Saturday, February 7, 2009

Jagu ke Baya' ke Buaya ke "Crocodile" ni???

"Chegu... chegu... itu jagu, chegu!" Tetiba suara pakcik Karim dreba perahu tgh hari tu, memanggil kami supaya melihat ke tebing sungai, sambil menunjuk ke dua-dua belah tangan dia menyerupai mulut buaya, huhu... rupa-rupanya pakcik Karim tunjukkan kami si croc yang sedang melepak sambil menjemurkan dirinya kat tepi-tepi sungai tu... Kali pertama pakcik Karim tunjukkan croc, terkejut aku, ye la, aku mana nak paham sangat dialek sarawak nih, sampai terjatuh aku punya sarung kamera kat dalam sungai tu, punya la aku terperanjat. Tapi yang ni aku tak nampak sangat, tapi pakcik Karim cakap besar juga yang tu...

Adusla, selepas je aku dengar pakcik Karim kata kat depan nanti ada lagi... aku pun tak berenti-renti mengucap, gerun aku memikirkan kalau terserempak lagi ngan si croc ni. Pakcik Karim pula terpaksa membawa perahu ni menghampiri tebing sungai disebabkan arus sungai sedang melawan arus, jadi perjalanan kami ke pekan Simunjan pada hari itu mengambil masa 1 jam 30 minit, kalau ikut arus dalam 45 minit dah sampai.


Tengah aku duk mengambil gambar-gambar pemandangan kat tepi-tepi sungai, lagi sekali aku terkejut, bila pakcik Karim lagi sekali memberitahu si croc ada kat tepi sungai tu... Waa aku yang terkejut sambil terkaku melihat aksi si croc ni masih sempat juga mengambil gambar croc yang sedang berjalan-jalan di tepi sungai tu... Hoho, akhirnya, aku ditakdirkan juga melihat si croc ni secara realiti, baru sebulan aku duk kat sini dah boleh tengok, insan bertuah sungguh. Putri yang dah duduk kat sini hampir setengah tahu pun tak pernah lihat si croc ni lagi... Tapi yang aku lihat ni boleh dikatakan anak, kalau yang besar yang ibu bapak tu dia jarang nak menonjolkan diri, dia lebih selesa berada di bawah sungai ni... Itu la croc yang aku bulatkan merah yang aku nampak kat sungai nih. Ini betul-betul ni...


Ha ini lah tempat dan kawasan yang menjadi kesukaan si croc ni duduk melepak... tengok sungai yang gelap sedikit tu, korang jangan tak tau, masa kami melalui kawasan ni, terdapat seekor croc yang besar, tapi bila terdengar je enjin perahu kami ni, dia cepat-cepat menerjunkan dirinya ke dalam sungai... kawan-kawan aku termasuk pakcik Karim ni pun nampak croc nih, aku plak nampak air yang dah berkocak-kocak, dengar bunyi "plash" seperti orang yg baru melompat terjun sungai tu... yang lagi sekor plak, bila kami lalu je, dia pon nak tunjuk jaguh renang jugak, terus berenang nak saing ngan perahu kami... huhuhu dasat gak si croc ni ye.


post signatureIni la hari bersejarah untuk aku, Lis ngan Uya... tak pernah-pernah tengok buaya secara live nih, harap-harap lepas ni aku tak berjumpa lagi ngan si croc nih, cukuplah sekali ni je... Aku kalau boleh minggu-minggu selepas ni aku malas la nak keluar dari Tegelam nih, lagi pun stok makanan aku ngan Lis untuk sebulan dah kami beli semalam, cukuplah untuk sebulan ni. Aduhai nasib le mu piz, duk Tegelam...

2 comments:

maymot said...

piz..ala2 crocodile hunter laa,hehe

Patut piz gi salam ngan boyo2 tu..cam kat zoo nyer show,kuang3

piz said...

tu pasal kak, ala2 crocodile hunter plak,teringt sape tu pengacara dia yg mati kena bisa ikan pari tu, haa steve irwin dok.. kalu dio hidup lg blh suh dio menjejak croc kt tegelam nih!