Tuesday, January 27, 2009

Indah dan Nyaman

Indah dan menyamankan sugguh air terjun Ranchan kat Serian nih, sapa2 yg pergi kat sini pasti akan berpuas hati la...

Sambungan cerita keluar dari Tenggelam, kan aku dah cerita yg kami semua kena mengharungi lumpur separas lutut sebagaimana cerita aku kat bawah tu... Bila sampai je kat umah Nisa', selepas berehat, lebih kurang jam 3 petang, aku, Nisa', Lis ngan Uya meneruskan agenda kami hari tu dengan menuju ke air terjun Ranchan yang hanya mengambil masa 4 minit sahaja dari rumah Nisa'. Sampai kat sana, kami sungguh gembira la, Nisa' bawa kami jalan2 menghidup udara nyaman dan melihat keindahan hutan dan air terjun terlebih dahulu sebelum terjun ke dalam air...

Waa, aku memang teruja betul melihat keindahan air terjun nih, setelah 3 minggu aku dikelilingi oleh air sungai yang berwarna kekuningan di Simunjan, kali ni aku dibawa melihat air terjun yang jernih dan begitu sejuk sekali...

Kami juga merasa sangat bertuah pada petang ini kerana tidak ramai pengunjung yang datang ke sini, jadi apa lagi kami bermain air sepuas-puasnya dari jam 3 petang sampai ke 5.30 petang... best sangat... korang tengok la sendiri betapa indah dan nyaman sekali air terjun ni...

Sebelum tu, agenda kami untuk ke air terjun pada petang jumaat tu, hampir-hampir berkecai, apabila hujan turun dengan tiba-tiba... Saat itu aku merasa kecewa juga, sbb aku betul2 sudah teruja untuk mandi air terjun nih, lebih2 lagi kaki aku dah terasa betul2 gatal akibat berjalan dalam lumpur kat tegelam... Namun, aku bersyukur sangat, sebab hujan berhenti jua akhirnya, dan tanpa berlengah-lengah kami terus memecut ke air terjun Ranchan nih...

Saat-saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua, bila Nisa' membawa kami ke kolam air terjun yang paling best... menurut Nisa', kebiasaannya kolam ni sentiasa dipenuhi dengan pengunjung, tetapi pada petang tersebut, langsung takde pengunjung, jadi kami berempat bermaharajalela la kat kolam nih... seronok sungguh! Yang best nye, bila kita masukkan je kaki ke dalam air nih, ikan-ikan yang berwarna kehitam-hitaman nih, terus menghurung kaki-kaki kami nih untuk memakan sel-sel mati, percuma je, tak perlu bayar... Selepas setengah jam bermain ngan ikan-ikan nih, kami apa lagi terus le menerjunkan diri ke dalam air yag sungguh mendinginkan betul... aku mula-mula ok lagi, tapi lama-lama tak tahan wei, rasa macam duk kat dalam peti ais, badan dah terketar-ketar... yang kebal si Nisa' ngan Lis, kalis betul... si Uya awal2 lagi dah naik, tak tahan sejuk. Dalam pukul 5 lebih kami semua bersiap untuk pulang, bila tengok semakin ramai pulak pengunjung datang... jadi kami mengambil kesempatan untuk pulang la, tapi Nisa' ngan Lis tu macam tak mau balik pulak, seronok sangat duk dalam air tu... wish tak tahan aku...


post signatureMemang tak merugikan langsung aku pergi ke Serian nih, yg pasti air terjun Ranchan memang best. Lain kali aku pasti datang lagi kat sini. Kami pon dah merancang nak buat hari keluarga Tegelam kat sini nanti, lagi pun kat sini semua kemudahan ada... sememangnya duduk kat sini mendamaikan sungguh, aku betul2 seronok!!

1 comments:

Unknown said...

suka tengok gambar2 tu. saya pun baru je ke sana...