Hampir dua bulan aku tidak meng"update" blog aku nih. Bukan apa, aku rasa teramat-amat malas, perasaan nak menulis dan mencoret sesuatu kat sini rasa makin lama makin hilang. Sebenarnya banyak benda aku nak menulis dan berkongsi cerita aku kat sini, tapi persen "MALAS" tu lagi banyak berbanding persen "RAJIN", jadi aku mengikut jelah mood malas aku nih...
Cuma tetiba je, bila aku terbangun dari lena aku pada pukul 2.30 pagi tadi, terasa pulak nak menulis sesuatu kat blog hampes aku nih. Penat juga aku menyapu habuk-habuk sampai terbersin aku nih, dahle seminggu dua ni aku diserang selsema dan batuk-batuk, mujurnya aku tak demam je. NI pun sambil menaip sambil keh keh keh bunyi batuk aku nih. Harap-harap batuk aku ni lekas baik, ye la, aku ni bukan berminat sangat dengan ubat-ubatan nih, harap selsema ngan batuk aku ni baik sendiri lah.

Adoi la piz, sengaja mencipta alasan, suka sangat nak mengelak buat kerja yang sepatutnya. Biasalah dah peel aku macam ni, susah sket nak ubah. Sebenarnya aku nak bercerita mengenai tempat baru aku ni, suasana sekolah baru aku nih, tapi aku takde mood lagi nak menulis, memakan sedikit masa, sebab ada sebab-sebabnya... yang pasti, manusia ni sentiasa tidak akan pernah berpuas hati apa yang diperolehinya pada hari ini... Ye lah, aku tengah menyesuaikan suasana persekolahan dan persekitaran baru aku nih. Yang pasti aku "PENAT"! Teringat pulak kat sekolah aku di Tegelam...
0 comments:
Post a Comment