Saturday, May 17, 2008

Bicara Buku (4): Diari Seorang Guru



Judul Buku: Diari Seorang Guru
Penulis: Siti Hawa
Cetakan Pertama: 1997
Penerbit: Alaf 21 Sdn. Bhd.

Prakata

Novel yang ditulis dalam bentuk catatan diari belum tentu boleh menghiburkan bersama peristiwa demi peristiwa diputus-putuskan berdasarkan hari. Pembaca biasanya akan terganggu dengan kependekan sesebuah bab.

Bagaimanapun novel 'Diari Seorang Guru' yang terpilih ini berbeza. Ia simple tetapi mengasyikkan. Ini adalah kerana pembahagian bab-babnya dibuat untuk mengasingkan sesebuah peristiwa. Watak-watak di dalam novel ini puladibiar berkembang secara natural dan tidak dipaksa-paksa hinggakan kita tidak dapat mengagak akan kesudahannya.

Penulisnya S. Hawa begitu teliti melukiskan watak-watak seolah-olah ia bukan fiksyen tetapi lakaran dari peristiwa yang benar-benar terjadi. Jika anda ingin mengenali guru sebagai insan yang unik, anda tentu akan mendekati mereka melalui novel ini.


Ulasan Piz

Novel 'Diari Seorang Guru' ini, bagi saya sungguh istimewa, ianya amat bersesuaian dibaca oleh bakal-bakal guru seperti saya ni... novel ni saya baca semasa saya masih lagi belajar, dalam tahun 2003. Novel ni agaknya dah berkali-kali saya khatam membacanya, dan boleh ingat dh setiap perjalanan cerita ni... tapi saya tidak jemu membacanya.

Buku ni tidak la serius, tetapi ada unsur-unsur nasihat tetapi secara lelucon... haha.. Novel ni mengisahkan suka duka Cikgu Kamaliah yang baru ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah menengah di Sabah. Beliau ni merupakan guru yang mengambil Kursus Lepasan Ijazah (KPLI) dan berasal dari Sabah dan amat beruntung sekali apabila beliau turut ditempatkan di sekolah yang berhampiran dengan rumahnya.

Saya teruja membaca buku ini, kerana ia menceritakan situasi dan suasana Cikgu Kamaliah semasa hari pertama beliau mendaftar di sekolah tersebut, dan kemudiannya berkenalan dengan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah terbabit. Antara cerita lucu yang dialami oleh Cikgu Kamaliah ialah apabila dia jatuh terduduk di atas seorang anak muridnya, apabila melarikan diri dari sekumpulan tikus yang kebetulan melalui tepi Cikgu Kamaliah. Kebetulan pulak cikgu ni amat allergic kepada tikus lalu terus lari dan terjatuh di atas anak muridnya.... Hahaha... akibatnya, semua pelajar menggelakkannya dan guru-guru lain turut ketawa apabila melihat kejadian itu... Hihihi...

Selain itu, Cikgu Kamaliah juga turut menceritakan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang amat perlu digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Beliau juga dikehendaki mengadakan persembahan sempena hari guru dan persembahannya amat kelakar dan mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar dan guru sekolah.

Namun, terdapat juga konflik yang wujud di dalam diri Cikgu Kamaliah, apabila mengenangkan kakaknya yg baru bercerai, anak-anak buahnya serta perangai ibunya... Selain itu beliau juga tidak disukai oleh Cikgu Rozita yang menganggap Cikgu Kamaliah ingin merampas Cikgu Azhar daripadanya... Begitulah nasib cikgu baru dan masih bujang, selalu disalah anggap.

Keseluruhannya, bagi saya, guru baru memang akan mengalami berbagai-bagai kesulitan samada dari pentadbir sekolah dan guru-guru serta pelajar-pelajar di sesebuah sekolah... Maka seseorang guru baru itu hendaklah sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran ini. Pandai-pandailah kita menyesuaikan diri dengan situasi baru ini...


piz: Adoila, takut juga bila memikirkan hari pertama nak daftar kat sekolah ni, lagi-lagila bila pikirkan kat mana aku kena posting mengajar nanti... yang pasti aku terima je kat mana aku ditempatkan nanti...huhuhu... Ye ke piz?

0 comments: