Tuesday, March 16, 2010

Cuti



Salam cuti-cuti sekolah untuk semua murid dan pelajar. Buat yang ada kelas tambahan kat sekolah tu jangan lupa pergi pulak, jangan ponteng memonteng. Cikgu pun terpaksa kembali ke sekolah lebih awal kerana terpaksa bertugas...



Buat semua calon SPM 2009 yang mendapat keputusan baru-baru ini, juga diucapkan TAHNIAH dan teruskan perjuangan anda selepas ini. Jangan ingat anda berjaya melepasi tahap ini anda sudah rasa berjaya, hakikiatnya ini adalah permulaan anda untuk melangkah ke arah yang lebih jauh...

Tidak lupa ucapan TAHNIAH buat adikku Thaqif kerana berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan SPM ini. Harapan kami semua Qif dapat meneruskan dan menghabiskan tempoh pembelajaran dan hafalan quran di Darul Quran sebelum meneruskan bidang pengajian yang lain. Tinggal lagi 2 semester lagi Qif... sabar dan usaha banyak-bayak deh, jangan hiraukan cakapan rakan-rakan yang lain, jangan mudah patah semangat. Ingat sokmo pesanan mi, abah dan keluarga kita nih. Ok kih deh. Hadiah tu, insyaAllah kami kakak-kakak ngan abang-abang ni akan usahakan, yang pasti kih terus yakin dengan apa yang kih pilih sekarang ini. Kejayaan kih, kejayaan semua keluarga kita kih.


post signatureBesnye duk cuti-cuti di mache nih... Walaupun tak semua adik-beradik aku balik, tapi yang masih belajar dan yang bujang senang semuanya balik. Yang lain semua akan balik cuti bulan Jun nanti sebab cuti dua minggu. Tapi hari Khamis ni aku dah nak pergi sekolah dah, kene bertugas beb, huhu nasib leee. Cuti kali ni cuti memeningkan kepala aku, kenapa ini terjadiii??? huhuhu...

Friday, February 19, 2010

"Aku terima nikahnya..."

SAH!!!

Tahniah kepada adik aku, Munsif dan adik ipar terbaru aku Syidah yang selamat bergelar suami isteri selepas majlis aqad nikah di Banting selepas asar tadi dengan sekali aqad sahaja. Hari Sabtu pula majlis kenduri di rumah pengantin perempuan pulak.

Tahniah lagi sekali kepada adik aku, kerana anak pertama dalam keluarga kami yang memecah tradisi berkahwin dengan orang "luar", maksudnya orang yang asal dari negeri lain la, bukan senegeri. Pulak tu keturunan jawa la pulak. Apa-apa pun mak ayah aku ok je tu, takde halnya. Tu dia, baru la tahu sikit adat-adat orang jawa ni ye, berbeza la sikit dengan orang klate nih. Masa aqad nikah hari jumaat aku tak sempat pergi sebab aku terlewat sampai, yelah aku kan dari sekolah baru gi sana. Aku cuma pergi masa hari kenduri kahwin tu je. Hehe, siap berkompang, nyanyi-nyanyian, ada request lagu lagi... hehe... Ooo baru aku tau, masa pengantin lelaki sampai kat rumah dorang, mak pengantin perempuan tak boleh berada bersama, yang ada bapa pengantin perempuan je duk berucap-ucapan sambil dijawab bapa pengantin lelaki. Macam-macam... Apepun, makanan dorang best, nak tambah nasi segan le pulak, haha!

Semoga adik aku dan adik ipar aku sentiasa beroleh rahmat dan dapat mengamalkan konsep mawaddah wa rahmat dalam rumahtangganya tu sehingga ke akhirnya. Selamat juga kembali ke Kundasang. Dan aku akan kembali letih lagi bila cuti bulan Jun ni, sebab majlis menyambut menantu perempuan kat rumah aku di mache ni akan dibuat pada cuti sekolah bulan jun ni lah. Waaa aku dah rasa kepenatan dan keletihannya nih!


post signaturePenat juga aku kali nih, setiap hujung minggu je mesti tak ada kat rumah sewa aku kat Melaka tu, mesti ada kerjanya. Kalau takde program kat sekolah mesti aku ikut kawan aku balik ke rumahnya kat Tampin, kalau tak, aku balik Mache, kadang-kadang aku gi melepak rumah kakak aku main ngan anak-anak sedara aku kat Shah Alam tu. Aku ingat la hujung minggu ni aku nak melepak kat rumah sewa aku la pulak, letih juga duk berjalan-jalan nih. Tapi, aku dengar-dengar housemate aku cakap kalau aku tak ke mana-mana, dia nak ajak aku join rombongan mualidul rasul sekolah. Aduslaaaa, malasnya aku!



Aku dihambat!!!

Aku dihambat??

Sebenarnya, aku sesaja nak mencoretkan sesuatu kat blog aku ni, sementara menunggu ayam berkokok. Sebab tu pagi ni aku nak bercerita kisah menakutkan dan melucukan yang dialami oleh aku kelmarin semasa aku balik bercuti di Mache sempena Raya Cina ni.

Ceritanya begini, kelmarin aku pergi ke Klinik Kota Bharu, kebetulan aku kurang sihat jadi terpaksalah aku ke klinik dan mendapatkan mc untuk hari Rabu tu. Sekolah aku ni semua Islam, jadi cuti Raya Cina pun sekejap je lah. Jadi hari Rabu sepatutnya aku dah berada kat sekolah aku tu, tapi nak buat macam mana, aku kurang sihat hari tu, jadi aku kembali ke sekolah keesokkan harinya dengan keadaan sihat walafiat.

Kembali kepada cerita aku dihambat nih, selepas aku mengambil ubat kat klinik tu, aku pun keluarlah dan berjalan-jalan sambil mengeluarkan hanset aku untuk menelefon adik aku yang duk sibuk bersoping tu, baru je aku mengangkat hanset tu, tetiba seorang lelaki yang berpakaian tidak terurus menegurku sambil berkata "mari sini telepon tu nok pinje semeta!"... terkezut juga aku ni, aku rasa orang ni tak berapa betul, jadi aku cepat-cepat berjalan, bila aku berpaling je, aku tengok orang tu mengekori aku sambil menghulurkan tangannya, aduslaaa menakutkan aku sungguhla, aku pun cepat-cepat berjalan ke arah klinik tadi kembali, aku masuk ikut pintu belakang, bila aku berpaling, orang tu pun turut ikut aku sama... waaa ni memang aku tak gemar nih, aku pun cepat-cepat berjalan masuk ke dalam kaunter klinik tu. Pekerja-pekerja klinik tu semua terkejut tengok aku begitu. Tapi yang aku geramnya, aku dah masuk ke belakang kaunter tu pon orang tu masih ikut aku... huhu... pastu salah sorang pekerja kat situ pun menghambat orang tu keluar dari klinik tu. Dorang juga rasa pelik dan terkejut kerana sebelum ni, orang tu jarang kacau orang dan tak pernah masuk ke dalam klinik tu...

Selepas lima minit, pekerja tu cakap orang tu dah pergi, jadi aku pun keluarlah dari tempat persembunyian aku tuh. Aduslaaaa lawak le piz nih, biasa ganah, tapi hari tu kena kejar kat orang jiwa sakit gitu pun boleh lari sembunyik... Aku bukan ape, aku cuma gerun je tengok orang tu. Lepas tu aku telefon adik aku suruh datang cepat-cepat ambik aku ni, selagi adik aku tak sampai aku memang tak keluar dari klinik tu, walaupun pekerja klinik tu kata orang tu dah pergi. Tetiba je aku jadi fobia dengan orang sebegini, sebelum ni memang aku relek je bila terserempak dengan orang macam nih.



Cumanya bila aku terlihat dan memerhati kepada orang yang jenis sebegini aku rasa begitu simpati yang amat. Ye lah, kebanyakan orang yang tidak berapa betul nih sebenarnya bermula dari orang biasa, normal macam kita semua, tapi disebabkan ketentuanNya, terpaksalah kita menerima keadaan mereka ini. Antara punca yang aku ketahui menyebabkan mereka ni mendapat sakit begini adalah disebabkan putus kasih, mangsa cerai, tekanan perasaan yang terlampau dan juga semestinya iman yang kurang kukuh menyebabkan mereka mengikut perasaaa kecewa, perasaan sedih, perasaan sakit hati dan sebagainya dan akhirnya terjadilah kepada gelaran yang selalu kita gunakan seperti "sakit jiwa", "gila" dan sebagainya... wana'uzubillah min zalik...

Bila pagi tadi aku turun dari bas ekspress yang aku naiki dari Pasir Putih dan aku turun di Cheng, Melaka, sambil menunggu kawan aku datang menjemput aku, tetiba lalu seorang lelaki yang juga berpakaian selekeh, kotor melalui tepi aku, tetiba je aku rasa gerun, sebab takut terjadi sebagaimana aku dihambat di Kota Bharu tu, Alhamdulillah, orang tu tak mengacau sesiapa pun, aku ingat nak menghulurkan roti dan air kepada pakcik tu, tapi disebabkan pakcik tu berlalu dengan pantas aku cuma melihat sahaja. Takkan aku nak panggil pakcik tu pulak, tak pasal-pasal dia hambat aku kat situ pulak...


Tapi kalau aku menghambat dan dihambat oleh burung-burung merpati yang berpuluh-puluh ekor dekat bandar Kota Bharu ni best juga... Seronok aku tengok pakcik cina tu memberi makan burung-burung ni berhampiran kedainya, ramai sungguh burung nih.


post signatureMoralnya... jangan kita memandang seseorang itu walaupun orang yang berpenyakit sebegini dengan perasaan jijik, kotor dan sebagainya, sebab mereka juga insan biasa dan hamba Allah yang terpilih menerima ujian ini... Namun keuntungan kepada mereka, mereka ini tidak akan menanggung dosa yang dilakukan disebabkan akalnya sudah tidak berfungsi sebagaimana manusia normal yang lain... Semoga kita semua dipelihara dari penyakit sebegini...

Tuesday, February 2, 2010

Kembali Menjenguk...



Hampir dua bulan aku tidak meng"update" blog aku nih. Bukan apa, aku rasa teramat-amat malas, perasaan nak menulis dan mencoret sesuatu kat sini rasa makin lama makin hilang. Sebenarnya banyak benda aku nak menulis dan berkongsi cerita aku kat sini, tapi persen "MALAS" tu lagi banyak berbanding persen "RAJIN", jadi aku mengikut jelah mood malas aku nih...

Cuma tetiba je, bila aku terbangun dari lena aku pada pukul 2.30 pagi tadi, terasa pulak nak menulis sesuatu kat blog hampes aku nih. Penat juga aku menyapu habuk-habuk sampai terbersin aku nih, dahle seminggu dua ni aku diserang selsema dan batuk-batuk, mujurnya aku tak demam je. NI pun sambil menaip sambil keh keh keh bunyi batuk aku nih. Harap-harap batuk aku ni lekas baik, ye la, aku ni bukan berminat sangat dengan ubat-ubatan nih, harap selsema ngan batuk aku ni baik sendiri lah.

Align Center



Tengok aaa kartun hampeh nih, ayat-ayat dia ni menikam kalbu aku sungguh! Ye laaa aku nak sambung kerja aku la nih. Bukan nak sambung kerja sekolah, tapi nak sambung aktiviti sampingan aku dua tiga menjak nih, mengadap novel la pulak. Minggu lepas aku dah tamatkan bacaan novel baru yang bertajuk "Sembilan Nyawa" sapa lagi kalau tak penulis yang aku gemari; Ramlee Awang Mursyid. Minggu ni pulak, kebetulan aku balik Mache, jadi aku ambik buku adik aku yang bertajuk "Bidadari Paderi" yang ditulis oleh Saiful A. Imran. Ok, aku stop dululah kat sini, lain kali aku sambung balik, kerje sekolah banyak, tapi dengan peel malas aku nih, malas le aku nak buat lagi, lagipun esok-esok ada masa lagi, buat apa nak rajin sangat, kan tak pasal aku jadi "guru cemerlang" korang juga yang tak puas hati nanti... hahaha...


post signatureAdoi la piz, sengaja mencipta alasan, suka sangat nak mengelak buat kerja yang sepatutnya. Biasalah dah peel aku macam ni, susah sket nak ubah. Sebenarnya aku nak bercerita mengenai tempat baru aku ni, suasana sekolah baru aku nih, tapi aku takde mood lagi nak menulis, memakan sedikit masa, sebab ada sebab-sebabnya... yang pasti, manusia ni sentiasa tidak akan pernah berpuas hati apa yang diperolehinya pada hari ini... Ye lah, aku tengah menyesuaikan suasana persekolahan dan persekitaran baru aku nih. Yang pasti aku "PENAT"! Teringat pulak kat sekolah aku di Tegelam...

Friday, November 27, 2009

10 Zulhijjah 1430H



Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin buat semua sahabat dan pengunjung blog ini dan Selamat melaksanakan ibadah korban...



Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan kali pertama buat adikku Amilin dan adik ipar Zalina... Semoga berbahagia hingga akhirnya dan cepat-cepat menimang cahaya mata, ok!



Buat adikku Hakimin, Selamat Pengantin Baru, selamat melangkah ke alam baru, semoga dapat menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang baik. Harapan kami moga Kimin dan C'Teh akan terus berbahagia hingga akhirnya... (fuh! habis satu tugas aku, malam ni kali terakhir aku menggosok baju adik aku nih, beres satu kerja, kalau tak duk menyusahkan aku sokmo!)

Untuk semua sahabat, dijemput ke Majlis Kesyukuran Menyambut Menantu di Mache pada 5 Disember 2009... Jemputla ke rumah, kalau kebetulan lalu kut Mache tu ye... :D



post signatureCuti-cuti sekolah aku pun sibuk juga la, dengan banjirnya, dengan rayanya, dengan "bekwoh"nya dengan budak-budak kecik 4, 5 orang kat rumah aku nih, geger gegok rumoh aku nih. Gapo-gapo pun cuti sekolah juga le yang best, budak cuti aku pun cuti, sesapa tak berkenaan jangan jeles la ye...

Tuesday, November 24, 2009

Tinggal Dulu Tegelam...

Akhirnya... tiba jua saat aku meninggalkan bumi Tegelam ni khasnya, dan negeri Sarawak ni... Setelah lebih 10 bulan aku menjadi perantau di daerah hulu bahagian Samarahan ini iaitu di kampung hulu sungai Tegelam, Simunjan aku kini kembali lagi ke semenanjung dan akan memulakan tugasku seperti sebelum ini di sebuah negeri kecil di selatan tanah air. Syukur alhamdulillah, permohonanku untuk mengajar di SABK diterima jua, cita-citaku sejak dahulu akhirnya tercapai jua ...

Namun, walau perasaanku yang tersangat gembira kerana dapat berpindah kembali ke semenanjung, hati dan perasaanku tetap disurami rasa sedih dan pilu kerana terpaksa meninggalkan anak-anak didikku yang masih kecil ini. Bahkan saat-saat pemergianku merupakan tempoh yang begitu sukar bagiku untuk melepasinya...

Sebelum meninggalkan bumi Tegelam ini, sempat aku mencoretkan saat-saat akhir aku di sini buat ingatanku di masa-masa akan datang...


Persediaan sebelum Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil SK Tegelam 2009



Seminggu sebelum majlis penyampaian hadiah dan sijil ni, anak-anak murid aku ni dari tahun 1 sehingga tahun 6 begitu bersemangat berlatih untuk persembahan semasa majlis tu nanti. Kumpulan budak-budak ni dibahagikan kepada 4 kumpulan, dan kebanyakan mereka mempersembahkan tarian moden dan tradisional. Begitu bersemangat sekali budak-budak nih, boleh dikatakan dari waktu sekolah, petang dan malam dorang ni sanggup datang berlatih. Kadang-kadang budak-budak ni yang datang ke rumah ingatkan cikgu-cikgu ni suruh memantau latihan dorang nih. Nasib baik aku tak terlibat dengan persembahan budak, tapi aku suka juga menyibuk masa budak-budak ni berlatih, seronok tengok dorang nih.



Jamuan Perpisahan



Jamuan perpisahan ni aku adakan untuk anak-anak murid aku nih. Saja makan-makan, potong kek, biasa la tu. Nak masak memasak, aku kurang kepakaran, takkan aku nak masak ikan sardin, sambal bilis ngan sup telur kentang kut, ni menu harian aku kat sini, best tau... hehe... Budak-budak ni seronok le, aku turutkan je kehendak dorang ni nak apa, tak kisah la. Sambil-sambil makan, sambil-sambil borak ngan budak-budak nih. Semua soalan yang dorang tanya, aku layan je... Bila kenangkan budak-budak nih, rasa sedih la pulak ye...


Air Pasang Surut


Hari-hari akhir aku kat sini, sempat pulak aku merasa dan melihat suasana air pasang sehingga melimpah ke kawasan sekolah. Dah lama juga kejadian air pasang sebegini tak terjadi, mungkin dah masuk musim tengkujuh begini air pasang dan benak boleh dikatakan setiap hari akan berlaku. Aku seronok juga bila air pasang nih, sebab kalau kita naik perahu, dreba perahu akan berhentikan perahu nih betul-betul tepi rumah kita, takdelah penat-penat nak mengangkut barang jauh dari jeti tu. Lagi-lagi kalau masa air surut, adusla mencabar juga la, sebab kena meniti di atas titi yang licin dengan selut dan agak curam tu sambil membawa barang-barang. Pergh memang mencabar sungguh la bagi aku, masa ni selipar ke kasut ke tak tau kat mana dah, lebih baik berkaki ayam je sambil pijak-pijak lumpur nih, seluar tu habis berselut macam tu je. Kadang-kadang tu kalau tersalah pijak tu boleh terjelepuk la. Setakat aku duk kat Tegelam nih belum pernah lagi aku terjatuh, tapi hampir-hampir jatuh tu biasalah...


Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil



Sepatutnya Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil SK Tegelam ni diadakan pada 18 November 2009 (Rabu), tetiba terpaksa ditunda pada 19 November 2009 (Khamis), sebab ada kematian kat kampung nih. Jadi kena berkabungla semua orang-orang kampung nih. Hari Khamis tu, aku awal-awal pagi dah bersedia, ye la aku kan dilantik menjadi mc pada hari tu, jadi kena la buat apa yang patut kat dewan tu. Aku releks je, tak rasa apa pun sebabnya aku lebih kepada memikirkan berkenaan kepulangan aku ke semenanjung juga pada hari tu, ada la sedikit barang-barang yang belum aku habis mengemas tu. Pulak tu anak-anak murid ni pagi-pagi dah datang serbu rumah cikgu-cikgu yang menjadi guru pembimbing persembahan dorang tu, termasuklah rumah aku nih, sebab "rumet" aku ni guru pembimbing bagi persembahan murid tahun 4 dan 5. Jadi dorang duk berhias, bermakeup semua lah. Aku tukang menyibuk tu dah semestinyalah. Inilah suasana dewan kat sekolah aku nih sebelum majlis bermula. "Simple" je, takdelah hebat macam sekolah-sekolah kat luar sana nun... Ni pun dah kira ok la nih.



Haha, inilah dia persembahan tarian moden dan tradisional yang dipersembahkan oleh anak-anak murid aku nih. Pandai budak-budak nih menari. Yang tahun 1, 2 dan 3 pun comel je duk menari tu. Tetamu, Ibubapa dan orang kampung pun terhibur melihat telatah anak-anak ini. Patutla masa aku belajar kat Sintok dulu, yang biasa pandai menari dan join geng tarian kat sana ni, biasa orang Sarawak, kebiasaannya lah, tu masa aku dulu-dulu lah. Nasib baik bukan aku jadi guru pembimbing untuk persembahan budak-budak nih, kalau tak ada la ni aku suruh dorang berdikir barat ke bernasyid ke... hehe...



Kelihatan ibubapa dan orang kampung yang datang untuk melihat anak-anak mereka menerima anugerah. Satu kampung datang tu, seronok. GB aku pun duk bercakap dengan penuh semangat. Habis je majlis hari tu, pakat-pakat berposing sakan le semua ikgu-cikgu kat Tegelam nih, biasa la acara wajib, aku lagi le, hari-hari terakhir kat sini semua gaya, dengan semua orang aku ambik gambar, rakam nanti senang bila-bila aku rasa teringat ke Tegelam nih aku boleh la tengok balik, lagi pun memang hobi aku dah, dorang semua dah tau. Tapi bila aku belek-belek balik gambar dan video rakaman nih, takde pulak aksi-aksi sedih aku kat sini, semua nampak macam gembira je... emmmm...

Satu bahagian yang aku tak boleh lupa, sebab semua orang gelak sakan kat aku nih, satu Tegelam tuu... Sebabnya masa aku berpantun penutup tu, dari pantun berbahasa melayu aku mintak anak murid aku tolong terjemahkan kut bahasa Iban. Semua dah betul, tapi yang dorang gelaknya sebab bunyi sebutan aku tu tak berapa betul, kurang tepatlah, jadi dorang satu dewan tu la duk ajar aku sebut betul-betul, aduslaaa malu juga aku, tapi takpe, aku seronok la juga sebab orang kampung ngan anak-anak murid aku ni begitu gembira bila aku cuba bercakap dan menggunakan bahasa Iban nih walaupun sedikit salah, sampaikan ada makcik sorang tu mintak aku duk lama sikit kat sini, baru boleh sebut dengan lancar... Yang penting aku dapat tepukan gemuruh dari semua, bila aku habis baca pantun ni dengan bunyi yang betul... hehe...



Tinggal Dulu Tegelam...

Apa-pun, tanggal 19 November 2009, Khamis, 11.30 pagi, aku akhirnya melangkah dan meniti titi serta menaiki perahu buat kali terakhir di Tegelam ini...


Tinggal jua anak-anak muridku, bangunan sekolah berdinding papan, berlantai kayu dan beratap zink ini... Tiada lagi kedengaran bunyi deruan enjin bot yang sering menganggu tidur pagi aku... Tiada lagi bunyi kicauan burung yang selalu geger di tiang-tiang letrik dan di tepi tong-tong air... Tiada lagi bunyi hempasan ombak kecil atau benak di sungai yang seluas mata memandang... Tiada lagi bunyi ketukan-ketukan dan suara halus di pintu rumahku tatkala anak-anak murid ku ini datang menyerbu ke rumahku pada saban waktu dan ketika... Tiada lagi curahan air hujan terus dari langit yang digunakan untuk kegunaan harian... Tiada lagi bunyi enjin generator yang selalu dimatikan enjinnya sebanyak 4 kali sehari, namun tetap disambung sampai ke pagi... Tiada lagi... dan tiada lagi...

Yang pasti, sepeninggalanku di Tegelam ini, pastinya terhimpun satu memori yang begitu sukar untuk aku lupakan, dan merupakan pengalaman pertama aku mengajar di sebuah sekolah pedalaman di hulu sungai Batang Sadong, Sarawak ini...


Keputusan UPSR 2009



Di dalam perjalanan aku keluar dari Tegelam untuk pergi ke airport Kuching, tetiba kami mendapat sms dari cikgu Syah yang menjadi wakil sekolahku untuk mengambil keputusan UPSR 2009 yang diumumkan pada hari Khamis, 19 November 2009. Alhamdulillah, syukur padaNya kerana tahun ini sekolah aku SK Tegelam ni akhirnya berjaya melangkah keluar dari senarai sekolah berprestasi rendah (SPR), apabila sekolah kami berjaya mendapat peratus kelulusan pada tahun ini sebanyak 100% berbanding pada tahun lepas 25%. Sungguh gembira rasanya, tak terluah kata-kata, apabila mendapat keputusan ini. Walaupun tidak seorang pun mendapat 5A, namun kejayaan lulus untuk semua matapelajaran bagi keenam-enam murid kami ini merupakan satu kejayaan yang begitu besar bagi kami semua. TAHNIAH... TAHNIAH dan TAHNIAH.

Senarai penuh keputusan UPSR 2009 SK Tegelam:

  1. Cantona ak Roben -- BM2 A, Math A, Sains A, BM1 B, BI B (3A 2B)
  2. Durina ak Situit -- BM2 A, Math A, BM1 B, Sains B, BI C (2A 1B 1C)
  3. Brandon ak David -- BM2 A, Math B, BM1 B, Sains B, BI C (1A, 3B, 1C)
  4. Olivia ak Kaleng -- BM2 A, Math B, BM1 B, Sains B, BI C (1A, 3B, 1C)
  5. Roslend Min ak Itam -- BM2 A, Math B, Sains B, BI B, BM1 C (1A, 3B, 1C)
  6. Ramoson ak Jugah -- BM1 B, BM2 B, Math B, Sains B, BI C (4B 1C)
TAHNIAH kepada semua anak murid aku di atas kejayaan ini. Syukur sangat sebab subjek aku Matematik, 2 orang dapat A dan 4 orang lagi semuanya dapat B. Lagi sekali TAHNIAH!



Cenderahati yang ditinggalkan buat kenang-kenangan warga SK Tegelam... Moga sentiasa beroleh kejayaan dan kecemerlangan. Untuk semua sahabat seTegelam, teruskanlah usaha anda untuk terus mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan, walaupun bukan cemerlang dari segi keputusan peperiksaan, tanamkanlah kecemerlangan ini kepada keupayaan pemahaman anak-anak ini untuk memahami, dan mengetahui apa yang dipelajari setiap masa... Teruskanlah...


Enti bisi' pegong di ladang,
Ulih aku numpang bebasu'
Enti bisi' umur ti panjai,
Ulih kita bertemu baru...


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi...


post signatureBerakhir jua kisah hidupku di Tegelam... Apapun banyak kisah dan kenangan suka duka aku di sini... macam yang gb aku cakap, jangan diingat kisah yang luka, kenang sahaja kisah yang suka dan baik-baik... Untuk akhirnya, semoga tempat baru ku nanti akan mencorak suasana yang lebih baik daripada yang sebelumnya... Bermula 1 Disember 2009, merupakan saat penghijrahan aku secara rasminya di tempat baru nanti. Sudah adat orang muda, merantau ke sana ke sini ini sudah menjadi kebiasaan, lebih-lebih lagi aku orang klate nih... agak-agaknya di mana titik akhirnya aku ini... Apa susah, tahun depan kalau rasa nak cuba lagi, isi lagi borang tukar tu... mana tau ada lagi rezeki, boleh lagi terselit nama aku nih, kelik ke mache ke pulak, ye tak! Adoila piz nih, memang gini sokmo. Huh!

Tinggal dulu Tegelam...

Thursday, November 12, 2009

Sajak buat semua muridku...

Sajak versi Iban dan Melayu ni aku tujukan khas buat semua murid aku di SK Tegelam, Simunjan dan SK Sri Wangi, Gua Musang, serta kepada mereka yang pernah menjadi anak didik aku sebelum ni (SK Mata Ayer, Pulai Chondong, Sekolah Arab Assaadah, Tanah Merah dan Sekolah Qiraati Al-Huda, Machang) semoga rajin-rajin baca buku, belajar dan terus belajar...


Rajin Macha

Dinga dinga kitai
Semua membiak sekula
Anang sekali-kali
Enda rajin macha

Macha mayuh bup
Kitai nambah penemu
Macha surat kabar
Nemu berita dunya

Engkatak dalam empurung
Nadai runding nyukung
Giga meh pemandai
Awakka penemu ngerembai

Dulu sigi pedis
Dudi kitai ngamai
Enti kitai pandai
Kitai idup menyana...



Rajin Membaca

Dengar-dengar kita
Semua murid sekolah
Jangan sekali-kali
Tidak mahu rajin membaca

Membaca banyak buku
Kita menambah ilmu
Membaca surat khabar
Tahu berita dunia

Seperti katak dalam tempurung
Tiada fikiran menyokong
Carilah kepandaian
Biarlah ilmu bertambah

Dahulu sangat susah
Nanti kita akan senang
Kalau kita pandai
Kita akan hidup senang...



post signatureHehe... faham dok bahasa Iban tu? mudah je nak faham dari loghat Sarawak nih. Iban dia nak dekat-dekat sama je ngan bahasa Melayu tapi aku susah juga nak tangkap, nak faham terutama bila dorang cakap la, kalau aku baca kat teks macam ni takpe, senang nak agak. Tetiba je aku berbahasa Iban ye, bukan ape antara sebabnya, aku nak belajar dan mengikut kehendak anak-anak murid aku kat Tegelam ni yang amat-amat berharap dan begitu gembira sangat bila aku berminat nak belajar bahasa dorang nih. Budak-budak ni selalu kata kat aku yang dorang dah faham loghat kelate aku nih, pastu bila lagi aku nak faham bahasa dorang nih? Ye la, aku belajar la nih, lagi pun rugi juga tak belajar sebab dah hujung-hujung dah aku duk kat sini, tak tau bila lagi aku nak belajarnya. Lagi pun minggu depan aku kena jadi mc untuk program hari anugerah kat sekolah aku nih. Dasat wei, kene bercakap depan mak, bapak, datuk, nenek dan tetamu yang semuanya Iban nih, yang memang tak menggunakan bahasa melayu dalam percakapan seharian dorang nih. Ahhh berat le aku, macam ayam ngan itik bercakap la jadinya... huhuhu.... Tapi aku rasa macam dah tau dah respond dorang nih, terutama anak-anak murid aku ni, mesti dorang tersengih nanti, sebab bunyi budu aku mesti takleh tinggal punye aaaa... huh! Tengok le nanti, sapa-sapa yang aku tengok senyum nampak gigi je aku gi sekeh sorang-sorang!!!