Sunday, August 30, 2009

Resepi Ramadhan: Kerabu Darat

Resepi seterusnya, Kerabu Darat. Tau tak, apa maksud kerabu darat ni? (man, demo tau ko?) Kerabu ni kerabu la, campuran daun-daun kayu nih, pastu darat ni, darat la, atas darat bukan atas laut. Jadi kerabu darat ni maksud dia, kerabu yang dibuat di atas darat. Gitulah lebih kurang maksud dia. Paham-paham sendirilah.

Mudah sangat buat kerabu nih, sambil main-main je. Jom kita tengok!



Bahan-bahan:

1. Beberapa jenis daun kayu seperti, daun kesum, pucuk ketereh, daun kemudu, daun serai, dan ulam raja serba sedikit.
2. Batang serai
3. Sebiji buah mangga muda.
4. Bawang merah.
5. Bawang putih.
6. Bawang besar.
7. Lada besar hijau (atau cili merah).
8. Limau nipis.
7. Ikan panggang tawar .
8. Kelapa goreng.
9. Gula
10. Garam
11. Sos bilis ;)

Cara-cara:



1. Sediakan beberapa jenis daun kayu seperti daun kesum, pucuk ketereh, daun kemudu, daun serai, dan ulam raja serba sedikit.
2.-3. Potong atau mayang daun-daun kayu ini dengan halus (jangan tebal sangat, nanti tercekik!)
4. Potong atau mayang halus buah mangga muda.
5. Potong lada besar, lada merah, bawang besar, batang serai dan masukkan ke dalam daun kayu yang telah dipotong halus tadi.
6. Kisar bawang merah dan bawang putih.


7. Kisar isi ikan pangang tawar dan kelapa goreng tadi dan campurkan dengan cara no. 6. Masukkan sedikit garam dan sedikit gula, sedikit sos bilis (budu laaa, nak bubuh takpo, toksir bubuh pon takpo) serta perahkan air limau nipis dan kemudiannya dimasukkan ke dalam cara no. 5.

8. Masukkan buah mangga yang telah dipotong halus ke dalam cara no. 7 dan gaulkan kesemuanya dengan perlahan.

Dah siap kerabu darat. Senang dan mudah, dan semestinya sedap dimakan begitu sahaja. Kenapa kerabu ini tidak dimasak di atas api? Sebab kalau dimasak, zat-zat daun kayu yang segar nih akan tiadala. Kalau kita makan kerabu darat begini semua zat ada. Betul aku cakap ni, aku ni selain mengajar subjek Matematik, aku juga belajar Kemahiran Hidup masa kat IPKB tu, jadi cara pemakanan seperti kerabu darat ni baik untuk kesihatan, sesapa nak diet dengan hanya memakan kerabu darat ni pun boleh juga.


post signatureWaahh banyak betul resepi nih, sejak bila ni piz wei!! Aku duk tepek resepi nih, sebab hari ni hari terakhir aku berbuka puasa kat mache nih :( esok aku terpaksa ke tegelam sinun nun. Tu pasal aku tepek je resepi nih. Nanti aku duk tegele aku tau dah resepi aku kat sane ape, ke korang nak cuba juga ke resepi tegele nun? hahaha. Resepi singge daging kak memot, lepas ni plok. Wei antu, umai tu kat Sarawak, loni aku duk kat mache, jadi aku tak ingat dah umai tu gano, kene aku sampai kat kuching dulu baru aku ingat! Mu ambik je resepi kerabu darat nih, lebih kurang je, lagi sedap dari umai tu.

Saturday, August 29, 2009

Resepi Ramadhan: Ayam Madu Pandan Bakar

Aku rasa bila aku letak resepi kat blog aku ni rasa macam pelik je. Kalau orang kenal aku ni mesti gelak guling-guling nih. Mesti dorang ni tanya aku: "Ni beto ke mu piz? mu deme ke? ke mimpi gapo semalaam nih?", huhu, tak tau aku nak jawab nih. Ni kalau geng-geng gedebe aku masuk blog aku ni tak tau aku nak menyorok muka aku kat mana nih. Dorang ni memang hampes, mesti kutuk aku kaw-kaw punya!

Takpe, aku tepek resepi ni kat sini ni pun bersebab la, yang ni pulak permintaan adik aku kat Betong, Sarawak tu, hari-hari dia tepon aku suh aku tepek resepi. Dia ni jenis lebih kurang ngan kroni-kroni aku yang lain la juga, nak makan makanan yang biasa mi aku masak. Adoi teruk le adik aku ni, sian adik ipar aku nun, kena ikut kehendak adik aku ni nak masak ape, ape a. Kalau aku duk Tegelam nanti (huhu), aku goreng telor, masak sardin, ikan bilis ngan serunding daging ni je lah, no hal nye (terpaksa).

Apa-apa pun, buat adik aku ngan adik ipar aku kat sinun, hoh ambik resepi hari nih, "Ayam Madu Pandan Bakar".



Bahan-bahan:

1. Isi ayam
2. Daun pandan
3. Bawang merah
4. Bawang putih
5. Minyak zaiton
6. Sos tiram
7. Lada sulah
8. Garam
9. Madu
10. Lidi sate

Cara-cara:



1. Bersihkan daun pandan beberapa helai (ambik kat depan rumah ni).
2. Sediakan sos tiram, madu, minyak zaitun (kalau ada), sedikit garam dan lada sulah.
3. Kisar bawang merah dan bawang putih dan gaulkan bersama bahan no. 2 kemudiannya perapkan isi ayam ke dalam bahan ini.
4. Bentukkan daun pandan menyerupai ketupat tiga segi tu (senang je), lepastu masukkan daging ayam yang diperap tadi.
5. Lipat atau gulung daun pandan yang berisi daging ayam ni sesuka hati (macam buat origami plak!).
6. Lepas tu cucukkan lidi sate di tengah-tengah untuk mengelakkan daun pandan ini terbuka dan memudahkan kita untuk membakar nanti.


7. Daging ayam madu yang siap dibalut dengan daun pandan dan sedia untuk dibakar.
8. Bakar ayam madu ni sehingga masak.
9. Kalau dah rasa masak (jangan pulak pergi try rasa!) angkat, jangan biar hangit pulak.
10. Inilah dia rupa ayam madu pandan bakar, bila kita buka daun pandan ni isi dia berwarna putih pink gitula. Bau dia pulak wangi.

"Hah, apa lagi, esok mu gi beli ayam yang disembelih dengan betul (kat sana aku tak percaya sangat) takpun mu belajar-belajarla sembelih ayam tu, tak ganah langsung la mu nih. Lepastu mu masak la ayam nih. Nanti esok-esok laaaa aku tepek resepi lain tuuuu, malas nyo lah!! "
----> pesanan untuk kroni aku je nih ;)


post signatureHehe... macam-macam piz nih. Resepi ni aku tengok mi aku buat tadi, khusus untuk adik bongsu aku tu yang nak balik ke asrama dia petang tadi. Jadi mi aku masakla untuk dia bawak bekal kat sana. Emmm kalo nak tau adik aku nih, kalau boleh nak cuti sebulan sampai habis puasa ni baru dia nak pergi sekolah, banyak betul alasan dia tak nak pergi asrama tu, makanan asrama tak sedap, tak selera nak makan, macam-macam lagi lah. Mujur aku dok gitu! hahaha!!!

Wednesday, August 26, 2009

Resepi Ramadhan: Solok Ikan


Sempena Ramadhan al-Mubarak ni, aku nak kongsi resepi turun temurun mi aku ni, langsung dari dapur di Mache!

Istimewa juga resepi Solok Ikan ni untuk tatapan kak memot yang amat berminat dengan solok ike nih. Jom!




Bahan-bahan:


1. Ikan kembung segar bersaiz sedang.
2. 4 biji bawang merah (lebih pun takpe).
3. 4 ulas bawang putih (lebih pun takpe).
4. Sehiris halia.
5. Kelapa parut.
6. Kelapa goreng.
7. Garam
8. Gula
9. Lada Sulah.


---> Untuk melihat paparan yang lebih jelas sila klik pada gambar-gambar di bawah!

Cara-cara Membuatnya:


1. Ikan disiang dan dibersihkan terlebih dahulu.
2. Patahkan ekor ikan (repih tulang) dan patahkan kepala ikan (repih kepala).
3. Badan ikan dibuka dan menampakkan tulang tengah.
4. Cabut tulang tengah dengan perlahan-lahan.
5. Asingkan isi ikan dari kulitnya.
6. Isi ikan diasingkan sehingga tinggal kulit ikan sahaja. (Biar berbentuk seekor ikan)



7. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
8. Bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat.
9. Campur bawang putih + bawang merah + halia + sedikit garam + sedikit gula + kelapa parut + sedikit lada sulah, kemudian tumbuk sampai lumat.
10. Tumbuk pula kelapa goreng sehingga lumat. (Kalau takde pun takpe).
11. Masukkan isi ikan (yang ditumbuk lumat), kelapa goreng yang ditumbuk lumat dan pecahkan 3 biji telur ke dalam bahan no. 9. Gaul hingga sebati.
12. Ambil kulit ikan yang telah diasingkan isinya.



13-15. Masukkan bahan tadi ke dalam kulit kulit ikan ( biar berbentuk seekor ikan yang sempurna dan sedikit gemok).

16. Solok ikan yang telah siap dimasukkan bahan-bahan campuran tadi.

17. Goreng solok ikan ini dengan api yang perlahan sehingga rasa-rasa dah masak la.

18. Jeng... jeng.. jeng... solok ikan yang siap digoreng dan boleh dihidangkan.

p/s: Solok ikan ni sedap dimakan bersama-sama dengan nasi biasa dan lagi sedap kalau makan solok ikan ni cicah dengan sos cili je...



post signatureAlhamdulillah... siap juga solok ikan nih. Aku mula-mula tak tau pun mi aku nak masak ikan nih, tup-tup pergi kat dapur tu tengok mi aku duk sediakan bahan-bahan nak buat ikan nih. Aku ape lagi, teringat permintaan kak memot suh tepek solok ikan kat blog nih, aku pun snap le gambar-gambar ike kembung yang tetiba jadi glemer ni. Yang best lagi aku mendapat kerjasama dari chef peberet kami ni iaitu mi aku la, untuk mengambil gambar dan mendapatkan resepi solok ikan ni. Kesian kat mi aku, sepatutnya masakan ni biasa siap dalam masa tak sampai setengah jam, tapi disebabkan duk melayan aku ngan adik aku nih, agaknya ada dalam sejam baru nak masak. Hehehe...

Apapun selamat mencuba buat kak memot dan semua la. Ha ni ada la nak mengutuk aku nih, mu antu duk diam-diam wei, pelik sangat ke aku nak memasak nih, hampes!

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan 1430H







post signatureSelamat menjalani ibadah puasa, bertarawikh, mengaji quran, bersedekah dan lain-lain amalan menjurus kepada kebaikan. Juga jangan lupa bangun sahur. Banyak kelebihan bangun sahur nih. Sempena ramadhan ni juga, saya nak mintak maaf buat semua sahabat yang mengenali dan tak mengenali diri ni... Kalau nak kenal, jom mai mache, tak pun gi tegelam nun... Puasa 1 Ramadhan ni best sangat sebab boleh sambut kat mache nih. Semo kroni kebanyakan dah sampai kat rumah, kecuali kakak sekeluarga yang duk kat Shah Alam dan adik yang duk kat Bangi tu mungkin terlambat sedikit tiba di Mache. Yang sadisnya adik kat Betong, Sarawak tak balik, dinihari dah tepon tanya kabar, hehe... sape suruh tak kelik!

Apapun, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya... Jangan malas-malas piz, kali ni kena belajar masak betul-betul le, senang nak praktikkan kat Tegelam nanti...

Ahlan ya Ramadhan...


Monday, August 17, 2009

Seminggu yang sibuk

Seminggu ni aku agak sibuk sedikit (ye ke?) ... sibuk cara aku le...tapi makan, minum, main, tidur macam biasa je, tak terjejas, cuma letih sedikit je. Aku sibuk bukan apa pun, sebenarnya sekolah aku dengan kerjasama PIBG sekolah nih menganjurkan sukan dwitahunan sekolah. Aku sebenarnya dah biasa dengan sukan nih, tapi yang menjadi sedikit luar biasa pada aku sebab sambutan sukan ni dibuat tiga hari dua malam. Pergh, macam-macam acara dan program yang dorang buat. Semua guru, PIBG, murid sekolah ngan orang kampung terlibat. Agak meriah juga la, sebab orang kampung dari kampung-kampung seberang sungai yang berdekatan pun turut berperahu ke kampung kami nih, macam kampung Lubuk Punggur dan Lubuk Bunting. Bagus betul semangat kejiranan dan kesukanan serta perpaduan yang begitu unggul sekali.


Dua hari sebelum kejohanan sukan ni bermula, kami mengadakan aktiviti gotong royong di sekitar kawasan sekolah ni. Membina astaka, membuat padang bola sepak dan sepak takraw, menghias kawasan sekolah dan pelbagai persediaan untuk hari sukan yang diadakan bemula pada hari Jumaat, 14 Ogos 2009. Aku pulak ditugaskan untuk bahagian sukaneka. Sepatutnya aku bersama ngan Nisa, tapi disebabkan Nisa masih bercuti sakit terpaksalah aku memikirkan aktiviti sukaneka ni seorang diri. Tapi guru-guru dan murid-murid turut sama membantu aku dalam hal ni. Biasala aku ni sokmo "hero tak ggaduh" akhir-akhir baru nak buat itu ini.Bukan gapo, aku rasa macam tak best buat awal, kalo wat last minute gini baru mencabar skit! Hehe, berat mu piz!



Hari ni pepagi lagi aku dah bangun, sebab acara sukaneka ni bermula seawal jam 9 pagi. Ye la, aku nak kena siapkan padang dan peralatan sukaneka nih. Tak boleh siapkan semalam, sebab hujan, jadi aku buat pagi ni la. Mula-mula tu ada acara senamrobik, lepastu ucapan perasmian oleh gb, lepastu barulah mula acara sukaneka untuk muris-murid sekolah aku nih. Ada tiga kumpulan iaitu merah, hijau dan kuning (biru aku tak berminat, hehe), bukan apa sebab murid sekolah aku ada 18 orang jadi cun-cun aku bahagikan kepada tiga kumpulan je.

Aku menyediakan tujuh acara untuk sukaneka nih. Macam biasala, masuk air dalam botol, tiup belon, tiup getah dalam tepung, berlari sambil kepit bola, boling kelapa, lari berganti-ganti dan tarik tali. Mula-mula aku ingat nak buat dalam 3 atau 4 permainan je, biasa la aku kan "mmalas" skit, tapi bila aku dengar permintaan budak-budak nih, ye laaa aku ikutla, aku tambah lagi biar korang puas hati main kat padang tu. Seronok le bebudak ni bila aku setuju tambahkan permainan nih. Awal-awal dah tawarkan diri nak tolong aku sediakan tempat ngan peralatan untuk sukaneka nih. Pandai la membodek aku.


Tengokla budak-budak ni main seronok sungguh. Aku pun ingat nak join juga, tapi tak boleh a... Teringat zaman aku sekolah rendah dulu, biasa mi aku la datang tengok aku bersukaneka nih, bila aku dah sekolah menengah, duk kat kolej, duk kat u, aku pulak gi tengok adik-adik aku main, ganti mi ngan abah aku la pulak. Ye la, adik-adik akupun macam aku juga, macam anak murid aku juga, kalau mak ayah ke abang kakak datang, mesti la seronok, lebih bermotivasi untuk dorang main sampai menang. Aku bab-bab main gini aku suka la, cuba kalau mi aku suruh aku pergi mesyuarat PIBG adik aku, huhu malas la, boring amat, tak sesuai dengan aku tempat-tempat gitu. Tapi bila aku dah jadi cikgu, huhu memang terpaksa ikut juga, memang memboringkan sungguh le...


Hampir jam 12 tengah hari baru acara sukaneka kanak-kanak ni tamat. Keputusan, pasukan merah juara. Lepastu, dalam pukul 4 petang pulak, sukaneka untuk oang dewasa pula diadakan. Warga kampung ni memang sporting sungguh. Bila ajak je main, dorang pun join je, tak kira muda, tua, datuk ngan nenek pon ikut sekali, bagus betul. Adala dalam lima permainan yang disediakan untuk orang dewasa nih. Yang paling mencabar dan seronok aku tengok, acara mengopek kelapa. Hebat, kali pertama aku tengok, geng-geng pakcik iban nih mengopek kelapa tanpa menggunakan apa-apa parang atau pisau. Sebaliknya dorang guna tangan sahaja. Mula-mula, letakkan setompok buah kelapa tua, lepastu dorang berlari mengambil buah kelapa tu dan mengetuk-ngetuk buah kelapa tu dengan tangan sahaja, lepas tu terus kopek. Hebat la, lupa pulak aku ambil masa untuk mengetahui tempoh masa mengopek buah kelapa nih.


Habis acara sukaneka sehari tu, acara untuk malam pula pertandingan karaoke dan poco-poco. Setelah penat aku menguruskan acara sukaneka tu, aku ingat malas la nak join acara untuk malam tu, lagi pun aku ni kalau acara macam tu, bising-bising gitu aku rasa malas la. Tapi memikirkan tak molek buat gitu, aku pun turunla juga, lepas isyak tu aku turun, kalau ikut jadual pukul 7 malam dah mula, tapi biasala, pukul 9 malam baru mula. Dalam tempoh tu, beberapa kali aku balik rumah aku nih, ye la bingit telinga aku bunyi muzik yang bermacam tu, kalau aku masuk bertanding karaoke tu sekali ok juga, tapi aku takut ada orang terkejut pengsan je... hahaha... Bila dah mula, baru aku pergi kat tempat acara tu, aku pergi tunjuk-tunjuk muka, hai-hai sikit, tengok anak murid aku, Durina ni menyanyi, sempat tengok kumpulan "indai orang" (ibu orang) ngan kumpulan "nenek blues" ni berpoco-poco, aku pun balik rumah la, lagipun perut aku pun duk sibuk berkaraoke juga, lebih afdhal kalau aku mendiamkan perut aku nih, dengan menyuap nasi berlaukkan ikan sardin, ok jugak. Escapism la nih, aku bab-bab ni terer sangat! Aku sebenar tak tahan dengan bau asap rokok, lepas tu tengok ada yang duk menari-nari kat bawah tu sebab dah mabuk-mabuk minum tuak...huhuhu...


Hari ketiga, hari Ahad merupakan hari terakhir sukan dwitahunan nih. Acara hari ini ialah pertandingan bola sepak untuk separuh akhir dan akhir. Lepastu pertandingan sepak takraw suku akhir, separuh akhir dan akhir. Banyak juga penyertaan untuk ke dua-dua permainan nih. Sampaikan untuk perlawanan saringan pun sehari suntuk pada hari Sabtu tu. Kampung-kampung seberang pun turut menghantar pasukan masing-masing. Yang bagusnya, dari aspek pengangkutan, bila peserta ni sampai je kat seberang, wakil sekolah kami pasti akan pergi mengambil peserta ni dengan menggunakan perahu Bos. Meriah jugalah sukan kali ni.

Kemudiannya majlis penyampaian hadiah dan penutupan sukan dwitahunan sekolah disampaikan oleh wakil kepada YB Nordin, kira orang politik jugala yang sanggup datang menutup majlis sukan kami nih. Seronok orang kampung ni, aku pun tersengeh je bila wakil yb ni sanggup menjelaskan bil-bil tertentu untuk kampung nih dan juga membuat janji untuk membuat jalan dan membuat projek mesra rakyat yang begitu popular kat semenanjung nun, kalau kat sini masih baru lagi. Yang lawaknya, ada sorang pakcik tu, dalam mabuk-mabuk gitu, sempat kata kat wakil yb tu bercakap bohong! Sampaikan wakil yb tu tercengang-cengang je bila dengar pakcik tu cakap gitu... Hehe, sib baik pakcik tu tengah mabuk-mabuk, kalau tak, tak tahula...


post signatureHabis juga sukan 3 hari 2 malam nih. Walaupun sedikit penat, tapi yang bestnye hari ni (Isnin) sekolah kami cuti, kira cuti peristiwa la, untuk berehat selepas kepenatan bertungkus-lumus untuk menjayakan sukan yang tak seberapa ni. Yang paling best lagi, hari Khamis ni aku kelikkkk... hehehe, aku cuti sekolah le, 10 hari je, sempat menyambut Ramadhan kat Mache, lepas cuti tu pulak, duduk seminggu, peperiksaan sebenar UPSR pulak... haaa yang ni aku runsing betul. Kadang-kadang fikir tak nak balik, sebab aku rasa macam banyak benda lagi aku kena ajar budak-budak nih, tapi bila fikir lagi sekali, aku nak kelik wei... Adoi la. Ape pun, aku dah sediakan 6 set soalan Matematik UPSR dan tambahan beberapa set soalan percubaan dari negeri lain sebagai "homework" untuk dorang masa cuti nanti... siap kena sign "AkuJanji" lagi, aku bukan nak menyusahkan, tapi nak suruh dorang bersedia untuk pereksa sebenar pada 8, 9, dan 10 September nanti...

Monday, August 10, 2009

Jerebu, Kemarau dan H1N1

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Selamat pagi dan salam sejahtera untuk semua...



Hari ni pepagi aku pergi sekolah, lepas mandi tadi badan terus terasa gatal-gatal, dah lama aku tak rasa gatal begini, aku ingat badan aku dah imunne dah dengan gatal-gatal nih, nampaknya masih belum, mujur ada lagi bedak agnesia khusus untuk digunakan kalau aku terasa gatal. Lepas tu aku bergegas ke sekolah, sebab hari ni hari Isnin, kebiasaannya ada perhimpunan mingguan kat sekolah. Sambil berjalan meniti titi kayu nih, aku menikmati suasana pagi di Tegelam nih, konon nak menghirup udara pagi... tapi pagi ni aku rasa ada kelainan dengan cuaca pagi nih, nampak pagi ni dipenuhi kabus, putih bening je... mata aku pun terasa pedih dan berair je... aku abaikan je, ingatkan takde apa-apa.

Semasa perhimpunan tulah, baru aku tau, bila pk aku bercerita pasal jerebu yang melanda Sarawak khususnya sekarang ni akibat pembakaran terbuka di bahagian Miri dan bahagian aku Samarahan ni merupakan kawasan berjerebu yang mencatatkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) di Sarawak yang paling tinggi. Patutla, aku terasa pelik je sehari dua nih. Aku baru perasan hari ni sebab Sabtu dan Ahad cuti hujung minggu, jadi aku tak keluar mana-mana pun, duk kat rumah aku ni je, tu yang aku tak rasa sangat. Tadi kat kelas pun budak-budak ni mengadu macam-macam kat aku, sakit kepala, pedih mata, hidung, susah nak bernafas, sakit badan dan macam-macam lagi la. Aku suruh dorang ambil ubat panadol ngan ubat angin je lah, pastu berehat, aku tak mengajar banyak sangat hari ni, kesian tengok keadaan budak-budak nih.



Masa rehat pukul 10.10 pagi ni aku balik sekejap, terus search pasal jerebu nih, emmm memang agak teruk sekarang nih. Dengan suasana kemaraunya yang dah berbulan-bulan melanda negeri nih, lagi lah memburukkan keadaan sekarang nih. Hujan terakhir aku ingat dua atau tiga minggu lepas, tu pun selepas sebulan hujan tak turun, kerajaan mengarahkan membuat pembenihan hujan di beberapa kawasan, Alhamdulillah, selepas tu hujan turun dengan selebat-lebatnya. Selepas hujan tu, sampai sekarang hujan tak turun, air kat rumah aku ni pun dah hampir-hampir nak habis dah ni. Rumah-rumah sebelah rumah aku ni dah mula mengangkut air dari tangki-tangki air kat luar nun, rumah aku ni je yang belum, syukur sangat-sangat sebab sampai ke hari ni air dalam paip kat singki di dapur tu masih mengalir, maksudnya tangki air aku yang kat luar tu masih ada air lagi la, jadi tak perlu lagi aku nak mengangkut air. Wei penat angkut air ni, korang mana rasa, kalau sekali sekala takpe la, ni setiap kali hujan tak turun, terpaksalah mengangkut air nih. Aku bersyukur lagi, kerana sehingga ke bulan lapan aku duk kat sini, masih belum merasa mengangkut air dari sungai tu, tapi kalau benar-benar terdesak, bila semua tangki tadahan hujan kami habis, baru kami turun ke sungai. Tapi aku dengar cerita kawan-kawan aku kat Bintulu, Betong dan lain-lain, memang dah mula mengangkut air dari sungai. Kawan aku Nurul kat pedalaman 3 Bintulu nun cerita kat aku, dorang terpaksa keluar setiap minggu ke bandar Bintulu disebabkan ketiadaan air nih, Nurul cakap dia tak larat dah sebab setiap hari dorang kena panjat 13 anak tangga untuk mengangkut air tu, tinggi pulak tu... huhu cabaran sungguh.

Sekarang ni kat Sarawak ni ada jerebu, kemarau dan juga penyakit yang telah menyebabkan 26 orang setakat ini meninggal dunia disebabkan virus H1N1 ni juga turut tesebar di sini. Aku ni memang risau sangat, ye la benda-benda macam ni, benda yang kita tak jangka ni mestilah kita rasa risau. Kat sekolah aku ni murid 18 orang je, yang datang ke sekolah hari ni 15 orang je, lepas tu yang disuruh balik ke rumah tadi 2 orang, yang tinggal 13 orang je murid kat sekolah nih. Ada yang demam, selsema, sakit kepala, sakit kaki dan cacar air. Semuanya simpton-simpton yang merisaukan kami kat sini. Jadi semasa perhimpunan tadi, pk aku dah terangkan kat murid-murid nih berkenaan penjagaan kesihatan untuk mengelakkan terkena jangkitan H1N1 nih. Yang pasti kena jaga kebersihan, basuh tangan, kaki, jangan berjalan berkaki ayam, mandi dengan sabun, kalau rasa demam, selsema, batuk, sakit badan pergi ke hospital dan jangan datang ke sekolah. Duduk kat rumah tu. Walaupun kami ni berada di kawasan pedalaman nun, tapi bila dinamakan virus nih, duk kat mana-mana pun, kalau ditakdirkan terkena virus tu, terkena la juga. Cuma kita kena sentiasa berhati-hati dan bersedia serta yang paling penting sekali kena selalu berdoa minta dijauhkan dari ditimpa penyakit ni...

Bila difikir-fikirkan sebagai rasionalnya seorang Islam... dengan kemaraunya, jerebunya, H1N1 nya... apa yang korang terfikir? Pernah tak korang terfikir ini adalah bala yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sebagai satu peringatan buat hamba-hambanya yang lalai dalam mengurus alam dan melaksanakan kewajiban terhadap Pencipta... dengan ibadat solat yang tak sempurna, masalah sosial yang semakin membarah, pemimpin yang zalim, korupsi, dan tidak bersungguh untuk melaksanakan hukum Islam yang sebetulnya, dengan hiburan dunia yang terlampau dan sebagainya juga merupakan salah satu sebab kepada munculnya penyakit berbahaya seperti H1N1, kemarau yang berpanjangan dan juga jerebu ini...

Baru semalam... baru semalam aku merasa satu perasaan yang amat menyakitkan hati aku nih sehingga menitis air mata aku nih, rase begitu geram sangat bila aku terdengar dan menonton Buletin Utama, bilamana ada diumumkan dengan menyebut kepada seluruh masjid di negara ini agar dibuatkan majlis bacaan Yasin dan solat Hajat! Masa aku dengar tu berasa berdesing je kat telinga aku nih! Ha, baru tau, kalau dah berlaku macam nih, barulah nak ingatkan Tuhan, baru nak suruh beramai-ramai memohon kehadrat Ilahi agar dijauhkan dari malapetaka ini, barulah nak suruh beramai-ramai mengaji memohon keampunan dariNya... baru... baru sekarang ini bila dah berlaku macam hari ini baru nak ingat! Kalau sebelum ni, apa yang korang ingat? Maksiat bermaharajalela, kalau tok-tok guru, alim ulama', ustaz-ustazah membuat kebaikan menegakkan yang haq... korang apehal, asyik mengutuk, mengata, memperlekehkan usaha mereka ini. Inilah yang menyebabkan aku rasa sakit hati sangat... Allahuakbar...

post signatureApa-apapun yang berlaku, moga-moga perasaan takut, gerun dengan azab siksaan Allah Taala akan menambahkan dan menguatkan iman kita semua. Walaupun sedikit, yang ada itulah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya, sekukuh-kukuhnya sebagai pelindung diri kita di dunia yang sementara ini dan yang utama di akhirat sana...Ya Allah ya tuhanku... jauhilah kami semua hamba-hambaMu ini dari bala seksaan mu ya Allah... hindarilah kami dari penyakit-penyakit yang merbahaya... sembuhkanlah kami dari kesakitan... basahkanlah bumi kami dengan limpahan hujan yang bermanfaat... aminn ya Allah...

"Allahumma yassir wala tu'assir..." "Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah dan jangan menyusahkan..."




Sunday, August 2, 2009

Jom Buat Origami...

Quote:
"piz, ajar kak wat musang kertas tu..tapi yg mana satu musang??

tak nmpk cam musang pun...haha"
~Kak Memot~


Atas permintaan Kak Memot, aku cuba la tunjuk cara-cara membuat Musang (?) dan Katak ni.

Aku ni memang berminatla buat benda main-main gini ni. Aku ingat masa aku kat taski dulu kut aku belajar buat origami ni, suka pulak lipat-lipat kertas nih. Kebiasaan semua budak-budak berminat dengan origami ni. Kalau kat sekolah, budak-budak memang seronokla kalau aku ajar buat benda-benda gini, aku pun lagi seronok. Aku ada la juga koleksi buku-buku origami ni, tapi kat Mache la, anak-anak sedara aku pun lagi pandai dari aku nih, sebab dorang ni dari baby lagi umi ngan baba dorang ni duk ajar benda-benda gini.

Ok, jom kita buat musang ngan katak ni, yang ni paling senang sangat, main lipat-lipat je.


---> Untuk melihat paparan yang lebih jelas sila klik pada gambar-gambar di bawah!

Musang



  1. Peralatan seperti kertas, pisau, gunting, marker pen dan lain-lain yang dirasa perlu.
  2. Lipat kertas menjadi bentuk segitiga tu, ala macam buat perahu la untuk mendapatkan garisan.
  3. Lipat kertas yang di bahagian bawah ke atas.
  4. Kemudian kertas yang dilipat di bahagian bawah tu dipotong lurus, mengikut garisan.
  5. Kertas yang berbentuk segitiga dan segiempat tepat yang dipotong tadi.
  6. Kertas berbentuk segitiga tu dibuka dan buat lipatan ke atas mengikut takat garisan.

7. Lipat kertas tersebut menjadi empat lipatan.
8. Kemudian, terbalikkan kertas yang dah siap dilipat, dan lipat lagi sekali.
9. Lipat kertas kepada empat lipatan.
10. Kemudian terbalikkan lagi sekali dan lipat lagi.
11. Lipat kepada tiga lipatan sahaja.
12. Kemudian terbalikkan lagi.
13. Buka dua lipatan kertas sahaja untuk dijadikan telinga.
14. Terbalikkan lagi sekali, rupa musang semakin kelihatan.



15. Buka lipatan kertas yang di bahagian bawah tadi, dan akan kelihatan badan musang yang memanjang.
16. Ambil kertas yang berbentuk segitiga tepat yang dipotong tadi.
17. Lipat kepada beberapa lipatan, menjadi bentuk tali leher.
18. Kemudian lukis mata, lidah dan baju musang mengikut citarasa anda. Tali leher itu pada bahagian hujung atas dilipat sedikit untuk diletakkan di bawah dagu musang nanti.
19. Jeng... jeng... jeng si musang dah siap! Encem sungguh... haha. Tali leher tu nanti diletakkan di bawah dagu si musang tu. Bertujuan untuk ditarik-tarik, nanti nampak macam musang tu bercakap-cakap gitu. Sesuai untuk kanak-kanak sahaja!!


Katak



  1. Asas origami, lipat kertas membentuk segitiga.
  2. Kertas tersebut dilipat kepada dua-dua belah, untuk menampakkan garisan apabila dibuka.
  3. Lipat kertas mengikut garisan seperti ini.
  4. Lipat kertas le bahagian atas.
  5. Lipat ke dua-dua belah.
  6. Lipat lagi sekali kertas sebegini.


7. Lipat kedua-dua belah. Siap bahagian kaki depan.
8. Terbalikkan kertas tadi.
9. Lipatkan kertas tersebut dari kanan ke kiri.
10. Buka kembali kertas yang dilipat tadi, dan akan membentuk satu garisan di tengah.
11. Lipat kertas dari bahagian kanan dahulu ke garisan tadi.
12. Lipat kertas dari bahagian kiri pula ke garisan yang sama, menjadi begini.



13. Terbalikkan lagi sekali ketas tersebut.
14. Lipatkan kertas dari bawah ke atas.
15. Lipat lagi kertas tersebut dari atas ke bawah pula menjadi begini.
16. Lagi sekali terbalikkan kertas tersebut.
17. Haaa, ape lagi lukis le ape-ape yang patut kat badan katak tu... Ha kalau nak main lompat-lompat katak pun boleh juga, tekan bahagian hujung tu, nanti akan toing-toing, macam spring gitu...



post signatureDah siap kedua-dua origami ni, si musang dan si katak lompat. Sapa-sapa yang rasa nak mencuba jangan malu jangan segan, kami tak nampaknye, main je... sebaiknya, ajak budak-budak sekali, dorang lagi cepat faham... hehe... Lain kali cikgu piz ajar buat origami lain la pulak. NI antara origami yang paling mudah ni. Nak lagi cepat pandai, pergi cari buku kat kedai tak pun blaja ngan pakcik gugel tu, banyak kat situ... Ape pun, selamat mencuba... gagal sekali tak bermakna gagal sokmo! Haha...