Banyak pula peristiwa yang berlaku pada tarikh ini. Yang aku ingat pada 16 September 1963 ni hari penubuhan Malaysia selepas Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura ni bergabung.
Kemudian, pada tarikh yang sama juga arwah Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendita Za'aba (gambar) ni juga dilahirkan. Beliau merupakan salah seorang pejuang bangsa di tanah air kita ni.
Yang di Pertua Negeri Sabah juga dilahirkan pada tarikh ini, sempena tarikh ini, seluruh negeri Sabah diberikan cuti peristiwa, kalau tak percaya tanya Lyn, bes le geng-geng cikgu yang duk kat Sabah, dorang dah lama dah cuti balik kampung.
Soeorang lagi yang lahir pada tarikh ni mantan perdana menteri Singapura tu, Lee Kuan Yew... ni pun aku baru je tau, masa aku join satu forum tu. Alamak, kenapalah boleh sama ngan aku nih!
Dan pada tarikh 16 September juga seorang anak dilahirkan di dunia ini, yang dipanggil "piz" (lihat gambar sebelah). Kalau tak silap piz ni lahir pada hari Rabu malam. Kalau dulu-dulu memang seronok le sambut hari lahir nih, biasa a dapat hadiah, makan kek... Yang best sambut kat u dulu, sebab tiap-tiap tahun dapat teddy ke doraemon ke yang pakai topi ijazah tu sebab biasa bulan September ni musim orang konvo, jadi ngan aku sekali le dapat tempias hadiah ala konvo nih. Best la juga. Kalau le kerajaan Malaysia ni buat cuti sempena Hari Malaysia pada tarikh ni kan best, sebab rasa macam hari lahir aku ni dihargai la pulak... rasa nak gi duduk Sabah pulak sebab dapat cuti, lepas tu kelik Mache la plok, gi duk sehari dah le (boleh ke lyn?)! Hahaha...
Aku ingat tahun ni malas pulak aku nak ingat tarikh ni, rasa macam tak best je. Tapi member-member aku ni pulak duk tanya aku pasal tarikh nih, ingat pulak dorang ni kat tarikh ni. Ok ape, maksudnya dorang ni ingat lagi la kat aku ni, walaupun aku tenggelam kat tegelam ni... Terima kasih banyak-banyak kat semua yang wish kat aku nih, dan siap bagi doa panjang lebar tu. Kak memot pon timakasih la ye, ingat tu kak hadiah tu jangan buat-buat tak ingat plak. Pastu aku nak mintak maaf le kat sesape yang terasa ngan aku ye, sebab aku terasa terbekeng pulak masa korang tepon, jawab sms ngan ym tu... Biasa a, aku kan ganah, susah tu nak tengok aku bekeng-bekeng nih!
Ni pulak sambutan besday aku kat kelas tahun 6 pagi tadi. Tak sangka la pulak dorang tau tarikh lahir aku nih. Masuk je kelas, dorang ni siap menyanyi-nyanyi ucap hepi besday lagi kat aku nih. Rasa terharu la pulak. Siap bagi kad besday ngan kad raya lagi. Pastu yang lagi aku terharu sangat, boleh dikatakan semuanya bagi hadiah kat aku nih. Hadiah ni tak pernah aku dapat kalau aku duk luar dari Tegelam nih, sungguh bernilai pulak tu. Budak-budak ni siap bagi beras bukit ni kat aku, ada yang bagi sayur-sayuran... Huhu... sedihnya aku. Yang lagi buat aku rasa pilu, ada dua orang anak murid aku ni siap cakap ngan aku, dorang nak mintak tangguh bagi hadiah beras ni kat aku, sebab rumah dorang tinggal lagi sikit beras cukup-cukup untuk dorang makan je, nanti lepas menuai padi bukit nih, dorang bagi lagi....... Wuuuu sedih lagi aku... Hari yang biasanya gembira, jadi hari sedih pulak. Tengok la lukisan kat papan tulis tu, budak-budak ni lukis sendiri. Aku memang kagum ngan anak-anak iban nih, sebab boleh dikatakan semua pandai melukis. Cantik, aku pun takleh buat secantik nih. Tu antara kelebihan budak-budak kat sini.
Ini pulak projek tak terancang, projek menulis jawi. Kan budak-budak tahun 6 ni dah habis periksa UPSR tu, jadi sekarang ni dorang kurang belajar, banyak buat aktiviti. Ada yang buat permainan, menonton siri pendidikan dan cerita-cerita terpilih dan macam-macam lagi. Pastu untuk masa aku pulak, entah macam mana keluar idea nak ajar budak-budak Iban ni menulis jawi. Dorang seronok betul bila aku ajar jawi nih. Sampaikan sanggup pergi perpustakaan sekolah cari buku jawi ni, lepastu tiru balik tulisan nih. Bijak la budak-budak ni, tu tengokla tulisan jawi dorang ni, pandai la. Sekarang ni bukan budak-budak darjah 6 je nak belajar jawi, tu budak darjah 5, 4 ngan 3 pun berminat juga. Aku masuk nak mengajar matematik, budak-budak ni suh aku ajar jawi dulu. Semangat nak belajar betul. Haaa tengok tu, kepada semua yang bertanggungjawab memansuhkan tulisan jawi di sekolah dulu tu... tengok, anak-anak Iban ni pun berminat belajar jawi, yang tak tahu huruf jawi pun sanggup nak belajar, ni kita yang pegang kuasa ni sanggup pulak menghapuskan tulisan jawi ni... emmm tak tau nak kata la aku nih. Kan cakap banyak kan kena hantar masuk lagi pedalaman lagi tak tau la...
Aktiviti petang sekarang ni pulak duk main "Matong" nih. Matong ni ada dah aku cerita kat entri aku sebelum nih. Bila berlaku Matong, air sungai ni akan surut. Jadi pada waktu ni sungai yang seluas mata memandang nih akan jadi kering dan berselut. Angin pun kuat, nyaman je rasa.
Masa matong, budak-budak ngan orang kampung yang muda mudi ni sangat gembirala. Sebab dorang boleh bermain bola, layang-layang kat atas sungai yang matong nih. Seronok je aku tengok dorang main. Ni budak-budak ni gembira sangat ni, sebab berjaya mengajak aku turun ke jeti untuk bermain kat matong nih. Tapi ingat senang ke nak suh aku masuk ke dalam lumpur yang tebal tu, nak kena mengharungi lumpur separas lutut ni sebelum dapat sampai kat tengah-tengah sungai ni. Jawabnya jangan harap le aku nak turun, ai eksen pulak cikgu piz nih! Hehe, bukan ape la, aku dah siap mandi-manda, nak tunggu berbuka puasa semua, baru nak ajak aku main-main lumpur nih, malas le aku. Tu Ramoson tu, nak main jahat ngan aku, dia nak lempar lumpur tu kat aku nak suh pakaian aku kotorla, biar aku turun sekali main lumpur ngan matong nih. Mujurle aku dapat elak, suka main kan aku le budak-budak kecik nih. Lain kali nak ajak aku, ajak le awal-awal, baru la aku betul-betul turun main matong ngan lumpur nih. Haha, boleh percaya ke piz wei...
Inilah kisah 16 September pada hari ini... tak sangka pulak aku ramai pulak yang hebat-hebat lahir pada hari ni, kecuali aku le, tapi takpe tempias le sikit-sikit kat aku nih. Hehe... glemer ah. Apa pun terimakasih buat semua saing-saing atas ucapan dan doa korang tu... Dan yang paling aku tak lupa ialah ucapan terimaksih yang teristimewa buat mi aku kat mache tu... terimakasih banyak-banyak kerana sudi melahirkan, menjaga dan mendidik ore nih, biarla keras ppalo sikit pon, nok wak guano doh dok... ha jangan lupa, ni tarikh lahir masihi je nih, tarikh lahir hijrah aku bulan syawal nih la.... haha, sambut besday lagi la aku lepas nih! (kak memot, adiah kena bagi dua la, sebab satu untuk 16 september, satu lagi untuk 23 syawal :D)
Ssebelum aku terlupa aku nak ucap "Hepi belated besday" kat sahabat kita Nur Raudhah pada 8 September baru-baru ni dan hepi besday yang akan datang untuk Nyle pada 19 September nih dengan ucapan tahniah kerana bertambah umur (aku tak, umur aku tak berubah!), murah rezeki, dan sentiasa bahagia sokmo...
0 comments:
Post a Comment