Tuesday, September 2, 2008

1 Ramadhan di Gua

Akhirnya 1 Ramadhan berlalu jua, sedih jg bila memikirkan pemergiannya begitu sahaja, harapanku agar ianya pergi dengan meninggalkan sedikit tempias keberkatannya kepada diriku yang kerdil ini...

Kembali kepada tajuk " 1 Ramadhan di Gua", ianya menceritakan suasana, situasi dan keadaan bulan puasa pertama aku di gua dan juga pertama kali sebagai guru pelatih di sini. Pada bulan Ramadhan kali ini aku cuba untuk memperingati semua ahli keluargaku, kawan-kawanku dan anak-anak muridku betapa pentingnya bangun untuk bersahur ni... selain daripada amalan-amalan lain di bulan yang mulia ini.

Seronok juga bersahur pertama kali di gua ni, berselera jg makan nasi di waktu dinihari ni... yela hari pertama, bersemangatla untuk bersahur, tapi kalau aku duk kat Mache pun mesti mak aku kejut bangun sahur juga, jadi sudah menjadi kebiasaan aku bersahur semenjak dari aku kecil lagi sampai ke hari ini...



Pagi ini sampai kat sekolah, kami berhimpun di tapak perhimpunan sambil melagukan Al-Asma Al-Husna bersama semua murid-murid dari pra-sekolah sehingga darjah 6..., terasa suasana pagi yang damai disertakan pula dengan kalimah-kalimah suci daripada anak-anak yang masih bersih ini... Aktiviti sebegini akan dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini, manakala pada waktu rehat pula diadakan tadarus al-Quran dan sebelum balik, seorang ustaz akan membacakan bacaan doa penutup... Alhamdulillah. Sesungguhnya suasana begini amat molek dilakukan lebih-lebih lagi di bulan yang penuh barakah ini dan anak-anak ini sememangnya patut didedahkan sedari awal lagi dengan suasana sebegini...



Pada sebelah petangnya, kami mengambil keputusan memasak sendiri untuk berbuka puasa... malas pula nak keluar untuk ke pasar Ramadhan, dan semestinya pakar memasak kami, bb yang menjadi ketua chef pada petang 1 Ramadhan ni. Aku macam biasa a, menjadi pembantu chef, tu pun jadi tukang buat air je lepas tu duk jeling jauh-jauh... hehe aku tak reti memasak le, kalau makan tu beres je. Cuba korang tengok masakan 1 Ramadhan kami ini, ayam pedas dan sayur goreng... sedap kan??? Mesti la sedap, kalau cakap tak sedap tak pasal-pasal aku takleh menyibuk buka puasa sekali...

piz: Adoila... utk berbuka puasa petang ni, 2 Ramadhan dorang pakse aku masak, habis le... aku tak mau la, dorang ni saje nak kenakan aku ni, kalo terpaksa jg aku buat megi rendam je... haha br dorang serik nak pakse aku... Teruk a mu piz, bulan Ramadhan ni wei, insaflah skit!!



1 comments:

maria said...

okey la tue kwane...bilo lagi bdk2 rumoh kwane nk sahur dgn maggi.....duk dumah mano bleh make maggi.