Saturday, September 5, 2009

Ramadhan di Tegelam


Minggu kedua puasa aku selamat menyambut puasa kat Tegelam. Kali pertama aku puasa Ramadhan kat sini. Merasa juga aku ye... Kat Tegelam nih, yang muslim lapan orang je tu pun semua geng-geng cikgu je. Kalau orang kampung ni dan empat orang lagi cikgu lain semuanya beragama Kristian. Semestinya takde surau, bunyi azan ke, bazar ramadhan ke takde la... Jadi waktu berbuka, kami pakat-pakat memasak, lepastu berkumpul beramai-ramai kat sebuah rumah jadi kami berbuka sama-samalah. Kalau solat Tarawikh tu kami buat sendiri-sendiri je... Yang besnye kat sini waktu berbuka dia awal sikit le dari Mache tu, tapi yang seksanya waktu sahur la awal la pulak. Biasa kat mache aku bangun dalam pukul 5 pagi tapi kat sini kena bangun lagi awal le, tu yang susah sikit, tapi setakat yang aku sempat berpuasa nih, aku tak ponteng lagi la sahur nih.


Ini la juadah hari pertama aku kat tegelam nih, masakan biasa yang termampu dimasak je, kira ok la nih. Nak tau tak dalam banyak-banyak hidangan nih, ada juga le masakan dari aku nih... hehehe... tu ha kuih nekbat yang berwarna oren tu, dibawa nun dari mache, se lagi tu budu raja tu aku punya le tu... dapat sambutan ramai tu... Tapi yang bagusnya, betul-betul 1Malaysia betul hidangan buka puasa nih, ye la ada yang dibawa dari kelantan (aku le tu), terengganu, pahang, sabah dan sarawak. Boleh rasa pelbagai le, tapi yang paling menariknya budu raja aku le! :D


Gambar apa la pulak nih? Haaa tengokla betul-betul, tu gambar api le. Ceritanya begini... Masa hari Isnin lepas, pagi-pagi lagi aku kena bertola
k dari mache untuk kembali semula ke tegelam... Setelah mengharungi semua laluan darat dan udara, bila tiba je ke laluan air, kami terpaksa transit kat seberang sungai sebelum dapat menyeberangi sungai ni dari jam 10 malam sampaile jam 12.30 malam kat sini. Penat tu tak yah cakap le. Kami terpaksa duk melepak kat seberang sungai nih sebab kena menunggu air sungai ni pasang. Kebetulan kami sampai kat sini, air sungai tengah surut, jadi perahu Boss tak boleh bergerak le, jadi terpaksa la kami duk menunggu di sini. Ni kali pertama aku dapat merasa situasi air surut, duk menunggu tengah-tengah hutan, nasib baik malam tu bulan cerah, jadi tak le gelap sangat. Pastu pulak, nyamuk le pulak duk menyerang kami berlima nih, sebab tak tahan sangat kami pun pakat-pakatle membuat ungun api nih, tahan le dari serangan nyamuk nih. Patutla kat maktab dulu kami diwajibkan mengikuti kursus BIG (Bina Insan Guru) ni, untuk dipraktikkan bila berlaku benda-enda macam ni la. Akhirnya, hampir jam 1 pagi kami sampai ke rumah kat tegelam nih, fuuh letih penat wei, dahle sampai kat rumah tu, adusla kena berkemas, menyapu rumah le plak, huhu nasib le...


Minggu ni juga minggu aku menjadi "hulk" kejap... geram wei!! Aku ingat bila aku gi kelas tahun 6 yang nak pereksa UPSR lagi 3 hari nih, nak le aku bergembira, nak borak-borak santai, pastu yang penting aku nak bincang soalan-soalan yang aku tinggalkan kat dorang ni sebanyak 8 set soalan UPSR untuk dibuat dalam cuti baru-baru nih. Tup-tup bila aku tanye je... grrrrrrr semuanya tak siap, kecuali Cantona, Brandon ngan Durina, tu pun siap le dalam 4, 5 set je, ni dah kira ok dah. Tapi yang menaikkan suhu kegeraman aku nih yang budak bertiga lagi tu 1 set soalan pun tak siap!! Macam-macam alasan yang dorang ni bagi. No-no, seme alasan tu aku tak terima. Lame dah aku tak membebel panjang nih, aku tak suka membebel le, tak ganah langsung! Tapi geram amat ke budak-budak nih, terpaksa la bersyarah panjang, habis masa aku kat kelas macam tu je. Tekak aku pun sampai dah rasa kering, suara pun dah takleh keluar baru le aku berrhenti. Tapi yang lawaknye aku rase masa aku duk membebel tu aku pakai hentam je aku pakai loghat ape, aku rasa ngan loghat klate aku sekali aku masuk sekali. Haha, patutle aku tengok muka sensorang macam konfius je... biar le.

Lagi 3 hari nak pereksa UPSR nih, risau pulak aku rasa, yelah, runsing juga kat budak-budak berenam nih, dahle ni sekolah pertama aku yang secara rasmi, pastu pulak 6 orang ni la calon UPSR kat sekolah nih, ramai orang duk menunggu keputusan UPSR macam sekolah aku nih. Dahle tahun ni JPN target sekolah aku kena dapat 100 %, huhu satu tekanan juga le bagi aku nih. Jadi aku kena pulun abis le, kelas biasa, kelas SBT, kelas malam, mentor-mantee seme aku wak kelas perbincangan jawapan soalan-soalan yang aku bagi tu. Biar dorang muntah sekali, aku tak kira dah.


Ni kat atas nih kelas malam tadi, lepas je aku join dorang ni berbuka, aku terus je gi kelas malam nih. Masalah le plak, duk tengan berbincang soalan ngan jawapan nih, tetiba si "geramang" dengan "manyi" ni duk menyerang kelas aku pulak. Korang tau ke menatang ape nih? Ni ha, kalau tempat kita ni maca tebuan le, bahaya geng-geng ni, kalau kena sengat nih, berbisala, blh membawa maut la, kalau sampai ajal le, memang macam tebuan la. Menatang ni selalu duk masuk dalam kelas, budak-budak ni bagus, nak selamatkan aku, suh aku keluar kelas, tapi dorang berenam ni pulak duk mengejar sambil memukul dan membunuh si menatang nih, ganah betul budak-budak nih. Terharu aku ngan budak-budak nih, nak juga selamatkan aku, menyesal pulak aku membebel panjang kat dorang ni...


Ini pulak hobi aku sejak bermenjak nih. Adik aku la memperkenalkan aku dengan permainan sudoku nih, dalam 2 tahun lebih juga aku duk main benda nih. Seronok main, mencabar minda jugak la, dari duk asyik bertenet nih, baikle kita main benda-benda macam nih. Dulu kalau dapat majalah yang ada sudoku nih, mesti aku selesaikan, ajak le adik aku join sekali, nak tengok sape yang cepat jawab. Kalau kat internet malas pulak aku, sebab cepat menyakitkan kepala aku duk pandang skrin ni lama-lama, jadi aku lebih suka jawab kat majalah atau dalam buku sudoku nih. Nih buku sudoku bertaraf profesional yang terbaru aku beli, konon pro la nih, tapi sejak aku kelik kat tegelam nih, emmm satu pun aku tak boleh nak selesaikan lagi, alamak lepas nih, aku kena cari buku sudoku untuk peringkat kanak-kanak baru senang nak jawab sikit kut... hehe...



post signatureAdoile sakit kepala aku malam nih, duk mendengar dorang ni bercerita pasal hal jiwang menjiwang nih, siap main lagu jiwang karat-marat lagi, huhu... aku memang takleh join nih, baik aku duk diam melayan tenet nih. Aku baru perasan la, hampir seminggu aku kat tegelam nih, selera makan aku semakin berkurangan la, dahle mi aku dah bekalkan macam-macam kat aku nih, tak taula abis ke tak benda-benda makanan nih. Aku rasa hari pertama je aku sedikit berselera, lepas tu aku kadang-kadang makan, kadang tak makan nasi. Semalam buat pertama kalinya selepas berbulan-bulan aku tak makan megi, disebabkan tak berselera nak makan nasi (campur ngan malas) aku masak megi tu... rasa menyesal je aku makan. Aku rasa cara nak mengembalikan selera aku senang je, aku kene kelik mache, barule makan tak berenti... betul tak? ;) alasan saje piz nih!

5 comments:

Anonymous said...

weh piz. samo la kito. den pon minat men sudoku nih. adik den slalu bengang kalo den dah start men sudoku. sbb pensel ngan pemadam dio kejap2 ilang.. kejap2 ilang.. hihi :p

nyle

piz said...

armouris wei...

bagus le blog demo, nnti ambo link.

piz said...

lyn wei...

yo ko, meme bes la main sudoku nih, ni pon ambo duk samb main lg, adusla susah le yg buku pro nih, die bg no skit je, hampes le...

patut le adik lyn marah, abs pensil, roba hile.. (lbh kure ambo jg lyn, kt rumah suka rompak pensil dlm pencil box adik2 :D)

Anonymous said...

ha la piz, adik den jugok yg perkenalkan main sudoku nih. diorang rajin beli buku2 sudoku nih. tp yg tak bes nye diorang rajin buat yg part easy smpi medium hard. pastu tak smbg dah. so tepaksa la den perah otak buat yg part belakang2.. hi3..

p/s: piz, bnyk nye makanan bukak pose. ari ni den makan fries goreng jek cicah ngan sos cili.. hu...

maymot said...

ishh
cane kak leh miss entry piz yg ni..?
ooo ...
gtu rupa nekbat,,,sebiji cam baulu...
piz kata ada kuah air gula..nmpk cam kering ja...???

sudoku dulu kak meme giler..
skang da separuh giler sejak anak kak beli dalam bentuk buku..hi3

**kemain promo piz budu raja..
;p
;p