Sunday, August 30, 2009

Resepi Ramadhan: Kerabu Darat

Resepi seterusnya, Kerabu Darat. Tau tak, apa maksud kerabu darat ni? (man, demo tau ko?) Kerabu ni kerabu la, campuran daun-daun kayu nih, pastu darat ni, darat la, atas darat bukan atas laut. Jadi kerabu darat ni maksud dia, kerabu yang dibuat di atas darat. Gitulah lebih kurang maksud dia. Paham-paham sendirilah.

Mudah sangat buat kerabu nih, sambil main-main je. Jom kita tengok!



Bahan-bahan:

1. Beberapa jenis daun kayu seperti, daun kesum, pucuk ketereh, daun kemudu, daun serai, dan ulam raja serba sedikit.
2. Batang serai
3. Sebiji buah mangga muda.
4. Bawang merah.
5. Bawang putih.
6. Bawang besar.
7. Lada besar hijau (atau cili merah).
8. Limau nipis.
7. Ikan panggang tawar .
8. Kelapa goreng.
9. Gula
10. Garam
11. Sos bilis ;)

Cara-cara:



1. Sediakan beberapa jenis daun kayu seperti daun kesum, pucuk ketereh, daun kemudu, daun serai, dan ulam raja serba sedikit.
2.-3. Potong atau mayang daun-daun kayu ini dengan halus (jangan tebal sangat, nanti tercekik!)
4. Potong atau mayang halus buah mangga muda.
5. Potong lada besar, lada merah, bawang besar, batang serai dan masukkan ke dalam daun kayu yang telah dipotong halus tadi.
6. Kisar bawang merah dan bawang putih.


7. Kisar isi ikan pangang tawar dan kelapa goreng tadi dan campurkan dengan cara no. 6. Masukkan sedikit garam dan sedikit gula, sedikit sos bilis (budu laaa, nak bubuh takpo, toksir bubuh pon takpo) serta perahkan air limau nipis dan kemudiannya dimasukkan ke dalam cara no. 5.

8. Masukkan buah mangga yang telah dipotong halus ke dalam cara no. 7 dan gaulkan kesemuanya dengan perlahan.

Dah siap kerabu darat. Senang dan mudah, dan semestinya sedap dimakan begitu sahaja. Kenapa kerabu ini tidak dimasak di atas api? Sebab kalau dimasak, zat-zat daun kayu yang segar nih akan tiadala. Kalau kita makan kerabu darat begini semua zat ada. Betul aku cakap ni, aku ni selain mengajar subjek Matematik, aku juga belajar Kemahiran Hidup masa kat IPKB tu, jadi cara pemakanan seperti kerabu darat ni baik untuk kesihatan, sesapa nak diet dengan hanya memakan kerabu darat ni pun boleh juga.


post signatureWaahh banyak betul resepi nih, sejak bila ni piz wei!! Aku duk tepek resepi nih, sebab hari ni hari terakhir aku berbuka puasa kat mache nih :( esok aku terpaksa ke tegelam sinun nun. Tu pasal aku tepek je resepi nih. Nanti aku duk tegele aku tau dah resepi aku kat sane ape, ke korang nak cuba juga ke resepi tegele nun? hahaha. Resepi singge daging kak memot, lepas ni plok. Wei antu, umai tu kat Sarawak, loni aku duk kat mache, jadi aku tak ingat dah umai tu gano, kene aku sampai kat kuching dulu baru aku ingat! Mu ambik je resepi kerabu darat nih, lebih kurang je, lagi sedap dari umai tu.

7 comments:

Man said...

Ambo tok rajin make kerabu darat... sekalo gulai darat jah... hok tu meme ambo berehi ;)

maymot said...

mu tak berehi sudoh man...
meh sini bui ke kak piz weiih..hi3

sedap kerabu ni piz...mana nk cari mangga muda ni?
kt pasar ada jual ke..?
mcm tak penah nmpk je org jual mangga muda...
ganti benda lain leh ke piz kalau pauh xde?

cantek hirisan ulam2 tu..
sapa yg hiris halus2 comey gitu..?
rasa bkn piz...muahaha

**oit piz...
takkan daun serai masuk sekali????///@@###
;p
;p

piz said...

man wei...

ho la gula darat so lg dok, esk ambo nk try wak sbb kkakah dio ado blako doh ni:D

piz said...

kak memot wei...

man tu buke x berehi kerabu darat tu, dio x prnoh jjupo lg tu.

pauh mudo byk la kak kt pasar tu, tu pauh tu rasenye adik wak balik dr rumah die kt tangkak tu, die kate byk sgt buah pauh ni loni, kt klate pon byk laa. kalo xdok buoh pauh, kt cr la buoh lain hok masam2 jg, mcm belimbing buluh ko blh jg. buh kacang pjg pon molek jg.

hok iris daun tu mi ambo, anok dio duk sibuk wak bendo lain ;)

rasonyo yo doh daun serai tu, ish.. ko daun kunyit? ai konpius molek nih. smula2 ambo tanyo mi ambo tu. tp x kisoh nk letok daun2 gapo pon kak, biaso ddaun2 kayu hok warno hijau la oe wak kerabu nih.

Man said...

ho la k.memot, ambo x rajin laghi make goni... tapi nampok sedak gok takpo nanti suh ma jr ambo wat... mugo resepi ado doh, ko guano piz?

piz said...

man wei...

kalu demo tanyo ambo gak jwpe dio gak meme sedap laaaa..

molek a try a wak, oloh la man, x payoh nnati ko ma jr wak, demo pon blh wak sdiri, 10minit jah nyo :D

Anonymous said...

Pada anggapan saya, perkataan "darat" untuk Kerabu Darat atau Gulai Darat ada lah bermaksud, "menu simple" di buat oleh org kampung atau pendalaman yg mana bahan² nya ada di sekeliling rumah. Jika di amati perkataan "darat" itu menunjukkan bahawa orang itu jarang bercampur dgn orang yang dah "maju" atau "orang yg mempunyai persekitaran moden". Umpama nya jika kita tidak tahu sesuatu perkara yang moden samada teknologi atau perubahan terbaru apa²perkara, maka nya orang belah Kelantan cakap, " weyy, darat nya mu nih". Itu lah pemahaman saya tentang perkataan "darat" itu. Adik beradik perkataan "darat" tu, ia lah "bodo". Contoh nya "mee bodo", maksud nya mee di goreng tanpa di masukkan ayam atau daging atau sayur atau campuran lain. Wallahuaklam