Ha, ni la dia gambaran waktu sore di Tegelam ni... menyamankan sugguh... tak payah pergi jauh2, turun tangga umah aku je dah nampak sungai nih...
Ni lampu kt dlm rumah dah menyala ni, maksudnya dh nak malam dah ni... aku je masih duk berjalan kat luar lagi, boleh plak pegi kt jeti tepi umah aku tu, sbb si uya panggil aku suh gi tangkap gambar waktu senja...
Murid2 pon bagus2 dan rajin2 jg... dorang le yg selalu membasuh kelas, ye la dah banjir, lumpur pon banyak la, jd hr ni dorang bersemangat la membasuh kelas, kaki lima kelas, tmpt pejalan kaki yg mcm titi nih, ngan bilik perpustakaan, banyak sangat lumpur. Tu cg Lincoln ngan cg Syah duk bemain ngan budak2 nih, sblm tu budak2 ni ajak aku bermain kejar2, hehe nak jg aku join, tp biarle dulu, esk2 blh lg... Ha tu tgk ikan tu, besar dalam 2 kg lbh, abe iban ni jual dlm RM65, murah ke tak? ah x kisah le, yg pasti stok lauk untk mingg ni ada... td pon boss dtg jual udang, kami ambil je, esk housemate aku, nisa' dh menawarkan diri nk masak udang ni, aku tesengih je... masak le ape2 pon janji dpt make! Lupa, td makan tgh hr, roomate aku lis masak sambal bilis ngan ikan singgang... sedap, tp kalo ada budu make ngan ike singge nilagi la nyakut!
Ada perubahan tak? Adala tu sikit2... ni tugas aku ngan Al untuk mencantikkan papan kenyataan, aku tukang tampal selotep ngan gunting mengguting je... tengok tu rajin betul cikgu2 ni bekerja, nisa', al, uya, lis dan shirley... sampai ke malam tu... aku awal2 dh kelik, cg malas biasa a...
Hari ini minggu 3K - kebersihan, keceriaan dan kecantikan... semua guru, murid2 diwajibkan ke sekolah untuk membersih dan mencantikkan sekolah. Ni suasana bilik guru sebelum diceriakan... walaupun sekolah kami amat2 berbeza berganda2 dr sekolah kat semenanjung nun... tapi 3K ni perlu diwujudkan di sekolah.
Beginilah keadaan sekolah di hulu sungai... bangunan dapur untuk memasak makanan RMT murid2 sekolah dan juga tandas yg sederhana... walaupun begitu siaran astro, internet, line telefon semua ok, elektrik pula menggunakan generator yg mampu menjana kuasa elektrik 24 jam sehari berbanding sebelum ini hanya 12 jam sehari sahaja itupun di kawasan sekolah, di sekitar rumah panjang masih 12 jam sehari.
Petang di sekolah... padang sekolah pun sudah lengang, kalau tak ade je budak-budak dan orang kampung yg datang main. Tapi bilik guru pula yg masih cerah... guru2 kt sini kebanyakannya semuanya rajin2 belaka, kecuali cikgu piz!
Perhimpunan mingguan hari Isnin, walaupun bilangan murid hanya 19 orang dengan bilangan guru 12 orang, tapi suasana persekolahan tetap seperti biasa. Loceng sekolah secara manual masih lagi digunakan.
Ni merupakan minggu ketiga aku di Tegelam, Simunjan nih... kira sedikit sebanyak aku dah dpt menerima ketentuan aku yang dihantar ke sini... bila tengok wajah anak2 kecil ini yang nampak bersungguh untuk menimba ilmu ni, bertambahla semangat kami para guru baru di sini... kat sekolah aku ni seramai 6 org guru yg baru dipostingkan ke sini, cg lama hanya 3 org shj, guru bsr pon baru juga... yg semenanjung ada 4 org (slangor, pahang, ganu, klate), sabah sorang dan 7org lg srwk. Betul ke mu ni piz??
0 comments:
Post a Comment