Apa aku duk mengarut nih, aku sebenarnya nak cerita pasal kelas malam le, ape a. Malam ni bermula kelas malam dari jam 7 malam sehingga 8.30 malam. Semua murid dari tahun 1 sehingga tahun 6 diwajibkan menghadiri kelas malam nih. Malam ni aku, Nisa ngan Joshua kena jaga budak-budak ni, tolong tengokkan apa yang patut. Tujuan kelas malam ni diadakan untuk memudahkan budak-budak ni buat kerja sekolah. Disebabkan elektrik kat rumah panjang hanya 12 jam sehari pada waktu siang hari sahaja, maka sewajarnya kelas malam ni diadakan. Lagipun kat kawasan sekolah sahaja elektrik ada 24 jam. Harap-harap generator ni terus baik je, kalau tidak bergelap le kami nanti.Tengokla budak-budak tahun 1, 2, 3 dan 4 nih, tekun betul menyiapkan kerja sekolah. Sampai ke lantai kelas siap meniarap lagi, tengok Frisylla ni sampai meniarap kat lantai tu. Tu si Pillus ngan Justin tu duk bersila kat lantai tu duk belajar ke duk main tu... macam-macam telatah budak-budak ni.
Dalam pukul 8 malam, budak-budak ni dah mula bising-bising dah, ada yang duk bergaduh lagi, rupa-rupanya dorang dah habis wak keje sekolah. Aku pun apa lagi, suruh dorang ni kemas semua buku-buku, lepas tu boleh balik ke rumah panjang. Sepatutnya tamat jam 8.30 malam, tetapi kerana cikgu piz yang termalas sokmo ni, jadi aku suruh dorang balik awal, lagi pun budak-budak tak boleh tidur lewat-lewat sangat, esok pagi nak gi sekolah lagi. Lagi pun bila aku tanya Al, dia kata boleh je, aku pun lagi la cepat-cepat mengunci pintu kelas suruh dorang balik.Ini la suasana malam kat sekolah, syukurlah ada lampu jalan ngan lampu koridor kelas, boleh la budak-budak ngan orang kampung kat sini menggunakan kemudahan ni. Bila agaknya orang-orang kat pedalaman macam ni nak merasa suasana dan kemudahan asas yang memang menjadi satu keperluan, sekurang-kurangnya dapat merasa air bersih dan elektrik 24 jam pun dah kira ok dah.
Habis je shif aku, cepat-cepat je aku balik rumah, sambung makan nasi, tadi tak sempat. Beginilah situasi murid-murid sekolah di pedalaman hulu sungai ni... amat berbeza sekali suasana di kawasan luar bandar apatah lagi di bandar-bandar nun... Biarla, InsyaAllah kami cikgu-cikgu yang dihantar ke kawasan pedalaman begini akan berusaha menerima tanggungjawab yang diberikan untuk mendidik anak bangsa... (pssstt... tapi kalau ada peluang kelik Mache, aku ok je... hehe!)



5 comments:
Wah, jauhnya ngajo.
Semoga pejuangan anda dirahmati Allah. :)
gud luck kwane!!!
InsyaAllah eriyza...
timokash...
insyaAllah che'... che' doa la biar kwane slmt sokmo, segar molek deh...
ingt lg che' dih, kwane pon x seko gini che' wei, nk buat guano mugo pelik sokmo doh set2kito nih!
che' pon loni sejak jd mama ni makin jd puang dh, ayu dh loni! haa3!
kak ne guano dio, slmt dh ko jd ore nogori, lamo x dgr crito dio dih. kokya pon srupo che' dh loni, membz blako..
gapo2 kim slm semo tu, byk kenange kito nih...
assalamualaikum, syabas la cikgu piz kerana tidak mengeluh , sekalonya mek baca rungutan dan keluhan kalu kena gi belah hulu,kalu dah jadi guru, ini t.jawab kita tak kira berada di mana, Allah pasti sebaik-baik pemberi ganjaran, yang penting,buat apapun kerana Allah, pasti akan menjadi mudah,insyaallah.
Post a Comment