Friday, May 29, 2009

Cerita Sebelum Bercuti

Sudah beberapa malam aku tak lena tidur ni, bukan ape, dalam kepala aku ni duk fikir nak kelik ke Mache jah... hehe. Malam ni pun sama juga, dah le kemas barang-barang kat atas rumah ni tak siap lagi, boring la, jadi aku duk main macam ni la. Pulak tu tadi LB ajak aku main teka-teki loghat Kelate kat Facebook, aku pulak jadi sifu nih, ala kacang jah, natijahnya, lb berjaya memenangi kesemua kuiz tu! Hahaha... Tapi ada juga le jawapan yang aku tersasul dan loghat yang aku tak pernah guna. Menurut lb aku kena balik mache pastu makan banyak-banyak budu tu, sebab nampak macam dah nak hilang dah pengayaan bahasa klate aku nih!!

Jadi, daripada aku duk memain kut lain tu (aku baru dapat game baru la... haha), baik aku mengetuk keyboard ni, ada juga faedahnya. Oleh kerana esok aku dah nak meninggalkan bumi Tegelam ni selama dua minggu (cuti sekolah le), jadi aku nak bercerita la mengenai minggu-minggu akhir di Tegelam nih. Banyak aku nak cerita, tapi malas la, aku cerita sikit-sikit dah le.

Minggu Peperiksaan Penggal Pertama


Biasala bila dah masuk pertengahan tahun ni, dan sebelum bercuti dua minggu, murid-murid sekolah kena menduduki peperiksaan penggal pertama dahulu. Haaa padan muka budak-budak ni, duk sibuk nak bercuti, nak sambut Gawai je, ni jawab dulu pereksa ni betul-betul baru boleh nak bercuti. Tapi sebelum budak-budak ni pereksa, aku la yang pening kepala. Ye a, semua soalan Matemati
k dari darjah 3 hingga darjah 6 aku yang kena sediakan... waaa penat juga a, nak kena cari soalan, pilih soalan, reka soalan, buat soalan dwibahasa, buat skema jawapan bahkan semua kerja -kerja mencetak soalan dan sebagainya semua aku kena buat (ai tak puas hati nampak!)... huhu. Walaubagaimanapun, keputusan keseluruhan bagi subjek Matematik kali nih dah bertambah baik, kecuali darjah 6, hanya 4 orang lulus daripada 6 orang murid. Darjah 3, 4 dan 5 semua lulus. Tak disangka Joranica ngan Ameliya yang sering bermasalah pun boleh lulus. Emm sampai hari ni aku masih tak bagi apa-apa pun hukuman kat budak berdua nih, susah a. Sebaliknya, aku gi belanja budak-budak ni aiskrim pulak, tapi untuk yang lulus je la, nak bagi semangat dan penghargaan untuk budak-budak nih. Sib baik budak 19 orang, kalau beratus-ratus orang satu sekolah, waa teruk juga aku ni (oi kene ikhlas wei!!) ...


Sambutan Hari Guru


Selepas budak-budak ni habis pereksa, sekolah kami mengadakan satu majlis sambutan Hari Guru secara sederhana sahaja, bersesuaianlah dengan keadaan sekolah kami ni. Tapi meriah juga walaupun bilangan pelajar dan guru hampir sama. Sebahagian orang kampung turut datang memeriahkan sambutan ini. Jam 5.30 pagi lagi, si Puteri dah mengetuk pintu rumah... oo rupanya aku ngan Lis ditugaskan untuk menggoreng ayam untuk jamuan nanti... ye la, takkan nak suruh makcik-makcik Iban yang memasak untuk kami ni... Seronok pagi nih, semua guru dan murid-murid nampak ceria je. Waaa senuanya nampak jangok-jangok belaka, aku macam biasa a, ganah!!

Tugas aku hari ni, jadi jurukamera bersama Josh. Adoila macam-macam gelagat guru-guru yang sempat kami rakam. GB aku pun nampak bersemangat betul hari ni, dengan berkot, bertali leher dan berkemeja warna oren tuu... bagus-bagus!! Antara aktiviti-aktiviti yang kami lakukan hari ini ialah bacaan ikrar hari Guru, "mensumbangkan" suara dengan menyanyikan 4 buah lagu, lagu Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang, Masihkah Kau Ingat dan "I Have a Dream". Kesemua lagu ni merupakan lagu pilihan dari GB kami... Selepas tu persembahan sajak dan sketsa oleh murid-murid. Dah penat dengar lagu tu, cikgu-cikgu, murid-murid dan orang kampung berpoco-poco pulak. Lepas tu aktiviti permainan yang agak menarik ialah permainan rebut-rebut kerusi untuk dewan undangan tegelam! Hahaha... Aku? Hehe... aku kan terer bab mengelat nih... sebab tu aku jadi jurukamera, jadi itu je la kerja aku hari nih. Hihihi... Dan aktiviti terakhir kami pada hari ni ialah makan-makan... yang ni aku tak mengelat, kalau mengelat yang ni lapar le...


Ha ni ape pulak gambar beras ni?? Ini la dia beras bukit atau pun padi huma tu. Wangi bau beras ni, macam kita letak daun pandan pulak (waaa lapar le pulak!). Kalau kita masak pun wangi bau nasi tu. Beras bukit ni sebenarnya dihadiahkan oleh murid-murid kat sini sempena hari guru nih. Diorang ni kalau bagi beras kat kita ni maksudnya dorang betul-betul menghargai dan sebagai ucapan terima kasih kat cikgu-cikgu ni. Ye la, kehidupan masyarakat kat sini memang macam ni. Tapi yang aku tabik kat orang kampung ni bab gotong royong, tolong menolong memang bagus la, lagi-lagi nak sambut hari Gawai ni, lagi la.

Duk bergembira menyambut hari guru ni, tetiba je Amelya (gambar) datang jumpa ngan aku dan semua guru-guru lain, nak bersalaman... ooo rupa-rupanya Amelya ni nak bertukar sekolah lain la pulak. Adusla... maknanya sekarang ni daripada 19 orang dah tinggal 18 orang je la murid kat sekolah ni. Tahun depan pulak, bila budak darjah 6 ni yang seramai 6 orang ni keluar, yang bertambah untuk darjah 1 ialah seorang sahaja... Huhu, hampir menyamai bilangan guru di sekolah ni la... Tapi takpe, bagus tu... boleh guna konsep mentor la, seorang guru-seorang murid. Ok la tu..., tapi jangan pulak nak mengajar menyanyi, tu dah tersalah konsep tuuuu... Semoga adik Amelya dapat terus belajar di sekolah baru dengan gembira lebih-lebih lagi dapat tinggal bersama ibu, ayah dan adik-beradik yang lain...


Hari Jumaat, 29 Mei 2009

Hahaha... hari yang aku duk tunggu-tunggu selama hampir3 bulan ni... yea... nanti siang nanti, habis sekolah, aku dan seme cikgu-cikgu kat sini akan keluar dari tegelam ni, balik kampung le, ape lagi... Dengan kuasa veto yang ada pada aku, aku telah memaksa adik aku yang kat Betong nun datang mengambil aku kat jalan besar kat luar nun. Dari Tegelam kami naik perahu bos. Lepas tu aku naik kereta ngan Nisa sampai ke jalan besar nun, adik aku nanti tunggu kat situ la. Pastu kami sama-sama la pergi ke Kuching nanti. Yela aku bukan sesaja paksa adik aku la, kebetulan dia pun nak kelik bercuti juga, jadi takde hal la. Nanti aku nak singgah kat suatu tempat, ada la aku nak buat sesuatu...hehe...


post signatureItulah dia cerita-ceriti aku sebelum aku balik bercuti. Waaa memang tak sabar le, banyak benda aku nak buat cuti nih, yang utama aku nak cari budu raja dulu, dah lama sangat tak makan... Ok semua, selamat bercuti kepada semua yang bercuti, yang tak bercuti tu jangan sedih-sedih la ye... :)

2 comments:

maymot said...

oo..camtu rupa beras bukit...

pendek2 je berasnya...nmpak dlm gamba la...

sebenarnya beras nya panjang ke pendek piz...??
bau wangi cam beras wangi ke...?

pos ke kak sket piz...he3

piz said...

tu beras bukit yg gred rendah skit, mcm beras hancur skit... kalo yg beras gred A, elok skit molek la, putih, halus gtu, x la pjg sgt. Beras die byk jenis, beras hitam pon ade jg.masa kt gawai hr tu, semo cg bidayuh ngan iban pakat borong beras ni berguni, sbb murah la skit.

nk pos setakat segenggam blh a..., tp kalo tetiba kak mengidam nk make beras bkt ni, br ambo pos kt kak... haha