Nasi Maqlubah
Aku sebenarnya teringat janji aku dengan lyn tu, masa raya hari tu dia cerita kat kampung dia nun, dia masak nasi beriani tekno resepi dari kak memot tu... pastu aku pulak cerita yang mi ngan kakak aku (bukan aku) masak nasi maqlubah, jadi mek lyn ni mintak le suh aku tepek resepi nasi maqlubah nih. Sori banyak-banyak le lyn, resepi takde, sebab ambo bizi duk makan masa nih, jadi tak sempat nak temuramah pembuat nasi nih, cuma ambo sempat snap beberapa keping gamba nasi ni je... hehe...
Cubala nanti lyn tanya kak memot ke, pakcik gugel ke sebab dorang pakar bab-bab resepi nih, ambo ni pakar makan-makan je. Tapi kakak ambo kata dia ubah sikit la resepi nih, sebab nak ikut selera orang mache, jadi kakak tak masukkan minyak sapi tu sebab tak nak bagi muak. Kira sesuai le ngan tekak ore mache nih. Ala-ala nasi beriani tekno kak memot juga, tapi takde la kari kambing-kambing nih, pastu yang spesel sikit kami hidangkan nasi seperiuk tu ke dalam dulang besar nih, ha senang sesapa nak senduk nasi tu, kalo orang arab ni dorang pakai makan dalam dulang tu terus!
Ziarah Tanah Perkuburan
Kebiasaannya kalau semasa Hari Raya Idulfitri ke Aidiladha ke, semestinya suasana kat tanah perkuburan Islam di seluruh tempat akan penuh sesak dengan ramai orang untuk menziarahi dan menyedekahkan al-Fatihah kepada sanak-saudara yang telah mendahului kita semua menyahut panggilan Ilahi...
Begitu juga dengan keluarga aku nih, selepas solat Aidilfitri di Masjid Besar Mache tu, kami semua begerak ke Tanah Pekuburan Jalan Bakat nih, kat sini arwah Tok Nyang, Tok Ayah, Mok, Pokcik Wi ngan Abi disemadikan... Biasa kalau sampai kat sini, kami terus menuju ke kubur semua arwah ni, kami bagi salam, sedekahkan al-Fatihah, doa dan bersihkan kubur-kubur ni, selepas tu kami bersurai...
Sebenarnya bila aku menziarah kubur ni, hati dan perasaan aku mesti akan rasa sedih mengenangkan orang-orang yang pernah rapat dan disayangi meninggalkan kami semua... Paling yang aku begitu terasa bila mengenangkan arwah tok ayah aku ni meninggal dunia semasa baru dua minggu aku mendaftar belajar kat pd hampir 10 tahun yang lalu. Aku maasih mengingatkan memori lama ni, tok ayah aku ni memang tengah sakit agak teruk dan pada masa ni arwah dah berumur 63 tahun kalau tak silap aku. Sebelum tok ayah dibenarkan dibawa pulang dengan ambulan ke rumah aku di Mache nih, arwah telah ditahan berminggu-minggu di hospital Kota Bharu pada masa itu, dan aku pun sempatla bersama mi ngan adik beradik aku, sedara mara aku bergilir-gilir menjaga tok ayah kat hospital ni. Dan yang aku rasa pilu sangat-sangat bila makcik aku cakap tok ayah dah banyak menunjukkan tanda-tanda akhir beliau di dunia ni.. antaranya, seluruh badan sembab, telinga jatuh, dan membuang air besar ala-ala najis gagak (berwarna hitam)... Bila tok ayah dimasukkan di wad icu beberapa kali, dan akhirnya doktor yang berbangsa cina tu menyuruh kami banyak-banyak membaca surah yassin, berdoa banyak-banyak dan mengizinkan kami membawa pulang arwah ke rumah...
Pada saat tu, kami hanya mampu berdoa dan berulangkali membaca al-quran untuk arwah... Minggu pertama arwah tok ayah di rumah, aku bersama abah aku terpaksa ke pd untuk mendaftar diri ke kolej kat pd tu. Walaupun aku terasa amat berat hati untk meninggalkan tok ayah, tapi bila arwah menasihatkan aku supaya pergi, dan belajar rajin-rajin dengan suara perlahannya tu, menyebabkan aku bertekad untuk pergi jua ke sana... Di kolej aku ni disebabkan berada di dalam hutan dan pantai ni, menyebabkan sukar untuk aku berhubung setiap hari untuk mengetahui perkembangan kesihatan arwah tok ayah aku ni... Tapi suatu hari, habis je kelas aku didatangi oleh seorang kakak senior yang menyerahkan sekeping kertas kepada aku, dan rupa-rupanya kertas itu adalah sekeping telegram daripada adik aku yang menyatakan tok ayah sudah meninggal dunia... Bayangkan perasaan aku pada masa tu... sedih sesangat laaa, sepanjang hari tu aku tak pergi ke kelas, aku duk melepak kat dorm, dan rasanya ada la dalam seminggu juga aku duk melayan blues aku kat tepi pantai tu... tetiba je aku jadi pendiam.
Patutla semalam tu aku bermimpi pelik-pelik mengenai tok ayah aku... rupa-rupanya... Selepas tu baru aku telefon keluarga aku di rumah, adik-adik aku menangis-nangis menceritakan mengenai pemergian tok ayah aku nih....dorang mintak maaf sebab sukar nak menghubungi aku, hanya dapat sampaikan telegram je... Dua minggu selepas tok ayah aku meninggal, aku pulang bercuti ke rumah aku. Adik aku ada menunjukkan aku kubur arwah tok ayah aku tu... Punya la aku sedih amat, sampaikan keesokkan harinya pun aku pergi lagi, aku pergi sendirian je, tanpa bagitau sesapa pun... tetiba aku yang sebelum tu selalu takut nak mendekati tanah perkuburan dan cerita hantu nih, jadi berani pula... Aku rasa rahsia aku pergi ke kubur tok ayah sensorang ni sampai ke hari ni takde sorang pun ahli keluarga aku yang tahu... Sebab tu aku aku kata memori dengan tok ayah aku ni memang sukar untuk aku lupakan...
Ini pulak tanah perkuburan Pulai Gajah, kampung abah aku. Kebiasaannya, bila hari raya kedua kami akan pulang ke kampung abah aku nih. Dulu ada arwah mok (nenek) aku, tapi sejak empat tahun ni, kami balik kampung ni hanya melawat makcik-makcik aku dan sepupu serta saudara-mara abah aku je kat sini. Kat sini, arwah Che' Wa (ayah abah), mok (mak abah), pakcik, makcik dan sepupu aku disemadikan. Dengan Che'wa aku tak sempat kenal sangat sebab arwah meninggal semasa aku masih baby lagi, aku hanya sempat bermanja dengan nenek aku je (sebagaimana cerita aku di entri Hari Ibu).
Bila mengenangkan mereka yang telah meninggalkan dunia fana nih, menyebabkan aku tefikir, agak-agaknye bila pula masa aku akan sampai... masih sempatkah aku untuk melakukan amal ibadat kepadaNya... Ya Allah... banyaknya dosa-dosa aku kepadaMu, kepada kedua ibubapaku, saudara-maraku, guru-guruku, sahabat-sahabatku... Sempatkah aku untuk memohon keampunan di atas salah silap aku selama ini...
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami semua ini, dosa kedua ibubapa kami, dosa datuk nenek kami yang telah meninggal dunia,dosa adik-beradik kami, dosa saudara-mara kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, dan dosa seluruh ummat di dunia ini serta dosa hambaMu yang kerdil ini... Aameen ya Allah...
1 comments:
ziarah kubur adalah amalan yang mulia...
Post a Comment