Tuesday, May 26, 2009

Contoh Karangan Calon UPSR

Sebelum kita mengomen apa-apa... jom kita baca dahulu karangan bahasa Melayu seorang murid UPSR ini yang diambil daripada blog ni...

Kemalangan yang mengerikan

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris:

"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Apa perasaan anda membaca sebuah karangan bahasa Melayu ini? Tidak pernah saya terfikir budak yang berusia 12 tahun, yang menduduki UPSR dapat mengarang sebuah karangan yang sungguh jauh jangkauan dari pemikiran kita. Betapa pemikiran kanak-kanak ini melepasi tahap pemikiran yang sepatutnya ada pada kanak-kanak yang sebaya. Apakah punca yang menjadi sebab kepada penghasilan karangan ini? Cuba kita fikirkan...

Walaupun saya juga pernah menempuh alam kanak-kanak, meminati cerita kartun, animasi Ultraman, Gaban, Suria Perkasa Hitam, Sailormoon, Dragon Ball dan pelbagai cerita anime yang lain, namun tak pernah pula saya terfikir untuk mengarang sebuah karangan ala pemikiran kartun begini. Mungkin pemikiran budak-budak sekarang lebih terkehadapan daripada pemikiran kita pada zaman sebelumnya, walaupun cerita anime yang dipaparkan dari dahulu hingga kini ada yang masih sama dan ada juga yang lain, tapi konsep cerita anime ini adalah sama. Contohnya, watak penyelamat dunia dari raksasa, makhluk asing dan sebagainya tetap sama.

Mujur juga saya tidak mengajar subjek bahasa Melayu, agaknya mungkin saya juga akan mengalami tekanan dan mungkin juga akan menampakkan ciri-ciri tertekan, sebagaimana yang berlaku kepada kawan saya yang mengajar subjek bahasa Melayu, setiap kali kawan saya ini menanda kertas ujian dan buku latihan, pasti dia akan tersenyum dan ketawa keseorangan dan adakalanya akan menggeleng kepala tidak henti-henti dan ada ketikanya akan menunjukkan reaksi muka yang pelik... Susah juga hendak saya ceritakan.

Begitulah yang berlaku pada anak-anak, murid-murid dan pelajar kita pada hari ini. Pelbagai perkara pelik dan perkara yang tak sepatutnya wujud dalam diri mereka yang baru berada di bangku sekolah ini. Ibubapa dan gurulah yang perlu memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak ini... Betapa tugas seorang guru di sekolah bukan hanya mengajar dengan mencurah ilmu dan menghabiskan sukatan pelajaran, namun guru juga perlu mendidik mereka mengikiut acuan yang sebetulnya. Begitu juga ibubapa tidak sepatutnya menyerahkan tugas mengajar dan mendidik anak-anak ini kepada guru semata-mata.

post signature Tak tahu nak katalah, semakin hari pelbagai ragam murid-murid yang perlu guru-guru menanganinya. Kalau murid-murid ini berjaya, pastinya ibubapa akan merasa amat bangga sekali... tapi sebaliknya apabila murid-murid ini gagal, yang pasti guru yang akan dipersalahkan...

3 comments:

kak intan/fauziah/gee said...

kreatif walaupun tak logik..boleh buat filem dah besar nanti..filem fiksyen

Mine story said...

wahhhh... menarik tetapi x logik... otak calon ini sungguh genius...

dina said...

fuh ! kreatif tul laaa .. genius2...