Saturday, March 28, 2009

Earth Hour @ Tegelam


Sempena Kempen sedunia ‘Earth Hour’ yang mahu pemanasan global dikurangkan , maka tepat jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam tadi kempen ini bermula, dan semua diminta menutup lampu dan bergelap selama 60 minit. Pemanasan global memberikan kesan kesan negatif kepada bumi, antaranya ialah perubahan iklim, kenaikan aras laut dan peningkatan kandungan gas karbon dioksida di udara.

Penggunaan elektrik secara berhemah, berjalan kaki atau berbasikal bagi menggantikan kenderaan, menggalakkan penggunaan kenderaan awam selain memelihara serta memulihara alam sekitar dapat mengurangkan kesan pemanasan global ini.

Begitu juga di pedalaman hulu sungai Simunjan ini juga turut menyahut seruan, apabila suis generator di Tegelam ini ditutup oleh Carl, penjaga mesin ini tepat jam 8.30 malam... Huhu, aku yang tak ready apa-apa ni pun kira turut menyokong kempen "Earth Hour" ini... Semangat betul Carl dan semua penduduk Iban di Tegelam ni, bila mereka semua turut menyokong kempen ini. Aku ingat nak tutup lampu je, tup-tup si Carl ni terus tutup suis enjin generator, bukan setakat lampu, ngan kipas, tv, laptop aku pun tertutup sekali. Bergelap le aku sensorang selama sejam...

Kebetulan aku balik ke Tegelam petang tadi dari Kuching ngan Kakak, Al dan Puteri. Jadi kat rumah aku ni aku duk sensorang je, sebab roomate aku Lis tak balik lagi... Kalau aku tau si Carl ni nak tutup suis generator tu mesti aku gi join Puteri ngan Al kat rumah sebelah. Tapi aku tak sempat nak buat apa-apa dah sebab ngan lampu suluh, lilin semua aku tak ada... sib baik ada laptop ngan handset nih, jadi aku mengharapkan cahaya dari sini la... dengan gelapnya, kipas pun tutup... duk tengok laptop ni je la. Mujurla kak memot layan aku duk borak-borak , sambil duk ym ngan saing-saing aku nih, kurang le rasa kegelapan tu... bukan takut, cuma gerun je la...


post signatureApepun aku tabik la ngan penduduk Tegelam nih, walaupun jauh di pedalaman hulu sungai, tetapi mereka tetap mampu menyahut seruan kempen "Earth Hour" ni... Bagus a... Buat Carl, lain kali nak tutup suis generator tu bagi la hints skit, sib baik aku duk elok-elok je duk main tenet sambil makan burger pulak tu... kira nak marah pun tak jadi a, sebab aku tengah makan... lagi bagus pada masa sejam kita bergelap tu kita bayangkan kalau kita duk dalam kubur tu bermanfaat juga...

Wednesday, March 25, 2009

Kembali Melangkah di Titian Ini...

Setelah pulang bercuti selama seminggu di rumah aku kat Mache..., kini aku kembali lagi melangkah di atas titian ini... Turun dari tangga rumah sehingga ke kelas, aku akan meniti titian ini... Tapi titi kali ini bukan lagi seperti titi dua bulan yang lalu, kini titi ini telah ditinggikan dan ditukar dengan kayu yang lebih kukuh... Kalau sesiapa yang hendak datang melawat ke sini tidak perlulah memakai kasut yang bertumit tinggi, cukup dengan sendal atau selipar biasa sahaja, jika sebaliknya, bersusah payah pulak nak menarik tumit kasut tu yang terlekat di celah-celah kayu titi ni... Keadaan ini pernah berlaku kat kawan aku, nasib la...

Banyak juga perubahan yang berlaku kat sekolah aku ni.... selain daripada pembinaan titi baru, lantai-lantai bilik darjah juga turut ditinggikan, sehinggakan kepala mencecah kipas siling pulak. Selain itu itu aktiviti cat mengecat bangunan sekolah juga sedang pesat berjalan... wahh, semangat la lepas ni budak-budak ngan cikgu-cikgu sekolah ni... barulah nampak macam sekolah sikit...

Disebabkan bangunan bilik darjah dalam proses pembaikian dan pengecatan... jadi bilik darjah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran agak terganggu..., jadi untuk mengelakkan keadaan ini berterusan, maka kami tempatkan kelas tahun 6 di bilik ICT, tahun 1 dan 2 di kelas asal manakala tahun 4 dan 5 mengikut kekreatifan cikgu masing-masing. Biasanya cikgu-cikgu ni bawa mereka belajar kat tapak perhimpunan, kat pondok tepi jeti dan juga ke rumah guru... Aku, Lis, Shirley biasanya membawa budak-budak nih ke rumah kami, senang nak mengajar, white board pun aku pakai tampal kertas A4 putih je... Ada ke kat tempat lain macam sekolah kami ni? Siap bawa balik rumah lagi. Bagi makan, minum, tengok tv... aku pulak siap boleh bukak internet lagi... kadang-kadang sambil tunggu budak ni buat latihan, sempat aku masak nasi! Hehe, seronok juga kat Tegelam nih. Tapi masa waktu belajar, kena mengajar betul-betul, takleh a bagi budak-budak ni nak main, kalau dah habis waktu belajar baru boleh nak tengok tv ke main ke...


Hari pertama aku ke sekolah, semangat pulak aku nak mengajar... baru seminggu aku bercuti. Siap buat ABM untuk tampal kat kelas lagi, wah pelik sungguh aku kali nih. Sebenarnya semangat aku ni datang bila aku pergi melawat sekolah adik aku mengajar kat Tangkak tu... seronok tengok sekolah dia, macam-macam cikgu-cikgu kat sana buat untuk menceriakan kelas dan sekolah. Jadi dari apa yang aku lihat kat sekolah tu, aku bawa balik kat Tegelam nih, lebih-lebih lagi aku cikgu Matematik, banyak sangat benda-benda yang masih kurang untuk menarik minat murid-murid ni untuk belajar Matematik. Jadi projek pertama aku nak tampalkan semua sifir-sifir Matematik ni kat setiap dinding kat bangunan sekolah ni, senang budak-budak ni berjalan sambil melihat, sambil mengingat... ada lagi, tapi tunggu mood aku kata rajin, boleh la aku buat...

Kebetulan pula, masa mesyuarat pertama bulan ni, tu gb aku duk sebut pasal-pasal keceriaan dan P&P... gb aku suh la buat ape2 yang boleh, kalau cikgu Matematik buat mcm ni, cikgu BI macam tu.. dan semua la... aiii ni aku rasa mesti gb aku tengok aku duk buat projek aku nih, tu sebab dia sebut nih... sib baik! Aku ni nak buat, tapi masalah MALAS ni yang menganggu aku sokmo...

Tu pulak, masa budak-budak ni berehat makan, semua murid-murid sekolah ni layak mendapat makanan tambahan percuma... jadi kat sekolah ni tak pernah wujud kantin sekolah la. Setiap kali rehat, mereka akan sama-sama makan dalam satu atau dua kumpulan besar... harmoni je aku tengok dorang makan, ye la budak-budak 19 orang tak harmoni macam mana!

Harap-harap dua minggu lagi, proses pembaikan sekolah akan siap dengan sepenuhnya, dan dapat meneruskan P & P sebagaimana kebiasaannya...

post signature Pelik sungguh cikgu piz kali nih, ada semangat mengajar yang luar kebiasaan nih... hahaha... ye la, sebenarnya semangat ni muncul bila aku cuti sekolah, borak-borak ngan kroni aku yang bole dikatakan semuanya berada dalam bidang pendidikan ni... jadi macam-macam benda la yang kami kongsikan... dalam banyak-banyak cerita tu, cerita kat sekolah aku je yang agak pendek... ye la, ape je citer pasal sekolah aku, macam tu je lah... Jadi bila sampai je kat sekolah nih, aku cuba la buat apa yang aku boleh buat untuk melihat sekolah aku menjadi seperti kebiasaan sekolah...

Sunday, March 22, 2009

Jawab dah ni Kak Memot...

Soalan 1: letakkan 3 pictures dalam berlainan mood!!...(put 3 pictures of yours in different moods..)

Jawapan:
Ha tu kak, bukan setakat 3 gamba berlainan mood, 6 tu ambo bagi!!



Soalan 2: Describe in 5 words about yourself

Jawapan:

1. Suka senyum nampak gigi

2. Takleh nampak buku

3. Suka make

4. Tak rajin

5. Kecek tak banyok



Soalan 3: Berikan 3 perkara yang buat anda gelisah.... (3 things that make you uneasy/jumpy..)

1. Kalu tok make nasi dalam sehari

2. Kalu tok kelik dumoh lebih dari sebulan

3. Kalu tok tepon dumoh dalam seminggu



Soalan 4: Huruf yang anda selalu guna...(alphabets you always use..)

Jawapan:

A --> Aku, Ambo

B --> Budu

M --> make, mache, main, mu

Banyok la kak wei... dari A sapa Z la sene



Soalan 5: Senaraikan 5 perkara yang buat anda happy..(list 5 things that make you happy..)

Jawapan:

1. Bulih make nasi (kalu ado budu lagi la hepi!)

2. Bulih kelik dumoh

3. Bulih main games

4. Kalu anok murid pehe gapo hok kito ajar

5. Kalu tok payoh mari semula ke Tegele nih, alangkah gumbira nye!



Soalan 6: Senaraikan 5 insan yang anda sayang...(list 5 beloved persons of your life...)

1. Mi nga Abah

2. Semo adik beradik

3. Semo sedara mara

4. Semo saing2

5. Semo cikgu2 nga anok2 murid



Soalan 7: Anda marah bila.....(you are mad/angry when...)

Jawapan:

Ni kalu kak tanyo soale banyok2 pon ambo bulih maroh jg nih.

Kalu ore tanyo pelik2 pon ambo maroh jg.

Kalu tok make nasi sehari raso nok maroh jg!



Soalan 8: Anda nanges bila.....(you cry when...)

Jawapan:

Ambo payoh nok nangis nih., tok rock la.

Maso baby mulo kalu nangis..

Kak senyap2 sudoh2 la.



Soalan 9: Anda memang SELAMBA kalau tag....(you are cool when you

Jawapan:

Ambo ni malas, jd malas a nok tag2 nih.



post signatureHoh, siap jg jawab soale kak memot nih. Ho guano kak, serupo nga skema jawapan dok?Ambo tok niru sapo-sapo pun kak wei. Kalu sipi-sipi tu bui la markah tuh, jgn kedekut sangat tanda kertas jawape ambo ni kak wei...

Sunday, March 15, 2009

Mache Ooo Mache...


Akhirnya, setelah dua purnama aku melepak kat tepi sungai nun, dapat juga aku kembali ke rumah aku kat Mache nih... syukur sangat, walaupun hanya beberapa hari, tapi aku tak kisah, asalkan aku dapat menjenguk rumah aku ni kira ok sesangat la, tahan la untuk tiga bulan lagi...

Dalam pukul 2 pagi 15hb. Ahad, aku sampai kat Mache nih, penat sungguh rasanya, ye la bayangkan perjalanan aku keluar dari Tegelam nun sejak petang Khamis naik perahu, sampai ke seberang aku naik kereta kakak yang baik hati menghantar aku ke Kuching, sampai kat tengah jalan, jumpa pulak ngan gb aku, rupa-rupanya kereta dia rosak, sebab hujan, jalan jadi lembik, habis kereta tersadai kat tepi jalan, syukur lagi sekali sebab kereta kakak selamat keluar dari jalan bertanah ni dengan selamat... Sampai kat Kuching dah malam, terus gb, kakak, Nisa ngan Carl hantar aku ke rumah kawan aku, kak Ida... Sampai je kat umah kak Ida, aku terus tidur kepenatan. Pukul 5 pagi aku bangun kemas beg untuk pulang ke Mache. Pagi, kak Ida cakap dia tak boleh hantar aku ke airport sebab ada program kat sekolah dia, jadi kak Ida panggil teksi hantar aku, aku tak kisah pun, asal dapat sampai ke Mache je!

Tengah hari Jumaat, aku selamat sampai, tapi aku bermalam pula kat umah kakak aku kat Shah Alam, mi abah aku pun ada, seronok jumpa anak-anak sedara aku nih, waaa dah besar-besar dah semua budak-budak ni, yang bes sekali Awfa ni, dah makin laju berlari, bercakap pun dah pandai sikit-sikit. Pagi Sabtu, terus ke Tangkak, ambil adik aku kat sana pula, masa nak tinggalkan budak-budak ni tadi, Awfa menangis sungguh-sungguh,kesian... nanti bulan 6 pula la aku berjumpa ngan budak-budak ni... Dah sampai kat Tangkak, ambil adik aku kat sini, mi aku sempat borong kain kat sini, kami terus balik... Akhirnya setelah transit di beberapa tempat, syukur, kami selamat sampai juga kat Mache nih.

Gumbira tak terkata aku bila dah nampak atap rumah aku ni, masuk saja kat bilik aku, terus aku nampak novel baru, apa lagi... menyambung kembali hobi aku ni, tak menyempat-nyempat terus baca sampai ke pagi...

Begitu la kisah perjalanan aku ni, dari petang Khamis aku keluar dari Tegelam, pagi Ahad baru aku sampai... Buat Bee, selamat bercuti la ye, jangan lupa kelik kembali ke sungai Rajang mu tu Bee... Buat Kak Memot, sorila tak sampai juga kat umah kak, InsyaAllah lain kali kita jumpa, tak pun kak mai jalan Mache la... Buat LB selamat datang ke Kelate, sori juga, pagi tadi tak sempat nak pergi ke KB, penat sesangat, sampai tertidur panjang... Buat UT, selamat bercuti juga la, mu bercuti juga ke?... Buat meksal, selamat jalan-jalan, bawa anak-anak, abe, mok tu molek-molek la, jangan duk bekeng sangat ngan budak tu, mu kan mama yang baik, lagikan anak kucing pun mu sayang, inikan pulak anak orang... Buat atok kc, cuti-cuti ni ajak anak-anak atok pergi mancing dok? sabar la tok wei... Buat Man, sibuk nampak... tak bawa man junior bercuti ke man, gi cari sarape hok baru pulok... man tadi ambo gi make nasi kukus Haiqal kat cabe 3 Pengkalan Chepa tu, sedap jugok man!... Buat YB, cuti sekolah ni ada kat KB ke? ke duk bercuti kat KB belah ganu tu... Buat Nur, selamat bercuti sekolah ye... tapi Nur mesti cuti sekejap je ni, cikgu rajin, biasa cuti-cuti pun gi sekolah juga, tak mace cikgu piz nih... hehehe...Dan buat semo saing... ambo cumo nok royak, ambo amat suko cuti sekoloh!!!


post signatureHari ni dah hari Ahad... konon tak nak pergi jalan mana-mana, nak duduk kat umah... emmm, dari sampai sini, asyik berjalan je aku nih, ni pun baru je balik dari Tumpat ke Pengkalan Chepa, esok nak pergi jalan lagi, nak tengok anak sedara baru pulak... pejam celik-pejam celik, hari Sabtu ni aku dah nak kena pergi Tegelam dah... huhuhu, apepun abaikan dulu hal tu, sekarang pikir mu duk kat Mache je, duk la puas-puas... Wei la budu raja aku tak jumpa lagi ni...



---> Ucapan spesel untuk saing-saing aku Ma, Hasni, Hidhir dan Rasyid... SELAMAT PENGANTIN BARU... Semoga diberkati, dirahmati dan kekal hingga akhirnya... Sori tokde g bekwoh demo deh... nanti esok lusa, kalau sempat kita jumpa la...