اللهم صيبا نفا
“Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat
(untuk manusia, tanaman dan binatang)”
Sudah dua minggu semenjak aku kembali ke Tegelam ni, air hujan tidak menampakkan wajahnya... sedih bila aku memikirkan keadaan ini. Bukan apa, kami di sini memang mengharapkan air hujan untuk kegunaan harian kami, mandi, memasak, membasuh semuanya berasaskan air hujan yang ditadah di dalam tong-tong biru yang besar ini. Bila hujan tidak turun, semestinya kami terputus bekalan sumber air utama kami ini.
Tengoklah, sekarang air yang dibekalkan terus ke dalam rumah sudah habis digunakan, yang tinggal hanya air tadahan di dalam tong yang berada di luar rumah. Itu pun dah tinggal suku lagi... Air ni lah digunakan untuk membasuh pakaian, pinggan mangkuk dan mandi. Mujurlah untuk memasak dan berwuduk, air hujan yang ditapis masih belum habis, kalau tak tak tahulah macam mana... Betapa rumitnya ketiadaan air ni, aku setiap pagi selepas subuh, waktu petang dah kena mengangkut air, dah memang macam ni nak buat macam mana dah. Penduduk rumah panjang pun aku tengok dah ramai mandi dan membasuh kat sungai tu... Anak-anak murid aku pun duk ajak aku join diorang mandi sungai... Adusla tak sanggup aku... Budak-budak ni siap ajar aku macam mana nak tapis air sungai nih, kawasan mana si croc tak selalu muncul, siap nak ajar aku berenang lagi... huhuhu...
Aku rasa sehari dua lagi cukup lagi air dalam tangki air ni untuk kami 12 orang ni... lepas ni tak taula aku macam mana... Tengokla, si Josh tu siap panjat tangki air untuk sambungkan air ke paip getah... Badan-badan kami pun dah terasa gatal-gatal dan tumbuh biji-biji merah, mungkin disebabkan air yang kami gunakan dah tercemar. Apa pun terpaksalah kami mengharungi ujian ini dengan redha, sebab sekurang-kurangnya kami ada lagi alternatif lain iaitu air sungai...
Apa pun, aku amat dan benar-benar berharap agar hujan akan turun membasahi bumi Tegelam nih, ampunkan segala salah dan kesilapan kami ya Allah...
2 comments:
salam...
Bersabarla piz..sabar itu pahit tapi buahnya,insyaAllah manis...
Tak pe la..mana kengkawan yg kureng dalam amal islam nya,sekurang2 membenci dlm hati adalah selemah2 iman...
chayok chayok cekgu piz... :)
chayok doh la ni kak, esk roomate xdok, keno masok sdiri 3hr nih... hu3
Post a Comment