Awal pagi tadi, kebiasaan pukul 7.10 pagi aku ke sekolah, buat apa yang patut, lepas tu kalau takde kelas, aku balik sekejap untuk mengambil sarapan pagi sambil membaca berita-berita terbaru kat internet ni... Dalam duk ralit membaca cerita pasal politik Perak nih, aku masuk la blog Cina Islam ni, duk asyik baca cerita ngan tengok gambar-gambar pasal perak ni, tetiba aku terbaca email ni kat blog ni:
08 Mei 2009
Di Celah-Celah Kesibukan Kilang: Demi Anak (Warga kilang)
(Email diterbit tanpa edit)
Sekarang jam 10:50 mlm 30 April 2009. Tadi, lebih kurang jam 8:30 mlm selepas berkumpul lepas maghrib di Masjid Seb Jaya, P Pinang; bersama-sama dengan 3 orang sahabat dari NGO Wargakilang.com kami bertolak ke rumah Flat PPR Bagan Ajam, Butterworth.
Saya tak berapa tau sangat kisah keluarga yang kami nak ziarah ini, tapi 3 org rakan saya ini memang beria-ria sangat mengajak saya ke sana. Dalam perjalanan, saya tanya sahabat saya sdra Shukri (kilang Seagate) apa cerita keluarga ini? mcm mana boleh tau kisah depa ni?
Shukri habag, baru-baru ni dia tengah rush nak masuk bank, Maybank kat Seb Jaya nak masuk duit jual keta; waktu dia tengah dok kelam kabut tu, tiba-tiba ada sorang hamba Allah mai bagi salam kat dia, minta tolong.
Shukri tanya nak minta tolong apa?
Hamba Allah tu kata:
"Saya bukan nak minta duit bang, cuma....(dlm nada tersekat-sekat)..cuma...kalau boleh nak minta Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!" (sambil dok tunjuk kat anak dia - pompuan 2 tahun setengah yg dia tengah dok dukung itu).
Baca seterusnya di sini...
(Lagi kisah WargaKilang)

Melihat dan menghayati kisah saudara Rosyidi ini teringat pula kisah zaman aku belajar di sebuah kolej di pd hampir 10 tahun yang lalu, kisah seorang ibu yang tidak mampu untuk membelikan susu yang sihat untuk anaknya... Kisahnya begini...
TAHNIAH buat abang mi dan miss nani, semoga sentiasa dirahmati dan kekal hingga akhirnya...
Waaa rindu sungguh dengan kawan-kawan, makcik, pakcik dan guru-guru kami di sana...
Ape pun... kita kena ingat:
Begitulah kisah suka duka di dalam kita menjadi seorang kembara di bumi Allah ini... Ingat, dunia ini hanya sementara sahaja... akhirat jua yang kekal abadi... Jadi janganlah kita lokek untuk sama-sama membantu insan lain yang lebih memerlukan, mungkin hari ini kita senang... esok lusa... tiada siapa yang tahu... Wallahua'lam...
0 comments:
Post a Comment