau mengacau la, duk sibuk nak bersalam, ajak menari, teruk betul la. Aku ngan kawan-kawan aku ni, makin lama makin bergerak menghampiri makcik-makcik ngan budak-budak kecik, aaaa tak suka betul aku. Malam tu memang malam menyeksakan betul bagi aku, aku rasa betul-betul nak muntah, yela dengan bermacam bau yang pelik, bau tuak, arak, asap rokok yang memenuhi ruang memang menyebabkan aku dah berpeluh macam nak pitam dan nak termuntah. Aku cuma mampu bertahan je lagi. Bila majlis dah berakhir dan dibenarkan pulang, aku cepat-cepat berjalan mengekori GB ngan kawan-kawan aku, waaa macam-macam aksi aku tengok, yang mabuk-mabuk, yang duk menyanyi-nyanyi, menari-nari, duk menogok air tuak, yang tertidur sebab mabuk dan letih pun ada... Takut giler aku, sib baik perjalanan pulang kami diiringi oleh jaga sekolah kami tu. Yela, takut juga, gelap gelita pulak tu...

Akhirnya, sampai juga ke rumah aku nih. Sampai je kat rumah, tak tahan aku dengan pening-pening (bukan mabuk wei...), nak muntah, perut aku pun macam berangin je... aku pun terus membersihkan diri aku ni, ye la rasa semacam je, biar pun dah hampir jam 2 pagi, aku tak kisah, asal aku rasa bersih dan tenang... Dah tu, tak mengantukla pulak. Jadi aku pun mengadap la laptop aku ni, aku transfer semua gambar, huhu, sedih aku melihat kejadian malam gawai tu tadi... huhu... merasa juga aku menyambut Gawai kat sini ye... Aku ingat cerita Gawai ni dah habis, tup-tup dalam pukul 3.30 pagi, aku kan tak leh tidur, tetiba aku terdengar bunyi ketukan kat pintu rumah aku, berkali-kali pulak tu, siap bagi salam lagi... memang menakutkan aku betulla, dahla si Lis dah selamat melenakan diri, tinggal aku sorang je. Aaaa, oleh kerana aku ganah dan aku teringatkan nasihat GB aku supaya jangan sesekali membuka pintu tengah-tengah malam terutamanya masa Gawai, jadi aku mendiamkan diri macam tu je. Aku dengar suara orang lelaki duk bagi salam dalam slanga Iban, sambil ketuk-ketuk pintu, dalam dua orang rasanya. Bila aku diam macam tu, lama-lama tu dorang pun blahla. Waaa, macam-macam.

Sambung lagi, pepagi lepas subuh, aku nak sambung semula tidur aku yang tak cukup tu (waa kalau tidur tak cukup cepat je nak qadak), bunyi lagi bunyi ketuk-ketukan ni. Grrrrrrrr geram nya aku, rupa-rupanya budak-budak ngan orang kampung duk panggil suruh join dorang berkenduri hari ni sempena perasmian penutupan Hari Gawai oleh yb kawasan ni. Aaaa aku tak kira, yb ke, menteri ke, PM ke sesapa ke nak datang, lantakla, kali ni aku betul-betul nekad, aku tak mahu ikut dorang bergawai-gawai lagi, aku dah serik!! Sakit kepala aku semalam pun tak abis lagi ni nak sambung lagi, tak payah, titik.!!! Aku tak layan semua ketukan-ketukan tu. Sampai ke petang, rupa-rupanya aku ngan Shirley je tak ikut pergi sambut yb tu. Lantak koranglah, aku dah kata aku ni tak reti nak berlakon benda yang aku tak suka buat. Apa nak jadi pun jadilah.

post signatureItulah dia, daripada kononnya bergembira menyambut Gawai ni, bagi aku yang tak sealiran ni, memang menyeksakan betul. Dan aku cukup kecewa bila ayat yang sering digunakan oleh mereka yang kononnya beragama Islam, muslim ni menyebut "kita ni bila kita duduk kat tempat orang, contohnya kat kawasan perkampungan Iban ni maka, kita kena ikutla adat dorang ni, kalau dia suh menari kita menari, kalau dia suh kita makan kita ambik, kalau dia suh minum, kita minum!!!, yang penting kita kena hormat adat dorang ni..." Ceh dan hampeh!!! Apa punya ajaran le dorang ni ikut. Apapun, aku amat berharap dan bermohon semoga aku dan sahabat-sahabatku di mana sahaja kami ditempatkan semoga kami diberi kekuatan fizikal dan kekukuhan jiwa yang mampu menerima, menghadapi segala ujian dan mehnah kepada kami ini. Ya Allah ya tuhanku kuatkanlah amal dan perkukuhkanlah iman kami...

"Allahumma yassir wala tua'ssir..."

Sunday, June 14, 2009

Penghujung Cuti

Tinggal lagi dua hari lagi sebelum aku kembali ke Tegelam nun... Memang terasa berat hati sangat untuk aku meninggalkan bumi Mache ini, aku ni tak terasa pun nak pergi ke sinun semula. Entahlah, tapi korang paham sendirilah. Walaubagaimanapun, bila aku mengingatkan kembali tujuan dan cita-cita aku yang kononnya untuk menjadi seorang murabbi ni, teringatkan si bocah-bocah kecil di pedalaman Sarawak nun, yang begitu amat memerlukan seseorang untuk yang bernama guru untuk mendidik mereka walaupun berlainan bangsa dan agama... membuatkan diriku kembali semula ke alam nyata. Ye la, aku nak berkemas la ni, buat apa yag patut! (waaaaaaaaaaaaaa malasnyo, aku toksir giiiiiiiiiiii!!!)

Semalam, aku ngan adik-adik aku berjalan-jalan, meronda-ronda dan bersoping sakan kat KB ni. Dah akhir-akhir cuti baru nak pergi cari itu ini. Sambil-sambil pergi menghantar adik-adik aku kembali ke asrama di Maahad Tahfiz Sains Tumpat dan Maahad Muhammadi KB. Ye la, kalau pergi awal-awal kat Kb nun, ya Allah penuh bandar KB tu dengan kereta-kereta, bas-bas pelancong, jalan pun jem, kedai-kedai, pasar-pasar tumpuan semua penuh, tu sebab aku malas nak pergi awal-awal, biasa a "hero tok ggaduh"!!


Ni perjalanan aku dari Machang ke Kota Bharu. Best, jalan langsung tak jem, sampai ke KB pun tenang je. Tu tengok, masa kami singgah solat zohor kat Masjid Muhammadi, masih terdapat bas-bas pelancong kat dataran ni, tapi dah tak banyak dah, terima kasih kepada semua kerana sudi melawat negeri kami ni, selamat jalan, dan jemput datang lagi... Aku ngan adik-adik aku ni macam pelancong la pulak, siap pergi jalan-jalan kat persekitaran Istana-istana ni, nama je ore klate, tapi mane ada nak masuk pergi melawat istana ke muzium ke... hehe...

Selepas solat, berjalan-jalan kami pergi cari tempat nak makan la pulak. Adik aku ajak kami makan nasi ulam kat kampung kraftangan ni, kami pergilah kat sana, waaa ramainya orang, kalau kat sini tengah hari memang selalu penuh. Aku ni malas nak menunggu, baru je aku nak mengajak adik aku makan kat tempat lain, tup-tup ada orang dah siap makan, jadi kami pun makan lah kat situ. Makanan kat sini memang glemer, sedap dan murah, lagi satu cawangan dia dekat Pengkalan Chepa, situ aku biasa makan ngan geng-geng IPKB. Kalau nak merasa makan ala-ala stail kampung klate makan siap ada ulam-ulaman, budu, sambal tompayak semua, datanglah ke sini.

Dah kenyang makan, kami berjalan ke pasar Siti Khadijah pulak. Tujuan aku nak pergi beli keropok untuk dibawa ke Tegelam nun, yelah teringat kat kawan-kawan ngan anak murid aku kat sana. Aku beli keropok, sambal daging, asam dan macam-macam lagi lah. Adoila, macam mana la aku nak bawa semua ni... Haaa dalam aku duk melihat-lihat keropok kat situ, tetiba adik aku tunjuk kat satu benda yang tergantung kat kedai tu, mula-mula aku ingat kopi 3 in 1 tu, laa rupa-rupanya budu ketereh yang dalam paket tu (man wei... ambo dah jupo budu dlm paket tu... hehe) bes-bes, aku pun borong dalam 10 paket, setiap satu paket tu kat dalam tu ada pulak 4 paket kecil. Haha... aku nak bagi sebagai cenderahati spesel kat guru besar, cikgu-cikgu ngan budak-budak iban kat sana... waaa mesti glemer buduku!! kwang...kwang...

Macam-macam jenis serunding ngan keropok, dodoldan macam-macam lagi lah kat sini, kak memot ke lb ke sesapa la, kalau datang melawat klate, jangan lupa gi Pasar Siti Khadijah ye... hehe...

Huhu... sedih aku nak meninggalkan rumah aku ni, rupa-rupanya dah 2 minggu aku bercuti... alangkah gumbiranya hati aku ni kalau aku boleh terus duduk sini je, tak payah nak kembali ke sana... Wei piz, tadi kata dah bersemangat nak kelik sane, ape a... Wokey la, toksoh duk manjo2 la, aku ke ganah, apea !!! Tu gambar langit dari arah rumah aku, yang tu pulak pokok ape entah... yang bawah ni buah durian dari pokok rumah aku ni, baru nak belajar berbuah, kira dah besar macam ni dah kira ok la, kalau sebelum ni, kecik-kecik lagi dah luruh,ni dah besar sikit walau takde isi lagi, tapi kira nak belajar kan, ok la tu... InsyaAllah tahun depan berjaya bebuah dengan jayanya agaknya la... Tu se lagi buah yang warna hijau ni, apa namanya ye, yang aku ingat buah susu, gtu la. Ni masih putik lagi, kalau dah masak dia berwarna kekuningan sikit, buat jus bes...

Huhu... saja nak masukkan gambar ni, sebagai ingatan untuk aku... ye la, setiap pagi makan nasi berlauk yang dibungkus ni, harga nasi berlauk ni dalm RM1.50-RM3, masa aku sekolah-sekolah dulu RM1 je. Kalau kat kampung abah aku 50 sen je, tu dulu la. Petang-petang, adik aku selalu pergi beli pisang goreng nih, selalu beli RM5 ke atas, biasa la kat rumah aku cuti-cuti ni ramai le. Tu pulak pulut durian, sekarangkan musim buah, jadi si raja buah ni pun menjadi pendahulu buah yang ada kat pasaran sekarang ni. Aku rasa 2 minggu aku duk kat rumah ni, rasenya dah bertambah berat aku ni sikit, syukurla, tapi lepas ni tak tahulah macam mana, huhu...

Ni pulak pulut kuning tau, bukan kek. Ni mi aku yang buat, salah satu kepakaran mi aku, tapi takde sorang pun anak puang die mengikut jejak mi aku nih. Hehe... Mi aku buat pulut ni sempena majlis petunangan anak besan mi aku nun, adik ipar kakak aku la. Biasa kalau majlis kawen ke pertunangan ke, mi aku selalu la buat pulut kuning ni, tapi biasa buat warna putih-hijau, warna yang paling serasi dengan kami sekeluarga... Pulut ni ada 3 tingkat, setiap tingkat tu mi aku lapikkan dengan serunding daging, Pastu yang warna kuning bulat-bulat, panjang-panjang tu, telur dadar. Yang warna hijau kat atas tu, daun pandan. Rumit juga aku tengok mi aku buat ni. Ha, kalau sesapa nak bertunang ke nak kawen ke, nur ke lyn ke, ut ke sesape la, kalau nak buat hantaran pulut kuning ni, boleh a bagitau aku, nanti aku mintak mi aku buat yang spesel, 5 tingkat ke 10 tingkat ke... tapi warna hijau-putih la... hehehe...


Ni anak murid mengaji quran, ada la dalam 10 orang, yang paling kecik umur 4 tahun, yang paling besar umur 10 tahun. Semua ni sepupu aku ngan jiran-jiran sekeliling rumah aku ni. Aku suka sangat, dapat mengajar budak-budak ni mengaji. Lama betul aku tak mengajar budak mengaji. Dulu-dulu pun aku pernah mengajar kat sekolah qiraati, sebelum aku dapat sambung belajar ke Sintok dulu. Mi nga abah aku ni, bila aku balik bercuti, dorang pun bercuti jugak, ye la aku yang kena ambil alih mengajar budak-budak ni mengaji. Daripada mi abah aku duk sesaja kat rumah tu, ada juga faedah mengajar budak-budak ni, takdela rasa sunyi sangat.Biasa budak-budak kawasan rumah aku ni belajar mengaji kat sekolah qiraati kat bandar mache tu pada waktu siang, tapi malam-malam dorang ni nak mengaji lagi kat rumah aku ni. Biasa budak-budak ni datang selepas maghrib. Malam ni malam terakhir aku mengajar budak-budak ni, selepas ni aku mengadap budak-budak iban je, takde dah nak mengajar mengaji ni... Aku nak tengok nanti aku balik untuk cuti raya puasa nanti, budak-budak ni dah boleh naik baca quran besar pulak. Teringat kat arwah nenek aku dulu, dia la yang mengajar aku mengaji, siap kena rotan lagi, pastu selalu tanya hukum tajwid, kalau tak boleh jawab alamak kena marah, kena babel, tak ingat lagi kena rotan. Huhu... tapi sekarang, aku betul-betul berterima kasih kepada arwah nenek aku tu... rotan pun rotan la, asal boleh mengaji. Ni budak-budak ni, aku tak guna rotan sebab aku cari-cari rotan abah aku tu, tak jumpa, entah sapa yang sembunyikan rotan tu pun tak tahula, kalau tak boleh juga aku memanfaatkan rotan tu... konon la.

post signatureHari ni dah hari ahad, mesti kawan-kawan aku kat Tegelam dah sampai sana, tak pun petang ni dorang sampai. Ni apahal aku ni masih duk kat mache ni???, mu tak kelik ko?? Hehe, sebenarnya aku ada sedikit hal, jadi sebelum cuti hari tu aku dah mintak cuti tambahan... jadi jangan jeles la ye, nanti hari selasa ni aku kelik la ke tegelam tu, jangan runsingle. Tapi tiket aku?? tengok la malam-malam ni, kalau aku rase nak kelik, aku booking la tiket tu, relek a, hero tok gaduh!! kwang... kwang...

Tuesday, June 9, 2009

Aktiviti Sepanjang Cuti

Cuti sekolah dua minggu ni memang amat menggembirakan aku. Selain aku dapat balik ke rumah aku kat Mache ni, aku dapat jumpa dengan mi abah aku, dan semestinya semua kroni-kroni aku yang seramai 12 orang ni, termasuk lagi ipar duai aku tiga orang dan tak lupa anak-anak sedara aku yang berlima ni, jadi biasa kalau cuti kami berkumpul seramai 22 orang kat rumah aku ni. Sebab tu aku seronok kalau cuti, aku biasa geng dengan anak-anak sedara ngan adik-adik aku main, kongsi novel dan juga tengok cerita. Banyak juga cerita-cerita kat youtube aku download, dapatlah mengisi masa cuti aku ni, ye la kat Mache line internet laju gila, kalau kat Tegelam nun, adoi la penat kalau nak mendownload cerita ni, setakat baca-baca berita, blog, ber ym tu bolehlah, kalau nak mendownload tu, kena rajin menunggula, kadang-kadang sampai tertidur... huhu.

Ha, bila ada geng ramai-ramai ni, aku layan la semua games ngan cerita. Antara cerita aku layan cerita kegemaran anak sedara aku si Awfa ni, cerita "Wonder Pets", si Dhuha pulak minat cerita Upin dan Ipin ni, pastu adik aku Tsaqif pulak suh tengok cerita Laskar Pelangi, Zakuan pulak suh tengok cerita "Sensei Wa Irai" pastu anak sedara aku si Khayr ngan Umayr pulak duk ajar aku main games, bes jugak.



Ha ni cerita kegemaran anak sedara aku si Awfa yang baru berumur 1 tahun setengah ni, lagu ni dia dah pandai ikut dah, aku rasa budak-budak kecik lain pun minat juga ni (emmm budak-budak besar pun terminat juga... haha).



Ni cerita Laskar Pelangi, cerita dari Indonesia. Memang bestla. Cerita berkenaan guru ngan anak-anak murid yang berjumlah 10 orang nih. Bagus betul cikgu ni, sanggup berkorban untuk mengajar anak murid ni kat sekolah yang kecil tanpa kemudahan sempurna berbanding sekolah lain berhampiran sekolahnya. Apa yang aku perhatikan, ada sedikit persamaan suasana sekolah ni ngan sekolah aku nun. Kalau sekolah ni mempunyai bilangan murid 10 orang, sekolah aku mempunyai bilangan murid 18 orang. Yang kedua pulak ialah binatang yang aku kurang minat nak jumpa, iaitu "croc", dalam cerita ni pun ada juga watak "croc"ni... huhuhu. Seterusnya suasana sekolah ni, sekolah aku pun sedikit berbeza dengan suasana sekolah lain juga, memanfaatkan apa-apa je yang ada kat sekolah ni. Yang aku tak boleh lawan ialah semangat guru kat sekolah ni. Pergh memang mempunyai semangat kecikguan yang begitu tinggi sekali. Walaupun tak ada gaji tetap, mendapat tawaran untuk mengajar di sekolah yang lebih hebat, namun cikgu ni tetap berpendirian teguh untuk terus mendidik anak-anak miskin yang kurang mampu ini... Jauh sangat dengan semangat cikgu yang ada pada diri aku ni, yang duk fikir nak kelik jah sokmo...



"Sensei Wa Erai" bermaksud "semua guru adalah hebat". Cerita ni pun berkisar kepada kisah guru dan anak murid di sekolah menengah. Kisah seorang guru yang dikatakan mempunyai 7 keajaiban dan juga mempunyai perangai yang sedikit pelik. Cikgu yang agak tegas dalam kelas dan juga di luar kelas. Walaupun begitu, beliau mampu mengubah pelajar-pelajarnya dari mendapat 1 markah dalam ujian Bahasa Inggeris kepada 100 markah. Dapat mengubah pelajarnya dari seorang pelajar yang tidak yakin dengan keupayaan diri kepada pelajar yang berani mencuba dan yakin. Tetapi kejayaan pelajarnya ini tidak dapat dikongsi bersama dengan senseinya kerana beliau meninggal akibat sakit di dalam perut di hospital. Begitu sedih sekali anak-anak muridnya dengan pemergian gurunya ini... Memang sedih juga la, pilu juga aku tengok...

post signatureCerita-cerita yang aku tengok ni, selain dapat mengisi masa cuti aku ni, ia juga dapat memberi sedikit motivasi kepadaku untuk kembali ke Tegelam nanti... Waaa dah tak lama dah aku nak kembali semula ke sana... Selain tengok cerita-cerita ni, aku juga sempat menghabiskan dua buah novel iaitu Mikhail karya Ramlee Awang Mursyid dan juga buku yang sedang dibaca iaitu Bidadari Paderi karya Saiful A. Iman. Ada lagi beberapa buah buku lain, tapi nampaknya tak sempat nak baca, kena simpan dulu... Apa-apa pun, aku memang seronok kelik Mache...

Monday, June 8, 2009

Tahniah



Sempena cuti sekolah dua minggu ni, banyaknye la jemputan-jemputan kawen yang aku terima. Aku rasa cuti kali ni paling banyak sekali kad-kad jemputan yang aku terima. Melalui sms pun banyak juga. Pulak tu bukan kat Kelantan sahaja, nun kat sabah pun ada juga. Adusla, maaf banyak-banyak, aku tak dapat nak penuhi semua jemputan ke majlis korang semua ni. Ni kawan-kawan yang paling dekat kat Mache ngan Pasir Putih pun aku tak sempat nak pergi sebab hari tu aku kena pergi bekwoh sepupu aku kak kampung abah ngan kat kampung mi aku nun. Maaf banyak-banyak my pren. Se lagi kalo aku gi pon takde benda lain nak cakap ngan aku, boring dah aku nak dengar, paham-paham sendirila. Hehe, ye a, nanti hadiah-hadiah untuk korang seme aku poskan, tak pun kalo aku rajin, aku buat macam biasa aku bagi kat kawan-kawan aku sebelum ni. Tapi sekarang aku malas, jadi aku beli yang siap je... sori ;)


post signatureBuat sahabat-sahabatku Faezah di Kota Kinabalu, Ilah kat Marang, Amir Pasir Putih, Tie Mache, Mizan Ayer Itam, Shat Selangor, Al Sabah, Zura Kuantan, Adik Lyn Kudat dan sape lagi, adoi tak ingat le plak, ha lupa, untuk sepupu2 aku sekali... dengan ucapan Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga akhirnya... lepas ni aku toksir dengar cerita-cerita pelik pulak, jangan nak menganggu kehidupan aku lagi, letih aku... hehe...

Monday, June 1, 2009

Kamek udah pulai...

Sabtu, 30 Mei 2009

"Kamek udah pulai..." Hehehe... akhirnya aku sampai juga ke rumah aku ni. Pagi Sabtu aku sampai, pulang untuk bercuti selama dua minggu sempena cuti sekolah. Seronok tak terkata. Masa kat airport KB, rupanya sahabat maya aku si Bee ni pun ada, tapi aku ni jenis tak perasan sangat orang ni, sory la Bee, lain kali mu tegurla aku, baru aku perasan. Lagipun aku sibuk duk borak ngan kawan-kawan aku ni, kalau aku tau mu ada, boleh aku minta tolong mu angkut barang-barang aku ni... hahaha.

Aku sampai kat Pengkalan Chepa dalam pukul 8.30 pagi, abah ngan adik-adik aku ada duk menunggu. Lepastu kami terus bergerak ke USM Kubang Kerian untuk urusan konvokesyen aku keesokkan harinya tu. Sampai je kat USM, hujan turun selebat-lebatnya, aku tengok dah ramai pelajar IPKB dan IPG dari Terengganu kat tempat pendaftaran dan pengambilan jubah konvo. Aaa hujan pun hujan la, aku ni semenjak duk Tegelam nun klau hujan memang merupakan satu rahmat kepada aku, jadi aku tak terasa sangatlah kalau hujan turun ni. Aku redah je, bes juga main hujan ni... Waaa ramai juga aku jumpa kawan-kawanku ni, geng-geng kelas aku pun ada. Seronok jump dorang nih, semuanya sibuk duk bertanya perkembangan diri masing-masing, ye la dah hampir 5 bulan lebih kami berpisah ke serata tempat di Malaysia ni, macam-macam ceritalah. Tapi aku tak boleh lama sangat, sebab aku ada program pulk lepas ni. Jadi lepas ambik jubah aku yang berwarna maroon ni, hai-hai ngan kawan-kawan kejap, aku pun bergegas pergi ke tempat abah ngan adik-adik aku sedang menunggu. Esok pulaklah aku jumpa ngan kawan-kawan aku ni.


Dah duk dalam kereta baru la aku terasa lapar, ye la dah hampir kul 10 pagi aku belum makan apa-apa lagi. Belum sempat aku bersuara, abah aku lebih memahami aku, abah aku tanya nak makan kat mana ni? Hehe, apa lagi, aku teringat-ingat je kat nasi kukus Haiqal dekat cabang tiga Pengkalan Chepa nun. Jadi kami makan kat situ la. Waa sedapnya, nasi kukus ni memang menjadi makanan kegemaran aku dan rakan serumah aku semenjak kami duduk kat maktab ni. Sedap, masuk pulak ngan selera kami semu ni. Tapi nasi tak cukuplah, segan pulak nak mintak tambah. Hahaha.


Lepas kami selesai makan, abah aku mengajak kami semua balik ke kampung sekejap. Ooo rupa-rupanya hari ni sepupu aku kahwin, jadi abah aku nak pergi ikut rombongan "belarak" pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Ye la, aku pun ikut sekalilah, walaupun aku dah terbayang-bayang bantal ngan katil, tapi aku ikutkan je la. Dah lama tak jumpa saudara-mara aku kat kampung ni. Tahniah buat wani dan isteri.

Tengoklah suasana kampung aku yang berhampiran pantai ni, dekat je ngan Pengkalan Chepa ni. Suasana pantai ni tak macam masa aku kecik-kecik dulu, dulu pantai ni jauh dari jalan, sekarang ni dah terhakis, jadi terpaksalah ditimbun dengan bongkah batu yang besar ni.

Tu rumah yang bercat kuning ni rumah arwah nenek aku. Sedih kami tengok rumah ni, dah jadi rumah tinggal dah, yelah sapa lagi nak duduk kat rumah ni, semua anak cucu dah ada rumah sendiri, jadi rumah ni terbiar kosong je la. Abah aku sebagai anak lelaki tunggal pun, duk jauh dari kampung ni, jadi tak boleh la nak menjengok rumah ni selalu. Tu yang sebelah tu pulak surau atau pun balaisah. Balaisah ni bersebelahan ngan rumah nenek aku je. Asalnya balaisah ni dibina oleh arwah atok aku yang telah meninggal dunia hampir 30 tahun yang lalu... Alhamdulillah, balaisah ni masih tetap digunakan hingga ke hari ini oleh masyarakat kampung sekeliling. Terim kasih kepada sepupu sulung dalam keluarga kami iaitu abe di, yang tidak jemu-jemu memastikan balaisah yang kecil ini sentiasa berpenghuni dan diimarahkan dengan sebaiknya.



Ahad, 31 Mei 2009


Tahniah dariku untuk semua penerima diploma pada hari ini. Hari ini merupakan majlis konvokesyen aku untuk penerimaan Diploma Perguruan yang diadakan di Dewan Utama, USM, Kubang Kerian.

Inilah dia jubah aku, warna maroon. Kalau pelajar lelaki wajib pakai songkok hitam, perempuan pulak wajib pakai tudung pink... huhuhu. Seronok rasanya, ye la, berkonvo dalam negeri sendiri, best la. Akhirnya tempoh setahun aku mengikuti KPLI ni diiktiraf dengan penyampaian diploma oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Hj. Alimuddin B. Hj. Mohd Dom. Kali ni negeri Kelantan menjadi tuan tumah bagi majlis konvokesyen ini. Majlis ini melibatkan guru-guru dari IPG cawangan Kota Bharu, Batu Rakit, Kuala Terengganu dan Sultan Mizan, Besut. Pelajar IPKB memakai jubah berwarna maroon, Batu Rakit, berwarna Biru dan Besut memakai jubah berwarna hijau.


Walaupun dah beberapa kali aku menyertai majlis konvokesyen ni, tapi aku tetap kelam kabut je. Hehehe, dah le datang lewat, orang dah masuk semua baru aku terkejar-kejar masuk dewan... piz ni meme sokmo gini, ape a! Apa pun, aku nak ucap tahniah kepada semua, semoga dapat menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang!!! (macam pernah ku dengar ungkapan ni, aaa lantak le, melayu kan mudah lupa!).


post signatureHehehe, 2, 3 hari ni mulut aku ni asyik tersengih memanjang je... ye a boleh duk mache, nye gumbira la. Kalau tak percaya tanya Bee ke Limbang ke Nur ke... mesti dorang sengeh je, betul tak? Hehe. Memang bes la duk umah, yang pasti aku dah jumpa ngan budu, makan nasi ngan lauk klate bkn lauk ala-ala tegele tuh! (bersyukur la wei, ape a!), se lagi skang ni musim buah-buahan rupanya, waaa apa lagi aku serang je la buah mokte, duye, pauh semo la... hahaha!!

Tak lupa ucapan Hari Gawai untuk seme yang menyambutnya, terutama anak-anak murid kat Tegelam.

Juga buat kak memot sekeluarga : " Ya Allah ya tuhanku... permudahkanlah dan jangan menyusahkan..." Semoga kak memot dan keluarga dapat bersabar dengan ujian ini, dan moga-moga uda lekas sembuh dan dapat kembali bermain basikal...