Sunday, May 10, 2009

Coretan Rasa Seorang Anak

Bulan Mei ni banyak hari-hari istimewa yang disambut oleh masyarakat di seluruh dunia... antaranya ialah setiap 10 Mei disambut Hari Ibu, 16 Mei Hari Guru dan 20 Mei Hari Jururawat. Walaupun sambutan hari-hari tersebut bukan menjadi amalan dalam agama Islam, tetapi sebagai tanda ingatan dan sedikit penghargaan kepada mereka semua...

Bersempena Hari Ibu ni, aku pun ingin mencoret sedikit luahan hati aku sebagai seorang anak yang mempunyai seorang ibu yang sudah berusia 59 tahun ni, isteri kepada seorang suami yang berusia 60 tahun dan juga seorang ibu kepada 12 orang anak-anak yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah yang hanya mampu difahami olehnya sendiri...

Dicoretan ini ingin aku melakar cerita mengenai kisah "Mok" dan "Mi" ...


Ini adalah wajah-wajah tiga orang ibu yang wujud dalam hidup kami ini... Dua orang daripadanya adalah nenek aku dan seorang lagi semestinya mi aku yang sedang membelai adik aku yang paling bongsu itu... Namun, kedua-dua nenek kesayangan ku ini telah selamat kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu... Aku sebagai seorang cucu amat merindui kehadiran seorang nenek yang sebegitu dekat dengan kami adik beradik ini... Aku memanggil kedua-dua nenek aku ini dengan panggilan "Mok". Kedua-dua nenek aku ini amat menyayangi dan memanjai kami adik beradik. Nenek di sebelah Abah aku tinggal di kampung dekat dengan pantai, mempunyai tujuh orang anak, manakala nenek di sebelah mi aku tinggal berhampiran dengan rumah aku kat Mache nih dan mempunyai empat orang anak. Setiap kali cuti sekolah mesti abah aku membawa kami pulang ke kampung nenek... seronok sungguh aku pada waktu itu.

Satu keistimewaan nenek aku yang masih aku ingat sampai kini ialah ingatannya yang amat kuat itu... Bayangkan nenek aku yang tua itu dan mempunyai berpuluh-puluh orang cucu dan cicit ini dapat mengingati semua peel dan tahap pelajaran cucu-cucunya ini... Setiap kali aku berjumpa ngan nenek aku ini, pastinya dia akan sering bertanya dan berkata... "ni tahun ni piz (bukan nama manja) dah semester duo doh ke, lepah ni ado 4 semester lagi la nok abih, maksudnyo tinggal lagi 2 tahun la nok abis belaja dok??". Ha bayangkan, bukan aku sorang dia menghitung begitu, dengan semua cucu-cucu dia pun dia ingat macam tu... namun tatkala aku tamat belajar dan sedang menunggu keputusan peperiksaan terakhir diploma aku, nenek aku ni sudah kembali ke rahmatullah, meninggal dunia di rumah aku ini... Akhirnya cita-cita seorang ibu ini untuk meninggal dunia di rumah anak lelaki tungalnya ini tercapai jua... tiada kata, tiada esakan kedengaran di waktu arwah nenekku menghembus nafas terakhir di ribaan abah ku, dengan masih berpakaian telekung solat, tatkala selesai memberi salam terakhir di waktu subuh yang dingin itu... yang kedengaran hanyalah lafaz kata "lailahaillallah muhammadurrasulullah..." berulang-ulang kali... Manakala aku hanya mampu berdiri di sisi tanpa kata, hanya di sudut kecil hatiku hanya mampu melafazkan "innalillahiwainnailaihirojiuun..." ...

Mengingati peristiwa pemergian nenek ku ini, mengundang juraian air mata di pipiku... dua minggu sebelum nenekku menghembuskan nafasnya yang terakhir, sering nenekku meminta kami cucu-cucunya yang ramai ini bergilir-gilir mengurut kaki dan belakang tubuhnya yang kurus bertulang itu... mungkin mahu bermanja dengan anak cucunya buat kali terakhir... aku masih ingat, tatkala nenekku memanggil-manggil namaku, aku melangkah dengan rasa terpaksa kerana pada masa itu aku tengah ralit bermain "games" di komputer, namun aku tetap patuh memicit kaki dan belakang nenekku itu, dengan rasa tidak ikhlas sepenuhnya... Nenek aku ni, suka sangat bercerita mengenai kisah abah dan makcik-makcik aku di waktu kecil, sering memberi nasihat dengan suaranya yang agak perlahan itu... selalu menasihati aku supaya menjadi anak yang menurut kata mi ngan abah aku, jangan degil, keras kepala, jadi anak yang baik, selalu tolong mi aku kat dapur, kemas rumah, tengok adik-adik aku dan tidak lupa belajar dan mengaji quran rajin-rajin, nanti kalo "mak" dah tak ada, boleh la aku selalu menyedekahkan ayat-ayat suci al-quran untuknya kelak... Ini lah antara pesanan terakhir nenekku ini... Dan kini aku tidak lagi berpeluang untuk mengurut kaki dan belakang nenek-nenek aku ini, yang aku mampu dan terdaya aku lakukan hanyalah menyedekahkan ayat-ayat suci al-quran dan doa semoga roh kedua-dua arwah nenek aku ini dirahmatiNya dan tergolong di dalam golongan orang yang beriman...


"Mi" panggilan manja aku dan adik beradik aku kepada ibu atau emak yang melahirkan kami ini... Orang kata, setiap kali seorang ibu itu melahirkan seorang anak maka terputus beberapa urat penting di dalam tubuh badan si ibu ini... bagaimana pulak dengan mi aku ni yang bersalin sebanyak 11 kali untuk mengeluarkan 12 orang anak dari rahimnya itu... MasyaAllah, besar sungguh pengorbanan seorang ibu ini, sanggup mengorbankan nyawanya semata-mata untuk melihat anak-anaknya ini turut sama menikmati keindahan alam di luar sana... Tapi bagaimanakah pula kami sebagai anak ini menghargai segala pengorbanan seorang ibu ini... mampukah kami membalas segala jasa, kasih sayangnya yang tak terungkap ini... persoalan yang sering aku terfikir semenjak aku mula menginjak dewasa, dan mula memahami segala pengorbanan mi untuk semua anak-anaknya ini...

Mengingati perangai aku sejak dari kecil dan sehingga dewasa ini, rasanya terlalu banyak kesalahan dan perbuatan aku yang mungkin mengecil hati mi aku nih... Aku ni dah la sedikit kasar, keras kepala, sering memberontak, yela budak-budak macam aku ni memang macam ni la... Tapi bila aku sambung belajar, belajar duduk di asrama, duduk berjauhan dari mi aku barulah aku terasa, selama ini begitu banyak kesalahan yang aku lakukan sehingga melukakan hati mi aku nih. Antara kesalahan yang aku terasa begitu bersalah sehingga ke hari ini ialah aku berkeras hati untuk menyambung pelajaran di kolej selepas SPM dan menukar bidang pengajian aku dari aliran agama kepada aliran sains, padahal harapan mi aku untuk melihat aku menyambung pelajaran ku di dalam bidang keagamaan di bumi Mesir... tetapi disebabkan sikap keras kepala aku ni, mi aku akhirnya rela mengikut kata aku nih... akibatnya, aku sorang sahaja yang tahu..., dan selepas itu, aku terus bertekad di hati aku ini untuk mengikut sahaja apa sahaja kata-kata dan pendapat mi aku... dan syukur Alhamdulillah, hari ini aku mampu juga merealisasikan impian mi aku untuk melihat aku dan adik beradik aku yang lain menjadi seorang guru walaupun impian mi aku untuk melihat aku menjadi seorang ustz tidak tercapai...

Betapa kata-kata seorang ibu itu adalah satu doa kepada anak-anaknya... Kita sebagai seorang anak ni hendaklah selalu mendengar dan menurut kata seorang ibu itu... Mengapa perkara sebegini begitu payah untuk dilaksanakan oleh seorang anak ini... Sungguh aku tidak menyukai perumpamaan yang menyatakan "seorang ibu dapat menjaga 10 orang anak, tetapi adakah 10 orang anak mampu menjaga seorang ibu??"... semoga aku dan adik beradikkku tidak tergolong di dalam 10 orang atau 12 orang ini... Betapa jasa dan pengorbanan seorang ibu itu memang tidak mampu terbalas oleh anak-anaknya, namun kita sebagai seorang anak hendaklah berusaha untuk membahagiakan seorang ibu itu dengan nenurut kata dan jangan sesekali menderhaka kepada kedua ibubapa kita ini...





post signatureSemoga mi dapat mengampunkan segala salah silap ore dan adik beradik hok lain selama ini... dan harapan kami adik beradik ni semoga mi berasa bahagia dengan kehidupan kita sekarang ini walaupun kami tidak selalu berada di rumah... walaupun sehingga kini kami masih lagi menyusahkan mi nga abah... walaupun sehingga kini kami masih lagi tidak mampu membalas segala jasa dan pengorbanan mi yang tidak ternilai ini... Semoga hadiah kami yang tidak seberapa itu mampu memberi sedikit kebahagiaan buat mi nga abah... dan moga-moga kita semua senantiasa berada di bawah limpahan rahmat Ilahi... amin ya robbal'alamiinn...

Tahniah juga buat semua yang bergelar ibu... buat kakak aku, kakak ipar aku, sahabat-sahabat aku, juga buat kak memot dan kak lb... "SELAMAT HARI IBU...".



3 comments:

Evelyn said...

terharu lak baca posting piz nih. den pon ada nenek alhamdulillah masih sehat dan segar. nenek den nih seingat den dari den bayi lagi sgt menjaga solatnya. nenek den tak penah tinggal solat sunat. sblm subuh, beore n ater zuhur, b4 asar, after maghrib, b4 and after isyak. seingat den sekali pon tak penah tinggal dr den kecik lg. pastu hari2 mengaji. kdg2 lepas ngaji, dia baring2 sambil menghafal.. dia ulang balik ayat2 surah yg dia dah hafal.. sampai sekarang nih alhamdulillah ingatan dia sgt kukuh skali..

piz said...

tu la lyn, tetibo teringat ke arwah nenek2 ambo nun, ko mi ambo tu toksoh royak la (k.memot duk die!)..

syukurla nenek lyn sokmo duk beramal gtu, molek sgt tu, doh kalu tgk nenek wak gtu gak, cucu pon ikut la getek, ke guano lyn ;)

"Robbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama robbayana soghiro..."
--> pakat2 doa sokmo dok :)

maymot said...

huhu piz...

malam ni kak tido bantal basoh la...

sedih dan terharu baco citer piz ni...

Ho la piz...kasih mok,ibu,umi,mak ni memang tak ternilai...

Esok2 piz jd mok...,piz raso la...