Ini dia... tepatlah yang dikatakan oleh encik ppdk tu, rupa-rupanya banyak betul jaket ni tersimpan kat stor sekolah ni... Aku pernah juga berniat nak beli sendiri untuk kegunaan aku bila keluar dari Tegelam nih, tapi dah semamangnya ada... sehinggakan adik aku pernah cakap kalau takde jaket tu kat sekolah, dia nak belikan dan poskan kat aku, keluarga aku ni runsing dengan keselamatan aku nih... ye a, aku pun. Bila nak keluar ke pekan Simunjan hari jumaat lepas, kami sepakat untuk memakai jaket nih, untuk keselamatan bersama juga, malang tak berbau... lebih-lebih lagi aku ni yang tak lepas-lepas lagi nak berenang...Tu ha, cikgu Shah, cikgu Josh, Lis ngan Uya, bersemangat betul memakai jaket nih... Barulah duduk kat atas perahu tu rasa selamat sikit. Boss and the geng gelak-gelak je kat kami nih, dorang takpe a boleh eksen ngan kami sebab dah lama hidup kat tepi sungai nih, tapi aku risau juga tengok bebudak sekolah yang sering naik perahu nih, tapi tak pakai pun jaket nih. Dah nak buat macam mana... nanti lah kami nak suarakan hal ni kat sekolah nanti... kami pun dah berbincang sesama kami tentang hal ini.
Waa sempat lagi kami berempat bersantai kat atas perahu nih, siap makan-makan lagi, kalau nak basuh tangan pun senang je hulur je tangan dalam sungai tu... tapi AWAS!!! jangan amalkan masukkan tangan dalam sungai ye... kejap lagi mu tengok takde tangan tu... huhu, ini petua aku dapat dari geng cikgu-cikgu yang dapat sekolah kat p3 nun, eksen ngan aku dorang nih, ye a, dorang takyah naik perahu, tapi teruk juga kena melalui jalan balak, bukit, jalan kaki dan sebagainya... macam-macam la... Ha tu pulak perahu lain yang sempat memotong perahu kami nih, hampeh sungguh, tetiba je perahu ni potong kami, berlagak a pakai enjin laju tuh!! Ni plak pakcik Karim yang jadi dreba perahu kami pada hari tu... sporting betul pakcik Karim nih, setiap kali dia nampak croc mesti dia cepat-cepat panggil kami suruh tengok, pastu siap nak matikan enjin perahu lagi, supaya aku dapat ambik gambar si croc nih... waaa ape a pakcik nih, wak kecut perut aku je...
Bila aku tengok je dorang ni pakai "life jacket" ni teringat aku pesanan Encik Zainol pensyarah PJ aku yang mengetuai program BIG kami kat maktab dulu... dia sentiasa wajibkan kami memakai jaket nih, tak kira lama ke sekejap ke asalkan masuk je kat air, wajib pakai... bahkan semasa kami sedang berkhemah kat Tasik Kenyir dulu pernah dia menghalau sebuah rombongan sekolah supaya balik semula kerana tidak memakai jaket dan cikgu perempuan sekolah tersebut pulak memakai baju kurung untuk mendaki bukit. Mengamok lect aku tu... Rupa-rupanya segala ilmu yang encik Zainol ni berikan kepada kami ni amat berguna juga walaupun dia bekeng giler2 dan cakap pun aku kau je ngan kami nih!! Apa pun terima kasih Encik Zinol...



0 comments:
Post a Comment