Habis budak-budak darjah 3, 4 ngan 6 kena amukan aku nih!
"Main a banyak-banyak lagi. Cuba dengar kata cikgu sekali takleh ke? Masa main,, main la tapi masa belajar tu tolong la belajar betul-betul. Cikgu dari awal lagi dah bagitau tak suka nak marah-marah, bagi denda, bagi hukuman ke... tapi bila dah cikgu cakap gitu tu belajarla betul-betul. Ni tengok ni, ujian kamu nih, semua gagal!!! Kamu ni datang belajar ke datang main nih??? Soalan ni cikgu dah soal dalam kelas. Soalan sama juga, tapi masih tak boleh jawab juga!! Kamu ni dah la nak pereksa UPSR tapi masih juga nak main-main... nih tak boleh jawab ujian nih kamu ingat kat ape a? ingat kat gewe ke? Bla... bla... Ni yang cikgu tak nak marah kamu, bila cikgu marah sekali memang teruk la kamu nih. Kamu suka ke cikgu marah nih? Kamu ingat cikgu pun suka ke marah-marah nih? Kamu ingat selama ni cikgu buat baik, main-main ngan kamu nih, cikgu tak bekeng la ye?? Ha ape? bekeng pon tak tau ke? Lain kali kalo tak tau tanya, ni tak tau senyap. Bila cikgu tanya "understand?" semua nye "yes!!". Ha bila cikgu wat ujian, ha macam ni la jadinya. Bila suh antar latihan, nak buat kelas tambahan, banyak pulak alasan kamu ye. Banyak kerja lain la, nak pergi huma la, macam-macam la... yang betul tu betul juga, tapi yang cikgu tengok duk main, berlari kat titi, duk kat tepi jeti tu duk buat ape? Kamu ni dah darjah 6 tau tak? Ni berapa hari lagi nak pereksa ni? OOo 151 hari lagi... kiranya bila sebut one hundred and fifty one days ni kira lama lagi la... gitu eh!
Kalau kamu ni tak kesian kat diri kamu ni cuba kamu kesiankan kat mak ayah kamu, cikgu kamu ni, kami nak sangat tengok kamu berjaya macam dorang kat luar sana. Cuba kamu tunjukkan yang kamu juga mampu berjaya, biar orang cakap ape pun kat kita ni, hakikatnye kita juga mampu berjaya. Kamu bukan tak pandai, tapi kamu malas! Tau MALAS... cuba hari-hari kamu buat latihan, homework, kalau tak faham terus datang tanya cikgu. Selalu cakap kat diri kamu nih, kamu boleh... boleh... mesti boleh nye!! Kamu ingat cikgu gembira sangat ke kalau tanda kertas ujian kamu tu asyik kena pangkah je, kamu suka eh? Kamu boleh buat, bukan kamu takleh buat... Cikgu tau, cikgu ni tak sama ngan cikgu-cikgu kamu sebelum nih, nak cakap iban pun cikgu tak pandai sangat, setakat nuan, makai, genali tu cikgu tau la... belajar sikit-sikit... Cuma cikgu nak kamu lepas ni, jangan nak banyak main!! Cikgu takde dah nak sporting ngan kamu nih. Mula hari ni, kalau kamu sengaja je wat salah, ha tau la... Ni cikgu tak main-main dah, kali nih cikgu buat betul-betul! Dah. Gi buat exercises yang cikgu bagi semalam sampai siap, kalau tak siap... bukan sekeh main-main dah, kali ni cikgu cakap, cikgu buat!! ... Bla... bla..."
Dahla kelmarin, dorang ni serang aku berkenaan isu orang bukan Islam tu baca ayat quran... tanya pendapat aku la kononnya... Masa tu aku tak tengok berita, dorang ni yang tengok... Nak je aku cakap yang Saiyidina Umar al-Khattab masuk Islam pun lepas dengar adik dia mengaji quran... pastu ramai lagi la yang terbuka hati nak masuk Islam ni disebabkan kitab suci al-quran nih... Saing aku yang jadi cg jqaf kat Kuching pun cakap, budak yang mendapat markah tertinggi dalam bahasa arab budak iban yang kristian tu je, kalah yang kononnya melayu Islam nih. Masa aku sekolah rendah dulu pun, kawan-kawan aku yang India ni suka sangat ikut baca doa, aminkan doa, tulis jawi... Kalau orang bukan Islam bagi salam "Assalamualaikum, cara kita jawab "waalaikummusam"... Jangan jawab macam biasa kita jawab sesama kita... Jadi tak boleh ke? Kenapa yang menjadi isu sangat nih?? Marah lagi aku...
Pahtu pulak gi sekolah pagi tadi, ha nampak je muka aku, terus a crita pasal keputusan PRK kat 3 tempat nih. Dorang saje je nak hotkan aku nih, ha kena kat aku sebijik tadi, diam semua, ingat aku macam nih, senang ke nak buli aku nih! Jangan main-main ngan aku lebih-lebih bab politik gini ni, korang kalau duk tengah-tengah, tak pernah daftar mengundi, tak ikut perkembangan politik semasa jangan nak komen macam budak tak sekolah pulak! Ha kene lagi!! Sib baik Syah paham aku bab-bab politik ni tengah-tengah aku mengamuk nih, jangan nak main-main, aku kalau cakap, cakap betul, bukan nak gurau-gurau eh, nasib a... Lagi pun korang kena ingat si menteri pelajaran tu dah bagi greenlight dah, boleh cakap politik kat sekolah!! Ai yang macam ni tak tau la plak, waa kala bab artis-artis ke bab-bab elaun ke, bonus ke, cepat ye!!Tapi marah-marah aku pun sambil senyum je, kalau orang memang jenis tak paham, meme tok pehe tu!!
Ha.. tengok a budak-budak nih, tau la aku mengamuk tadi, petang tu dorang datang bawa sekotak bunga yang berbau harum nih..., sanggup dorang ambik bunga yang berwarna kuning ni kat pokok tu... nak ambik hati aku eh? sori la budak-budak, korang bagi cikgu ambik, tapi marah tetap marah, tak buat ape yang cikgu suruh, siap le esok!!
Pergh!!! cikgu piz mengamuk tu....... pandai jugok mu blebe dih piz!! kwang3...Hehehe, sekali sekala, kena gok maroh skit-skit, tokleh bagi muko ngat kat budok-budok nih.
2 comments:
Blebe ngan hikmah mung piz..
Leh sambil tersenyum tu...
Blebe ke rumet piz la..bkn kak ckp blebe ngan anak2 murid..
Ank2 murid piz tu,meh akak tulun sekehs mana2 yg pemalas...
ho, kak tlg la sekeh bdk2 ni gere sungguhla. AMbo x sapa ati lg nk sekeh bdk2 ni, loni ambo pulas skit jh tlinga...
Post a Comment