Thursday, April 30, 2009

Setahun Berlalu...


Pagi ni kalau ikut kalendar masihi, dah cukup setahun la blog "Murabbikah Aku...?" ni... Sekejap je masa berlalu, aku mula menjadi seorang "blogger" main-main ni bermula pada 30 April 2008 (Rabu). Blog ni aku bina untuk mencoretkan, menceritakan kehidupan aku sebagai bakal guru pada masa itu. Bermula dengan kehidupan pengajian ku di maktab perguruan dan juga liku-liku hidup aku selama setahun aku menjadi guru pelatih. Dan seterusnya aku meneruskan lagi mencoretkan kehidupanku, pengalaman aku, kisah suka duka aku selepas aku tamat latihan perguruan dan kini betul-betul menjadi seorang cikgu (konon la...). Aku juga amat berharap akan terus dapat memahami apakah yang dimaksudkan dengan seorang Murabbi itu... Setakat hari ini aku masih kelam, masih kabur, masih amat jauh lagi untuk menghampiri maksud seorang Murabbi itu...


Ini adalah entri aku yang pertama aku sebagai seorang "blogger"... Masa ni aku pakai hentam je ape aku nak tulis, sekarang pun sama juga. Ada entri yang ok ada entri yang hampeh. Aku ingat entri berkenaan bicara buku, sudah agak lama rasanya aku tidak berbicara mengenai buku ni. Entah la, semenjak aku di"posting"kan ke sini, menyebabkan hobi membaca aku agak berkurangan. Aku rasa sepanjang empat bulan aku di sini, sebiji buku ilmiah pun aku tak habis baca lagi. Ada satu buku yang aku sempat beli kat sini dalam tiga bulan lepas, buku baru karangan penulis buku "La Tahzan" Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni ni, masih belum aku habis baca sehingga ke hari ni. Tunggulah, dalam tahun ni juga la aku cuba baca buku ni sampai habis, lagi pun bukan tebal sangat pun, cuma aku ni malas je, tapi kalau novel tu boleh pulak habis tu pun agak lambat tak mcam masa aku duk kat Mache (nak juga sebut mache aku ni!)...

Sebenarnya, ni bukan blog pertama aku. Masa aku belajar dulu, aku dah pernah mempunyai satu blog, bravejournal.com... tapi bila aku dah tertinggal sekejap jadi malas pula aku nak sambung, dan sekarang pula blogspot.com lebih mesra pengguna dan ramai pulak yang menggunakannya, jadi aku pun mengambil keputusan membina blog baru nih. Kebetulan pula masa tu, ramai pulak kawan-kawan alam maya membina blog masing-masing. Akhirnya wujudlah blog ni sampai ke hari ini... dah setahun rupanya blog hampeh aku nih. Apa pun aku tetap la nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan alam maya ni yang membantu dan juga berkunjung ke blog hampeh nih, tengok hitstat pungunjung tu ramai juga... mungkin kroni-kroni aku la tu.

Dulu sebelum muncul web, blog-blog nih, aku lebih suka menggunakan buku dan diari untuk mencatatkan cerita ceriti aku nih. Memang semenjak sekolah lagi aku dah mula belajar mencoret-coret kat buku ala-ala diari la tu. Lagi pun mi abah aku selalu memberi nasihat supaya sentiasa mencatitkan apa yang berlaku seharian, sekeliling kita di dalam buku catitan. Lepastu aku tengok abah aku, kakak aku yang sulong tu mempunyai buku catitan dan diari masing-masing. Selalu la aku mencuri baca diari dorang ni, memang lawak dan best la baca diari orang nih. Jadi ini antara sebab menjadikan aku pun terikut-ikut sekali mencatat kisah aku kat buku catatan. Kalau aku baca balik buku catatan aku tu, haha memang aku tergolek sensorang la, kekadang lawak dan kekadang ada yang memalukan... hahaha!!! Dah lama aku tak mengulang baca buku catatan zaman jepun aku nih, entah wujud lagi ke tak, sayang betul kalau buku-buku tu hilang. Dan satu lagi dah jadi tabiat aku kalau pergi mana-mana je wajib ada sebatang pen dan sekurang-kurangnya kertas kat tangan aku nih. Kalau aku berjalan melenggang kosong je, rasa macam pelik je. Sampaikan anak-anak murid aku ni pernah tegur aku, kenapa aku ni suka sangat bawa pen ke mana-mana... adoi la, pelik sangat ke, benda ni penting la bagi aku nih.

Blog ni pun bila aku tukar template baru ni, sampai ke hari ni tak siap-siap lagi aku kemas blog aku nih, banyak benda aku tak letak, biasa a aku yang malas sokmo nih. Nanti la kalau mari mood rajin aku tu aku cuba la tambah-tambah semula apa yang patut. Teringat lagu tema blog aku yang guna template lama tu... lupa pula aku tajuk dia tapi lagu tu dinyanyikan oleh kumpulan adikku sayang ke?, nanti la aku cari balik, aku suka dengar lagu tu, menusuk kalbu sungguh!


Apa pun, ni kek maya kat atas ni kita pakat tiup beramai-ramai la ye, tiup sendiri-sendiri la (woi tak baik a tiup api lilin wei, sape ajar nih!!)... kalau nak rasa kek sedap sikit pergi ke sini, secret recipe tu... Tapi kalau korang tengok api lilin tu ada maksudnya... ye la konon cikgu kan, nak le menjadi sebatang lilin nih, nak menerangi orang lain la... entah le, mampu ke tak, aku tak pasti la. Ni pun baru je empat bulan aku jadi cikgu nih, banyak lagi cabaran yang mendatang yang aku tak pasti aku gagah ke tidak untuk menerobos dan menembusi liku-liku dan cabaran ini... Harapnya, kehidupan aku di Tegelam ni menjadi titik pertama aku dan dapat mendidik aku menjadi seorang guru, pendidik, pengajar, dan seterusnya menghampiri kepada seorang murabbi ini... Mungkin nampak macam eksen, tapi nama pun harapan... kena la berusaha... InsyaAllah...

"Sesungguhnya perjalanan menujunya amat jauh...

Bukan sedikit ranjau yang perlu ditempuh...

Bukan murah mahar yang perlu dibayar...

Itulah liku yang perlu dilalui oleh seorang yang bergelar Sang Murabbi...



post signature Sempena ulang tahun pertama blog "Murabbikah Aku...", kalau ada komen, nasihat, kata-kata semangat dan sebagainya dari pembaca semua, saya amat alu-alukannya. Boleh juga diemailkan kepada saya di pizmache@yahoo.com . Terima kasih buat semua kerana sudi singgah ke blog ini...

Monday, April 27, 2009

Cerita Bola


Guano blog ni cerite pasal bola plok nih!! Haha... ho la, baru lepas geger pasal bola Piala FA tu, klate jogho lawan nga Selangor agah tu... kwang.. kwang... kwang...

Aku ni kalau ikut aku yang sebenar mana la minat bola sepak nih, takde dalam memori aku pun kisah bola sepak nih. Kalau bola keranjang ke, bola baling ke, bola tampar ke, badminton ke hoki ke... ha yang ni memang ada dalam simpanan aku. Hatta dalam computer
games pun aku memang tak suka dan tak pernah main bola sepak ni. Bukan sebab ape, memang dari aku kecik lagi aku tak minat.

Walau seganas-ganas aku nih, bola sepak memang aku kurang minat, tak sesuai dengan jiwa gedebe aku nih. Kebiasaannya, kalau ape-ape sukan yang abang-abang ngan adik-adik aku ni suka, aku mesti suka dan ikut dorang ni main sekali. Tak kira la main ape pun, termasuk panjat memanjat pokok, aku pun terer la. Tapi bila masuk bab bola sepak je, memang aku tak join dorang. Yang aku ingat, aku dapat amaran dari mi aku kalau aku ikut abang-abang aku ni main, samada aku ni nak makan rotan ke nak makan nasi? Hohoho, takkan aku nk pilih makan rotan kut!!! Aku ni kalau mi aku dah bagi amaran gitu, terpaksa la aku ikut, walhal dalam hati ni nak je ikut dorang ni main. Begitu juga kalau ada perlawanan bola sepak kat tv, aku singgah sekejap je nak tengok, mesti dorang ni jeling-jeling, tukar siaran ke, ni tak nak bagi aku tengok bola le, huhu, susah juga...

Tapi kalau sukan lain boleh le plak, nasib le bola sepak nih. Bila dah jadi kebiasaan gitu, memang aku tak pernah sepak bola dan tak tengok bola, walaupun begitu, disebabkan aku ni ganas dan memang minat dengan sukan ni, aku selalu juga la ikuti perkembangan sukan termasukla bola sepak ni melalui surat khabar ngan berita-berita kat tv. Kalau dulu, masa aku sekolah, abah aku selalu beli dan langgan surat khabar ni sebab abah aku peminat setia ruangan teka silang kata tu... jadi bila dapat kat aku, yang wajib aku baca dulu bahagian belakang, bahagian sukan la. Lepas habis tu baru aku baca berita lain. Kalau berita artis tu, awal-awal lagi kalau bukan abah aku, abang aku dah sorokkan, sebab takde faedahnya baca benda gitu tu.


Jadinya, aku nak cerita yang aku memang dari dulu hingga hari ni memang tak minat bola sepak. Masa aku belajar dulu pun, kawan-kawan aku punya semangat bola ni, siap pakai jersey bola lagi gi tengok tv kat bilik tv di kolej, bersorak-sorak ramai-ramai. Aku ni dengar macam tu je, takde perasaan nak join pun. Tapi kalau badminton ke selain bola sepak la, semangat pulak aku tengok. Yang aku takleh lupa bila aku tengok perlawanan akhir badminton Piala Thomas tahun 1990 ke, yang geng-geng Rasyid Sidek menang tu, masa tu aku darjah enam kut. Semangat gile aku tengok. Tapi semalam tu aku tengok bola ni sebab ada pasukan dari negeri aku yang bertanding, akhir pulak tu, negeri mana lagi kalau bukan negeri Kelantan ku ini..., kalau takde pasukan negeri aku ni bertanding, takdenye aku suka-suka nak tengok, baik aku main games lain kat laptop aku ni lagi best dari tengok orang sepak bola tu... hehehe.


Sebab tu semalam, bila kak memot sms aku, tanya kenapa aku takde kat sini masa perlawanan dah mula, sebab masa tu aku baru duk masak nasi tu, baru nak makan, tak sedia nak tengok bola pun lagi... kalau tengok awal-awal pun bukan best pun, duk main sepak-sepak macam tu juga, takde bezanya. Tapi sebab dah bagitau kat semua aku nak join tengok bola ni, siap ajak kak memot, wak j ngan mokteh tengok, man pun dah ready ngan live dari tv1 tu, aku pun tengok la, seronok juga tengok beramai-ramai gitu, tetiba je mari semangat "gomo kelate gomo" tu! hahaha. Lepas ni, kalau takde pasukan Kelantan ni masuk akhir mana-mana kejohanan, takdenye aku nak tengok!


post signatureTerima kasih le buat man, kak memot, wakj (set-set penyokong klate jogho!) nyle, tetamu, ut, mus, jeng3x, limbang (geng-geng penyokong selangor agah!) dan lain-lain tu... sama-sama memeriahkan karpetkuning kita tu... lepas tengok bola tu, selera make nasik aku mari semetar, sebab gere ko selangor kalu!!! Hahaha... Gapo-gapo pun klate jogho meme jogho sokmo...

Thursday, April 23, 2009

Seminggu ini

Alhamdulillah... syukur ku panjatkan ke hadrat Mu Ilahi kerana mengurniakan kembali kepada ku kesihatan dan kekuatan kepada diri ku ini... Namun ku tetap berterimakasih padaMu kerana memberikan kepadaku ujian ini, memberikan kesedaran kepadaku mengenai lima perkara yang selalu terngiang-ngiang kepadaku, salah satu daripadanya ialah "sihat sebelum sakit..."


Setelah hampir seminggu aku dirundum sedikit demam, sakit kepala dan nikmat selera makan ku berkurangan sehingga berat badan ku turun lagi... Lantas hari ini aku membuat keputusan untuk berpuasa sahaja, memandangkan selera makan aku langsung tak ada. Sarapan pagi pun hanya meminum seteguk air sahaja, manakala makan tengah hari langsung aku tidak jamah, aku hanya makan nasi selepas asar sahaja, kadang-kadang selepas isyak baru aku menjamah nasi ni. Pulang sahaja dari sekolah, pukul 1 tengah hari, aku terus merebahkan diri ke tilam dan terus terlelap sehingga ke petang. Sepanjang hari, aku hanya meminum air kosong dan air glukos sahaja, untuk memberi sedikit tenaga kepada ku. Entahla kenapa situasi yang jarang-jarang berlaku ni terjadi kepadaku. Walhal aku ni kalau makan, memang kegemaran aku la. Biasa pagi sarapan, pukul 10 makan, balik sekolah makan, petang makan dan malam pun aku makan lagi.

Hari ni waktu berbuka tadi pun aku hanya mampu membuat sedikit bubur nasi untuk mengalas perut ku ini, kan kalau tak makan kan menzalimi diri aku pulak. Lepas tu Puteri yang baru pulang dari Kuhing sempat memberikan aku air tebu dan burger, boleh la membuka sedikit selera ku ni, walaupun macam rasa terpaksa... Harap-harap selepas ni selera makan aku akan kembali seperti biasa.

Selain cuaca kat Tegelam ni pada waktu tengah hari sedikit panas, manakala pada waktu petang hujan lebat bersama ribut petir mungkin antara punca ketidaksihatan aku ni. Mungkin juga aku ni agak susah nak mendapat demam ke selsema ke sakit ke juga antara sebab aku mendapat demam ni. Yang aku ingat kali terakhir aku demam ni semasa minggu pertama aku sampai ke Tegelam ni, terus aku mendapat demam terkejut. Jadi mungkin juga keadaan emosi aku kurang stabil menjadi punca ini... Emmm bila aku fikir-fikirkan, betul juga, sebab dalam seminggu ni banyak juga aku duk berfikir... antara yang menyebabkan aku teramatla sakit kepala ni bila aku fikirkan mengenai kerenah kawan-kawan aku kat Tegelam ni... Entahla, bermacam-macam feel dorang ni menyebabkan aku sentiasa bersoal jawab ngan diri aku nih... Apa pun, aku hanya mampu berserah padaNya, moga-moga Allah swt mengampunkan dosa kita semua dan memberi kesedaran kepada sahabat-sahabat ku ini... "Ya Allah ya tuhanku bukakanlah hati hamba-hambaMu ini untuk melihat sinar kebenaran yang sedikit terlindung ini..."


Semalam, aku rasa dah lama aku tak buka email pizmache@yahoo.com ni... banyak juga email yang belum aku baca. Tapi yang agak menarik perhatian aku ni email dari seorang kawan, aku buka je tengok ada gambar budu! Waaa besnye aku tengok gambar budu cap ketereh ni yang telah dipeketkan dalam plastik yang agak menarik. Aku tengok je gambar budu ni, terus je aku rasa mendapat satu aura sihat... tetiba je aku rasa macam sedikit sihat. Rupa-rupanya, senang je aku nak cepat sihat, dahle aku ni memang tak gemar makan ubat... dengan tengok gambar budu ni je aku dah rasa sihat. Lain kali aku nak print nak tampal kat bilik aku ni, tak pun aku nak buat wallpaper kat laptop aku nih, ok juga... Terimakasih la bagi gambar budu nih, lain kali bagi budu terus la, lagi la cepat sihat!!


Tengah-tengah duk rasa kurang sihat nih, kalau aku masuk je kelas ok plak. Bila duk tengok budak-budak ni bermain, berbual ngan budak ni, takde la rasa serabut sangat, siap boleh buat lawak lagi. Tapi budak-budak ni perasan juga keadaan aku ni. Prihatin juga budak-budak ni. Jadi minggu ni dorang ni kurang buat hal ngan aku, banyak menurut kata je. Bagusla, kalau tak, tak pasal-pasal kena ngan aku. Tapi hari ni aku mengajar budak-budak ni sampai tak terkeluar suara aku ni. Geram juga aku kat budak darjah 4 nih, aku duk ulang-ulang benda yang sama, bila buat latihan boleh pulak salah. Pastu si Allison budak darjah 5 ni siap cakap kat aku, yang aku ni pilih kasih. Amboi budak ni, sebabnya aku bagi sedikit perhatian kat Joranica ni yang memang mempunyai masalah dalam pelajaran. Emmm, nampaknya lepas ni aku kena adil dan saksama la.

Sambil-sambil duk mengajar bila ada masa free je, aku ngan nisa mesti bawa botol cat ngan berus cat ni duk sambung buat mural yang tak siap-siap lagi. Buat benda-benda gini dapat melapangkan fikiran dan menggembirakan hati aku ni. Yela, dengan keadaan aku yang kurang sihat, lagi duk sentiasa ingat kat rumah aku nun... baik aku duk menyibukkan diri aku ni dengan buat benda-benda ni, ada juga faedahnya. Kat dinding sekolah nih, aku pakai hentam je nak buat apa. Aku tampal je kartun-kartun ni kat dinding, biar jadi sekolah pra ke nurseri ke pasti ke ape ke, aku tak kisah la. Lagi pun budak-budak ni takde nak tegur-tegur apa yang kami buat ni, lagi dorang seronok ada la.

Banyak lagi kami kena siapkan mural ni. Yela, tempoh akhir kena siapkan mural ni hari Isnin nih. Takpe, minggu ni aku tak keluar, jadi aku nak habiskan masa aku ni dengan buat benda-benda ni la. Soalan ujian ngan periksa pertengahan tahun pun aku tak siap lagi ni. Emmm ok la tu, boleh la aku buat benda-benda ni. Lagi pun aku dah sihat dah ni.


post signature Ini la cerita aku seminggu ni... Macam-macam mu piz, dugaan, ujian sikit pun dah tak tahan... Orang lain nun lagi la susah la, seksa lagi, mu ni sikit je ni... Tengok bee, limbang nun, dorang ok je dah bertahun-tahun duk sini, xde la geger macam mu ni, baru 4 bulan dah nak balik... ape a... Ye la, aku cuba bertahan la nih, tengok la, online tukar pun aku tak isi tau tak! (padahal gb aku tak bagi isi lagi... huhuhu)

Saturday, April 18, 2009

Jom mewarna...

Hari ni kat sekolah aku ni ada buat sesi persekolahan ganti untuk cuti raya (cuti raya aku seminggu, sama ngan cuti sekolah yang majoriti Islam), tapi gb aku gantikan dengan aktiviti gotong-royong bersama penduduk Iban di kampung Tegelam ni. Tu aku cakap, orang-orang Iban ni bagus sungguh, kalau bab-bab gotong-royong, hal-hal persekolahan anak-anak memang akan bekerjasama. Golongan ibu memasak di dapur, golongan bapa bergotong-royong membina pondok ilmu dekat jeti, lagi senang a aku duduk layan blues sambil bagi makan kat croc!! ops... kat ikan, ye ke? haha sorila, aku bukan jenis berjiwang sekarat tu, buang mase aku je, baik aku lepak main games, lagi best! Manakala golongan cikgu ngan anak-anak murid ni duk sibuk membuat mural ngan menjahanamkan dinding sekolah (bukan aku...).

Ha, ni la dia dinding-dinding ngan lantai sekolah telah, sedang dan akan dijahanamkan oleh aku and the geng! Aku ngan Nisa bersama dengan empat orang murid ditugaskan untuk melukis dinding dan lantai di beranda kelas dengan perkataan dan membuat mural bagi subjek Bahasa Inggeris. Manakala cikgu-cikgu lain ditugaskan untuk subjek Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral. Tak tahula apa jadi pada dinding sekolah ni. Esok aku sambung lagi nak cuba mewarna dan melukis dinding pula. Lepas tu aku nak tampal gambar-gambar kartun kat dinding tu, biar jadi sekolah kartun... haha... sapa suruh aku buat, nasib a sekolah ni dapat orang hampes macam aku ni. Seronok juga aku buat benda-benda ni. Ye la, biasa aku antara yg lewat sampai sekolah (biar rumah kat tepi sekolah pun...), tapi hari ni, aku pulak antara yang datang awal ke sekolah, terus buat kerja pulak tu... sebab kerja memain macam ni aku seronok la, cuba bagi kerja serius, mesti aku malas punya (alamak aku punya rph minggu ni tak siap lagi la... ini antara contoh kemalasan aku la ni...).

Tengah hari tadi, lepas makan bihun goreng (bihun ni kakak, Al ngan Lis masak ye!) kenyang-kenyang kat bilik guru, aku balik rumah aku, tengok dorang ni duk bersiap-siap nak keluar. Ooo dorang nak pergi mandi kat air terjun Ranchan nun, ajak aku sekali, tapi aku malas la nak keluar,lagi pun baru semalam aku keluar ke Kuching. Baik aku melepak macam biasa la. Lepas rehat semua, siap sempat bergosip-gosip lagi, aku sambung kerja aku ni. Ape kerja aku ni ye? Hahaha... ni la kerja aku duk mewarna kartun-kartun ni, sponge bob, garfield dan macam-macam lagi la... Inila kerja aku yang bersungguh sangat, sampai tak sempat nak berjalan-jalan membaca dan borak-borak ngan kawan-kawan aku yang realiti ngan alam maya tu... tapi sempat la bergosip panas tu... (yang ni memang aku geram sungguh la, sanggup le orang tu menipu kawan sendiri, tipu kaw-kaw pulak tu... emmm takpe la, nampaknya dia tak kenal sape lagi aku ni... tengok la nanti...). Aku mula kerja-kerja ni dah beberapa hari lepas, ni tak siap-siap lagi. Biasa aku tidur dalam pukul 1 pagi, tapi sekarang ni aku tidur pukul 2 atau 3 pagi duk buat benda ni. Zaman aku ambik SPM dulu tak macam ni...


Ini pulak ikan ape a, lupa plak aku ni, besar tu, dalam 15 kilogram, ni bos yang tangkap, dia jual dalam RM 300 lebih la... besar sangat ikan ni, tak mau la aku, setakat bergambar ngan ikan ni boleh a, sian ikan ni kena jadi model, ramai pulak bergambar ngan ikan ni... Habis kelas hari Jumaat, dalam pukul 11 pagi, air dah pasang, jadi aku ikut kakak ngan Al pergi ke Kuching, ada hal sikit... lepas tu pergi ke The Spring ni saje jalan-jalan, sempat singgah kat MPH beli alat-alat tulis dan peralatan melukis untuk menconteng dinding sekolah tu. Aku jeling-jeling juga buku-buku kat situ, mencari-cari buku terbaru Ramlee Awang Mursyid tu, tajuk "Mikael", tapi tak keluar lagi la (mana buku tu ws? bila nak keluar buku ni?). Esok adik aku kat Tangkak tu cakap nak pergi pesta buku kat kl tu, ada pelancaran novel baru Tuan Sabariah Tuan Ishak ( zaujah tok guru aku a) tajuk "Bidadari dari Timur", memang adik aku ni setiap tahun wajib pergi pesta buku tu... hantu buku juga dia nih, takpe, nanti cuti ni aku rompak a buku dia ni.

Lepas tu, dalam pukul 8 malam aku sampai ke Tegelam. Kami terus balik, tak bermalam kat Kuching, sebab hari Sabtu kan ada program gotong royong tu... Kali pertama aku naik perahu di waktu malam, nasib baik air pasang, jadi tak payah nak berjalan dalam lumpur la. Runsing juga aku, takut ternampak mata merah dalam air ni...huhu, syukur aku tak nampak ape-ape. Masuk dalam bilik aku tengok bercahaya je bilik aku ni, padahal lampu terpadam... waa rupa-rupanya binatang kecik tu yang menyala tu, ha kunang-kunang, banyak pulak. Lawa la pulak, bercahaya berkelip-kelipan. Dah tu, aku sambung lagi kerja mewarna aku ni... seronok...

post signatureJom, sesapa nak menjoin aku mewarna mai la, banyak lagi nak warna nih... kalau ada anak-anak sedara aku si khayr, umayr ngan dhuha ni mesti berebut ngan dorang nih... huhu

Sunday, April 12, 2009

"Tok Sir Maggi"


"Toksir Maggi!!!"

Maggi merupakan salah satu mee segera yang menjadi pilihan kepada aku, sebab dia mudah dan senang. Ye la bagi orang yang pemalas macam aku ni, ambik je sebungkus maggi lepas tu rendam je dalam air yang mendidih, dah sedia untuk dimakan, memang cepat dan pantas. Tetapi secepat itu juga dia memberikan kesan yang tidak elok kepada tubuh badan pemakan.

Tetiba je aku buat kempen toksir meggi ni... Entah la, aku pun tak pasti, yang aku tau takde sape-sape memaksa aku untuk berhenti makan atau pun takde sesape juga yang menyuruh aku makan makanan yang tak berkhasiat ni. Yang aku tau, selepas je aku balik bercuti seminggu baru-baru ini, dan sesudah masuk minggu ke empat aku kembali semula ke Tegelam ni langsung aku tak menyentuh maggi nih. Kesedaran yang tiba-tiba muncul ni memang amat bagus sekali la. Kebiasaannya, di Tegelam ni boleh dikatakan hari-hari aku menjamah mee segera ini untuk mengalas perut aku pada waktu rehat sebelum makan tengah hari. Ye la, kononnya kalau aku tak makan, tak pasal-pasal perut aku diserang gastrik ke ape ke, aku juga yang sakit.


Tapi Alhamdulillah, semenjak aku berada di tegelam hampir empat bulan ni, belum pernah lagi aku mengalami pedih-pedih perut ni, ada kesesuaian kut perut aku kat sini... Jadi semenjak hampir sebulan ni, mee segera yang biasa aku makan ni, aku gantikan dengan memakan nasi dan telur goreng, tak pun makan serunding daging yang aku bawa khusus dari Mache... Jadi perlahan-lahan sejak itu, aku langsung tak menjamah mee segera ni, dan langsung tak terasa pun nak makan. Ooo baru aku tahu sebenarnya boleh je aku tak makan... Aku juga berharap selepas ni aku memang tak mau makan dah maggi dan seangkatan dengannya.

Sebenarnya, aku ni semenjak kecil dari rumah sampai la aku belajar kat pd selepas SPM dulu, memang aku tak diajar makan makanan segera nih, dan kalau kawan aku mengajak aku makan pun mesti aku tolak, sebab memang aku tak makan dan aku juga tau kesan buruk memakan makanan segera ni. Kalau kat rumah aku, kalau beli je makanan macam ni dan abah aku nampak, ha mesti jadi habuan ayam-ayam aku tu, memang abah aku tak pernah membenarkan kami adik beradik memakan makanan ringan macam cekedis, asam dan mee segera ni. Jadi amalan aku ni berkekalan sehingga aku tamat belajar kat pd. Sebaik sahaja aku sambung belajar kat Sintok tu, awal-awal tu aku boleh lagi mengelak dari mendekati mee segera yang menjadi kegemaran ramai ni, tapi bila dah lama-lama tu... aku cuba makan, sebab aku tengok roomate aku makan macam sedap je, dan bermula dari situ la aku mula menjadikan mee segera ni sebagai salah satu stok makanan yang perlu ada dalam simpanan aku la. Kecuali bila aku balik rumah, aku memang tak terasa nak makan pun benda ni, makan nasi ngan budu lagi bes la.

Dan begitulah sehinggalah aku berada kat Tegelam ni. Lagi la, sebab makanan agak sukar diperolehi (sebenarnya alasan, sebab aku tak reti dan malas nak masak, jadi aku makan je megi nih!) jadi stok maggi ni mesti ada tersimpan. Tapi kadang-kadang aku terfikir juga, macam hampeh je aku ni, ye la dulu masa aku mengajar budak-budak selalu aku nasihatkan dorang jangan makan megi nih merbahaya, tak baik untuk kesihatan, lagi-lagi la budak-budak kecik yang umur 5,6, 7 tahun ni... Emmm teringat lagi la aku ni... pastu kalau aku balik rumah aku pun biasa mi abah aku nasihatkan jangan duk makan megi nih boleh merosakkan diri, mengundang penyakit dan banyak lagi la... Ada ke orang makan mee segera ni bertambah sihat dan bijak? Entahla...

Bila aku fikir-fikir gitu, akhirnya aku buat keputusan lepas cuti hari tu sehingga ke hari ini aku langsung tak menjamah mee segera nih, tak terasa nak makan pun. Boleh sebenarnya, antara nak dan tak nak je. Jadi aku pilih aku TOK SIR mee segera!!!


post signature Moral dia, jom kita pakat-pakat "Tok Sir" mee segera ni... walaupun agak terlambat tapi lebih baik terlambat daripada langsung tak terlambat... Boleh la jadikan koleksi barangan boikot ke dua aku ni selepas kfc, dah hampir tujuh tahun aku memboikot kfc nih, kesedaran ni selepas aku baca satu artikel kat majalah Siswa pada tahun 2003, memang terkesan sungguhla. Ape pun pilihan di tangan anda, anda yang menentukan... peace!!

Saturday, April 11, 2009

Masuk Hutan

"Cikgu... cikgu... cikguuuu..." Aaaaaa sape plak menjerit-jerit panggil cikgu pepagi nih!! Rupa-rupanya anak-anak murid aku ni, memang tak boleh tengok aku ni rehat sikit je, ada je yang datang cari (tak ikhlas le plak!). Padahal aku ni malas nak bangkit. Duk baca novel ni dah berhari-hari tak abis-abis lagi, pelik nih. Rupa-rupanya si Olivia ngan Ramoson ni nak ajak aku pergi cari pokok kecil untuk hias kelas bagi pertandingan kecantikan kelas ni.

Malasnya la aku. Tapi melihat kesungguhan budak dua orang ni, ye la aku ikutla. Budak ni ajak aku pergi cari pokok tu kat belakang bentang (rumah panjang) yang dekat dengan huma tu. Aku belum pernah sampai lagi kat sana, dengar-dengar kat situ kawasan hutan, huma dan semak la... Emmmm berfikir-fikir juga aku, nak pergi ke tak, sebab ada juga cerita yang aku dengar kat situla orang kampung jumpa sawa (uuuuuuuuuuuu binatang yang aku tak suka), oink-oink hutan (binatang berwarna pink), kera (orang Iban kata kalau masak sedapppp!!) dan macam-macam lagi la.

Isy nak pergi ke tak? Tapi budak ni tetap juga memujuk aku dorang kata kita pergi dekat je, tak masuk dalam. Emmm ye la, kejap aku kena bawa peralatan aku dulu, senang apa-apa, boleh hubungi dorang ni dari dalam hutan nun...


Mula-mula ok lagi la, jalan-jalan lintas padang sekolah, lalu kut tepi bentang dengan gereja, lepas tu jumpa semak, lopak air (sib baik kat sini takde pacat... hehehe). Masuk lagi, jumpa huma yang sedang masak ranum ni, separuh dorang dah tuai, tinggal lagi separuh. Dorang buat secara gotong-royong. Inilah kelebihan orang Iban kat seluruh Sarawak ni, yang masih mengekalkan tradisi bergotong-royong untuk menuai padi. Kalau orang Bidayuh pun dah tak mengamalkan tradisi ni.

Jalan lagi, adusla nampaknya semak-semak semakin menyamai tinggi aku ni, dah rasa miang-miang dah kat kaki ngan betis aku nih. Tapi tak jumpa lagi pokok yang dikehendaki tu. Isy budak ni, dah tinggalkan aku kat belakang pulak. Woi... tunggu cikgu ni.....

"Cikgu kita dah sesat..." Dengar suara Ramason kat depan melaung. Alamak, biar betul budak nih. Ha tengok betul-betul... Runsing dah aku nih. Kejap tu dengar budak berdua ni gelak kuat-kuat kat depan. Hampeh dorang main kan aku la nih. Eeeee geram betul aku, dalam hutan gini pun nak main juga. "Aiii bila la nak jumpa pokok kamu ni, cikgu rasa dah makin jauh ni..." Dah mula merungut dah aku... ye la, makin lama makin jauh. Tak jumpa-jumpa juga. Budak-budak ni cakap kat depan sikit lagi.

Tapi, kena melompat anak sungai ni dulu. Oho mencabar sungguhla, aku kena lompat! Macam mana la aku nak lompat, jauh juga jarak tebing nih. Aku tengok Ramason ngan Olivia melompat elok-elok je. Sampai giliran aku, aku cuba ambik lajak... sampai depan tebing tu aku lompat ke bawah... hehe, lepas tu aku panjat dari bawah pulak. Wei, mana boleh a, jauh tu. Tapi masa patah balik, aku nak buat cara yang sama juga, tapi sebelum sempat aku turun ke bawah, zup! kebabum, aku terus jatuh dalam anak sungai tu, tanah licin la. Adoi la, jatuh juga aku. Habis basah. Tersengih-sengih je budak nih, hampeh!

Budak-budak ni kata kat aku: "Baru cikgu ganas kalau macam ni. Ni tak, asyik memerap dalam bilik cikgu je, main komputer. Sesekali bagus juga cikgu keluar masuk hutan nih, betul tak cikgu?" Ces budak ni sempat lagi nak mengenakan aku nih. Dah-dah, banyak cakap pulak budak ni. Pokok yang dicari tak jumpa pun lagi. Membebel je aku kat dalam hutan tu, sampai budak ni cakap kat aku jangan bising dalam hutan, nanti kan......... gulp... terus aku diam. Malas aku pikir. Bila dah hampir sejam tak jumpa juga pokok tu, aku ajak dorang balik. Ajak dorang cari dekat tepi sungai je. Akhirnya dorang ikut juga arahan aku tu, mungkin kesian tengok aku kut, ye la tengok rupa aku dah jadi macam budak Iban dah, habis seluar basah, berselut pulak tu. Aku takleh bayang kalau la ada lintah ngan pacat sekali... itu baru betul-betul mencabar.

Akhirnya kami pulang juga... tapi budak ni sempat lagi ajak aku masuk hutan yang belah sana pulak petang ni... Hehehe, aku kata takpe la, semula-semula la (dalam hati, lebih baik aku melepak kat depan laptop aku ni daripada aku masuk hutan nun...).

post signatureMasuk hutan la pula aku kali ni... nampaknya, satu lagi pengalaman aku duk kat Tegelam ni... Berani mu masuk hutan, dengan budak-budak dua orang pulak. Bila difikir-fikirkan, memang sesuaila kursus-kursus yang disediakan sepanjang aku berada selama setahun di IPGM cawangan Kota Bharu. Semua sekali aku dapat praktikkan sekali. Suasana kat air (sungai) dan suasana dalam hutan. Berbaloi betul la program BIG (Bina Insan Guru) kat Tasik Kenyir dulu tu. Lepas ni jangan harap le aku nak ikut budak-budak ni masuk hutan lagi...

Thursday, April 9, 2009

Bila Cikgu Piz Mengamuk !!!


Grrrrrrrrrrr memang hari ni aku mengamuk sungguh-sungguh nih! Aku dah kata jangan bagi sampai aku betul-betul marah. Nak main takpe, nak minum, makan pun takpe, tapi kalau tak dengar kata nih memang mengundang amukan aku la!!!

Habis budak-budak darjah 3, 4 ngan 6 kena amukan aku nih!


"Main a banyak-banyak lagi. Cuba dengar kata cikgu sekali takleh ke? Masa main,, main la tapi masa belajar tu tolong la belajar betul-betul. Cikgu dari awal lagi dah bagitau tak suka nak marah-marah, bagi denda, bagi hukuman ke... tapi bila dah cikgu cakap gitu tu belajarla betul-betul. Ni tengok ni, ujian kamu nih, semua gagal!!! Kamu ni datang belajar ke datang main nih??? Soalan ni cikgu dah soal dalam kelas. Soalan sama juga, tapi masih tak boleh jawab juga!! Kamu ni dah la nak pereksa UPSR tapi masih juga nak main-main... nih tak boleh jawab ujian nih kamu ingat kat ape a? ingat kat gewe ke? Bla... bla... Ni yang cikgu tak nak marah kamu, bila cikgu marah sekali memang teruk la kamu nih. Kamu suka ke cikgu marah nih? Kamu ingat cikgu pun suka ke marah-marah nih? Kamu ingat selama ni cikgu buat baik, main-main ngan kamu nih, cikgu tak bekeng la ye?? Ha ape? bekeng pon tak tau ke? Lain kali kalo tak tau tanya, ni tak tau senyap. Bila cikgu tanya "understand?" semua nye "yes!!". Ha bila cikgu wat ujian, ha macam ni la jadinya. Bila suh antar latihan, nak buat kelas tambahan, banyak pulak alasan kamu ye. Banyak kerja lain la, nak pergi huma la, macam-macam la... yang betul tu betul juga, tapi yang cikgu tengok duk main, berlari kat titi, duk kat tepi jeti tu duk buat ape? Kamu ni dah darjah 6 tau tak? Ni berapa hari lagi nak pereksa ni? OOo 151 hari lagi... kiranya bila sebut one hundred and fifty one days ni kira lama lagi la... gitu eh!

Kalau kamu ni tak kesian kat diri kamu ni cuba kamu kesiankan kat mak ayah kamu, cikgu kamu ni, kami nak sangat tengok kamu berjaya macam dorang kat luar sana. Cuba kamu tunjukkan yang kamu juga mampu berjaya, biar orang cakap ape pun kat kita ni, hakikatnye kita juga mampu berjaya. Kamu bukan tak pandai, tapi kamu malas! Tau MALAS... cuba hari-hari kamu buat latihan, homework, kalau tak faham terus datang tanya cikgu. Selalu cakap kat diri kamu nih, kamu boleh... boleh... mesti boleh nye!!
Kamu ingat cikgu gembira sangat ke kalau tanda kertas ujian kamu tu asyik kena pangkah je, kamu suka eh? Kamu boleh buat, bukan kamu takleh buat... Cikgu tau, cikgu ni tak sama ngan cikgu-cikgu kamu sebelum nih, nak cakap iban pun cikgu tak pandai sangat, setakat nuan, makai, genali tu cikgu tau la... belajar sikit-sikit... Cuma cikgu nak kamu lepas ni, jangan nak banyak main!! Cikgu takde dah nak sporting ngan kamu nih. Mula hari ni, kalau kamu sengaja je wat salah, ha tau la... Ni cikgu tak main-main dah, kali nih cikgu buat betul-betul! Dah. Gi buat exercises yang cikgu bagi semalam sampai siap, kalau tak siap... bukan sekeh main-main dah, kali ni cikgu cakap, cikgu buat!! ... Bla... bla..."



Waaa penat aku bercakap, satu jam abis macam tu je... Aku geram sangat tadi, keciwa juga la aku, ujian yang aku bagi, dua orang je lulus! Padahal, aku dah bincang soalan sama sebelum ni, memang budak-budak ni kena amukan aku sekali, ingat aku ni baik sangat ke. Bila aku dah cakap tu memang susah nak berhenti la, dengan muka serius, ha semua budak-budak ni tunduk muka la, kalau aku sambung lagi mau nangis budak-budak nih. Memang aku tak suka nak marah-marah, sebab kalau aku marah sekali memang aku marah betul-betul. Pernah roomate aku masa kat Sintok menangis ngan aku, tu baru aku tegur sikit je, bukan mengamuk pun... Ni saing-saing aku kat Tegelam nih tak merasa amukan aku lagi nih, sekali aku cakap, memang a... Tu sebab sampai hari ni memang aku tak mampu lagi nak tegur, lagi pun aku punya suhu masih stabil lagi nih, tunggu la macam mana...

Dahla kelmarin, dorang ni serang aku berkenaan isu orang bukan Islam tu baca ayat quran... tanya pendapat aku la kononnya... Masa tu aku tak tengok berita, dorang ni yang tengok... Nak je aku cakap yang Saiyidina Umar al-Khattab masuk Islam pun lepas dengar adik dia mengaji quran... pastu ramai lagi la yang terbuka hati nak masuk Islam ni disebabkan kitab suci al-quran nih... Saing aku yang jadi cg jqaf kat Kuching pun cakap, budak yang mendapat markah tertinggi dalam bahasa arab budak iban yang kristian tu je, kalah yang kononnya melayu Islam nih. Masa aku sekolah rendah dulu pun, kawan-kawan aku yang India ni suka sangat ikut baca doa, aminkan doa, tulis jawi... Kalau orang bukan Islam bagi salam "Assalamualaikum, cara kita jawab "waalaikummusam"... Jangan jawab macam biasa kita jawab sesama kita... Jadi tak boleh ke? Kenapa yang menjadi isu sangat nih?? Marah lagi aku...

Pahtu pulak gi sekolah pagi tadi, ha nampak je muka aku, terus a crita pasal keputusan PRK kat 3 tempat nih. Dorang saje je nak hotkan aku nih, ha kena kat aku sebijik tadi, diam semua, ingat aku macam nih, senang ke nak buli aku nih! Jangan main-main ngan aku lebih-lebih bab politik gini ni, korang kalau duk tengah-tengah, tak pernah daftar mengundi, tak ikut perkembangan politik semasa jangan nak komen macam budak tak sekolah pulak! Ha kene lagi!! Sib baik Syah paham aku bab-bab politik ni tengah-tengah aku mengamuk nih, jangan nak main-main, aku kalau cakap, cakap betul, bukan nak gurau-gurau eh, nasib a... Lagi pun korang kena ingat si menteri pelajaran tu dah bagi greenlight dah, boleh cakap politik kat sekolah!! Ai yang macam ni tak tau la plak, waa kala bab artis-artis ke bab-bab elaun ke, bonus ke, cepat ye!!Tapi marah-marah aku pun sambil senyum je, kalau orang memang jenis tak paham, meme tok pehe tu!!

Ha.. tengok a budak-budak nih, tau la aku mengamuk tadi, petang tu dorang datang bawa sekotak bunga yang berbau harum nih..., sanggup dorang ambik bunga yang berwarna kuning ni kat pokok tu... nak ambik hati aku eh? sori la budak-budak, korang bagi cikgu ambik, tapi marah tetap marah, tak buat ape yang cikgu suruh, siap le esok!!



post signaturePergh!!! cikgu piz mengamuk tu....... pandai jugok mu blebe dih piz!! kwang3...Hehehe, sekali sekala, kena gok maroh skit-skit, tokleh bagi muko ngat kat budok-budok nih.


Wednesday, April 8, 2009

Memori Kkuca Lana (1)



post signatureAkhirnya keputusan yang ditungg-tunggu membuatkan aku merasa sebak... betapa kemenangan yang dicapai ini begitu terasa sekali... Alhamdulillah...

Ape pun aku nak ucapkan tahniah buat semua, dan paling aku tabik kat bespren aku meksal dari Kemamang, yg sanggup berkampung seminggu di Bukit Gantang nun... dah hampir 10 tahun kito saing meksal, peranga mu meme xleh lawe a, aku meme kagum a nga mu nih... Tak sia-sia pengorbanang mung and the geng tu... ni aku wat entri nih sebab aku ingat ke mu la nih, aku tokleh ingat zamang kito duk ngaji pd mulo dih, mu la hok byk nyyakit, cuti sokmo mu nih, bade pon kuruh kering jah... antaro geng2 toyol kito 8 ore nih, mu la hok nyakit sokmo. Meksal... meksal... kalu loni gak mu la hok berisi pelik nyo, kuat plok tuh, kaloh kegedebere aku nih! Aku ke meksal, kalu ingat mu, slash, leh, sohok, ju, puyin, marini nga samsida (bdk n9 sesat) gak ssuko sore la aku... lagi-lagi kalu ingat ko cikgu-cikgu kito, cg ujang, cg zaidi, cg bad, mr sam nga ustaz nafis gak lagi la aku gelok teguling-guling wei... Bes dok kito mulo ke... sapa ko cg zaidi cop kito grup asobiyyah, cg bad x puas hati nga aku sokmo, mr sam anti nga ore klate, ustz nafis bereh nga grup kito nih... ha cg ujang hok plg beres skali dok, sedap a dio ngaja dih... tok nnikoh lagi cg ujang nih, sbb mu la meksal, jahat mu dih! kwang3...

Gapo-gapo pon mu nih meme kuat bejuang dih, nanti kim sale la ko abe mu, ayoh, mok mung deh, lamo aku tok gi kemamang umoh mu dih, last aku gi nga marini gi rayo haji rumoh mu dok, waa itula pes taim aku tok rayo mache, sbb mu la nih, bukang... sbb doh aku janji nga mung paayoh a. Wei mu nih, lalu mache bukang nok singgoh umoh aku mu nih, tau la mu xtau mmano, mu kabo je la kakku kalu sapa mache gak. Tu mu tgk slash, gi umoh aku dio cari sdiri jah, sene jah jupo, alase jah mu nih!!!

Teringat plok memori kkuca lana kito di pd dih... bilo mu nok wak buku wei... hok aku tokleh lupo (banyok sungguh aku tokleh lupo) port kito kat bilik atas dewan nun, pergh berani kito wat port situ dih, ore lain hok duk lamo situ tok berani, kito hok baru nih berani... ore kato tepat tu keras, tapi kito pon keras jg... Tp ke lph pok2 kito ppisoh belako, mu tau dok tepat tu jjadi blk istirehat spesel plok, siap econ lg... hampeh tul!!

Wei banyok aku nok bbua nga mu, slash, marini, jue, sahak, leh, puyin nga samsida nih... bilo la kito nok duk semejo sekali, mu la urus semo nih, aku payoh a... nga samsida meme terputus terus doh, puyin pon... Kalu jupo gak mesti byk crito dih. Tapi gapo-gapo pong meksal, mace aku royak ke slash nga marini la, aku tetap JOGHO!!! kwang... kwang...kwang... (kalu slash tau nih, teruk aku keno, dio nih, nok beranok llolo pon de lg sms kakku duk syaroh kakku, berat sungguh la... tu a sapo suh panggil ustak... ke masin mulut pok2 mu nih!)





Sunday, April 5, 2009

Syukur ya Allah...

Alhamdulillah... tak terkata rasanya aku bila melihat hujan yang begitu kami dambakan ini turun tanpa henti semenjak 4 pagi Sabtu kelmarin sehingga kini... Aku hanya mampu mengucap syukur yang tidak terhingga padaMu ya Allah kerana mendengar dan memperkenankan doa hambaMu yang begini kerdil ini...

Walaupun hujan yang turun tidak begitu lebat, namun turunnya nikmat Allah ini tanpa henti sehingga ke petang ini. Kelihatan tangki-tangki tadahan air hujan yang berwarna biru ini begitu bersedia menerima curahan hujan yang tidak putus-putus ini. Aku betul-betul teruja melihat panorama ini, begitu nikmatnya terasa bila air hujan yang kita betul-betul inginkan, akhirnya membasahi jua bumi Tegelam ini.

Bangun pagi selepas subuh, macam berada di alam mimpi pula rasanya, kerana aku mendengar curahan hujan di atas atap rumah aku... Sebetulnya ia adalah realiti apabila aku keluar ke tanah untuk melihat hujan yang turun ini. Lama aku di beranda rumah melihat titis-titis hujan yang turun dengan malu-malu ini. Teringin rasanya aku untuk berada di tengah-tengah titis hujan tersebut, namun memikirkan rasa dingin yang begitu terasa walaupun aku telah memakai sweater dan juga takut ternampak dengan pakcik Kisam yang biasanya selalu berada di pondok berhampiran titi, membantutkan niat aku tu...

Bila hujan dah turun dan memenuhi tangki-tangki air ini, maka air paip yang disalurkan ke dalam rumah juga sudah kembali berfungsi seperti biasa. Jadi aku mengambil kesempatan ini dengan membasuh pakaian aku yang dah membukit tu... penat juga tu.

Apa pun peristiwa hujan yang tidak turun berminggu-minggu sehingga menyebabkan kami hampir-hampir terputus bekalan air ini membuatkan aku betul-betul menginsafi diri. Sesungguhnya air hujan yang turun ini bukannya suatu perkara yang ingin menyusahkan kita, sebaliknya merupakan nikmat dan kebaikan kepada kita, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bumi ini. Biasa juga kalau hujan turun, kita akan merungut mengatakan "alamak habislah baju yang aku jemur...", "habisla jalan raya akan jadi licin, jalan bertanah akan jadi becak... menyusahkan betul...", mesti pakaian aku kotor lepas ni, dahla payung tak bawa... huhuhu"... dan pelbagai lagi rungutan kita apabila hujan turun.

Moga-moga selepas ini, kita tidak akan lagi merungut dan menunjukkan rasa tidak puas hati di atas nikmat hujan ini...

Sempena hujan yang turun ini juga, telah membawa satu perubahan baru dalam hidup aku... Hahaha, gelak kuat-kuat skit!!! Korang jangan tak percaya, aku berjaya memasak tu... Tengokla rupa masakan aku buat pertama kalinya ini. Masakan pertama aku udang galah masak merah dan ubi keledek goreng ala-ala mache... Jap, aku nak tergelak ni... kwang...kwang... Peristiwa aku memasak ni terjadi disebabkan roomate aku, Lis ni dia keluar ke Kuching, manakala housemate aku Nisa pulak memang setiap minggu dia kelik rumah dia kat Serian nun... Jadi, dah aku sensorang ni kena la masak, kalau tak kebulur pulak aku nih. Puteri ngan Al ada kat rumah sebelah nun, takkan nak suruh dorang masak kat aku plak.

Jadi hari pertama aku masak mudah je, sambal bilis ngan sayur air kentang. Chewah! Pastu hari ni, ada pakcik tu datang jual udang, jadi aku beli je letak dalam sinki. Duk fikir aku nak buat apa ngan udang ni, dahle Lis takde. Adusla... Dengan tersenyum-senyum, aku mintak Puteri tolong tunjukkan kat aku cara-cara menyiang udang nih. Apa lagi, sudah Puteri tunjukkan aku cara-caranya, akhirnya aku berjaya juga menyiang sekilogram udang nih. Pergh ganah piz... Hahaha... Dah siap tu, aku termenung lagi, apa aku nak buat ngan udang ni, dahle Puteri dah kelip-kelip mata kat aku, suh aku masak spesel sekali, sebab dia nak rasa aku masak pulak, dah masuk empat bulan aku kat sini Puteri cakap dia tak pernah rasa pun aku masak. adusla problem nih, aku baru je nak mintak Puteri je tolong masak udang nih. Fikir punya fikir, aaaahh aku hentam sajala. Aku bland je semua, bawang, lada kering nih dahtu aku campaksemua dalam kuali tu... buh gula, garam, sos, kicap semua, last skali campak udang tu... bila aku rasa dah lama aku angkat jela. Bila aku nampak dah ada rupa udang masak merah tu, kira jadi la.

Bila aku tengok Puteri dengan Al makan takde mengadu sakit perut ke, sakit kepala ke sakit kaki ke... kira masakan aku tu jadi la... Hahaha... Se lagi, ubi keledek goreng tu, aku tengok ubi tu dah berminggu-minggu kat dapur aku tu, jadi daripada rosak macam tu aku cuba la goreng. Nak buat tepung dia tu, aku mintak khidmat nasihat dari mi aku kat Mache... hehehe, mesti tergelak guling-guling famili aku kat mache tu bila aku kata aku nak masak! Huhuhu... Kira, jadi la tu masakan aku ni, kira cubaan pertama nih... ni Lis dah balik, aku serah semula la dapur kat dia...


post signatureItu la dia, betapa sesuatu benda yang ada di depan mata kita ni biasanya kita tak ambil peduli dan tak menghargainya... tetapi apabila benda tu tetiba hilang atau terus tidak muncul-muncul kita tercari-cari dan meminta-minta pulak... Itula perangai manusia yang sentiasa alpa kepada kebesaran dan nikmat Allah subhanahuwataala...

Apa pun, amaran dari aku: Awas!! Korang jangan gelak guling-guling, ni amaran keras dari aku!!!


Wednesday, April 1, 2009

Air


اللهم صيبا نفا

“Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat
(untuk manusia, tanaman dan binatang)”


Ya Allah ya tuhanku, aku mohon pada mu ya Allah, titiskanlah air hujan di bumi Tegelam ni, basahkanlah tanah dan penuhkanlah air hujan di sini ya Allah. Kami amat-amat memerlukan air hujan ini... Ya Allah ya rahman ya rahim...


Sudah dua minggu semenjak aku kembali ke Tegelam ni, air hujan tidak menampakkan wajahnya... sedih bila aku memikirkan keadaan ini. Bukan apa, kami di sini memang mengharapkan air hujan untuk kegunaan harian kami, mandi, memasak, membasuh semuanya berasaskan air hujan yang ditadah di dalam tong-tong biru yang besar ini. Bila hujan tidak turun, semestinya kami terputus bekalan sumber air utama kami ini.

Tengoklah, sekarang air yang dibekalkan terus ke dalam rumah sudah habis digunakan, yang tinggal hanya air tadahan di dalam tong yang berada di luar rumah. Itu pun dah tinggal suku lagi... Air ni lah digunakan untuk membasuh pakaian, pinggan mangkuk dan mandi. Mujurlah untuk memasak dan berwuduk, air hujan yang ditapis masih belum habis, kalau tak tak tahulah macam mana... Betapa rumitnya ketiadaan air ni, aku setiap pagi selepas subuh, waktu petang dah kena mengangkut air, dah memang macam ni nak buat macam mana dah. Penduduk rumah panjang pun aku tengok dah ramai mandi dan membasuh kat sungai tu... Anak-anak murid aku pun duk ajak aku join diorang mandi sungai... Adusla tak sanggup aku... Budak-budak ni siap ajar aku macam mana nak tapis air sungai nih, kawasan mana si croc tak selalu muncul, siap nak ajar aku berenang lagi... huhuhu...

Aku rasa sehari dua lagi cukup lagi air dalam tangki air ni untuk kami 12 orang ni... lepas ni tak taula aku macam mana... Tengokla, si Josh tu siap panjat tangki air untuk sambungkan air ke paip getah... Badan-badan kami pun dah terasa gatal-gatal dan tumbuh biji-biji merah, mungkin disebabkan air yang kami gunakan dah tercemar. Apa pun terpaksalah kami mengharungi ujian ini dengan redha, sebab sekurang-kurangnya kami ada lagi alternatif lain iaitu air sungai...


Nampaknya, kalau air hujan tak turun juga dalam sehari dua ni, terpaksalah aku mengangkut air sungai ni pulak, tak sanggup rasanya aku nak mengikut kawan-kawan aku yang lain secara terbuka bermandi-manda di sungai seluas ini, ada croc pulak tu... ooo tidak!! Semoga aku terus dapat mengekalkan prinsip dan pegangan aku ni, dan aku juga amat berharap moga kawan-kawan aku ni turut kembali mengetahui yang mana boleh dan yang mana tidak boleh. Aku memang manusia yang mempunyai selemah-lemah iman kerana tidak mampu untuk menegur kalian semua, aku hanya mampu menegur di dalam hati sahaja... Yang pasti aku amat rasa bersalah dan kecewa....

post signatureApa pun, aku amat dan benar-benar berharap agar hujan akan turun membasahi bumi Tegelam nih, ampunkan segala salah dan kesilapan kami ya Allah...