Mudah sangat buat kerabu nih, sambil main-main je. Jom kita tengok!

Bahan-bahan:
1. Beberapa jenis daun kayu seperti, daun kesum, pucuk ketereh, daun kemudu, daun serai, dan ulam raja serba sedikit.
2. Batang serai
3. Sebiji buah mangga muda.
4. Bawang merah.
5. Bawang putih.
6. Bawang besar.
7. Lada besar hijau (atau cili merah).
8. Limau nipis.
7. Ikan panggang tawar .
8. Kelapa goreng.
9. Gula
10. Garam
11. Sos bilis ;)
Cara-cara:

1. Sediakan beberapa jenis daun kayu seperti daun kesum, pucuk ketereh, daun kemudu, daun serai, dan ulam raja serba sedikit.
2.-3. Potong atau mayang daun-daun kayu ini dengan halus (jangan tebal sangat, nanti tercekik!)
4. Potong atau mayang halus buah mangga muda.
5. Potong lada besar, lada merah, bawang besar, batang serai dan masukkan ke dalam daun kayu yang telah dipotong halus tadi.
6. Kisar bawang merah dan bawang putih.

7. Kisar isi ikan pangang tawar dan kelapa goreng tadi dan campurkan dengan cara no. 6. Masukkan sedikit garam dan sedikit gula, sedikit sos bilis (budu laaa, nak bubuh takpo, toksir bubuh pon takpo) serta perahkan air limau nipis dan kemudiannya dimasukkan ke dalam cara no. 5.
8. Masukkan buah mangga yang telah dipotong halus ke dalam cara no. 7 dan gaulkan kesemuanya dengan perlahan.
Dah siap kerabu darat. Senang dan mudah, dan semestinya sedap dimakan begitu sahaja. Kenapa kerabu ini tidak dimasak di atas api? Sebab kalau dimasak, zat-zat daun kayu yang segar nih akan tiadala. Kalau kita makan kerabu darat begini semua zat ada. Betul aku cakap ni, aku ni selain mengajar subjek Matematik, aku juga belajar Kemahiran Hidup masa kat IPKB tu, jadi cara pemakanan seperti kerabu darat ni baik untuk kesihatan, sesapa nak diet dengan hanya memakan kerabu darat ni pun boleh juga.
Waahh banyak betul resepi nih, sejak bila ni piz wei!! Aku duk tepek resepi nih, sebab hari ni hari terakhir aku berbuka puasa kat mache nih :( esok aku terpaksa ke tegelam sinun nun. Tu pasal aku tepek je resepi nih. Nanti aku duk tegele aku tau dah resepi aku kat sane ape, ke korang nak cuba juga ke resepi tegele nun? hahaha. Resepi singge daging kak memot, lepas ni plok. Wei antu, umai tu kat Sarawak, loni aku duk kat mache, jadi aku tak ingat dah umai tu gano, kene aku sampai kat kuching dulu baru aku ingat! Mu ambik je resepi kerabu darat nih, lebih kurang je, lagi sedap dari umai tu.