Saturday, May 3, 2008

Bicara Buku (3): Memoir Seorang Guru



Judul Buku: Memoir Seorang Guru
Penulis: Azizi Hj. Abdullah
Penerbit: Alaf 21
Bil. M/S: 299
Cetakan Pertama: 2007

Biodata Penulis

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian meneruskan pelajaran di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.


Sinopsis

Karya Terbaru Azizi Hj Abdullah
"Memoir Seorang Guru" diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yang menyentuh perasaan. Padat dengan mesej yang tersirat untuk dijadikan renungan bersama.

"Bukan aku hina profesion perguruan. Dan, bukan aku benci pilihannya itu. Dia tidak faham, walaupun mewarisi profesion diriku ia bukan kebanggaan aku. Malah, aku tidak merestuinya. Namun, dia tetap dengan pendiriannya. Sikap dan kemahuannya cukup keras sekali.

Ya Allah... apakah dayaku untuk mencegahnya daripada meneruskan cita-cita itu. Aku semakin dipanjat usia, namun, kedegilannya membuatkan aku dilanda rasa dengan lamunan yang tidak berkesudahan.

Perlukah aku meluahkan apa yang pernah aku rasa kurasai selama ini? Adakah dia akan mengerti mengapa aku membantah?

"Anakku... masakan engkau akan faham jika buktinya tidak diketahui? Kamariah, mahukah engkau dengar apa yang pernah bapa rasai dan alami sepanjang bapa menjadi guru?"

Kekesalan itu sering menghantui diriku. Aku ingin menjadi murabbi yang dipandang mulia dengan keberkatan profesionku. Tapi, perasaan itulah yang sering datang dalam usaha aku menghapuskannya jauh dari sanubari ini. Ya Allah... ampunilah aku..."

Pendapat

Membaca 'Memoir Seorang Guru' novel terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Alaf21, anda akan merasa kebencian disebalik kedegilan murid. Anda akan merasa keras hati seorang guru disebalik lemah lembut muridnya.

Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.

Disyorkan, semua bekas murid penulis novel ini memiliki dan membacanya kerana di situ terhimpun kasih sayangnya dan kejayaan murid-muridnya dalam bidang kerani, jururawat, doktor, peniaga, penternak, petani, peguam, majestrit dan korporat.Itulah doa dan jasa seorang guru. Anda akan membaca pada akhir novel ini bersama lelehan air mata kerana bangga.

-Bekas Murid.

Novel yang MESTI dibaca oleh semua guru dan bakal guru. Novel yang berkisarkan pengalaman seorang ustaz yang berperang dengan perasaan semasa bertugas menjadi guru.Kekeliruan dengan keikhlasan dengan tugas beliau ,samada beliau seorang pendidik atau seorang guru yang makan gaji.
Ustaz juga mengutarakan isu keberkatan hasil gaji yang di perolehi.Isu ini cuma dalam bentuk kiasan dan masih boleh diterjemahkan oleh perbaca.

Isu KEBERKATAN ini membuka minda saya untuk terus memusahabah diri.Menilai balik hasil kerja saya adakah ianya baik dan berkesan.Tanggungjawap yang diamanahkan oleh majikan,adakah saya melaksanakan dengan jujur dan amanah?

Bila cukup bulan,semua hasil titik peluh saya dimasukkan kedalam akuan bank saya sebagai wang gaji atau imbuhan kerja.Pada majikan,itu imbuhan kepada nilai sebuah amanah dan kejujuran.

Bila amati dengan lebih mendalam lagi,saya bertanya pada diri?Jenis akuan bank yang saya miliki.Oh akuan perbankan Islam.Lapang dada seketika.

Bila saya menhalusi dengan lebih teliti lagi bank yang saya gunakan itu ada unsur ISLAM DAN RIBA.Persoalannya beranikah saya meminum air yang bersih tetapi dicampur dengan sesudu RACUN?Ibarat kata orang tua-tua,kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Alias,Midun,Sakinah dan Abdul Halim apakah mereka ini didik untuk orang yang berjaya?Bukankah mereka dididik untuk mengisi jawatan tinggi?Atau mereka ini akan jadi bekas murid yang berhemah tinggi.Atau jadi seperti anak-anak saudaraku yang bapanya berjawatan tinggi tapi rendah peribadi?

Pertemuan ustaz dan bekas muridnya yang selalu diilusi semua ditempat yang mulia.Murid yang dulunya memanggil ustaz dengan "ucetad" kini megah bersolat atas keterbukaan ustas.Alias,Midun dan Sakinah di tempat yang telah banyak berjasa pada nyawa dan kesihatan manusia.Pertemuan dengan Abdul Halim pada petang Sabtu di Masjid Kulim menjadi kesinambungan jalan cerita selanjutnya.

Harapan ustaz agar ILMU yang diturunnya berkat.Setiap muridnya diharapkan menjadi umat yang berguna pada Agama dan negara.Tak dinafikan ada juga segelintir menjadi sebaliknya.

Seorang bapa yang takut Kamariah mengalami stress sepertinya.Bapa yang mengharap Kamariah faham niat bapa.Bukan kerja guru itu tidak baik,tapi mampukah Kama menghadapinya dengan tabah.

Ustaz.....dari 1975~1980 bukan seperti novel itu.Ustaz yang menjawap "saya punya suka la.itu novel saya"bila aku bertanya pada tahun 1985,"kenapa mematikan watak Tuk Ya dengan kematiannya?"Jawapan ustaz disambut gelak ketawa.Aku berbangga kerana itulah ustazku yang selalu berjenaka.

Buat bekas murid yang mengenali ustaz,anda turut akan berilusi sekiranya membaca novel ini.Novel yang penuh dengan emosi dan perlu dihayati dengan keilmuan.Novel yang bersekitar di Daerah Kulim,akan membawa kita mengimbau kenangan dizaman persekolahan.

Kepada bakal guru dan semua pembaca,novel ini adalah "HEAVY DRAMA" yang terbaik dari USTAZ AZIZI HJ ABDULLAH.

abghalim ULU YAM (bekas murid)

Ulasan

Sebagai seorang pembaca... saya merasa amat tersentuh hati apabila menamatkan pembacaan novel ini. Pada bab-bab pertama bacaan saya, saya merasa agak kesal dengan perangai ustaz kerana sentiasa memandang jelik kepada anak-anak muridnya di kampung... tidak sewajarnya seorang guru bertindak begitu...

Namun setelah kita amati kembali cerita ini, terasa kesedihannya, apabila ustaz sebenarnya seorang guru yang betul-betul ingin melihat anak muridnya menjadi seorang yang berguna... Mengalir air mata apabila membaca bab anak muridnya yang begitu menyayanginya, walaupun miskin sanggup melawat gurunya di hospital sambil membawa sebiji buah oren sambil air hingus mengalir di hidung...

Sungguh, apabila gurunya mula hendak berbaik-baik dengan anak-anak muridnya ini, berlaku pula peristiwa yang menyedihkan..., sehingga anaknya muridnya meninggal disebabkan lemas di lombong untuk mencari ikan yang disukai oleh cikgunya... betapa pilunya perasaan gurunya...

Maka sebab itulah, bapa Kamariah sering mengulang-ulang ayat KEBERKATAN di dalam mendidik anak-anak murid. Beliau sangat takut, apakah profesionnya menjadi seorang pendidik sebelum ini mendapat keberkatan? Beliau sentiasa dihantui peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas anak-anak muridnya... Disebabkan inilah, kalau boleh beliau tidak mahu anaknya mengikut jejak langkahnya menjadi seorang guru...

Kesimpulannya, menjadi seorang guru bukannya suatu perkerjaan yang mudah..., malah seseorang itu perlu ikhlas, berani, tahan cabaran dan memiliki semangat yang kental untuk menghadapi cabaran sebagai seorang guru... lebih-lebih lagi menjadi guru pada zaman ini...

Yang pasti, mampukah aku menghadapi semua ini???

0 comments: