"Gurukah Aku atau...?" merupakan sebuah novel karya Norbi Husin.
Sinopsis:
Ulasan:
Berdasarkan tajuk buku inilah, maka timbullah blog yang saya bina ini iaitu "Murabbikah Aku...?". Buku ini saya beli semasa mengunjungi Pesta Buku Kelantan 2008 di Dewan Jubli Perak, Padang Perdana, Kota Bharu pada 27 hb. April yg lalu. Pesta Buku ini akan berakhir pada 5 hb. Mei ini. Saya sempat membeli 2 biji novel di samping beberapa buah buku sampingan yang lain. Buku yang satu lagi akan saya bicarakan kemudian nanti.
Kenapa saya tertarik untuk mendapatkan buku Gurukah Aku atau...?, kerana bagi saya ianya amat bersesuaian dengan diri saya yang sememangnya tercari-cari apakah sebenarnya pilihan saya dalam bidang ini adalah tepat atau tidak! Yang pasti, apabila saya didekatkan dengan bahan bacaan sebegini, akan membuatkan diri dan jiwa saya ini semakin mendekati kebenaran hakiki berkenaan kehidupan seorang Murabbi ini...
Apa yang saya perolehi dari pembacaan buku ini, penulis telah membahagikan kandungan utama buku ini kepada 5 bahagian, iaitu pertama, memaparkan pengalaman penulis semasa belajar di sekolah rendah. Ke dua pula pengalaman penulis semasa berada di sekolah menengah. Bahagian ke-3 pula berkenaan bagaimana penulis mengajar di empat buah sekolah menengah. Manakala bahagian ke-4 memaparkan cerita-cerita dan episod-episod yang ada hubung kait antara pentadbir dan guru. Bahagian yang terakhir iaitu ke-5 pula penulis memasukkan sedikit luahan hati orang ramai daripada pelbagai peringkat umur terhadap guru yang mengajar mereka dahulu.
Setakat bacaan saya pada hari ini, saya sungguh seronok membaca bahagian pertama memaparkan kisah penulis semasa berada di sekolah rendah pada tahun 1958, yang mana pada masa itu penulis masih menggunakan papan batu dan air embun sebagai alat tulis. Saya sungguh terharu dengan kesungguhan Mila sebagai watak utama dalam cerita ini. Jauh sungguh bezanya pelajar sekolah pada masa dahulu berbanding zaman sekarang.
Banyak tip-tip atau panduan yang diberikan oleh penulis kepada bakal-bakal guru sebagai pelengkap kepada pembelajaran yang sedia ada. Saya sungguh terangsang dengan petua-petua untuk menjadi seorang guru atau murabbi yang cemerlang!
Satu lagu atau nyanyian yang saya nak kongsikan bersama para pembaca yang diperolehi daripada buku ini. Lagu ini, diajar oleh Cikgu Halimah kepada anak-anak muridnya di darjah satu supaya dapat mengingati dan menyebut abjad dengan betul.
Lirik lagu tersebut:
0 comments:
Post a Comment