Judul Buku :Terima Kasih, Tuhan ~ Kelok-kelok Jalan Guru Cemerlang
Diselenggarakan Oleh : Azizul Rahman Abdul Rahman
Mohamed Saleeh Rahamad
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Bil. M/S : 232
Harga : RM 25
Prakata
Kecemerlangan tidak mungkin dicapai tanpa ujian. Sekurang-kurangnya, ujian masa, yang dapat membuktikan daya tahan. Selebih-lebihnya ujian upaya kemahiran, kepakaran dan sahsiah, dedikasi, kreativiti, komunikasi, inovasi dan motivasi.
Bagaimanapun, tiada satu pun daripada kisah yang dihimpunkan dalam antologi ini mendedahkan bahawa penulisnya mempunyai perancangan yang strategis untuk mencapai pangkat Guru Cemerlang. Senario ini memberi isyarat yang signifikan dalam budaya kependidikan: Rahsia kecemerlangan yang paling mendasar ialah kejernihan jiwa yang memancarkan keikhlasan dan rasa kasih akan anak didik sehingga mendorong sikap prihatin, melebihi kepentingan diri.
Antologi yang merakamkan kelok seribu liku yang dilalui oleh para Guru Cemerlang ini memaparkan kisah-kisah yang mengharukan, mencuit minda serta mengilhamkan. Sewajarnyalah pengalaman yang berharga ini dihayati oleh warga pendidik, para pelajar, bahkan seluruh ahli masyarakat.
Cerpen "Terima Kasih Tuhan" yang menjuduli antologi ini memperlihatkan kesungguhan guru menyiahkan putus harap terhadap pelajar kelas tercorot dalam menghadapi SPM yang bakal tiba. Diasak oleh simpati akan kenaifan pelajarnya tentang tentang alam di luar sekolah, beliau berusaha menggunakan kaedah santai bagi mengembalikan minat belajar. Kelas yang selalu kecoh riuh berubah menjadi ceria dan penuh tumpuan. Hasilnya, semua pelajar lulus, kecuali seorang.
Kisah ini begitu menyentuh perasaan apakala si guru didakap erat oleh bekas pelajar kelas tercorot yang nyaris dibuang sekolah. Beliau kini beraya dalam kariernya dengan memperoleh pendapatan yang lumayan.
Ulasan Piz
Buku Terima Kasih, Tuhan ~ Kelok-kelok Jalan Guru Cemerlang merupakan himpunan 20 cerita benar yang dihasilkan oleh 20 orang guru cemerlang dari seluruh negara. Sebenarnya menjadi seorang guru ini banyak kisah suka duka yang tidak boleh terungkap... lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah berpuluh-puluh tahun mengajar dan yang telah bersara dari dunia pendidikan ini.
Untuk cerpen yang bertajuk "Terima Kasih, Tuhan" yang ditulis oleh Azizul Rahman Abdul Rahman amat menyentuh perasaan saya apabila membacanya. Kisah anak murid beliau yang bernama Saidi yang selalu ponteng sekolah dan hampir-hampir dibuang sekolah namun, berkat kesungguhan cikgu Azizul dapat menyelamatkan Saidi daripada hukuman ini. Di sekolah, Saidi hanya meminati mata pelajaran Seni Lukis dan Bahasa Melayu sahaja, oleh sebab itu pada hari Isnin dan Jumaat, Saidi selalu ponteng kelas kerana kedua-dua mata pelajaran itu tidak ada pada setiap hari tersebut.
Oleh itu, sebagai seorang guru yang cakna dengan permasalahan pelajarnya, Cikgu Azizul berusaha membantu Saidi setakat yang mampu. Bahkan Cikgu Azizul turut membantu Saidi mendapatkan pekerjaan sebagai pelukis di sebuah syarikat penerbitan. Selepas 30 tahun berlalu, beliau tidak sangka akan bertemu kembali dengan Saidi yang sudah berjaya di dalam kerjaya dan keluarga... lebih lagi cikgu Azizul amat terharu kerana Saidi sanggup menamakan anaknya sama seperti nama beliau...
Selain kisah ini terdapat pelbagai bentuk pengalaman yang dihasilkan oleh guru-guru cemerlang ini. Antara kisah yang agak mencuit hati ialah kisah cikgu Abdul Latif B. Ismail yang berjudul "Bukan Minta Balasan". Kisah ini berlaku sewaktu Cikgu Latif dihantar mengajar ke sebuah sekolah di Lahad Datu, Sabah. Apa yang agak melucukan ialah, pada hari pertama Cikgu latif sampai di sekolah tersebut, beliau telah terserempak dengan seorang pakcik yang sedang membersihkan rumput di sekeliling pangkal sebatang pokok, lalu terus beliau menanyakan pakcik tersebut di manakah untuk bertemu dengan pengetua sekolah. Apa yang mengejutkan cikgu Latif adalah, pakcik yang dianggap tukang kebun itu rupa-rupanya ialah Pengetua sekolah tersebut!!! Hehehe... begitulah situasi guru yang mengajar di pedalaman.
piz: Semoga pengalaman yang diceritakan oleh guru-guru cemerlang ini dapat menjadikan panduan kepada saya untuk menempuh situasi yang sebenar di sekolah nanti...
0 comments:
Post a Comment