Saturday, July 11, 2009

Pergi Jua Natrah...





Sebaik saja aku membuka internet petang tadi, tetiba aku mendapat mesej dari adik aku yang menyatakan Natrah meninggal dunia...


Terhenti sekejap aku bila aku mendengar berita ini. Terus aku meng"google" mencari berita-berita terkini mengenai Natrah ni. Bagi aku, cerita mengenai Natrah ni merupakan satu sejarah yang masih tidak luput dari ingatan aku ni. Walaupun aku masih tidak wujud di dunia ni semasa tragedi ini berlaku, tetapi semasa umurku di awal remaja, masih belasan tahun, aku dan adik-beradikku telah didedahkan mengenai kisah sadis yang menimpa Natrah ini.


Aku juga selalu mendengar lagu berirama nasyid yang berjudul "Pulanglah Natrah" oleh kumpulan Al-Wadi, amat menyentuh perasaan aku sebagai seorang yang beragama Islam ini. Betapa kisah Natrah ini begitu sedih sekali apabila kita mengikuti ceritanya dari awal. Malahan kisah Natrah ini begitu diambil cakna oleh seluruh rakyat beragama Islam di Singapura khususnya sehingga mencetus rusuhan yang dinamakan Rusuhan Natrah. Betapa pada masa itu, orang Islam begitu amat sensitif apabila hal berkaitan agama seperti ini berlaku. Masih menebal lagi jiwa orang Islam dengan isu-isu sepeti murtad ini.

Namun, setelah pelbagai usaha yang dilakukan, terutamanya oleh keluarga angkat dan suami Natrah sendiri, Natrah tetap terpaksa kembali kepada keluarganya di Belanda. Banyak kisah kehidupan Natrah dipaparkan di pelbagai media cetak dan elektronik. Bahkan kisah Natrah juga turut difilemkan dan dibukukan. Ini menunjukkan kisah Natrah ini merupakan suatu kisah dan tragedi yang begitu besar sekali.


Kisah Natrah boleh dirujuk di sini, juga di sini dan banyak lagi laman-laman lain.

post signatureItulah, sebagai seorang yang beragama Islam, kita sepatutnya sensitif dengan pelbagai isu seperti murtad yang begitu ramai sekali dilaporkan. Banyak kisah-kisah seperti Aisyah Bukhari, Lina Joy dan ramai lagi yang pengakhirannya kita tidak tahu apa yang berlaku. Semoga kisah-kisah seperti ini mampu ditangani oleh mereka yang dipertanggungjawabkan dan juga sebagai individu juga kita patut dan wajib untuk membantu sedaya mampu kita hatta hanya dengan doa. Oleh itu, hendaklah kita mendidik anak-anak yang masih kecil ini dengan ilmu agama yang dapat membenteng kita dari melakukan perkara yang tak terjangkau oleh kita yang muslim ini.

Pergi jua Natrah...


1 comments:

maymot said...

Tragis sungguh kisah natrah ni...

Sedih betol tapi lagi sedih dgn kes2 murtad yang berleluasa sekarang...dimana mereka murtad secara sukarela,berlainan ngan kes natrah.

Bertambah2 sedih dgn org islam yang islam tapi perangai seolah2 murtad kerana mengabaikan ajaran islam dan bertingkah laku teruk melebihi org bkn islam dari adab berpakaian,pergaulan,bermuamalah...hu3