Alkisahnya gini... aku mengajar matapelajaran Sains tahun 1 dan 2 ni, masuk la tajuk "How Plant Produce Young" ni... jadi selepas aku bercerita-ceriti ngan budak-budak ni, jadi nak suruh menampakkan lagi macam mana anak pokok yang baru ni boleh bertunas dan membesar, aku suruh la dorang ni buat eksperimen dengan mengambil daun "Good Luck Plant" ni dan aku suruh simpan la dalam buku teks Sains masing-masing. Dengan aku sekali buat juga eksperimen ni. Dorang mula buat eksperimen ni hari Jumaat lepas, jadi pagi tadi selepas perhimpunan aku sesaja la pergi masuk kelas budak-budak ni tanya berkenaan eksperimen dorang hari tu... Budak-budak ni sibuk la tunjuk daun masing-masing... Aku pun check la daun sape yang dah bertunas... Daun Suzanne ngan Frisyila je yang dah bertunas, yang lain-lain semua tak bertunas pun lagi, yang Pillus lagi la dah berubah warna kuning dah.
Pastu budak-budak ni tanye la aku, apesal daun dorang tak bertunas? Aku pulak tetiba bagi jawapan saja a nak kenakan si Pillus yang nakal sangat ni... Aku cakap le, daun yang dah bertunas tu sebab tuan daun tu budak baik, dengar cakap cikgu... daun yang masih tak bertunas tu sebab tuan daun tu nakal sangat, suka main, tak dengar cakap cikgu tu sebab daun tak nak bertunas tu... hehehe, bila aku bg jawapan gitu, suka la Suzanne ngan Frisyilla tu, tapi budak-budak lain ni tak puas hati plak. Tu a padan muka, suka sangat main-main kan aku, ade ke patut kasut aku pon dorang ni main sembunyi, geram betul aku.
Tapi si Pillus ni memang banyak idea la, lepas aku cakap gitu, dia pun tanye aku, "daun cikgu dah bertunas ke belum???" Aku ni lepas budak ni tanya, aku cakap le daun aku pun tak bertunas juga... jujur sungguh aku, tak terpikir benda pon... Abis aku jawab gitu, budak ni cakap " aaa jadi cikgu pun nakal juga la ye!!" Pergh, hampeh sungguh budak-budak ni, aku pulak yang kena, dah takleh nak tarik dah jawapan aku nih, adus la... bakpo la aku ni betul sangat... dah kena gelak kat budak-budak nih!! Yang hampeh lagi, kebetulan plak GB aku pun duk dengar juga aku duk bercakap ngan budak-budak nih, lagi le aku telah menghampeskan diri aku nih!!!
Piz... piz ape a mu nih, ngan budak pon bulih terkena... Takpe, lepas ni aku dah tak mengajar Sains dorang dah aku ambik semo subjek math je, ha baru padan muka dorang, dapat cikgu baru, yang dorang memang takut plak tu, ha rasakan! Masa ni la baru nak tunjuk muka seposen ngan aku, duk pujuk aku suh ajar dorang lagi... hehehe, sori naik lori la ye, nasib korang le, aku pon suka juga mengajar budak-budak kecik ni sebab ngan aku sekali boleh main...
5 comments:
kak Wani,
bukan selalu terkena dengan budak2 tuh...lawak juga masa akak habaq kat kitorang...saya ngan Lis lagi la hari2 kena tibai depa...sedih hidup memikirkan nasib badan..tapi takpe kak....si Rodellio tuh pun lebih kurang se genetic ngan Pilus...all the best kak...welcome to my world!!!hehe
Salam...Cg..Cg Norul Akmal ngajat mano?
ye la shirley... wpon dh selamat dr pillus tu, djh 4 ada si rodell plak, adus la seksa gak, sepatah tanye 10 dia jwb!! geram jg...
slm eiyla... oo cg norul pon ngaja kt srwk jg, cuma tdaerah lain ngan cg ni... ni cuti2 ni msti cg norul balik, cuba awak g umah die, nnti kim slm cg kat cg norul deh.
Post a Comment