Alhamdulillah, perjuangan semua pelajar tahun 6 akhirnya tamat jua apabila Peperiksaan UPSR yang diadakan semenjak tiga hari lalu berakhir pada hari ini... Melihat wajah-wajah mereka yang pada hari pertama peperiksaan menunjukkan wajah yang penuh keinginan untuk menjawab kertas-kertas soalan peperiksaan, muka yang serius, muka yang tegang dan sebagainya... namun pada hari ini wajah mereka bertukar kepada satu wajah yang penuh kepuasan, kegembiraan dan bagaikan baru mendapat satu rahmat kemerdekaan apabila peperiksaan ini menuju penamatnya pada tengah hari tadi.
Begitu juga dengan ibubapa dan guru-guru turut menunjukkan wajah kegembiraan dan kelegaan apabila anak-anak dan pelajar-pelajar mereka ini berjaya menamatkan tempoh tiga hari peperiksaan tersebut. Bahkan ada antara mereka ini menunjukkan keprihatinan mereka kepada anak-anaknya apabila sedari hari pertama sehingga tamat pada hari ketiga ini, mereka sanggup menunggu anak-anak mereka dengan penuh sabar dan tetap memberi dorongan dan nasihat kepada mereka pada setiap masa. Begitu juga dengan guru-guru yang tidak jemu membuat sesi penerangan dan kelas tambahan yang baru setiap kali selepas peperiksaan tamat selama tiga hari tersebut.
Maka tahniah saya ucapkan kepada semua calon-calon yang menduduki peperiksaan UPSR, juga tidak lupa sekalung penghargaan ditujukan kepada semua ibubapa yang tidak jemu-jemu menjadi penunggu setia di luar sana dan akhirnya kepada semua guru yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada semua pelajar sehingga ke saat akhir...
piz: "Man jadda wa jada - Sesiapa berusaha dia yang akan berjaya..." InsyaAllah.
Thursday, September 11, 2008
Corat-coret UPSR
Paparan suasana pada hari-hari peperiksaan UPSR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
cikgu, nak buat macam mana shoutmix tu??? banyak kali dah saya cuba tapi tak jadi....
Post a Comment