Selepas bersahur dan solat subuh, aku kembali menyambung lenaku... tetapi tiba-tiba mak aku menerpa mengejutkan aku, dan pada saat itu juga aku terbangun sambil menjerit-jerit ketakutan... Ya Allah, aku bermimpi lagi, kenapa mimpi yang menakutkan bagiku ini berulang saban minggu... yang peliknya hanya semasa aku berada di rumah kat Mache sahaja mimpi ini akan menjelma... Mak aku bertanya, mimpi apa yg menyebabkan aku begitu ketakutan sekali? Ah!! biarlah, aku mendiamkan sahaja... aku betul-betul takut kalau mimpi ini berulang lagi... cukuplah, aku tak tahan rasanya... namun ini mungkin ujian buatku yang selalu alpa ini...
Kembali kepada catatan Ramadhan ku...
Untuk tujuan observe ini, aku sudah hampir seminggu tidak cukup tidur untuk menyiapkan buku LP aku, ABM aku untuk kedua-dua subjek ini. Penat dan meletihkan serta kadang-kadang terasa hendak termuntah bila mengadap buku LP aku ini... tapi nak buat macam mana, dah namanya aku ni guru pelatih, memang itulah kewajipan aku, tidak boleh tidak!! Tidak sabar rasanya untuk menunggu ketibaan 25 September, sebab hari itu merupakan hari terakhir aku menjadi guru pelatih di Gua, dan dengan itu akan tamatlah segala cabaran di atas.
Kali ini, walaupun bukan matlamat utama aku untuk diangkat menjadi pelatih yang cemerlang, tetapi aku tetap juga cuba menyiapkan LP aku sekadar termampu, begitu juga ABM yang aku sediakan, aku merasa betul-betul puas hati, kerana untuk kedua-dua subjek ini aku berusaha untuk membuat ABM yang terbaik dan menarik. Aku mahu bila proses pengajaran aku nanti, anak-anak murid aku akan dapat memahami dengan mudah dan dapat belajar dengan releks tanpa merasa tertekan. Aku hanya mampu tersenyum melihat ABM aku kali ini, entah bagaimana aku dapat idea untuk membuat semua ini. Untuk subjek BI, aku banyak menyediakan gambar-gambar, bahan maujud, dan juga permainan. Begitu juga untuk subjek Matematik, kawan sepelatih aku turut memberi idea kepadaku supaya menyediakan pelbagai warna air dan diletakkan di dalam plastik aiskrim untuk tujuan menyukat air nanti, kebetulan aku mengajar tajuk "Volume of Liquid", jadi aku memilih makmal Sains menjadi kelas pengajaranku nanti di samping melakukan eksperimen menyukat air nanti. Seronoknya aku.
7.45 pagi di sekolah, aku telah menanti-nanti ketibaan pensyarah Matematik aku... tak sabar pula aku nak memulakan pengajaranku pagi ini, semua anak murid aku telah menanti di dalam makmal Sains... namun sehingga jam 8.00 pagi pensyarah aku tetap tidak memunculkan diri. Aku cuba menghubunginya, namun tetap tidak dapat dihubungi. Mungkin beliau ada hal yang tidak dapat dielakkan, tidak boleh disalahkannya juga, sebab kebiasaannya kalau beliau hendak datang pasti dia akan menhubungi aku sehari sebelum datang, dan ini bermakna beliau memang tidak akan datang...
Walaupun sedikit kecewa, namun aku tetap meneruskan pengajaranku pagi itu. Aku mengarahkan anak-anak muridku supaya menganggap pensyarah aku hari ini tetap datang dan ada di dalam kelas, walaupun tak ada. Mereka tergelak bila aku menyuruh mereka berbuat demikian... Kelas hari ini sedikit bising kerana mereka sibuk membuat sukatan air di dalam unit milimiter... macam-macam persoalan pula yang ditanya mereka hari ini. Walau apa pun, aku tetap teruskan pengajaranku pada hari ini.
9.45 pagi, pensyarah aku sampai dan terus berjumpa dengan Guru Besar, PK dan guru pembimbing aku. Aku dan rakan pelatih aku, Norul memang senyum je, tapi dalam hati... huhu kami sahaja yang tau. Selepas itu, HJ. Wan panggil aku dan rakan aku untuk berbincang dan melihat LP kami sebelum memulakan kelas. Waa banyak juga komen beliau terhadap LP aku nih. Tapi takdela aku terasa sangat, sbb Hj. Wan ni bijak dan dah banyak pengalaman beliau dalam meng"observe" budak-budak macam aku nih. Tengok air muka aku pun dia dah tau aku ni macam mana... hehe.
10.45 pagi, aku dan penyarah aku masuk ke kelas aku, 5 Arif. Waa budak-budak ni hari ni bukan main bagus je... Hmmm molekla, kalau tak, kena mereka nanti. Tapi memang hari ini aku mengajar dalam keadaan takde keyakinan langsung... aku pakai hentam je, tak ikut langsung LP yang aku buat tu. Nasib baik ABM aku dan murid-murid ni okey hari ini banyak membantu aku meneruskan pengajaran aku. Tajuk pengajaran aku hari ini "Glorious Food" dan aku ambil bahagian untuk mengajar berkenaan "Adjectives". Kesian budak-budak ni, dahla aku mengajar "Food", gambar-gambar makanan pun banyak, lepas tu aku siap bawak coklat, kacang, gula-gula, jeli lagi untuk tujuan permainan, bulan puasa pulak tu... hehe tengok aje la... Budak-budak ni tak puas hati kat aku, sebab sebelum puasa tak mahu ajar tajuk ni, ni tengah puasa pula ajar tajuk ni... haha, biar je aku kan suka main-main kat budak-budak ni! Haha...
11.45 pagi, akhirnya tamat juga pemerhatian oleh pensyarah aku untuk subjek BI ni... waa lega rasanya, tak tau nak cakap. Hj. Wan suruh aku tunggu jam 12.45 untuk tujuan pemarkahan dan kritikan yang akan beliau berikan nanti, sebab sekarang dia perlu meng"observe" rakanku yang lagi sorang tu... Ok, takpe... aku layan internet la dulu... Memang baik betul la Hj. Wan ni, anak-anak murid aku pun suka kat beliau, sebab dia pandai ambil hati mereka ni. Aku pun nak ikut cara beliau la...
12.45 tengah hari, aku dan rakanku ni duk mengadap pensyarah BI aku ni. Selepas beliau memberi markah dan menulis komennya kat buku LP aku ni, maka bermula la kata-kata nasihat dan komen-komen beliau sepanjang pemerhatiannya tadi. Ye la, betul apa yang dikatakan oleh beliau tu, sememangnya aku mengajar tadi memang langsung tak ada keyakinan... lepas tu plan pengajaran yang aku buat pun tak ikut sangat... Aku diam dan angguk je, lepas tu beliau suruh aku cuba kuatkan lagi suara aku tu... waa, yang ni memang masalah aku ni, tapi menurut rakan pelatih aku, dia bagitau Hj. Wan bahawa suara aku dah bertambah kuat dah, sehingga boleh dengar dari luar kelas, berbanding sebelum ini... Huhu... ada juga rakan aku yang menyokong aku ni... Selain itu Hj. Wan turut memuji cara pemgajaranku yang mampu menarik minat pelajar dengan pelbagai contoh "adjectives" dan ABM yang agak menarik. Hehe... kalau beliau cakap ABM aku teruk, memang kecewa sungguh aku, sebab aku rasa dah buat yang betul-betul dah ni... Apa-apa pun aku ucap terima kasih di atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Hj. Wan, aku memang gembira menjadi pelajar beliau. Segala nasihat dan teguran yang diberikan oleh beliau akan aku ikut dan cuba perbaiki... biasalah budak-budak baru belajar ni banyak benda yang tak sempurna, nama pun manusia kan...
1.00 tengah hari, aku bergegas ke stesen bas, kak Lah baru telefon aku mengatakan bas pukul 1 hampir-hampir bertolak, cepat-cepat rakanku menghantar aku ke stesen bas... kalau terlewat naik bas ekspres ni, lambatla aku sampai ke Mache nanti. Alhamdulillah, nasib baik tu masih belum meninggalkan stesen bas lama tu, kalau tak kena tunggu bas jam 2.30 pulak. Naik atas bas, borak-borak sekejap ngan kawan aku, lepas tu emmm aku pun terus terlelap hingga sampai ke Mache... fuh punya la penat. Yahoo, sampai juga aku kat rumah aku ni... sampai-sampai je tengok mak aku tengah masak... hehe, bes a. Masuk je bilik, aku sambung tidur lagi... memang penat sungguh ni, ye la tak penat apa, dah tak cukup tidur seminggu... Aku bangun pun dah pukul 6.00 petang, siap-siap untuk berbuka puasa pula. Lepas Maghrib aku tertidur lagi... Memang la aku tak cukup tidur...
0 comments:
Post a Comment