Sunday, March 15, 2009

Mache Ooo Mache...


Akhirnya, setelah dua purnama aku melepak kat tepi sungai nun, dapat juga aku kembali ke rumah aku kat Mache nih... syukur sangat, walaupun hanya beberapa hari, tapi aku tak kisah, asalkan aku dapat menjenguk rumah aku ni kira ok sesangat la, tahan la untuk tiga bulan lagi...

Dalam pukul 2 pagi 15hb. Ahad, aku sampai kat Mache nih, penat sungguh rasanya, ye la bayangkan perjalanan aku keluar dari Tegelam nun sejak petang Khamis naik perahu, sampai ke seberang aku naik kereta kakak yang baik hati menghantar aku ke Kuching, sampai kat tengah jalan, jumpa pulak ngan gb aku, rupa-rupanya kereta dia rosak, sebab hujan, jalan jadi lembik, habis kereta tersadai kat tepi jalan, syukur lagi sekali sebab kereta kakak selamat keluar dari jalan bertanah ni dengan selamat... Sampai kat Kuching dah malam, terus gb, kakak, Nisa ngan Carl hantar aku ke rumah kawan aku, kak Ida... Sampai je kat umah kak Ida, aku terus tidur kepenatan. Pukul 5 pagi aku bangun kemas beg untuk pulang ke Mache. Pagi, kak Ida cakap dia tak boleh hantar aku ke airport sebab ada program kat sekolah dia, jadi kak Ida panggil teksi hantar aku, aku tak kisah pun, asal dapat sampai ke Mache je!

Tengah hari Jumaat, aku selamat sampai, tapi aku bermalam pula kat umah kakak aku kat Shah Alam, mi abah aku pun ada, seronok jumpa anak-anak sedara aku nih, waaa dah besar-besar dah semua budak-budak ni, yang bes sekali Awfa ni, dah makin laju berlari, bercakap pun dah pandai sikit-sikit. Pagi Sabtu, terus ke Tangkak, ambil adik aku kat sana pula, masa nak tinggalkan budak-budak ni tadi, Awfa menangis sungguh-sungguh,kesian... nanti bulan 6 pula la aku berjumpa ngan budak-budak ni... Dah sampai kat Tangkak, ambil adik aku kat sini, mi aku sempat borong kain kat sini, kami terus balik... Akhirnya setelah transit di beberapa tempat, syukur, kami selamat sampai juga kat Mache nih.

Gumbira tak terkata aku bila dah nampak atap rumah aku ni, masuk saja kat bilik aku, terus aku nampak novel baru, apa lagi... menyambung kembali hobi aku ni, tak menyempat-nyempat terus baca sampai ke pagi...

Begitu la kisah perjalanan aku ni, dari petang Khamis aku keluar dari Tegelam, pagi Ahad baru aku sampai... Buat Bee, selamat bercuti la ye, jangan lupa kelik kembali ke sungai Rajang mu tu Bee... Buat Kak Memot, sorila tak sampai juga kat umah kak, InsyaAllah lain kali kita jumpa, tak pun kak mai jalan Mache la... Buat LB selamat datang ke Kelate, sori juga, pagi tadi tak sempat nak pergi ke KB, penat sesangat, sampai tertidur panjang... Buat UT, selamat bercuti juga la, mu bercuti juga ke?... Buat meksal, selamat jalan-jalan, bawa anak-anak, abe, mok tu molek-molek la, jangan duk bekeng sangat ngan budak tu, mu kan mama yang baik, lagikan anak kucing pun mu sayang, inikan pulak anak orang... Buat atok kc, cuti-cuti ni ajak anak-anak atok pergi mancing dok? sabar la tok wei... Buat Man, sibuk nampak... tak bawa man junior bercuti ke man, gi cari sarape hok baru pulok... man tadi ambo gi make nasi kukus Haiqal kat cabe 3 Pengkalan Chepa tu, sedap jugok man!... Buat YB, cuti sekolah ni ada kat KB ke? ke duk bercuti kat KB belah ganu tu... Buat Nur, selamat bercuti sekolah ye... tapi Nur mesti cuti sekejap je ni, cikgu rajin, biasa cuti-cuti pun gi sekolah juga, tak mace cikgu piz nih... hehehe...Dan buat semo saing... ambo cumo nok royak, ambo amat suko cuti sekoloh!!!


post signatureHari ni dah hari Ahad... konon tak nak pergi jalan mana-mana, nak duduk kat umah... emmm, dari sampai sini, asyik berjalan je aku nih, ni pun baru je balik dari Tumpat ke Pengkalan Chepa, esok nak pergi jalan lagi, nak tengok anak sedara baru pulak... pejam celik-pejam celik, hari Sabtu ni aku dah nak kena pergi Tegelam dah... huhuhu, apepun abaikan dulu hal tu, sekarang pikir mu duk kat Mache je, duk la puas-puas... Wei la budu raja aku tak jumpa lagi ni...



---> Ucapan spesel untuk saing-saing aku Ma, Hasni, Hidhir dan Rasyid... SELAMAT PENGANTIN BARU... Semoga diberkati, dirahmati dan kekal hingga akhirnya... Sori tokde g bekwoh demo deh... nanti esok lusa, kalau sempat kita jumpa la...

1 comments:

maymot said...

huhu,,,sie ke awfa..nangis sampai bengkak2 mata..

gambo tu cam awfa siap bagi warning-->>
jaga mokja-bule 6 nanti awfa lompat masuk bonet kalo mokja x kasik ikot..

haha...