Friday, October 24, 2008

Pasukan Bola Keranjang

Hari ni skuad bola keranjang kpli Januari 2008 bersama jurulatih kami Encik Wan Zamri telah membuat kuliah terakhir sebelum ditamatkan dengan jamuan pagi. Selama hampir setahun kami bersama dalam pasukan bola keranjang kami merasa bertuah kerana terpilih menjadi pemain bola keranjang dengan dilatih oleh En. Wan Zamri dan Dr. Ting. Banyak teknik dan kaedah diajar kepada kami berkenaan dengan bola keranjang. Tujuan kami dilatih dan memperkenalkan kami kepada permainan ini ialah supaya kami sebagai bakal guru dapat mengaplikasikan ilmu ini untuk melatih bakal anak-anak murid kami nanti.


Jamuan ringkas yang disediakan oleh ahli perempuan pasukan bola keranjang.

Terimakasih diucapkan kepada jurulatih, En. Wan Zamri dan Dr. Ting yang tidak jemu melatih kami sehingga akhirnya kami berminat dan seronok untuk menyertai pasukan bola keranjang ini...

post signature Tak pernah aku terfikir untuk menyertai pasukan bola keranjang ni. Kalau masa sekolah dulu setakat badminton dan bola baling tu memang aku main. Tak sangka pulak aku boleh jadi pemain bola keranjang kat sini, teringat aku watak kegemaran aku, Hanamichi Sakuragi dalam anime Jepun "Slam Dunk"... hehe...

Friday, October 17, 2008

" Pelajar Tendang Guru", Apa Sudah Jadi?

GAMBAR rakaman video telefon bimbit merakamkan pelajar perempuan sebuah sekolah di Kangar menumbuk dan menendang Azahana (gambar kecil) di dalam kelas, pagi semalam.

Jumaat, 17 Oktober 2008

KANGAR: Seorang guru di sebuah sekolah menengah, di sini, mendakwa diserang sekumpulan pelajar termasuk diterajang berkali-kali pada perut oleh salah seorang daripada mereka di dalam bilik darjah sekolah terbabit, di sini, pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas guru terbabit, Azahana Ibrahim, 27, menegur seorang pelajar perempuannya berhubung kelewatan menghantar tugasan diberikan, terutama kandungan kata-kata kesat 'Gila Babi' yang diconteng pada kerja kursus yang dihantar.

Tidak cukup dengan insiden di dalam kelas itu, pelajar perempuan berusia 14 tahun itu yang dikatakan masih belum berpuas hati dengan teguran guru berkenaan, dikatakan memanggil beberapa lagi rakannya dari kelas lain untuk membalas dendam.

Mereka kemudian 'menyerang' dan membuat kacau di kelas terbabit ketika Azahana yang juga guru mata pelajaran Fizik itu sedang mengajar, sehingga memaksa mangsa lari menyelamatkan diri ke bilik guru.

Azahana ketika ditemui bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dengan alasan bimbang ia akan mendatangkan kesan termasuk diserang sekali lagi oleh kumpulan pelajar terbabit.

Bagaimanapun, Azahana yang masih fobia dan ketakutan ketika ditanya mengaku ditendang pelajar perempuan terbabit pada perut. Dia kemudian lari menyelamatkan diri ke bilik guru, sebelum dibawa ke Balai Polis Kangar untuk membuat laporan.

Difahamkan, Azahana baru saja berpindah ke sekolah berkenaan pada awal tahun lalu dari Johor, selepas menghadapi masalah kesihatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Mohd Yusof Diah, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa menegur salah seorang pelajar perempuan dari tingkatan dua berhubung kelewatannya menghantar tugasan kerja kursus.

Pelajar terbabit dikatakan tidak dapat menerima teguran sehingga menyebabkan berlaku kekalutan, sebelum mangsa ditendang dua atau tiga kali pada perut.

"Sehingga kini, kes masih disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan," katanya.

Sumber: berita harian online


post signature Astaghfirullah... murid ke siapa ni?? Dengan cikgu sendiri boleh buat macam ni, cikgu perempuan pulak tu... Apa nak jadi la pelajar zaman sekarang. Ngeri sungguh melihat perangai dan kejadian-kejadian yang melibatkan pelajar-pelajar kebelakangan ini. Hubungan pelajar dengan guru sekarang ini terutama di kawasan bandar amat menyedihkan. Perasaan hormat dan sayang pada guru ni sukar sekali dapat dilihat. Namun situasi ini masih boleh dilihat di kawasan luar bandar dan pedalaman. Apakah punca utama yang menyebabkan kejadian ini berlaku?? Jom kita fikir-fikirkan...



Bicara Buku (8)


Judul Buku : Seluhur Budi Guru
Penyusun : Azman Ahmad
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bil. M/S : 202
Harga : RM 20

Pendahuluan

Alam persekolahan ditempuhi oleh semua orang. Pelbagai kisah dan pengalaman dialami penghuni alam persekolahan. Buku ini merakamkan pengalaman istimewa itu dengan menghimpunkan certot atau cerita kontot berkaitan alam persekolahan guru-guru yang berhadapan dengan kerenah pelajar-pelajarnya sebagai kenangan paling berharga.

Terbitnya buku ini melambangkan usaha murni para guru dari Johor dalam memartabatkan profesion perguruan mereka dalam masa yang sama memartabatkan kesusasteraan Melayu di Malaysia.

Antara yang terkandung dalam kumpulan certot ini adalah kisah-kisah guru yang berhadapan dengan pelbagai kerenah para pelajarnya yang melucukan dan menyayat hati. Ia menampilkan keprihatinan guru-guru pada kemajuan pelajaran pelajar dan usaha mengatasi masalah mereka. Selain itu, buku ini turut menyentuh peristiwa yang menyentuh hati pada Hari Guru dan perpisahan yang berlaku.

Diharapkan buku yang memaparkan suka duka tugas sebagai guru ini mampu membuka mata masyara kat berkaitan kemurnian profesyen ini dan keindahan nilai kesusasteraan Melayu.


Ulasan Piz

Setelah membaca kesemua kisah-kisah yang dipaparkan di dalam buku ini, saya masih tertanya-tanya, mampukah saya menghadapi suasana dan cabaran sebegini rupa? Bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang guru yang betul-betul guru. Sementalahan lagi saya yang hanya megikuti kursus perguruan selama setahun sahaja, berbanding dengan guru-guru yang betul-betul mengambil bidang perguruan dan pendidikan sebelum ini. Namun saya amat berharap dengan ilmu yang kami timba selama setahun di institut perguruan ini mampu menjadi panduan kepada kami untuk meneruskan khidmat kami di bidang pendidikan ini.

Baiklah berbalik kepada buku " Seluhur Budi Guru", banyak kisah yang dipaparkan mampu menyentuh jiwa saya. Antara tajuk certot yang amat mengharukan saya ialah Hadiah Guru, bagaimana seorang murid sanggup untuk berjalan kaki dari rumah ke sekolah semata-mata untuk menyimpan duit sebanyak 20 sen untuk dihadiahkan kepada gurunya sempena Hari Guru... huhuhu sungguh mulia hati seorang budak.

Selain itu kisah "Cikgu Yusuf Menyiasat" juga memaparkan kisah kebijaksanaan seorang guru dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Kisah ini bermula apabila seorang murid mengadu duit yang dibawanya sebanyak RM100 telah hilang. Dengan kebijaksanaan guru dan penggunaan rotan mampu menyelesaikan masalah kehilangan duit, peras ugut, dan kisah pelajar yang bekerja semasa waktu sekolah semata-mata untuk mendapatkan duit dan membeli barang-barang yang tidak bersesuaian dengan seorang pelajar sekolah. Moralnya, penggunaan rotan masih relevan digunakan pada ketika ini, ia merupakan satu alat yang sesuai digunakan bagi mendisiplinkan seorang pelajar.


piz: Apabila aku mebaca kesemua kisah guru di dalam buku ini, makin menguatkan semangat aku untuk menjadi seorang guru, seorang murabbi yang mampu mendidik bukan hanya mengajar murid-murid itu semata-mata... InsyaAllah...


Sunday, October 12, 2008

Dari GM kembali ke PC

Akhirnya... aku kembali semula ke PC nih, kembali menjadi pelajar, perlu ke kelas dan menjalani rutin-rutin biasa sebagai seorang pelajar atau guru pelatih. Kalau ikutkan hati aku, memang malas sangat dah nak masuk maktab semula, letih la, byk sangat peraturan yang perlu aku ikut. Lepastu tugasan pun banyak pula nak disiapkan. Semakin nak berdepan dengan peperiksaan, semakin banyak pula tugasan yang perlu aku buat.
Walaupun aku seronok berada di PC ni daripada di GM, tetapi kenangan tiga bulan aku bersama anak-anak murid tidak akan aku lupakan. Betapa aku masih mengingati saat gembira kami bersama. Aku berharap suatu hari nanti aku akan bertemu kembali anak-anak murid aku di SKSW nih... Kat PC ni aku kembali menyewa rumah di sekitar sini, tetapi agak jauh sedikit dari maktab. Kalau sebelum ni aku dan 8 orang kawan aku tinggal kat asrama maktab, tapi sekarang ni aku dan 4 orang kawan aku terpaksa menyewa di luar...

Seminggu pertama berada di maktab, hanya kelas AP sahaja yang aku perlu hadiri. Lepas tu sukan olahraga, aku terpaksa menghabiskan ujian lompat jauh aku yang sebelum ni tak sempat aku habiskan. Dengan tiga kali percubaan barulah aku lulus ujian ni... ye la, dah lama rasanya aku tinggalkan lapangan olahraga ni sejak menjalani praktikum ni. Teringat pula permainan yang aku suka sukan bola keranjang, seronok juga main.




Selain tu aku perlu mengikuti seminar AADK yang diwajibkan kepada semua guru pelatih. Sesi pagi tu agak memboringkan, tapi sesi petang tu, seronok rasanya terutama semasa sesi perbahasan dan bacaan puisi, seronok pula rasanya, daripada aku mengantuk, terus terjaga. Kemudian keesokannya ada pula majlis sambutan Idulfitri kat maktab ni, tapi aku tak join sama sebab pagi-pagi lagi aku mendapat panggilan dari budak kelas aku supaya menghantar tugasan KKBI pada hari tu juga. Apa lagi, aku langsung tak keluar rumah duk menyiapkan tugasan tu... Akhirnya dalam jam 12 tengah hari siap juga tugasan aku tu, sempatla kena bebel kat pensyarah aku tu... huhuhu...

Aku cipta sejarah pula, minggu pertama kat PC nih aku tak pulang ke Mache... sebenaryna aku dah kemas semua barang-barang aku nak balik, tetiba aku rasa malas pula... Biarla, sekali sekala aku duk melepak kat PC ni ok juga! Tapi semalam aku rasa keputusan aku tak balik ke Mache tu memang silap la, sebab tetiba je aku rasa nak mengamok dan mudah terasa pulak! Bila aku fikir, rupa-rupanya yang menjadi punca utamanya sebab aku tak kelik ke Mache... ish... ish...ish...

piz: Ape la mu ni piz, baru tak kelik sekali dah mengamok, ape a!! Konon nak jadi murabbi, sanggup dihantar ke mana sahaja!! Hohoho...


Sunday, October 5, 2008

Selamat Kembali Ke Sekolah

Buat semua adik-adik murid, cikgu ucapkan selamat kembali ke sekolah. Ni dah lepas raya ni jangan malas-malas pulak nak gi sekolah tu. Lagi pun selepas ni ada peperiksaan akhir tahun. Untuk semua adik murid terutama di kelas 4 Bestari, 5 Arif dan 4 Bestari, belajar sungguh-sungguh ye...

Ni sape ni yang duk tidur-tidur lagi ni, mu ke piz? Wahaha, paham-paham sendirila ye... Hari ni hari pertama sepatutnya aku kena kembali ke maktab untuk meneruskan kursus aku yang bersisa lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum aku menduduki peperiksaan terakhir.Tengah berusaha untuk menyiapkan tugasan praktikum yang belum siap ni. Petang ni aku akan kembali menjadi warga PC. Letih la berpindah randah ni, betapa gumbiranya aku kalau dapat duduk kat Mache ni terus!!!


piz: mu ni duk bermimpi di siang hari ke piz wei, koya duk Mache la plok! Ape a, tu harapan aku la... waa malasnya nak masuk balik maktab ni, kalo masuk sesaja takpe, ni kena wak keje ni yang aku malas nih!! huhuhu...

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog pizmache...

Di kesempatan 1 Syawal ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri buat semua rakan-rakan terutama dari blog GB dan sahabat-sahabat yg selalu mengunjungi saya di sini iaitu Che', Alam,Ijad dan Moksu. Tak lupa ucapan ini ditujukan buat semua guru-guru di SKSW, Gua Musang, rakan-rakan sekelas, serumah dan seasrama, serta tak lupa kepada semua adik-adik murid SKSW semoga gembira di hari raya ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf andai selama ini ada melakukan kesalahan dan kesilapan.

Buat semua ahli Bayt Rahmah, ore nk ucap Selamat Hari Raya dan maah banyok deh. Maah la xde nk gi dapo pon hr nih! Spesel buat geng Cerita Kudat - abe K, Umayr, Dhuha & Awfa, kalu nok duit rayo mari la kelik Mache nih, semo ayoh2 nga mok2 duk tunggu blako nih, kalu x kelik tokleh la... CK masok gapo rayo esok tu? kalo nok tau kami masok gapo tunggu kemunculan juadah dan gambar2 kami sempeno rayo ni kat blog tokbah! jgn jeles2 deh!


piz: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Pakat mari jale blako la :D