Tuesday, June 9, 2009

Aktiviti Sepanjang Cuti

Cuti sekolah dua minggu ni memang amat menggembirakan aku. Selain aku dapat balik ke rumah aku kat Mache ni, aku dapat jumpa dengan mi abah aku, dan semestinya semua kroni-kroni aku yang seramai 12 orang ni, termasuk lagi ipar duai aku tiga orang dan tak lupa anak-anak sedara aku yang berlima ni, jadi biasa kalau cuti kami berkumpul seramai 22 orang kat rumah aku ni. Sebab tu aku seronok kalau cuti, aku biasa geng dengan anak-anak sedara ngan adik-adik aku main, kongsi novel dan juga tengok cerita. Banyak juga cerita-cerita kat youtube aku download, dapatlah mengisi masa cuti aku ni, ye la kat Mache line internet laju gila, kalau kat Tegelam nun, adoi la penat kalau nak mendownload cerita ni, setakat baca-baca berita, blog, ber ym tu bolehlah, kalau nak mendownload tu, kena rajin menunggula, kadang-kadang sampai tertidur... huhu.

Ha, bila ada geng ramai-ramai ni, aku layan la semua games ngan cerita. Antara cerita aku layan cerita kegemaran anak sedara aku si Awfa ni, cerita "Wonder Pets", si Dhuha pulak minat cerita Upin dan Ipin ni, pastu adik aku Tsaqif pulak suh tengok cerita Laskar Pelangi, Zakuan pulak suh tengok cerita "Sensei Wa Irai" pastu anak sedara aku si Khayr ngan Umayr pulak duk ajar aku main games, bes jugak.



Ha ni cerita kegemaran anak sedara aku si Awfa yang baru berumur 1 tahun setengah ni, lagu ni dia dah pandai ikut dah, aku rasa budak-budak kecik lain pun minat juga ni (emmm budak-budak besar pun terminat juga... haha).



Ni cerita Laskar Pelangi, cerita dari Indonesia. Memang bestla. Cerita berkenaan guru ngan anak-anak murid yang berjumlah 10 orang nih. Bagus betul cikgu ni, sanggup berkorban untuk mengajar anak murid ni kat sekolah yang kecil tanpa kemudahan sempurna berbanding sekolah lain berhampiran sekolahnya. Apa yang aku perhatikan, ada sedikit persamaan suasana sekolah ni ngan sekolah aku nun. Kalau sekolah ni mempunyai bilangan murid 10 orang, sekolah aku mempunyai bilangan murid 18 orang. Yang kedua pulak ialah binatang yang aku kurang minat nak jumpa, iaitu "croc", dalam cerita ni pun ada juga watak "croc"ni... huhuhu. Seterusnya suasana sekolah ni, sekolah aku pun sedikit berbeza dengan suasana sekolah lain juga, memanfaatkan apa-apa je yang ada kat sekolah ni. Yang aku tak boleh lawan ialah semangat guru kat sekolah ni. Pergh memang mempunyai semangat kecikguan yang begitu tinggi sekali. Walaupun tak ada gaji tetap, mendapat tawaran untuk mengajar di sekolah yang lebih hebat, namun cikgu ni tetap berpendirian teguh untuk terus mendidik anak-anak miskin yang kurang mampu ini... Jauh sangat dengan semangat cikgu yang ada pada diri aku ni, yang duk fikir nak kelik jah sokmo...



"Sensei Wa Erai" bermaksud "semua guru adalah hebat". Cerita ni pun berkisar kepada kisah guru dan anak murid di sekolah menengah. Kisah seorang guru yang dikatakan mempunyai 7 keajaiban dan juga mempunyai perangai yang sedikit pelik. Cikgu yang agak tegas dalam kelas dan juga di luar kelas. Walaupun begitu, beliau mampu mengubah pelajar-pelajarnya dari mendapat 1 markah dalam ujian Bahasa Inggeris kepada 100 markah. Dapat mengubah pelajarnya dari seorang pelajar yang tidak yakin dengan keupayaan diri kepada pelajar yang berani mencuba dan yakin. Tetapi kejayaan pelajarnya ini tidak dapat dikongsi bersama dengan senseinya kerana beliau meninggal akibat sakit di dalam perut di hospital. Begitu sedih sekali anak-anak muridnya dengan pemergian gurunya ini... Memang sedih juga la, pilu juga aku tengok...

post signatureCerita-cerita yang aku tengok ni, selain dapat mengisi masa cuti aku ni, ia juga dapat memberi sedikit motivasi kepadaku untuk kembali ke Tegelam nanti... Waaa dah tak lama dah aku nak kembali semula ke sana... Selain tengok cerita-cerita ni, aku juga sempat menghabiskan dua buah novel iaitu Mikhail karya Ramlee Awang Mursyid dan juga buku yang sedang dibaca iaitu Bidadari Paderi karya Saiful A. Iman. Ada lagi beberapa buah buku lain, tapi nampaknya tak sempat nak baca, kena simpan dulu... Apa-apa pun, aku memang seronok kelik Mache...

0 comments: