Saturday, May 10, 2008

Kejohanan Olahraga Tahunan

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan acara tetap yang diadakan setiap tahun di sini. Pada kali ini para pelajar KPLI Jan. 2008 diamanahkan untuk menguruskan kejohanan ini. KOT ini diadakan hampir sebulan yang lalu. Pada setiap petang, semua pelajar-pelajar di sini akan berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing untuk menjalani latihan permainan olahraga.

Empat buah rumah sukan yang diwujudkan sebagaimana di sekolah-sekolah ialah Kinabalu (Kuning), Tahan (Hijau), Ledang (Merah) dan Bintang (Biru). Antara sukan olahraga yang dipertandingkan ialah Lompat Jauh, Lompat Kijang, Lompat Tinggi, Lontar Peluru, Merejam Lembing, Lempar Cakera, 4x400 meter, 100 meter, 200 meter, 1800 meter, tarik tali dan lain-lain permainan.
Pada 8 Mei 2008, hari Khamis acara kemuncak KOT diadakan, kami rasa bersemangat untuk mengikuti acara-acara akhir pada hari ini. Semangat bekerjasama di antara ahli rumah dapat dilihat semasa menghias dan mencantikkan rumah sukan serta semasa perbarisan rumah sukan dan sokongan padu yang diberikan kepada ahli rumah yang menyertai pertandingan akhir pada hari ini. Suasana sungguh meriah sekali.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua ialah juara keseluruhan KOT pada tahun ini... Hehehe... akhirnya usaha yang kami lakukan bersama membuahkan hasil, apabila pasukan rumah Kinabalu (Kuning) diumumkan sebagai juara pada tahun ini...

Saya yang merupakan ahli Kinabalu amat berbangga dengan kejayaan ini... tapi bukan ini yang sebenarnya yang mahu kami capai, matlamat yang utama ialah, ingin menyedarkan kepada sesetengah individu di sini yang sentiasa memandang sinis kepada guru KPLI ini. Mereka sering tidak mempercayai dan memandang kecil dengan kemampuan kami ini... mereka menganggap kami ini sebagai Guru Segera..., guru yang tidak diperlukan... guru yang hanya memenuhi kuota kekurangan guru di sekolah-sekolah....

Perkara sebeginilah yang membuatkan kami terasa berkecil hati dengan tanggapan sedemikian... janganlah hanya disebabkan seekor nyamuk habis kelabu dibakar...

piz: Semoga keikhlasan kami dan ketulusan kami ini diterima dengan terbuka oleh semua pihak... Jua sekalung TAHNIAH buat rumah Kinabalu...



0 comments: