Ni salah satu pengalaman pertama aku berjalan dalam lumpur yang tebal nih... emmm bes gak, mai sini a kalau nak cuba rasa...
Monday, January 26, 2009
Keluar dari Tegelam
Ni hari Jumaat lepas, masa nak keluar dari Tegelam ke seberang sungai... nak keluar dari sini pun mencabar sungguh... tak payah pergi spa ke mana ke, kalo nak berendam dlm lumpur nih mari je kt Tegelam nih... semua percuma, tak payah byr sen pon. Masa nak naik perahu nih, air pulak sedang surut, jadi kami terpaksa berjalan dalam lumpur separas lutut sebelum sampai ke perahu tu... Jadi moralnye kalau dari Tegelam nih, nak keluar je tak payah pakai baju lawa2 pakai je baju yg kat dlm bakul yg masih belum dicuci tu, jimat sikit... Tengok la kami ni, mcm pakai stokin pulak... nasib le... dlm keadaan mcm ni pon masih sempat bergumbira, terpaksa le nk menyenangkan hati, tp bes, pengalaman ni, kalau duk kt mache ni mana nak jumpe...
Tiba kat seberang, lagi sekali kami terpaksa berjalan atas lumpur juga, lagi mencabar kami terpaksa panjat tebing sungai ni untuk sampai ke atas, kena panjat 2,3 buah perahu dulu bau panjat tebing. Masa ni la kami tolong menolong antara satu sama lain, yg kecik menolong yg besar, yg yg rasa die kuat menolong yg lemah, nasib baik aku ni duk dalam kategori kuat dan ganazzz... Bila dah sampai kat atas tu, semua pakat cari lopak air nak basuh kaki je, pakaian aku habis bersalut lumpur sampai ke tudung, aaah lantak le, asal selamat... Ni pertama kali aku sampai ke seberang nih, kat sini dipanggil Lubuk Punggur... Nisa', kakak, gb ngan Lincoln letak kereta dan motor masing-masing kat sini la, senang nak pulang setiap hujung minggu. Dorang terpaksa bina garaj sendiri kat sini. Aku, uya, lis ngan shirley tumpang kereta nisa' sbb kitorang nk g melepak umah nisa' kat serian nanti.
Yang sadis plak, buka je garaj kereta Nisa' nih, tgk tayar kereta dia dh kempis... terpaksalah menukar tayar kereta dulu. Nasib baik Nisa' dah memang pakar dgn situasi nih, si Lincoln pun ada, dia a jd penolong Nisa' tu... Dah selesai semua, baru la kami betolak keluar dari Lubuk Punggur nih... Jalan dari sini nak keluar ke jalan utama dalam 30 minit juga la, jalan pulak separuh siap, masih bertanah putih lagi, jadi bak kata Nisa' tak payah le bawa kereta elok2, bawa je kereta lama2, takpon bawa lori je, baru sedap nak merempit!
Bila sampai ke jalan besar, baru la rasa lega sikit, kami singgah kat pasar pagi, minum air nyior, tebu sambil tunggu mak Shirley dr Kuching mai ambik, duk le ,melepak sini dulu. Murah2 je sayur-sayuran kat sini, aku tengok Nisa' memborong banyak betul sayur. Kawasan ni ramai melayu Islam, jadi nampak le sikit suasana melayu Islam kat sini, biasa nampak Iban je... Kerepek2 pun banyak jg, aku borong juga bawa gi umah Nisa' nanti, nak beli buah2, takde la plak, beli je la ape yg ada. Malu betul kami kat makcik2, pakcik2 kat sini, semua tengok je kepelikan kami ni, rupa2 nya dorang tertanya-tanya kenapa pakaian kami bersalut ngan lumpur2 nih, terutama aku le, patut la... Dah nak buat macam mana, terpaksala kami bercerita yg kami ni dari Tegelam... jadi biasa memang mcm ni la, mujur le dorang faham...
Bila mak Shirley datang je, kami meneruskan perjalanan kami ke Serian pulak... dalam sejam kami sampai kat umah Nisa'. Serian ni kawasan dia berbukit bukau, bergunung ganang sikit, jadi sentiasa menerima hujan kat sini... Siaran televisyen pun sukar nak dapat, sbb terhalang oleh gunung2 ni la, jadi ramai le yg pakai astro, kalau tak dapat siaran tv1, tv2 ngan tv3 je la. Ok lagi siaran tv kat Tegelam nun, maklumlah kat tepi sungai, mana nak ada gunung ganang ni, lagi pun kat simunjan ada pemancar tv kat situ, jd kalau tak pakai astro pon siaran tv biasa ok je. Duk umah Nisa', kami dijamu makan nasi tgh hari, kaki aku pulak dah gatal2 sebab berendam dalam lumpur td, tapi takpe... kejap lagi kami nak pergi ke air terjun Ranchan, nak membersih diri kat sana... waaa tak sabar la pulak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment