Sunday, April 5, 2009

Syukur ya Allah...

Alhamdulillah... tak terkata rasanya aku bila melihat hujan yang begitu kami dambakan ini turun tanpa henti semenjak 4 pagi Sabtu kelmarin sehingga kini... Aku hanya mampu mengucap syukur yang tidak terhingga padaMu ya Allah kerana mendengar dan memperkenankan doa hambaMu yang begini kerdil ini...

Walaupun hujan yang turun tidak begitu lebat, namun turunnya nikmat Allah ini tanpa henti sehingga ke petang ini. Kelihatan tangki-tangki tadahan air hujan yang berwarna biru ini begitu bersedia menerima curahan hujan yang tidak putus-putus ini. Aku betul-betul teruja melihat panorama ini, begitu nikmatnya terasa bila air hujan yang kita betul-betul inginkan, akhirnya membasahi jua bumi Tegelam ini.

Bangun pagi selepas subuh, macam berada di alam mimpi pula rasanya, kerana aku mendengar curahan hujan di atas atap rumah aku... Sebetulnya ia adalah realiti apabila aku keluar ke tanah untuk melihat hujan yang turun ini. Lama aku di beranda rumah melihat titis-titis hujan yang turun dengan malu-malu ini. Teringin rasanya aku untuk berada di tengah-tengah titis hujan tersebut, namun memikirkan rasa dingin yang begitu terasa walaupun aku telah memakai sweater dan juga takut ternampak dengan pakcik Kisam yang biasanya selalu berada di pondok berhampiran titi, membantutkan niat aku tu...

Bila hujan dah turun dan memenuhi tangki-tangki air ini, maka air paip yang disalurkan ke dalam rumah juga sudah kembali berfungsi seperti biasa. Jadi aku mengambil kesempatan ini dengan membasuh pakaian aku yang dah membukit tu... penat juga tu.

Apa pun peristiwa hujan yang tidak turun berminggu-minggu sehingga menyebabkan kami hampir-hampir terputus bekalan air ini membuatkan aku betul-betul menginsafi diri. Sesungguhnya air hujan yang turun ini bukannya suatu perkara yang ingin menyusahkan kita, sebaliknya merupakan nikmat dan kebaikan kepada kita, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bumi ini. Biasa juga kalau hujan turun, kita akan merungut mengatakan "alamak habislah baju yang aku jemur...", "habisla jalan raya akan jadi licin, jalan bertanah akan jadi becak... menyusahkan betul...", mesti pakaian aku kotor lepas ni, dahla payung tak bawa... huhuhu"... dan pelbagai lagi rungutan kita apabila hujan turun.

Moga-moga selepas ini, kita tidak akan lagi merungut dan menunjukkan rasa tidak puas hati di atas nikmat hujan ini...

Sempena hujan yang turun ini juga, telah membawa satu perubahan baru dalam hidup aku... Hahaha, gelak kuat-kuat skit!!! Korang jangan tak percaya, aku berjaya memasak tu... Tengokla rupa masakan aku buat pertama kalinya ini. Masakan pertama aku udang galah masak merah dan ubi keledek goreng ala-ala mache... Jap, aku nak tergelak ni... kwang...kwang... Peristiwa aku memasak ni terjadi disebabkan roomate aku, Lis ni dia keluar ke Kuching, manakala housemate aku Nisa pulak memang setiap minggu dia kelik rumah dia kat Serian nun... Jadi, dah aku sensorang ni kena la masak, kalau tak kebulur pulak aku nih. Puteri ngan Al ada kat rumah sebelah nun, takkan nak suruh dorang masak kat aku plak.

Jadi hari pertama aku masak mudah je, sambal bilis ngan sayur air kentang. Chewah! Pastu hari ni, ada pakcik tu datang jual udang, jadi aku beli je letak dalam sinki. Duk fikir aku nak buat apa ngan udang ni, dahle Lis takde. Adusla... Dengan tersenyum-senyum, aku mintak Puteri tolong tunjukkan kat aku cara-cara menyiang udang nih. Apa lagi, sudah Puteri tunjukkan aku cara-caranya, akhirnya aku berjaya juga menyiang sekilogram udang nih. Pergh ganah piz... Hahaha... Dah siap tu, aku termenung lagi, apa aku nak buat ngan udang ni, dahle Puteri dah kelip-kelip mata kat aku, suh aku masak spesel sekali, sebab dia nak rasa aku masak pulak, dah masuk empat bulan aku kat sini Puteri cakap dia tak pernah rasa pun aku masak. adusla problem nih, aku baru je nak mintak Puteri je tolong masak udang nih. Fikir punya fikir, aaaahh aku hentam sajala. Aku bland je semua, bawang, lada kering nih dahtu aku campaksemua dalam kuali tu... buh gula, garam, sos, kicap semua, last skali campak udang tu... bila aku rasa dah lama aku angkat jela. Bila aku nampak dah ada rupa udang masak merah tu, kira jadi la.

Bila aku tengok Puteri dengan Al makan takde mengadu sakit perut ke, sakit kepala ke sakit kaki ke... kira masakan aku tu jadi la... Hahaha... Se lagi, ubi keledek goreng tu, aku tengok ubi tu dah berminggu-minggu kat dapur aku tu, jadi daripada rosak macam tu aku cuba la goreng. Nak buat tepung dia tu, aku mintak khidmat nasihat dari mi aku kat Mache... hehehe, mesti tergelak guling-guling famili aku kat mache tu bila aku kata aku nak masak! Huhuhu... Kira, jadi la tu masakan aku ni, kira cubaan pertama nih... ni Lis dah balik, aku serah semula la dapur kat dia...


post signatureItu la dia, betapa sesuatu benda yang ada di depan mata kita ni biasanya kita tak ambil peduli dan tak menghargainya... tetapi apabila benda tu tetiba hilang atau terus tidak muncul-muncul kita tercari-cari dan meminta-minta pulak... Itula perangai manusia yang sentiasa alpa kepada kebesaran dan nikmat Allah subhanahuwataala...

Apa pun, amaran dari aku: Awas!! Korang jangan gelak guling-guling, ni amaran keras dari aku!!!


4 comments:

maymot said...

kuang kuang kuang..

Terrr gelak la piz..kuang kuang kuang..

pepun,tahniah la...sedap nmpk udang galah tu piz...

piz said...

wei kak nih, x baco ko amaran ambo tu!! gere wei la...

tp ke kak, meme ambo pon gelak sore jg, mcm pelik jh ambo mmasok nih!!

se ambo ingt hok kak royak, kak dulu pon main campak jh! he3 tu sbb ambo pon main campak2 jg :D

maria said...

baguih la k.wane nie...pandai masak....terliur tgk udang tuh....ata la d shah alam skit....

piz said...

uk ah che' ni, sajo jh tu,paka capok jah, x reti la che' wei... tu pon terpakso, kalu x meme x mmasok doh. Xleh a lwn ketereran che' tu...

lamo wei x make masake che' nih, msti koho sedap mmasok nih!