Setelah hampir seminggu aku dirundum sedikit demam, sakit kepala dan nikmat selera makan ku berkurangan sehingga berat badan ku turun lagi... Lantas hari ini aku membuat keputusan untuk berpuasa sahaja, memandangkan selera makan aku langsung tak ada. Sarapan pagi pun hanya meminum seteguk air sahaja, manakala makan tengah hari langsung aku tidak jamah, aku hanya makan nasi selepas asar sahaja, kadang-kadang selepas isyak baru aku menjamah nasi ni. Pulang sahaja dari sekolah, pukul 1 tengah hari, aku terus merebahkan diri ke tilam dan terus terlelap sehingga ke petang. Sepanjang hari, aku hanya meminum air kosong dan air glukos sahaja, untuk memberi sedikit tenaga kepada ku. Entahla kenapa situasi yang jarang-jarang berlaku ni terjadi kepadaku. Walhal aku ni kalau makan, memang kegemaran aku la. Biasa pagi sarapan, pukul 10 makan, balik sekolah makan, petang makan dan malam pun aku makan lagi.
Hari ni waktu berbuka tadi pun aku hanya mampu membuat sedikit bubur nasi untuk mengalas perut ku ini, kan kalau tak makan kan menzalimi diri aku pulak. Lepas tu Puteri yang baru pulang dari Kuhing sempat memberikan aku air tebu dan burger, boleh la membuka sedikit selera ku ni, walaupun macam rasa terpaksa... Harap-harap selepas ni selera makan aku akan kembali seperti biasa.
Selain cuaca kat Tegelam ni pada waktu tengah hari sedikit panas, manakala pada waktu petang hujan lebat bersama ribut petir mungkin antara punca ketidaksihatan aku ni. Mungkin juga aku ni agak susah nak mendapat demam ke selsema ke sakit ke juga antara sebab aku mendapat demam ni. Yang aku ingat kali terakhir aku demam ni semasa minggu pertama aku sampai ke Tegelam ni, terus aku mendapat demam terkejut. Jadi mungkin juga keadaan emosi aku kurang stabil menjadi punca ini... Emmm bila aku fikir-fikirkan, betul juga, sebab dalam seminggu ni banyak juga aku duk berfikir... antara yang menyebabkan aku teramatla sakit kepala ni bila aku fikirkan mengenai kerenah kawan-kawan aku kat Tegelam ni... Entahla, bermacam-macam feel dorang ni menyebabkan aku sentiasa bersoal jawab ngan diri aku nih... Apa pun, aku hanya mampu berserah padaNya, moga-moga Allah swt mengampunkan dosa kita semua dan memberi kesedaran kepada sahabat-sahabat ku ini... "Ya Allah ya tuhanku bukakanlah hati hamba-hambaMu ini untuk melihat sinar kebenaran yang sedikit terlindung ini..."
.jpg)
Banyak lagi kami kena siapkan mural ni. Yela, tempoh akhir kena siapkan mural ni hari Isnin nih. Takpe, minggu ni aku tak keluar, jadi aku nak habiskan masa aku ni dengan buat benda-benda ni la. Soalan ujian ngan periksa pertengahan tahun pun aku tak siap lagi ni. Emmm ok la tu, boleh la aku buat benda-benda ni. Lagi pun aku dah sihat dah ni.
Ini la cerita aku seminggu ni... Macam-macam mu piz, dugaan, ujian sikit pun dah tak tahan... Orang lain nun lagi la susah la, seksa lagi, mu ni sikit je ni... Tengok bee, limbang nun, dorang ok je dah bertahun-tahun duk sini, xde la geger macam mu ni, baru 4 bulan dah nak balik... ape a... Ye la, aku cuba bertahan la nih, tengok la, online tukar pun aku tak isi tau tak! (padahal gb aku tak bagi isi lagi... huhuhu)
0 comments:
Post a Comment