Bukan setakat murid-murid yang gembira, malahan semua guru-guru dan ibubapa juga turut berasa sedikit tenang hati, bilamana melihat senyuman kegembiraan anak-anak ini walaupun keputusan sebenar belum diketahui, mereka ini turut merasa lapang dada... Aku rasa aku yang terlebih-lebih gumbira, bukan apa, akukan baru tahun ni diberi tanggungjawab mengajar Matematik tahun 6 kat sini, jadi bagi aku yang masih baru ni memang rasa sedikit bebanan yang terpaksa aku pikul, ye la mengajar budak-budak nak periksa besar macam UPSR ni kena bersungguh-sungguh takleh nak main-main macam biasa peel aku laa...
Sehari sebelum budak-budak ni menduduki peperiksaan ni, pihak sekolah mengadakan majlis perhimpunan ringkas untuk memberi amanat dan nasihat terakhir kepada calon-calon UPSR ni khususnya. Perhimpunan ini disekalikan dengan majlis Penyerahan Ilmu. Pada majlis ni semua guru diminta memberi ucapan dan kata-kata terakhir kepada mereka. Termasuklah ucapan daripada aku... semasa aku berucap tu, bila aku pandang je anak murid aku berenam ni, aku rasa sedikit kaku, tak terkeluar pula kata-kata aku nih, tapi aku gagahkan jua memberi sedikit kata-kata peransang dan nasihat kepada mereka ini, entah le biasa aku yang suka borak-borak ngan budak ni, suka berlawak tapi pada hari ni, suara aku yang keluar pun yang hujung-hujung je... Lebih-lebih lagi semasa majlis penyerahan ilmu tu aku rasa sayu je, yela bila budak-budak ni beratur bersalam, mintak maaf ngan semua guru, mintak restu di atas segala ilmu yang dicurahkan siap menangis lagi budak-budak nih, ngan aku-aku sekali rasa sebak... Entahla, bila aku fikir cukup ke segala ilmu yang aku curahkan kat budak-budak nih, sampaikan bila aku tengok dorang ni berpeluk ngan semua guru, sambil menangis ni, tetiba je aku terfikir nak teruskan bakti aku kat Tegelam nih, aku rasa masih belum cukup tempoh hampir setahun aku di sini dah nak mintak tukar... Aku ni betul ke tak nak isi online tukar nih? Persoalan yang aku duk fikir-fikirkan sekarang ni... (Emmm macam le aku mintak tukar terus dapat, berjujuk lagi orang lain nak mintak tukar yang betul-betul cukup syarat nih, tapi mana tau tetiba ada rezeki aku dapat tukar, tup-tup boleh tukar ke Mache ke, sape tau!)
Suasana peperiksaan di sekolah aku... sunyi sesunyinya, kalau pen jatuh pun boleh dengar... Kalau sekolah lain, murid-murid selain tahun 6 diberi cuti supaya tidak menganggu murid-murid tahun 6 ni periksa, sekolah aku yang berjumlah 18 orang ni semuanya hadir macam biasa, langsung tak bunyi suara, macam hari-hari biasa juga, yang aku dengar sedikit geger, suara cikgu-cikgu je... Budak-budak tahun 6 ni pun aku tengok gembira dan begitu bersemangat je nak pereksa. Sepanjang tiga hari pereksa nih, aku pun banyak duk relak je, ye la nak mengajar takde kelas, sebab budak-budak lain kami tempatkan kat bilik ICT, mereka ni duk menonton tv je la... Aku ingat masa aku praktikum kat Gua Musang dulu, adusla punyala penat cikgu-cikgu kat situ, kena mengawal sungguh-sungguh budak ni daripada buat bising, entah apa aku buat supaya dorang ni tak bising, aku rasa aku pergi duk borak-borak ngan bercerita rasanya, sebab aku ingat lagi, masa aku duk kawal kelas ni konon tak nak bagi bising, tapi makin bising ade la, sebab ada cikgu lain yang masuk kelas sambil letak jari kat mulut, suh diam le... ape punya cikgu la aku nih... adoilaa... lepastu aku pun bercakap ngan budak-budak ni sambil berbisik-bisik, pastu buat isyarat, lagi la makin bising sebab dorang duk gelak-gelak la pulak. Macam-macam...
Seminggu musim periksa ni, bukan budak-budak yang tak lena tidur, ngan aku-aku sekali tak jenero, aku risaula takut budak takleh jawab kertas aku tu... sampaikan aku pulak yang kena demam pereksa... huhu... Hari pertama dan kedua periksa, aku awal-awal pagi lagi dah pergi sekolah (biasa aku la yang lambat sokmo, loceng masuk berbunyi baru aku duk jalan-jalan pergi sekolah), rasa semangat pulak aku, sampaikan ada budak-budak ni tak sampai lagi aku dah sampai, punya la gabra aku nih... lagipun paper aku hari pertama ngan hari kedua, tu yang aku panik sedikit tu... Sampaikan Lincoln ni bagi peribahasa baru kat aku, "bagai tidur di atas miang" begitula lebih kurang, maksudnya budak-budak yang nak pereksa, aku yang tak senang duduk, gitulah.
Tu la cikgu Lincoln, yang bertindak sebagai kaunselor, selalu lepas Al ngan aku sampai, pasti Lincoln pulak masuk kat kelas ni, duk bagi kata-kata semangat, bercerita dan sebagainya la, nak suh budak ni tak risau nak masuk dewan pereksa tu... Tengokle begitu ceria wajah budak-budak sepanjang 3 hari pereksa nih, sentiasa tersenyum je...
Ini pulak suasana budak-budak ni di waktu rehat sambil makan tengah hari, sambil menunggu kertas lain pulak. Biasa, bila dorang habis pereksa pukul 9-9.30 pagi, dorang ni akan berehat sekejap. Waktu minum pagi ni Al yang akan menyediakan minuman dan biskut kepada budak-budak ni. Kemudian habis pereksa pukul 11 pagi pulak, sambil menunggu ketas lain, dorang balik kerumah masing-masing, ambil bekal dan kembali ke sekolah untuk makan bersama-sama. Ini la kali pertama aku melihat dorang membawa bekal makan dari rumah, sebab biasanya semua murid sekolah ni mendapat rancangan makanan tambahan (RMT) yang disediakan oleh pihak sekolah. Jadi kebiasaannya aku melihat dorang makan lauk yang sama, minuman pun sama takde beza la. Tapi kali ni aku betul-betul tengok makanan yang dimasak dari rumah budak-budak nih, rasa mengalir air hangat di tubir mata aku nih, bila aku melihat apa yang dorang makan... Betapa sedihnya, ada yang makan nasi putih dengan telur rebus berkuahkan kicap, ikan kering goreng, nasi lembek, nasi merah, ikan sardin, leher ayam dan ada juga yang makan megi... Ya Allah sedihnya aku... insaf sekejap bila aku tengok mereka ni makan begitu berselera sekali, betapa masih ada lagi yang hanya mampu makan berlaukkan lauk sebegini, lebih-lebih lagi di waktu menduduki peperiksaan ni...
Kalau biasa kita yang sedikit berkemampuan ni, kalau musim pereksa begini, pagi-pagi mak dah sedia makanan dan minuman berkhasiat, susu ke, coco crunch ke, nestum ke, telur separuh masak ke, roti bakar ke, bihun goreng, nasi goreng ke, apa-apa la... lepastu kalau tengah hari pulak, ayah bagi duit lebih dari biasa suh beli nasi ke apa-apa la, kalau tak mak ayah ni siap bawa bekal nasi yang istimewa untuk anak-anak kat sekolah nih. Balik pereksa pulak, mak siap-siap sendukkan nasi, lauk ke pinggan, tunggu kita makan, sambil bercerita pasal kertas pereksa nih... lepastu tanya lagi nanti nak makan apa, kalau bulan ramadhan tu, tak yah cakap le, apa je yang kita nak makan, mak ayah ni pasti akan cuba sediakan untuk anak-anak ni, asalkan kita dapat menjawab pereksa dengan gembira dan tenang...
Inilah realiti hidup budak-budak di pedalaman dari mata kasar aku nih...
Beginilah situasi tiga hari peperiksaan UPSR kat Tegelam nih, bila melihat wajah mereka yang begitu mulus ni, aku yang ganah ni pun rasa sayu je... Sampai bila agaknya kehidupan dorang ni akan berterusan sebegini... Sebab itulah selalu aku pesan kat budak-budak ni, belajar dan terus belajar. Jangan ada yang bercita-cita nak bersekolah sampai darjah 6 je, sekurang-kurangnya sampai habis SPM tu... Bukan apa, aku pun kalau boleh nak juga melihat budak-budak ni berjaya, bila dah berjaya bolehla dorang ni cuba mengubah kehidupan mereka sekarang ni kepada yang lebih baik...
Dan aku juga berharap semua anak murid aku ni berjaya di dalam peperiksaan UPSR nih... kegembiraan mereka, kegembiraan ibubapa dan guru-guru jua...
Buat Nur Raudhah, takziah di atas pemergian 3 anak muridnya yang lemas di sungai pada 8 haribulan September lepas, semoga Allah merahmati ke atas arwah dan keluarganya...
4 comments:
sedihnyor citer bdk2 nie...ore igt,maso ore kecik dulu pon susoh jugok...tp ado lagi org susoh drpd kiter....teringat maso2 kecik dulu....penat doh idup susoh gini..make nasi beras hok merah dgn ike rebus jah ari2.....
:'(
:'(
:'(
**nasi merah tu apa piz...?
kak ni memang murah airmata sari dua ni...
:(
:'(
ho la che'...
meme sdh sgt che', tp bdk2 ni mano la ado perasae gapo che', asal blh make jah... sbb tu kalu budok2 ni pesan ke kwani gapo2, kwani bli la jg, sbb sie sgt che'.
tu x masuk lg bab pakaian demo ni... :(
tp takpo doh che' loni, bjayo doh tu, keje, kuarga, semo lengkap doh tu che'...
che', rayo ni kelik p.mah dok?kalu kelik gak koling2 la, kito jjupo skali, kalu che' rajin mari rayo mmache takpo :D
ho la kak memot...
kito hok tgk ni sdh laaa...
xtau la kalu ore lain tgk ni xdok perasae :(
nasi merah tu, dari beras meras, warna dia merah gelap, maroon purple gtu... ala2 beras nasi dagang laa...
kalu sini beras merah ni beras hok muroh la sket... :(
ambo pernoh raso 2,3 kali la jg, lain sket la raso dio.
takpo la muroh ngan air mato tu, maksudnyo kito ni ado perasae ehsan lg la ke ore lain nih... :(
takziah ke saing kak :(
Post a Comment