Best juga cuti-cuti nih, kali ni aku cuti 4 hari, kalau ada budak Cina kat sekolah aku boleh dapat cuti seminggu, tapi kat Tegelam ni semua budak-budak Iban, jadi kami cuti sampai hari Selasa je. Selepas aku duk kat serian rumah Nisa' semalaman, hari Sabtu adik aku Milin pulak datang ambik aku kat Serian nih, dia cakap nak bawa aku jalan-jalan ngan Ina (adik ipar) dan kawan Ina, Ha. Aku ape lagi, ikut je la.
Sampai kat Kuching, aku ikut jalan-jalan sekejap, lepas tu aku ikut Ha gi duduk umah sepupu dia yang duduk kat Satok. Sebaik je aku jumpa sepupu Ha ni, Kak Ida, rupa-rupanya kak ida ni senior aku masa aku sekolah kat Pulai Chondong dulu, waaa gumbiranya aku dapat kenal-kenal ngan kak ida nih. Jadi aku ngan Ha ikut kak ida melepak kat umah dia. Milin ngan Ina pulak duk kat hotel di sini. Housemate kak ida, zu pulak orang Pahang, pon kenal juga, sebab dia satu kelas kat UM ngan Azizah, classmate aku kat sekolah dulu... Best la semuanya kira ada kait mengait antara satu sama lain la. Kak ida ngan zu ni ustazah jqaf, dorang dah 5 tahun duk mengaja kat Kuching nih. Dorang ni seronok je mengajar kat sini.
Malam tu, kami berenam gi makan kat Satok nih, Ha pulak belanja kami makan nasi kerabu ngan nasi dagang... Aku yang dah lama tak makan nasi kerabu ada budu pulak tu, makan dengan beselera, walaupun tak setanding ngan nasi kerabu kat Mache... Si Nisa' plak marah pulak kat aku sebab alang-alang dah duk kat Sarawak ni bukan nak makan masakan Sarawak, gi makan juga masakan Kelantan! Hehehe, nak buat macam mana, aku dah terasa sangat nak makan masakan klate nih, biar le orang Saraawak yang masak pun, asal dapat makan. Tapi betul juga cakap Nisa' nih, takpe banyak lagi masa aku kat sini, nanti aku rasa la semua masakan kat Sarawak nih.
Hari Ahad pulak, kak ida membawa kami jalan-jalan ke Serikin pulak, pagi-pagi kami dah keluar, sebab kalau keluar lewat nanti ramai sangat orang, takpun panas sangat, tak bes la jalan-jalan. Kat sini memang orang selalu je ramai, barang-barang kat sini murah le juga, terutama pakaian dan tikar-tikar Sarawak nih. Milin ngan Ina ni memborong sakan, maklum la duk berumah tangga ni kena la lengkap sikit, aku ni takpe la, cukup je ape yang ada. Tapi yang bestnye aku ambik je barang2 yg aku rasa perlu, aku suruh je milin yg bayar... kwang2, kakak yang bijak!!
Tapi yang aku tak sangka-sangka sangat boleh pulak aku terjumpa ngan classmate aku masa sekolah dulu, hampir berbelas tahun aku tak jumpa, alih-alih bulih pulak jumpa kat sini... macam tak percaya pulak. Ilham ni rupanya dah duk kat Samarahan ni dlm 3, 4 tahun la. Lepas tu pulak, suami dia pulak lagi la aku tak sangka, rupa-rupanya guru besar ore kelate kat sekolah seberang sekolah aku tu, Lubuk Punggur tu rupa2nya suami Ilham ni je... selama ni dekat je aku ngan Ilham nih. Tu la ustaz ngan Ilham terus je ajak aku gi jalan umah die tiap-tiap minggu pon takpe... huhuhu terharu sungguh aku, dahle dapat jumpa saing lama... Jadi, sejak hari tu, aku memang rasa gembira la, memang ramai rupanya saing2 lama aku kat sini, cuma jumpa ngan tak jumpa je lagi. Jadi selepas nih, hari minggu aku tak sunyi dah le, sbb aku dah ada tempat dah nak tuju. Semua bahagian kat Sarawak nih, boleh dikatakan semuanya ada kawan-kaawan aku, nanti senang le aku nak pergi melepak nanti...
Aku, milin, Ina ngan Ha duk melepak sambil berkelah kat taman di Serian nih, selepas ambik aku. Ina masak bihun goreng, sandwich, keropok, dadih ngan buah. Rasa seronok dapat jumpa ngan Milin nih, rasa macam duk kat mache jah. Milin duk eksen ngan kereta baru dia, hampes. Takpe, lepas ni aku nak eksen ngan bot laju aku plak, hahhaha, senang aku nk seberang sungai kat Tegelam nanti, baru le ganas!
Best juga jalan2 masa cuti nih, lagi plak dapat jumpa ngan kawan-kawan lama. Saing2 yang baru kenal pon semua ok, mudah kkiro semo, macam kak ida ngan zu tu, aku baru je kenal sehari dah macam saing lama plak. Apepun, pagi nih aku dah duk kat Tegelam dah ni, minggu ni aku tak keluar kut, nak kemas rumah ngan Lis, nak menukang bilik aku tu, buat almari baju ke, katil ke, aku kan belajar kemahiran hidup, senang je nak buat, baru le ganah!.
0 comments:
Post a Comment