Saturday, May 31, 2008

Bicara Buku (6): Terima Kasih, Tuhan



Judul Buku :Terima Kasih, Tuhan ~ Kelok-kelok Jalan Guru Cemerlang
Diselenggarakan Oleh : Azizul Rahman Abdul Rahman
Mohamed Saleeh Rahamad
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Bil. M/S : 232
Harga : RM 25

Prakata

Kecemerlangan tidak mungkin dicapai tanpa ujian. Sekurang-kurangnya, ujian masa, yang dapat membuktikan daya tahan. Selebih-lebihnya ujian upaya kemahiran, kepakaran dan sahsiah, dedikasi, kreativiti, komunikasi, inovasi dan motivasi.

Bagaimanapun, tiada satu pun daripada kisah yang dihimpunkan dalam antologi ini mendedahkan bahawa penulisnya mempunyai perancangan yang strategis untuk mencapai pangkat Guru Cemerlang. Senario ini memberi isyarat yang signifikan dalam budaya kependidikan: Rahsia kecemerlangan yang paling mendasar ialah kejernihan jiwa yang memancarkan keikhlasan dan rasa kasih akan anak didik sehingga mendorong sikap prihatin, melebihi kepentingan diri.

Antologi yang merakamkan kelok seribu liku yang dilalui oleh para Guru Cemerlang ini memaparkan kisah-kisah yang mengharukan, mencuit minda serta mengilhamkan. Sewajarnyalah pengalaman yang berharga ini dihayati oleh warga pendidik, para pelajar, bahkan seluruh ahli masyarakat.

Cerpen "Terima Kasih Tuhan" yang menjuduli antologi ini memperlihatkan kesungguhan guru menyiahkan putus harap terhadap pelajar kelas tercorot dalam menghadapi SPM yang bakal tiba. Diasak oleh simpati akan kenaifan pelajarnya tentang tentang alam di luar sekolah, beliau berusaha menggunakan kaedah santai bagi mengembalikan minat belajar. Kelas yang selalu kecoh riuh berubah menjadi ceria dan penuh tumpuan. Hasilnya, semua pelajar lulus, kecuali seorang.

Kisah ini begitu menyentuh perasaan apakala si guru didakap erat oleh bekas pelajar kelas tercorot yang nyaris dibuang sekolah. Beliau kini beraya dalam kariernya dengan memperoleh pendapatan yang lumayan.


Ulasan Piz

Buku Terima Kasih, Tuhan ~ Kelok-kelok Jalan Guru Cemerlang
merupakan himpunan 20 cerita benar yang dihasilkan oleh 20 orang guru cemerlang dari seluruh negara. Sebenarnya menjadi seorang guru ini banyak kisah suka duka yang tidak boleh terungkap... lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah berpuluh-puluh tahun mengajar dan yang telah bersara dari dunia pendidikan ini.

Untuk cerpen yang bertajuk "Terima Kasih, Tuhan" yang ditulis oleh Azizul Rahman Abdul Rahman amat menyentuh perasaan saya apabila membacanya. Kisah anak murid beliau yang bernama Saidi yang selalu ponteng sekolah dan hampir-hampir dibuang sekolah namun, berkat kesungguhan cikgu Azizul dapat menyelamatkan Saidi daripada hukuman ini. Di sekolah, Saidi hanya meminati mata pelajaran Seni Lukis dan Bahasa Melayu sahaja, oleh sebab itu pada hari Isnin dan Jumaat, Saidi selalu ponteng kelas kerana kedua-dua mata pelajaran itu tidak ada pada setiap hari tersebut.

Oleh itu, sebagai seorang guru yang cakna dengan permasalahan pelajarnya, Cikgu Azizul berusaha membantu Saidi setakat yang mampu. Bahkan Cikgu Azizul turut membantu Saidi mendapatkan pekerjaan sebagai pelukis di sebuah syarikat penerbitan. Selepas 30 tahun berlalu, beliau tidak sangka akan bertemu kembali dengan Saidi yang sudah berjaya di dalam kerjaya dan keluarga... lebih lagi cikgu Azizul amat terharu kerana Saidi sanggup menamakan anaknya sama seperti nama beliau...

Selain kisah ini terdapat pelbagai bentuk pengalaman yang dihasilkan oleh guru-guru cemerlang ini. Antara kisah yang agak mencuit hati ialah kisah cikgu Abdul Latif B. Ismail yang berjudul "Bukan Minta Balasan". Kisah ini berlaku sewaktu Cikgu Latif dihantar mengajar ke sebuah sekolah di Lahad Datu, Sabah. Apa yang agak melucukan ialah, pada hari pertama Cikgu latif sampai di sekolah tersebut, beliau telah terserempak dengan seorang pakcik yang sedang membersihkan rumput di sekeliling pangkal sebatang pokok, lalu terus beliau menanyakan pakcik tersebut di manakah untuk bertemu dengan pengetua sekolah. Apa yang mengejutkan cikgu Latif adalah, pakcik yang dianggap tukang kebun itu rupa-rupanya ialah Pengetua sekolah tersebut!!! Hehehe... begitulah situasi guru yang mengajar di pedalaman.

piz: Semoga pengalaman yang diceritakan oleh guru-guru cemerlang ini dapat menjadikan panduan kepada saya untuk menempuh situasi yang sebenar di sekolah nanti...

Thursday, May 29, 2008

"Queen's Clasroom"

Sempena cuti sekolah yang agak panjang ni, sambil duk melilau kat tempat lain, sempat jugak aku mendownload dorama Jepun nih. Citer Queen's Classroom ni bes wei... Jom kita tengok kisah citer ni di samping watak-watak utama dalam citer ni...

video


Watak utama: Kanda Kazumi, Manabe Yusuke, Baba Hisako, Shindo Hikaru dan Akutsu Sensei.

Queen's Classroom menceritakan kisah pelajar-pelajar di sebuah sekolah rendah. Ia memfokuskan kepada sebuah kelas darjah 6 yang menjadi kucar kacir setelah kehadiran seorang guru (sensei) kelas misteri yang bernama Akutsu yang bersikap terlalu tegas dan kejam kepada anak-anak muridnya yang lemah. Oleh itu mereka bersatu untuk menangani konflik antara Akutsu sensei yang diketuai oleh seorang murid (Kanda Kazumi) yang sentiasa gelabah tetapi berani dan mengikut sahaja semua arahan dan denda yang dikenakan oleh senseinya bersama-sama dengan rakannya iaitu Manabe Yusuke, Baba Hisako dan Shindo Hikaru. Mereka mula mempelajari makna-makna ketabahan dalam melangkah ke usia remaja. J dorama ini jugak agak serius...diselangi paparan sikap guru yang kejam, pengkhianatan oleh rakan sekelas dan semangat setiakawan.

Huhuhu... sedih rupenye citer nih. Mula-mula tengok, sakit hati beto ngan cikgu dia nih, Akutsu Sensei..., rase geram je... ada ke patut, dia tak benarkan anak murid dia ke bilik air masa tengah jawab ujian, akibatnye... terkencingla budak tu kat lantai. Ada lagi, setiap pagi dan waktu habis sekolah, boleh dia suruh anak2 murid dia yang berempat ni, untuk menyapu, mengemop kelas sampai bersih!! Sampai budak-budak ni menangis dan ada yang ponteng sekolah sebab tensen blaja ngan sensei nih! Memang takde perasaan beto la cikgu nih. Tapi bila dah nak abis tu, kita pun tahula, rupa-rupanye Akutsu sensei ni buat macam tu sebab dia nak anak-anak muridnya dapat mempelajari dan memahami pelajaran dengan betul serta dapat berfikir dan tabah menghadapi cabaran apabila mereka memasuki sekolah menengah nanti... Walaupun sensei ni nampak serius sepanjang masa dengan pakaian hitamnya dan sanggul di kepalanya, namun dia tetap mengambil berat terhadap semua murid-muridnya, malah Akutsu sensei juga akhirnya dapat menemukan kembali Yusuke dan ibunya yang telah terpisah semenjak kecil.

Yang pasti, jika anda menonton dan menghayati J dorama ini dengan sebetul-betulnye pastinya anda akan merasa terharu dan mengalirkan air mata melihat pengorbanan seorang guru terhadap anak-anak muridnya..., dan kekecewaan anak-anak murid apabila dilayan secara kasar dan tidak bersungguh-sungguh dengan masalah yang dihadapi mereka... namun akhirnya mereka ini akan menangis kesedihan apabila mereka mula memahami apa sebenarnya yang dilakukan oleh Akutsu sensei terhadap mereka selama ini adalah disebabkan kasih dan pengorbanan seorang guru itu...

piz: Wooo... aku memang sedih tengok citer nih, tak sangka Akutsu sensei ni beto2 sanggup berkorban untuk anak muridnya.... wooo... Mampukah aku menjadi Akutsu sensei???--- jadi cikgu bekeng!!

Wednesday, May 28, 2008

FORMULA 7S

7S? Apa yang dimaksudkan 7S tu??

Formula 7S ini telah diberikan oleh seorang pensyarah saya, yang lebih dikenali dengan panggilan "Mama". Menurut Mama, seseorang guru itu perlu mengamalkan ke tujuh-tujuh S ini dalam mengharungi cabaran dunia pendidikan...

Okey, di sini saya ingin kongsikan bersama apa yang dikatakan dengan 7S tu. 7S ini ialah 7 perkara atau perkataan yang bermula dengan huruf S, yang perlu diamalkan oleh seorang yang bergelar GURU!


7S tersebut ialah:

1. Senyum

Seseorang guru itu perlulah sentiasa senyum semasa memasuki bilik darjah, walau dalam keadaan mana sekalipun. Walaupun guru tersebut mempunyai masalah, semasa masuk ke dalam kelas untuk mengajar, seseorang guru itu perlulah sentiasa menunjukkan air muka yang tenang dan ceria. Oleh itu cara yang terbaik untuk menimbulkan suasana ini ialah dengan senyuman, maka murid-murid pun dapat belajar dengan baik.<


2. Salam



S ke dua ialah ucapan Salam. Maksudnya, seseorang guru itu perlulah memulakan kelas dengan ucapan salam; Assalamualaikum kepada pelajar-pelajar. Secara beradabnya, orang yang datang itu dahulu perlu memberi salam, dan besar pahalanya bagi orang yang memberi salam dan menjawab salam ini. Untuk pelajar yang non-muslim, guru blh memberi salam dahulu, kemudian turut mengucapkan Selamat Sejahtera dan sebagainya yang sesuai. Dengan situasi ini juga pelajar akan turut sama mengikut gurunya dalam tatacara memberi salam ini.


3. Sapaan


Sapaan ini bermaksud kata-kata dan cara yang seseorang guru itu gunakan semasa menyapa iaitu bercakap dengan seseorang pelajar itu. Kalau boleh, seseorang guru itu perlulah menyapa pelajar-pelajar itu dengan lemah lembut dan sopan, contohnya memanggil ganti nama pelajar dengan betul bukan dengan panggilan kasar seperti "hoi"! Lebih elok kalau mereka kita panggil dengan nama penuh atau nama panggilannya yang elok. Begitu juga apabila pelajar ini ada melakukan kesalahan, seelok-eloknya guru itu menegur dengan cakapan yang baik dan memberi nasihat yang elok kepada mereka.


4. Sayangi


Seseorang guru itu perlulah mempunyai sifat penyayang, kerana semasa di sekolah guru hendaklah menganggap anak-anak murid itu sebagai anak-anak sendiri. Maka barulah akan memudahkan guru untuk mendidik dan mengajar pelajar-pelajar tersebut. Janganlah seseorang guru itu bersikap pilih kasih di antara mereka, sebagaimana guru yang tidak membezakan anak-anaknya sendiri begitu juga anak-anak murid ini di sekolah. Sesetengah daripada mereka ini amat memerlukan belaian kasih seorang ibubapa.


5. Sahabat / Silaturrahim

Begitu juga erti sahabat atau silaturrahim ini, guru seboleh-bolehnya mengelakkan dari menjadikan seseorang pelajar itu sebagai musuh, sebaliknya hendaklah menganggap mereka ini sebagai sahabat atau kawan. Sentiasa mendengar luahan dan masalah mereka, melayani mereka semasa di dalam dan di luar kelas, jangan wujudkan halangan antara guru dan pelajar dalam merapatkan hubungan silaturrahim sesama guru dan pelajar. Walaupun mereka ini lebih kecil dan tidak berpengalaman daripada guru itu, seboleh-bolehnya terima dan dengarlah segala pendapat dan pandangan dari mereka ini.


6. Sabar


Sabar merupakan antara perkara yang perlu diamalkan oleh seorang guru. Walaupun kita merasa amat geram dan marah dengan perangai pelajar-pelajar yang nakal ini, namun jangan sesekali guru mengambil tindakan yang terburu-buru. Sudah banyak peristiwa yang berlaku disebabkan guru itu hilang sikap sabarnya. Yang akan menanggung akibatnya adalah guru itu sendiri. Walau apa pun, sikap tegas dan sabar seorang guru itu perlu ada dalam mendidik dan mengajar pelajar-pelajar di sekolah.



7. Syukur


S yang terakhir ialah syukur. Apa pun yang seseorang guru itu lakukan jangan lupa sentiasalah bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah ini. Syukur kerana dapat menjadi seorang guru yang dapat mendidik anak-anak kecil ini, bahkan kerjaya sebagai guru itu sendiri amat mulia sekali. Malah ada hadis yang mengatakan, apabila matinya seseorang anak adam itu, ia akan meninggalkan 3 perkara iaitu sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat inilah yang wajar direbut oleh guru untuk menyampaikan sebaik-baik ilmu kepada pelajar-pelajarnya.



piz: Bila diteliti ketujuh-tujuh S ini, sepatutnyalah perlu diamalkan dalam diri seseorang guru.
Agaknya piz, mu ada seme tak 7S tu? hmm kalo dpt satu pun dh kira cukup baik...



Monday, May 26, 2008

Bicara Buku (5): Ingin Menjadi Guru?



Judul Buku: Ingin Menjadi Guru?
Penulis: Dr. Ting Len Siong
Dr. Hj. Muhammad Sidek Said
Penerbit: Ilmu Media Trade
Bil. M/S: 270
Cetakan Pertama: 2007
Harga : RM 24.90 Sem M'sia / RM 26.90 Sabah & S'wak

Prakata

Kerjaya guru adalah wujud sejak manusia mula membaca dan menulis. Perubahan masa dan zaman mewarnai kerjaya ini selaras dengan tuntutan pendidikan yang tidak ada kesudahannya. Pendek kata selagi ada pelajar, maka di situ mesti ada guru. Dalam tempoh yang panjang, timbul dan tenggelamnya guru adalah seperti lilin membakar diri menerangi orang lain. Namun ini tidak pernah melemahkan semangat guru sejati untuk terus menaburkan bakti kepada anak-anak bangsa walau di mana juga dia bertugas.

Memang senang untuk menjadi guru. Mereka yang tidak layak dan tidak terlatih pun teringin menjadi guru. Para jurulatih Program Khidmat Negara yang kebanyakannya terdiri daripada anggota tentera menyuruh pelatih-pelatihnya memanggil mereka guru kerana alasannya mereka juga mengajar. Tetapi seorang pegawai keselamatan tidak pula dipanggil tentera walaupun mereka membawa senjata seperti seorang tentera. Inilah cabaran kepada profesion keguruan pada hari ini.

Dengan kesukaran mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan pengajian di pusat pengajian tinggi, maka kerjaya guru menjadi rebutan dalam kalangan siswazah profesional seperti jurutera, akauntan, peguam dan pengurusan. Hampir 100 ribu graduan pelbagai bidang memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang ditawarkan di Institut Perguruan Guru (IPG) yang hanya mampu mengambil kira-kira lima ribu pelatih sahaja dalam tempoh setahun. Para lepasan SPM yang memperoleh keputusan yang cemerlang juga mula beralih kepada IPG kerana ingin memastikan kerjaya mereka terjamin.

Begitu ramai orang ingin menjadi guru, tetapi guru macam mana? Adakah guru yang hanya mengisi jawatan dan menghabiskan selama 25 hingga 30 tahun tanpa ada apa-apa sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan sistem pendidikan negara. Guru-guru seperti inilah yang merosakkan harapan generasi muda, masyarakat dan negara.

Buku ini ditulis untuk memberikan panduan kepada bakal guru dan guru untuk meningkatkan keprofesionalisme mereka dalam mengharungi kerjaya sebagai guru yang sebenar. Buku ini ditulis berdasarkan penerokaan ilmu serta pengalaman penulis yang pernah mengajar sebagai guru dan pensyarah. Selain itu, bahan-bahan rujukan dari luar negara digunakan untuk memantapkan lagi apa yang ingin disampaikan. Buku ini ditulis dalam 14 bab yang mencakupi berbagai-bagai ilmu untuk membantu meningkatkan ilmu keguruan kepada mereka yang benar-benar menjiwai kerjaya ini. Kandungan buku ini disusun agar memudahkan bakal guru dan guru-guru membacanya. Akhir kata, kami menghargai sokongan anda semua. Mudah-mudahan apa yang ditulis dalam buku ini dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada anda semua.

Tin Leng Siong
Dr. Hj. Muhammad Sidek Said
Institut Perguruan Sultan Mizan,
Besut, Terengganu.

Ulasan Piz

Merujuk kepada prakata di atas sememangnya realiti yang diperkatakan wujud dan berlaku pada ketika ini. Contohnya apabila penulis mengatakan, ramai pelajar yang berijazah memohon KPLI disebabkan peluang kerja yang semakin sukar diperolehi dan ada juga yang ingin mengukuhkan dan memastikan kerjaya mereka terjamin untuk masa hadapan. Tapi bagi diri saya, tidak semua pelajar KPLI ini berfikiran begitu, mungkin ada yang betul-betul berminat untuk menjadi guru, pendidik bertujuan untuk mendidik pelajar dengan seikhlas mungkin. Mungkin sesetengah mereka pernah memohon untuk memasuki maktab-maktab dan ipt lain dalam bidang pendidikan tetapi gagal, sebaliknya mendapat kursus yang lain. Maka apabila mencuba memohon KPLI dan berjaya pula mendapatkan tawaran tersebut, mereka ini betul-betul berniat untuk mengabdikan diri di dalam perofesion perguruan ini...

Oleh itu, bagi saya buku ini amat sesuai dibaca oleh semua bakal guru dan guru sedia ada bagi menguasai kembali maksud profesion perguruan itu. Terdapat juga kandungan untuk pedagogi pendidikan serta psikologi dalam pendidikan yang menerangkan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai.

Piz: Ape pun kaedah, cara, formula yang digunakan dalam pembelajaran dan pendidikan seseorang guru itu... pokok utama yang kita perlu murnikan ialah IKHLAS... sebagaimana hadis nabi SAW.. "Innamala'malubinniat...": "Sesungguhnya segala amalan, perbuatan kita itu bermula dengan niat"! Kalo niat kita betul, ikhlas kerana Allah SWT, InsyaAllah dipermudahkan jalan kepada kita....
~Sedar tu piz....




"Bekwoh!"

Bila cuti sekolah menjelma je, banyak sungguh undangan ke majlis-majlis perkahwinan. Kalo kat Klate ni kenduri kahwin ni kami panggil "bekwoh"! Kadang2 tu tak tau nak pergi yg mana satu, sbb dalam sehari je kengkadang ada 2@3 jemputan... jd terpaksalah pergi ke majlis yg sempat kami pergi je lah!


Ni ha kad2 jemputan yg aku terima, semenye pada waktu cuti ni..., tu baru separuh, yg lain2 ada lg... Yg best lagi jemputan secara SMS dan e-mail... pun banyak jg... hehehe... Kebanyakan jemputan bekwoh ni kt Klate ni je, mcm hr ni aku kena kelik kampung lepas zohor ni sbb sepupu aku kahwin..., jemputan yg lain ada juga dari Johor, Pahang, Kedah, Perlis dan Nogori Sombilan; ni bekwoh kawan aku mase aku blaja kat sane dulu... lama dh x jumpa budak ni, hampir 4thn dh... teringat memori bersama saing2 kt sana... best beto!! Akhirnye kawin jg member aku ni... hihihi...

Ape pun aku nak ucap TAHNIAH kepada korang seme yg kahwin cuti sekolah ni... ok la tu, dh ikut sunnah Rasulullah... Kawan2 aku yg duk jauh2 tu, yg x sempat aku pergi bekwoh korang, maaflah ye... lain kali kalo buat reunion, InsyaAllah aku pergi... aku x nnusuk doh... lame dh aku sembunyikan diriku ni... hehehe...

piz: Semoga member2 aku ni beroleh kebahagian hingga akhirnya... dimurahkan rezeki... dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya... TAHNIAH!
mu piz?? --- aku tlg doa2 utk member2 nih!:D



Saturday, May 24, 2008

Akhirnya....

Akhirnya, hari yg ditunggu-tunggu oleh semua yg berada di sekolah dan pelajar ipg di seluruh negara tiba jua... Hahaha... aku yg budak tua ni pn mcm nk terlompat-lompat gumbira juga bila hari Khamis (22 Mei '08) menjelmakan diri... bagai terngiang-ngiang kalimah "yahoo... aku cuti... ye ye... " gumbira sakan la!!

Padahal aku ni blh dikatakan kelik umah tiap2 minggu, tapi tetap terlebih gumbira jg bila dpt cuti 3 minggu beb... lebih seminggu drpd budak2 sekolah!! Hahaha... ape aku nak buat cuti ni ye....

Pertama-tamanye, aku nk rest dulu dlm 2,3 hari (gaya budak pemalas ni...), sebabnye... ada sbb woo..., sbbnye hampir seminggu aku x tdo..., asgnment nk kena antar hr Khamis sblm cuti tu ada la dlm 4 buah!! Memang kalo korang tgk bilik aku kt sane memang teruk giler... lebih drpd tongkang pecah!! X sempat plak aku nk snap gambo, kalo x bulih aku papar kt sini... hhuhuhu...Tapi yg aku mcm x percaya sikit, bila mase aku terkocoh-kocoh pepagi hantar asgnment aku kat pkk aku... tup2... tgh hr tu aku tgk ramai lg yg duk menyiapkn asgnment masing2... Jd rupe2 nye aku ni antara org pertama yg anta keje tu... huhuhu... cipta sejarah la kiranye aku ni... bangga la skit!!! hihihi... Ye la biasanya, aku ni la org yg plg lambat anta asgment ni... kekadang tu siap kk aku dtg tanye, "mane asgnment?" aku ni... Kiranye berbaloila aku x cukup tdo sminggu tu... Alhamdulillah la aku sdkt puas hati la ngan hasil kerja ku kali ni, berbanding kerja2 sblm ni...

Lagi satu, hari Rabu lepas memang aku rase penat sepenatnye... ye la dh la aku sibuk duk wak asgnment, ptg Rabu tu plak aku ada lawan bola keranjang!! Kul 5 ptg aku turun, sampai je kt court basket ball rest dlm 5 minit, terus jurulatih kami suruh bersedia utk perlawanan... sehinggakn kami terlupa nk buat warming up sblm main... akibatnye bangun pg esk tu, abis badan2 aku sakit2..., sampai kt kelas, tgk bebudak yg main smalam semuanye berjalan pelik2 je... rupanye mengalami sakit yg same... huhuhu... dahla kumpln aku dpt no 3... tp best ape main, memang ptg tu aku main

sungguh2 la... members aku kate aku ngan sorang budak agak lincah berlari... hihihi... almaklum dh tua2 gni, segan plak nk lari kuat2... nampaknye joging yg aku dan kawan aku buat tiap2 ptg tu menjadi jg la... kalo x aku mungkn rase lg penat... ni tak laju je aku hungga tangkap bola... rasa mcm Rukawa Kaide dlm citer Jepun "Slam Dunk" plak!! hehehe...

Hari Khamis mlm tu aku sampai kt umah, terus aku pengsan kt atas katil!! letih wei... yg aku sedar kul 6.30 pg Jumaat plak, bangun solat Subuh, tu pn sambil pening2lalat je... lps je solat tu terus aku pengsan lagi skali kt atas katilku... sedar2 mak aku kejut aku bangun sarapan ngan mandi... tu pn mak aku citer aku sempat mengigau tanye pasal latihan bola ni... huhuhu... plak tu bangun kul 11 pagi tu.. teruk sungguh!! Tp memang hr tu aku penat sungguh2...

Tapi yg syok lagi... aku xyah susah-susah nak kelik smula ke umah sewaku itu... almaklum cuti... hhihihi... memang bahagia sungguh!!

Dalam bahagia2 pn... mu kena ingat piz, assignment tambahan dh bertimbun tu..., kena wak lesson plan utk math la, wak buku log badan uniform la... kena siapkan projek siap pokok la... lps tu bukak cuti ni kena g camping utk badan uniform la.. lg kena g prgrm Bina Insan Guru kt Tasik Kenyir nun..., rehat 2hr, kena g praktikum 3 bln... huhuhu....

Tu pasal cuti 3 minggu ni aku nk berhuya-huya kt umah aku ni... lps ni xsempat dh... lg la skang ni musim buah... buah salak pn dh masak, lebat plak tu..., buah pauh memang duk kait sokmo, wak ccolek!! Rugi sape x kelik... kroni ambo hok kelik hr ni, sorang dr grik, 2org dr kl, lg sorang kt bangi tu mungkin lusa kut... yg jauh nun di kudat nun... duk bercuti sane la gamoknye....

Dlm suasana hepi ni, tetiba Toksu (tok sedara @ tok tiri) aku yg sorang ni je yg ada... jatuh plak kt bilik air umah makcik aku... lps tu kena serang strok plak... aku sempat la tgk keadaan toksu mase kena serang strok tu... kesian yg amat... lpstu ambulan dtg ambik bw g hospital Mache ni.. dlm kul 11mlm lps tu, ambulan bw plak toksu ke hospital KB... Kesian toksu... seme cucu2 nye dh balik seme, cuma anak dia yg kt Brunei tu blm sampai lg... Harap2 Toksu sembuh dan dirahmati Allah selalu... Buat keluarga makcik aku, saba byk2 ye...

piz: hidup ini kadang2 gembira... kadang2 plak bersedih... kadang2 ape yg kite nk dpt... kadang2 x dpt... kdg2 sebaliknye plak... entahla... ibarat roda; kadang kt atas... kadang kt bawah... gtula manusia...kan piz!!

Saturday, May 17, 2008

Bicara Buku (4): Diari Seorang Guru



Judul Buku: Diari Seorang Guru
Penulis: Siti Hawa
Cetakan Pertama: 1997
Penerbit: Alaf 21 Sdn. Bhd.

Prakata

Novel yang ditulis dalam bentuk catatan diari belum tentu boleh menghiburkan bersama peristiwa demi peristiwa diputus-putuskan berdasarkan hari. Pembaca biasanya akan terganggu dengan kependekan sesebuah bab.

Bagaimanapun novel 'Diari Seorang Guru' yang terpilih ini berbeza. Ia simple tetapi mengasyikkan. Ini adalah kerana pembahagian bab-babnya dibuat untuk mengasingkan sesebuah peristiwa. Watak-watak di dalam novel ini puladibiar berkembang secara natural dan tidak dipaksa-paksa hinggakan kita tidak dapat mengagak akan kesudahannya.

Penulisnya S. Hawa begitu teliti melukiskan watak-watak seolah-olah ia bukan fiksyen tetapi lakaran dari peristiwa yang benar-benar terjadi. Jika anda ingin mengenali guru sebagai insan yang unik, anda tentu akan mendekati mereka melalui novel ini.


Ulasan Piz

Novel 'Diari Seorang Guru' ini, bagi saya sungguh istimewa, ianya amat bersesuaian dibaca oleh bakal-bakal guru seperti saya ni... novel ni saya baca semasa saya masih lagi belajar, dalam tahun 2003. Novel ni agaknya dah berkali-kali saya khatam membacanya, dan boleh ingat dh setiap perjalanan cerita ni... tapi saya tidak jemu membacanya.

Buku ni tidak la serius, tetapi ada unsur-unsur nasihat tetapi secara lelucon... haha.. Novel ni mengisahkan suka duka Cikgu Kamaliah yang baru ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah menengah di Sabah. Beliau ni merupakan guru yang mengambil Kursus Lepasan Ijazah (KPLI) dan berasal dari Sabah dan amat beruntung sekali apabila beliau turut ditempatkan di sekolah yang berhampiran dengan rumahnya.

Saya teruja membaca buku ini, kerana ia menceritakan situasi dan suasana Cikgu Kamaliah semasa hari pertama beliau mendaftar di sekolah tersebut, dan kemudiannya berkenalan dengan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah terbabit. Antara cerita lucu yang dialami oleh Cikgu Kamaliah ialah apabila dia jatuh terduduk di atas seorang anak muridnya, apabila melarikan diri dari sekumpulan tikus yang kebetulan melalui tepi Cikgu Kamaliah. Kebetulan pulak cikgu ni amat allergic kepada tikus lalu terus lari dan terjatuh di atas anak muridnya.... Hahaha... akibatnya, semua pelajar menggelakkannya dan guru-guru lain turut ketawa apabila melihat kejadian itu... Hihihi...

Selain itu, Cikgu Kamaliah juga turut menceritakan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang amat perlu digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Beliau juga dikehendaki mengadakan persembahan sempena hari guru dan persembahannya amat kelakar dan mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar dan guru sekolah.

Namun, terdapat juga konflik yang wujud di dalam diri Cikgu Kamaliah, apabila mengenangkan kakaknya yg baru bercerai, anak-anak buahnya serta perangai ibunya... Selain itu beliau juga tidak disukai oleh Cikgu Rozita yang menganggap Cikgu Kamaliah ingin merampas Cikgu Azhar daripadanya... Begitulah nasib cikgu baru dan masih bujang, selalu disalah anggap.

Keseluruhannya, bagi saya, guru baru memang akan mengalami berbagai-bagai kesulitan samada dari pentadbir sekolah dan guru-guru serta pelajar-pelajar di sesebuah sekolah... Maka seseorang guru baru itu hendaklah sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran ini. Pandai-pandailah kita menyesuaikan diri dengan situasi baru ini...


piz: Adoila, takut juga bila memikirkan hari pertama nak daftar kat sekolah ni, lagi-lagila bila pikirkan kat mana aku kena posting mengajar nanti... yang pasti aku terima je kat mana aku ditempatkan nanti...huhuhu... Ye ke piz?

Friday, May 16, 2008

Memori Hari Guru

Tahun ni merupakan tahun pertama la bagi aku untuk menyambut Hari Guru ni, walaupun bukan secara rasmi lagi, InsyaAllah aku akan tamatkan kursus ni dlm bulan 11 ni..., tapi sebelum tu aku kena mengharungi ujian sebagai guru kat sekolah bermula 29 Jun ni, ala latihan praktikum selama 3 bulan tu... Aii rungsing jg aku ni, plak tu aku dapat praktikum kat Gua Musang, susahla aku nak kelik umah tiap2 minggu... jauh jg tu... huhuhu...


Ape pun aku terimala kat mane jua aku ditempatkan, kan nak jd cikgu, mana bulih pilih2 nak mengajar kat mane... terima je la dengan redha... Ingat niat mu mase mula2 dpt tawaran dulu tu... tu mou aku dgn diriku... jd janjiku dgn diriku ni kena la ikut...


Bangun subuh pagi tadi, tgk kat handset penuh sms... rupa2nye ucapan sempena hari guru... nak tergelak plak, ye la dulu aku yg duk ucap Selamat Hari Guru kat cikgu2 kat sekolah, saing2 yg dh jd cikgu, termasuklah kroni2 aku di seluruh Mesia ni... tup2 kali ni aku plak yg dpt ucapan ni... Tima kasih buat seme yg sentiasa mengingati daku nih, segala nasihat dan dorongan kalian seme takkan kulupakan... ape2 pn, kalo nk merasa makan free ngan aku bulihla calling2 aku ni... bulih aku belanja kepuk gote nga air singer beng... hehehe...


Bila aku sebut Memori Hari Guru ni, aku teringat la kenangan zaman sekolah2 dulu... selalu la kumpul duit beli hadiah kat cikgu-cikgu yg mengajar aku..., kalo tak pun aku buat kad untuk guru-guruku ini... Kalo dapt bagi kat dorang ni, satu perasaan bangga dengan ucapan terima kasih yg tak terhingga akan lahir dengan sendirinya... Memang aku dan saing2 aku dulu memang amat menghargai cikgu2 ni... Walaupun aku kerap jg la didenda... dirotan, bukan ape masa skolah tu nakal budak2 biasala... tapi senakal-nakal aku pun suka pulak pergi library baca buku... hehe, ni memang amalan aku dari rumah lagi, ayah aku memang galakkan kami adik beradik ni baca ape2 je buku, janji baca buku...


Kalo kat sekolah rendah, masa sambut hari guru, suka tgk cikgu main, buat persembahan lepas tu makan beramai2 satu sekolah, masa tu seme cikgu jd sporting habis... yg selalu bekeng2 pun jd baik hari tu... Kalo kat sekolah menengah pun gitu jg... tapi main2 mcm org besar la plak...hehehe... tp biasanye kalo nak kenakan cikgu2 masa majlis sambutan Hari Guru je la, sbb dorang ni memang sporting dan jd baik je... jd selalu kami kenakan cikgu2 pd hr tu... Selalu suruh cikgu berlakon, menyanyi, bersajak, main... mcm budak2 sekolah... tp xpe sekali setahun je, dorang pn blh release tension pd hari tu...


Itula memori hari guru masa aku sekolah dulu... masa jd cikgu ganti dulu kalo hari guru mesti byk dapat hadiah... hehe... budak2 kan... lagi2 kalo mengajar sekolah kat kampung... seronok dorang ni kalo kita ambik hadiah yg dorang bagi... ala perasaan dia mcm aku time sekolah dulu la... begitu jg time aku nak berenti mengajar... hadiah penuh kereta... biasa a cikgu favourite..., ikut kerenah budak2 ni, selalu join budak2 ni main... dah anak2 murid kecik2, mana la blh nk bekeng2 sangat... lagi pun aku ni pn mcm budak2 jg, jd bulih geng la ngan budak2 ni...hehehe...


Tapi aku ingat nnti aku mula praktikum ni, aku nak jd cikgu bekeng la plak... konon la... tengokla nnti situasi dia mcm mana, perlu bekeng ke tak... nak kena wak research jg ni..., kan ke salah satu peranan guru adalah sebagai penyelidik (subjek Ilmu Pendidikan)!


Okla... kalo citer tak habis...Sebelum tu aku nak juga la buat ucapan "Selamat Hari Guru" kepada seme guru2 di Mache yg telah mendidik daku ni..., buat Cikgu Suhayati, Cikgu Fauzi, Cikgu Wan Azmi dan Cikgu Ujang... jasa kalian dalam mengajar subjek Matematik takkan kulupa..., walaupun aku ni amat membenci, sangat tidak suka ngan subjek ni, selalu kena rotan sbb tak ingat sifir, kena jemur sambil diajar kt tgh padang, tp korangla yg selalu memberi dorongan, mengajar sehingga daku betul2 paham... dan berminat dengan subjek ni... dan hari ni jg aku mampu buktikan kat cikgu2 dan kawan2 seme, budak yg selalu gagal dlm subjek matematik ni bakal pulak menjadi guru matematik! Ini semua adalah ketentuanNya serta bantuan cikgu2 yg tidak jemu2 mengajar kami semua...


Aku juga tak lupa nak ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada Cikgu Hj Wea dan Pn. Hjjh Yah, yg sebetul2 nye guru yg mengajar aku dan 11 orang lagi murid semenjak dari kami kecil, yang xtau ape2 kpd kami sebagaimana hari ini... Tanpa didikan dari dirimu berdua, kami tak pasti apa yg berlaku pd kami... Terima kasih kerana sanggup bersusah payah mendidik dan menjaga kami dari pagi sampai ke pagi esoknye... dan begitulah rutinnya... Walaupun kami sering jg kena rotan, kena marah... tp kami tahu yg sbnrnye adalah salah satu cara untuk kami mendapat kejayaan seperti hari ini dan seterusye... Kalo diingat2 memang aku ni bukan setakat nakal kat sekolah, kat rumah pun nakal jg... almaklum member2 kat rumah ni pn dh ramai... teringat plak citer Anak2 Sidek... lebih kurang begitula... adik aku yg kembar tu, memang selalula kena kurung kt reban kambing tu, sbb nakal sangat dari aku ni... hehehe...


Buat Ustzh Syifah dan Ust Yoman; Ust Hafiz dan Ustzh Wawa; Cikgu Piz, Cikgu Kimin, Cikgu Milin, Teacher Mekyah dan Ust Munsif, aku nak ucapkan "Selamat Hari Guru" juga la... Hehe... korang mesti tak sangka jd cikgu kan! Aku pun! Tapi dh Mi nga Abah memang nak kalo boleh seme 12 ni jd cikgu... maka redha la... lagi pun jd cikgu ni ok ape... bagus, kita pn dh biasa dh ngan situasi gini... maka terimala dgn ikhlas hati... Kalo rasa masih terkilan xdpt jd ape yg kita nak sblm ni, xpelah... cuba dulu jd cikgu ni... terutama Teacher Mekyah ngan Ust Munsif tu... banyak ganjarannya bila jd cikgu ni...


Akhir sekali buat Cikgu GB, Cikgu Eriyza, Ust Bee, Ust Manis dan kawan2 yg aku tak pasti dorang ni cikgu... serta tak lupa seme saing aku sekelas; Nurul, Kak Ayu, Siti, Tie, Ya, Rehan, Baby, Dian, Ilya, Tusy, Yuzy, Yan, Su, Zahar, Fadhli, Ustaz, Arif-kk, Pok, Mi, Syahril dan Miji serta housemates aku dan seme saing2 di seluruh negara, nak ucap "Selamat Hari Guru" dan ikhlaskan dirimu dengan niat sebetul2nye untuk menjadi seorang guru yg beriltizam (mcm lirik lagu ipkb tu...), dan mendidik anak bangsa dengan sebaik2nye...


Terima kasih guru...


piz: huhuhu... nak kena ubah penampilan diri ni, aku ni cikgu rock, g kelas plg lewat, asgnment selalu last minute bahaya jg ni... xpe a, aku ubah la skit2, nak jd budak baik skit... ye la, guru tu kena ada personaliti... peribadi kena la baik, bak kata pepatah: "Guru kencing berjalan, anak murid kencing berlari..."sebolehnye cikgu kena amalkan pepatah ni: "Guru ibarat sebatang lilin yg menerangi orang lain..." ... Huhuhu... blh ke piz??

Bukan Senang Menjadi Guru

SELAMAT HARI GURU...

Sempena Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei setiap tahun, marilah kita menyaksikan sketsa yang bertajuk "Bukan Senang Menjadi Guru" dan sama-sama kita menghayati sajak "Guru O Guru" karya Usman Awang.



Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979



piz: Moga semua guru-guru yg pernah mengajarku dilimpahi rahmah dan mendapat keberkatan dr Ilahi... Tanpamu Guru, siapalah aku kini... terima kasih guru...

Saturday, May 10, 2008

Kejohanan Olahraga Tahunan

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan acara tetap yang diadakan setiap tahun di sini. Pada kali ini para pelajar KPLI Jan. 2008 diamanahkan untuk menguruskan kejohanan ini. KOT ini diadakan hampir sebulan yang lalu. Pada setiap petang, semua pelajar-pelajar di sini akan berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing untuk menjalani latihan permainan olahraga.

Empat buah rumah sukan yang diwujudkan sebagaimana di sekolah-sekolah ialah Kinabalu (Kuning), Tahan (Hijau), Ledang (Merah) dan Bintang (Biru). Antara sukan olahraga yang dipertandingkan ialah Lompat Jauh, Lompat Kijang, Lompat Tinggi, Lontar Peluru, Merejam Lembing, Lempar Cakera, 4x400 meter, 100 meter, 200 meter, 1800 meter, tarik tali dan lain-lain permainan.
Pada 8 Mei 2008, hari Khamis acara kemuncak KOT diadakan, kami rasa bersemangat untuk mengikuti acara-acara akhir pada hari ini. Semangat bekerjasama di antara ahli rumah dapat dilihat semasa menghias dan mencantikkan rumah sukan serta semasa perbarisan rumah sukan dan sokongan padu yang diberikan kepada ahli rumah yang menyertai pertandingan akhir pada hari ini. Suasana sungguh meriah sekali.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua ialah juara keseluruhan KOT pada tahun ini... Hehehe... akhirnya usaha yang kami lakukan bersama membuahkan hasil, apabila pasukan rumah Kinabalu (Kuning) diumumkan sebagai juara pada tahun ini...

Saya yang merupakan ahli Kinabalu amat berbangga dengan kejayaan ini... tapi bukan ini yang sebenarnya yang mahu kami capai, matlamat yang utama ialah, ingin menyedarkan kepada sesetengah individu di sini yang sentiasa memandang sinis kepada guru KPLI ini. Mereka sering tidak mempercayai dan memandang kecil dengan kemampuan kami ini... mereka menganggap kami ini sebagai Guru Segera..., guru yang tidak diperlukan... guru yang hanya memenuhi kuota kekurangan guru di sekolah-sekolah....

Perkara sebeginilah yang membuatkan kami terasa berkecil hati dengan tanggapan sedemikian... janganlah hanya disebabkan seekor nyamuk habis kelabu dibakar...

piz: Semoga keikhlasan kami dan ketulusan kami ini diterima dengan terbuka oleh semua pihak... Jua sekalung TAHNIAH buat rumah Kinabalu...



Friday, May 9, 2008

"Biarku Menjadi Lilin"

video

Klip video yang berjudul "Guru Bukan Bergurau..." ni saya terjumpa semasa sedang mencari Deklamasi Sajak karya Usman Awang yang bertajuk "Guru o Guru"...

Senario ini kita dpt lihat pada hari ini... Guru hari ini semakin banyak mendapat tekanan, bukan sahaja dari dalam sekolah bahkan dari luar sekolah.


Kadang sedih juga melihat fenomena ini, guru biasa sekarang bukan sahaja tidak boleh membawa rotan, bahkan nak pukul anak-anak murid pun kena hati-hati... nantikan silap ke terlebih pukul ke, kejap lagi glamor la guru ni, masuk surat khabar, televisyen dan lain-lain. Bukan tu je, mak bapak pun siap datang serang cikgu ni lagi..., siap bawa wakil parti dan peguam pun ada...

Hmm entahla... cabaran guru zaman ini dan zaman dulu sentiasa ada, tetapi sedikit berbeza. Kalau dulu, guru adalah seorang yang sangat dihormati oleh semua bahkan ibu bapa sememangnya menyerahkan anak-anaknya untuk dididik dan diberi pelajaran dengan sebetul-betulnya. Kalau ada buat kesalahan, ibu bapa sanggup membenarkana anak-anaknya dirotan. Sememangnya mereka amat mempercayai seseorang guru itu dengan sepenuhnya. Berbeza dengan zaman ini...

Tetapi mungkin juga senario yang berlaku ini juga adalah disebabkan guru itu sendiri... Salah satu pointnya mungkin daripada ketidakikhlasan guru itu untuk menjadi seorang pendidik! Mungkin, profesion guru yang mereka sandang ini secara terpaksa atau secara kebetulan?

Entahlah, tetapi saya masih ingat, pernah guru saya mengingatkan saya: "Guru Ibarat Sebatang Lilin... terimalah apa sahaja cabaran yang mendatang, jangan kita mudah mengeluh dengan apa yang diamanahkan, hendaklah kita berusaha menjadi lilin..."

piz: mampukah aku menjadi sebatang lilin, untuk menerangi cahaya kepada bakal anak-anak muridku...

Saturday, May 3, 2008

Bicara Buku (3): Memoir Seorang Guru



Judul Buku: Memoir Seorang Guru
Penulis: Azizi Hj. Abdullah
Penerbit: Alaf 21
Bil. M/S: 299
Cetakan Pertama: 2007

Biodata Penulis

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian meneruskan pelajaran di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.


Sinopsis

Karya Terbaru Azizi Hj Abdullah
"Memoir Seorang Guru" diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yang menyentuh perasaan. Padat dengan mesej yang tersirat untuk dijadikan renungan bersama.

"Bukan aku hina profesion perguruan. Dan, bukan aku benci pilihannya itu. Dia tidak faham, walaupun mewarisi profesion diriku ia bukan kebanggaan aku. Malah, aku tidak merestuinya. Namun, dia tetap dengan pendiriannya. Sikap dan kemahuannya cukup keras sekali.

Ya Allah... apakah dayaku untuk mencegahnya daripada meneruskan cita-cita itu. Aku semakin dipanjat usia, namun, kedegilannya membuatkan aku dilanda rasa dengan lamunan yang tidak berkesudahan.

Perlukah aku meluahkan apa yang pernah aku rasa kurasai selama ini? Adakah dia akan mengerti mengapa aku membantah?

"Anakku... masakan engkau akan faham jika buktinya tidak diketahui? Kamariah, mahukah engkau dengar apa yang pernah bapa rasai dan alami sepanjang bapa menjadi guru?"

Kekesalan itu sering menghantui diriku. Aku ingin menjadi murabbi yang dipandang mulia dengan keberkatan profesionku. Tapi, perasaan itulah yang sering datang dalam usaha aku menghapuskannya jauh dari sanubari ini. Ya Allah... ampunilah aku..."

Pendapat

Membaca 'Memoir Seorang Guru' novel terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Alaf21, anda akan merasa kebencian disebalik kedegilan murid. Anda akan merasa keras hati seorang guru disebalik lemah lembut muridnya.

Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.

Disyorkan, semua bekas murid penulis novel ini memiliki dan membacanya kerana di situ terhimpun kasih sayangnya dan kejayaan murid-muridnya dalam bidang kerani, jururawat, doktor, peniaga, penternak, petani, peguam, majestrit dan korporat.Itulah doa dan jasa seorang guru. Anda akan membaca pada akhir novel ini bersama lelehan air mata kerana bangga.

-Bekas Murid.

Novel yang MESTI dibaca oleh semua guru dan bakal guru. Novel yang berkisarkan pengalaman seorang ustaz yang berperang dengan perasaan semasa bertugas menjadi guru.Kekeliruan dengan keikhlasan dengan tugas beliau ,samada beliau seorang pendidik atau seorang guru yang makan gaji.
Ustaz juga mengutarakan isu keberkatan hasil gaji yang di perolehi.Isu ini cuma dalam bentuk kiasan dan masih boleh diterjemahkan oleh perbaca.

Isu KEBERKATAN ini membuka minda saya untuk terus memusahabah diri.Menilai balik hasil kerja saya adakah ianya baik dan berkesan.Tanggungjawap yang diamanahkan oleh majikan,adakah saya melaksanakan dengan jujur dan amanah?

Bila cukup bulan,semua hasil titik peluh saya dimasukkan kedalam akuan bank saya sebagai wang gaji atau imbuhan kerja.Pada majikan,itu imbuhan kepada nilai sebuah amanah dan kejujuran.

Bila amati dengan lebih mendalam lagi,saya bertanya pada diri?Jenis akuan bank yang saya miliki.Oh akuan perbankan Islam.Lapang dada seketika.

Bila saya menhalusi dengan lebih teliti lagi bank yang saya gunakan itu ada unsur ISLAM DAN RIBA.Persoalannya beranikah saya meminum air yang bersih tetapi dicampur dengan sesudu RACUN?Ibarat kata orang tua-tua,kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Alias,Midun,Sakinah dan Abdul Halim apakah mereka ini didik untuk orang yang berjaya?Bukankah mereka dididik untuk mengisi jawatan tinggi?Atau mereka ini akan jadi bekas murid yang berhemah tinggi.Atau jadi seperti anak-anak saudaraku yang bapanya berjawatan tinggi tapi rendah peribadi?

Pertemuan ustaz dan bekas muridnya yang selalu diilusi semua ditempat yang mulia.Murid yang dulunya memanggil ustaz dengan "ucetad" kini megah bersolat atas keterbukaan ustas.Alias,Midun dan Sakinah di tempat yang telah banyak berjasa pada nyawa dan kesihatan manusia.Pertemuan dengan Abdul Halim pada petang Sabtu di Masjid Kulim menjadi kesinambungan jalan cerita selanjutnya.

Harapan ustaz agar ILMU yang diturunnya berkat.Setiap muridnya diharapkan menjadi umat yang berguna pada Agama dan negara.Tak dinafikan ada juga segelintir menjadi sebaliknya.

Seorang bapa yang takut Kamariah mengalami stress sepertinya.Bapa yang mengharap Kamariah faham niat bapa.Bukan kerja guru itu tidak baik,tapi mampukah Kama menghadapinya dengan tabah.

Ustaz.....dari 1975~1980 bukan seperti novel itu.Ustaz yang menjawap "saya punya suka la.itu novel saya"bila aku bertanya pada tahun 1985,"kenapa mematikan watak Tuk Ya dengan kematiannya?"Jawapan ustaz disambut gelak ketawa.Aku berbangga kerana itulah ustazku yang selalu berjenaka.

Buat bekas murid yang mengenali ustaz,anda turut akan berilusi sekiranya membaca novel ini.Novel yang penuh dengan emosi dan perlu dihayati dengan keilmuan.Novel yang bersekitar di Daerah Kulim,akan membawa kita mengimbau kenangan dizaman persekolahan.

Kepada bakal guru dan semua pembaca,novel ini adalah "HEAVY DRAMA" yang terbaik dari USTAZ AZIZI HJ ABDULLAH.

abghalim ULU YAM (bekas murid)

Ulasan

Sebagai seorang pembaca... saya merasa amat tersentuh hati apabila menamatkan pembacaan novel ini. Pada bab-bab pertama bacaan saya, saya merasa agak kesal dengan perangai ustaz kerana sentiasa memandang jelik kepada anak-anak muridnya di kampung... tidak sewajarnya seorang guru bertindak begitu...

Namun setelah kita amati kembali cerita ini, terasa kesedihannya, apabila ustaz sebenarnya seorang guru yang betul-betul ingin melihat anak muridnya menjadi seorang yang berguna... Mengalir air mata apabila membaca bab anak muridnya yang begitu menyayanginya, walaupun miskin sanggup melawat gurunya di hospital sambil membawa sebiji buah oren sambil air hingus mengalir di hidung...

Sungguh, apabila gurunya mula hendak berbaik-baik dengan anak-anak muridnya ini, berlaku pula peristiwa yang menyedihkan..., sehingga anaknya muridnya meninggal disebabkan lemas di lombong untuk mencari ikan yang disukai oleh cikgunya... betapa pilunya perasaan gurunya...

Maka sebab itulah, bapa Kamariah sering mengulang-ulang ayat KEBERKATAN di dalam mendidik anak-anak murid. Beliau sangat takut, apakah profesionnya menjadi seorang pendidik sebelum ini mendapat keberkatan? Beliau sentiasa dihantui peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas anak-anak muridnya... Disebabkan inilah, kalau boleh beliau tidak mahu anaknya mengikut jejak langkahnya menjadi seorang guru...

Kesimpulannya, menjadi seorang guru bukannya suatu perkerjaan yang mudah..., malah seseorang itu perlu ikhlas, berani, tahan cabaran dan memiliki semangat yang kental untuk menghadapi cabaran sebagai seorang guru... lebih-lebih lagi menjadi guru pada zaman ini...

Yang pasti, mampukah aku menghadapi semua ini???

Boring?... tapi Bes!!

Aku paling tak suka kalo hari Sabtu tiba..., bukan ape, kalo tiba hari Sabtu aku mesti kena kembali semula ke rumah sewaku... malas betul nak pergi sana.
Lepastu pagi-pagi Ahad, kul 7.30 pagi dah kena siap-siap ke Dewan Maktab, ada "assembly" ala macam budak-budak kat sekolah tu..., lepas tu kena nyanyi lagu Negaraku, Kami Guru Malaysia, lagu Maktab dan lagu Selamat Sultan... skema betul.


Tapi bila dikenang semula bes juga nyanyi lagu-lagu ni, rasa semangat dan sayu je... sebab bila kita hayati lirik lagu-lagu ni memang menarik. Tapi yang tak besnye masa bos bercakap, ya rabbi panjang lebar sungguh, ingat aku masa kat sekolah dulu, selalu mengutuk bila cikgu besar cakap panjang lebar... rupa-rupanya kat sini pun sama juga... huhuhu...

Nasibla mu piz, sapa suruh jadi cikgu kan... kenala harunginya dengan sabar dan ikhlas. Dengar tu piz, IKHLAS!! Ni tak asyik mengomen je keje budak ni... Akula tu... :D

Tapi takpe, kalo aku boring tahap gaban... aku dengar le lagu Gaban tu... ambik semangat Gaban kate si Limbang!!

Esok aku bizi skit, kena jaga pameran ulangtahun kat sini..., lepastu petang kena jadi pengadil untuk lompat kijang. Bes jg, boring2 pagi, petang kita gi main kat padang. Ok la tu, seimbang. Haha... minggu lepas aku wakil rumah kuning dalam acara lontar peluru, bolehla 1 point!! hihihi... Kemuncak perlawanan ni 8hb Mei ni. Sibuk lagi, sebab kelas aku, Math kena jaga bahagian Statistik, aku plak kena wak laporan folio untuk Kejohanan Olahraga ni..., jadi pemberita ngan jurugambar la sekejap. Yahoo... yang besnye minggu depan kelas takde... banyak tumpukan kat program main-main ni...

Macam ni la agaknye kegembiraan budak sekolah, kalau cikgunye tak masuk kelas, ye tak?? hehehe...

Friday, May 2, 2008

Bicara Buku (2): Peribadi



Tajuk Buku: Peribadi
Penulis: Professor Dr. Hamka
Cetakan Pertama: 1965
Terbitan: Pustaka Antara
Bil. m/s: 139

Biodata Penulis

Professor Dr. Hamka lahir pada 16 hb. Februari, 1908 di Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau - Sumatera dan meninggal dunia pada 24 hb. Julai, 1981. Beliau adalah seorang ulamak Islam yang progressif, guru agama, wartawan, pujangga failasauf Islam, mahaguru jurusan filsafat Islam, dan pemimpin.

Sinopsis

Sepuluh tajuk besar atau bab dalam buku ini menjadi garis kasar dalam bidang persoalan peribadi manusia sebagai individu, manusia berkelompok, manusia bermasyarakat, dan manusia berbangsa.

Bab demi bab memberikan uraian-uraian yang tepat, mudah dan logik, yang kadang-kadang bersandar pada logika filsafat, ada kalanya pula bertunjang pada suatu peristiwa, dan ada masanya mengambil contoh dari suatu riwayat.

Dari semua uraian itu kita akan menemui diri kita sendiri, dan dengan mudah, asal saja ada keinginan, untuk membentuk diri sendiri, hingga memiliki peribadi yang besar dan mulia.



Ulasan

Buku ni saya pinjam daripada perpustakaan maktab. Saya mula pinjam buku ni dari 16 Januari 2008 sehinggalah hari ini, hampir 4 bulan saya asyik menyambung pinjam buku ni, sebab tak habis-habis lagi menamatkan bacaan buku ini... walaupun buku ni hanya mengandungi 139 muka surat, tetapi nak memahami ayat-ayat dalam bahasa Melayu Indonesia ni agak mencabar kemampuan saya untuk memahaminya.

Terdapat banyak kata-kata yang menarik dan puitis yang boleh dijadikan iktibar.

Antaranya:
1. Takut gagal adalah gagal sejati.
2. Takut mati adalah mati sebelum mati.
3. Hidup itu adalah gerak dan gerak itu ialah maju, berjuang dan naik dan jatuh dan naik lagi.
4. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi besok, sebab itu kita tidak ada tempuh yang harus terbuang.
5. Sebagai bangsa, dahulu kita berjuang mempertahankan kemerdekaan, dan setelah diakui kemerdekaan itu kita berjuang mengisinya, supaya bangsa dan negara kita berdiri, dan hidup terus.
6. Apabila perjuangan telah berhenti, apabila kesulitan tidak ada lagi, apabila kita sudah puas saja dengan apa yang ada, ertinya matilah negara kita dan kita sendiri.
7. Dengan keberanian menempuh kesukaran, orang hendak melihat peribadi kita.
8. Mencari kemenangan bukanlah mudah; beranikanlah diri tertawa pada waktu "kematian angin", sebagai tertawa pada waktu dihembuskan angin beranilah dan kumpulkanlah kekuatan pada waktu gagal untuk tegak dan melompat sekali lagi, dengan lompat yang lebih keras, sehingga orang yang tadinya tertawa melihat kita jatuh, bertukar menjadi takjub.

Selain itu, terdapat banyak lagi kata-kata penulis yang amat menarik.

Di sini saya ingin berkongsi bersama pembaca, apa yang penulis katakan berkenaan "alat penimbulkan peribadi" (yang bermaksud ciri-ciri yang menonjolkan peribadi kita)

1. Daya Penarik
2. Cerdik
3. Timbang-rasa
4. Berani
5. Bijaksana
6. Baik Pandangan
7. Menyesuaikan Diri
8. Bentuk Badan
9. Bijak
10.Percaya kepada Diri Sendiri

Itu sahaja yang saya mampu untuk berkongsi isi bacaan yang diperolehi daripada buku Pak Hamka ini. Beliau sememangnya seorang penulis yang hebat.
Semoga Allahyarham Pak Hamka dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Amiinn...

"Kami Guru Malaysia"

video

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Thursday, May 1, 2008

Bicara Buku (1): Gurukah Aku atau...?


"Gurukah Aku atau...?" merupakan sebuah novel karya Norbi Husin.

Sinopsis:

Buku Gurukah Aku atau...? ini lebih merupakan sebuah diari kehidupan penulis (Norbi Husin) sebagai pelajar, pendidik dan akhirnya menjadi pentadbir sekolah. Peristiwa suka duka, pahit maung sepanjang belajar dan seterusnya menjalankan tugas sebagai guru dan kemudian menjadi pengetua sekolah diharap dapat memberi motivasi, iktibar dan teladan kepada semua pelajar dan semua pendidik khususnya.




Ulasan:

Berdasarkan tajuk buku inilah, maka timbullah blog yang saya bina ini iaitu "Murabbikah Aku...?". Buku ini saya beli semasa mengunjungi Pesta Buku Kelantan 2008 di Dewan Jubli Perak, Padang Perdana, Kota Bharu pada 27 hb. April yg lalu. Pesta Buku ini akan berakhir pada 5 hb. Mei ini. Saya sempat membeli 2 biji novel di samping beberapa buah buku sampingan yang lain. Buku yang satu lagi akan saya bicarakan kemudian nanti.


Kenapa saya tertarik untuk mendapatkan buku Gurukah Aku atau...?, kerana bagi saya ianya amat bersesuaian dengan diri saya yang sememangnya tercari-cari apakah sebenarnya pilihan saya dalam bidang ini adalah tepat atau tidak! Yang pasti, apabila saya didekatkan dengan bahan bacaan sebegini, akan membuatkan diri dan jiwa saya ini semakin mendekati kebenaran hakiki berkenaan kehidupan seorang Murabbi ini...


Apa yang saya perolehi dari pembacaan buku ini, penulis telah membahagikan kandungan utama buku ini kepada 5 bahagian, iaitu pertama, memaparkan pengalaman penulis semasa belajar di sekolah rendah. Ke dua pula pengalaman penulis semasa berada di sekolah menengah. Bahagian ke-3 pula berkenaan bagaimana penulis mengajar di empat buah sekolah menengah. Manakala bahagian ke-4 memaparkan cerita-cerita dan episod-episod yang ada hubung kait antara pentadbir dan guru. Bahagian yang terakhir iaitu ke-5 pula penulis memasukkan sedikit luahan hati orang ramai daripada pelbagai peringkat umur terhadap guru yang mengajar mereka dahulu.


Setakat bacaan saya pada hari ini, saya sungguh seronok membaca bahagian pertama memaparkan kisah penulis semasa berada di sekolah rendah pada tahun 1958, yang mana pada masa itu penulis masih menggunakan papan batu dan air embun sebagai alat tulis. Saya sungguh terharu dengan kesungguhan Mila sebagai watak utama dalam cerita ini. Jauh sungguh bezanya pelajar sekolah pada masa dahulu berbanding zaman sekarang.


Banyak tip-tip atau panduan yang diberikan oleh penulis kepada bakal-bakal guru sebagai pelengkap kepada pembelajaran yang sedia ada. Saya sungguh terangsang dengan petua-petua untuk menjadi seorang guru atau murabbi yang cemerlang!


Satu lagu atau nyanyian yang saya nak kongsikan bersama para pembaca yang diperolehi daripada buku ini. Lagu ini, diajar oleh Cikgu Halimah kepada anak-anak muridnya di darjah satu supaya dapat mengingati dan menyebut abjad dengan betul.


Lirik lagu tersebut:
Abu Bakar Cari Duit,
Emak Fikir Gaji Hari,
Ia Jalan Kuala Lumpur,
Makan Nasi Orang Putih,
Q Rasa Sedap Tidak Untung,
Vah!
WXYZ

Terima kasih buat cikgu Norbi...