Thursday, July 16, 2009

Catatan Awal Julai

Khamis, 9 Julai 2009

Habis je mesyuarat kat sekolah hari ni, aku terus pergi jumpa gb aku untuk melaporkan tentang perkembangan subjek Matematik untuk murid tahun 6 nih. Alhamdulillah, kali ni aku tengok keputusan budak-budak ni dah semakin meningkat. Cantona berjaya mendapat gred A, manakala yang lain dapat gred B dan C. Kiranya setakat ujian ke 4 yang aku buat semenjak buka cuti sekolah baru-baru ni, keputusan dorang ni semakin meningkat, tiada lagi yang gagal. Semoga keputusan budak-budak ni semakin baik dan meningkat serta moga-moga terus berkekalan sehingga peperiksaan UPSR pada 8 hingga 10 September nanti. Itulah harapan aku semenjak aku dihantar dan dipertanggungjawabkan menjadi guru di sini.

Selepas jumpa gb, aku singgah jumpa kakak sekejap, untuk memberitahu yang aku nak tumpang dia keluar ke Kuching esok, tup-tup kakak cakap dia cuti esok, jadi kakak keluar Kuching hari ni la. Alamak, macam mana aku nak keluar esok ni, sebab aku ada urusan kat Kuching, lepastu aku ada janji ngan Nurul and the geng yang datang dari Bintulu untuk jalan-jalan ke Kuching ni. Nurul tu housemate, classmate, dan kawan sepraktikum aku kat Gua Musang dulu tu dan juga orang pertama yang aku kenal dan bersahabat baik dari IPKB sampai le ke hari nih. Adoila, macam mana la aku nak keluar nih, dahla Nisa pun dah seminggu ada kursus kat Simunjan nun, jadi dia takde la kat sini. Pikir punya pikir, pastu memandangkan urusan penting aku kat Kuching tu, jadi aku pun turut mengambil cuti dan keluar bersama kakak. Lagi pun, aku nak mencari angin baru luar dari Tegelam nih, sedih memikirkan keributan aku selama dua minggu ni...

Sebaik sampai kat Kuching, aku mintak kakak turunkan aku kat Wisma Satok tu, tempat biasa aku lepak. Aku sampai dah petang dah. Niat aku nak pergi rumah Lini, kawan satu sekolah aku dulu yang mengajar dah hampir lima tahun kat Santubong nun, boleh juga aku merasa angin laut kat sana, cantik pantai dia. Tapi bila aku fikir lagi sekali, aku ingat nak bersendirian je, nanti kalau jumpa Lini, banyak pulak benda aku nak bercerita, nanti aku sedih lagi, jadi aku cuba hubungi beberapa hotel di sekitar bandaraya Kuching ni. Syukur, ada juga lagi bilik kosong, jadi aku ambil keputusan, aku lepak kat hotel tu la, nanti aku keluar lain kali, aku pergilah lepak rumah Lini pulak, lama betul aku tak jumpa dia, sejak lepas SPM dulu sampai ke hari ni aku tak jumpa dia. Kalau ada reunion sekolah pun, kebiasaannya aku yang tak pergi. Tapi kami tetap berhubung melalui ym dan tepon la.

Waaa seronoknya aku rasa, yelah, bila kita rasa stress, pastu kita dapat keluar dari kelompok yang menyebabkan kita rasa tertekan tu, memang menyebabkan aku rasa gembira sangat. Lagi-lagi bila aku dapat jumpa air bersih nih, rasa tak nak keluar bilik air pula. Ye la kalo kat sana, kami je boleh merasai suasana air yang kami guna tu. Hujan pun tak turun, terpaksa mencatu air hujan yang ditadah tu...


Jumaat, 10 Julai 2009

Semalam, aku tidur dengan nyenyak sekali, awal pulak tu. Ye la, sebab aku rasa selesa, gumbira jadi emosi aku pun ikut sekali jadi ok. Lepas sarapan nasi lemak, aku jalan-jalan dari tempat menginap aku ni ke Wisma Satok tu dalam setengah jam juga le aku jalan, tapi tak penat pun, sebab sebelum ni pun aku dah biasa jalan gitu. Sehari suntuk aku kat situ, aku dah nekad, segala urusan aku mesti selesai hari ni juga. Lagi pun aku ni susah nak keluar selalu, jadi aku usahakan untuk selesaikan hari nih. Haha, ganas sungguh aku nih, masuk pejabat pun pakai pakaian macam nak pergi kebun je... hahaha. Petang tu, bila aku balik semula ke bilik aku, aku terkejut dengan berita kematian Natrah kat Belanda. Pergi jua Natrah, sadis betul tragedi Natrah nih. Lepas aku baca berita dan kisah Natrah nih, malas pulak aku nak keluar jalan-jalan kat tengah-tengah bandaraya Kuching tu, aku ingat petang ni aku nak pergi jalan-jalan situ kejap, tapi bila dah malas tu, aku lepak je la kat bilik. Aku cuma keluar dalam pukul 6 petang untuk cari makan je. Pergi pulak kat restoran orang Klate, dari jauh lagi pakcik tu dah cam aku ni ore klate, memang ada cop klate kut kat muka aku nih. Hehe.

Dalam pukul 1 pagi, aku tetiba terbangun dari tidur, tengok-tengok ada mesej dari Nurul tu, dia cakap dia dah sampai kat Kuching, tapi duk kat hotel lain. Takpelah, sebab nurul ngan member dia dah tempah lama dah hotel tu. Aku janji pergi jumpa Nurul esok, ingat nak bawak dorang ni jalan-jalan kat sekitar sini je, tup-tup Nurul ni ajak aku join dorang jalan-jalan sambil melancong, sebab dorang dah tempah van pelancong esok. Aku ok je. Waa lama betul aku tak jumpa Nurul ni, yelah semenjak kami posting kat sini memang tak berjumpa lagi la. Aku ni dah anggap Nurul ni macam adik aku je, ye la umur Nurul ni baru 24 tahun, manja takyah cakap le. Esok aku jumpa budak ni. Tak sabar aku nak bercerita ngan Nurul nih, biasa dia duk bercerita ngan aku, takpe la...


Sabtu, 11 Julai 2009


Pagi-pagi lagi aku dah keluar, sebab aku janji ngan Nurul sebelum pukul 7 pagi jumpa dia. Nanti van pelancong tu akan datang ambil kami dalam pukul 7 pagi. Waaa Nurul ni makin kurus le, kesian betul, dahlah duk kat pedalaman 3 kat Bintulu tu, lagi la makin kurus. Ramainya geng-geng Nurul ni, ada dalam 10 orang. Patut la sewa van. Dorang ni kebanyakan dari pedalaman 3 ngan 2, aku pulak pedalaman 1, ni dah boleh buka kelab pedalaman nih. Haha. Macam-macam kisah aku dengar dari dorang nih. Yela, kisah pedalaman, hanya kami yang melaluinya yang dapat memahami. Tapi takpe, dorang duk pedalaman 2, 3 ni kaya-kaya belaka, tapi seksa!

Selepas sarapan pagi, Tijah, dreba van pelancong ni terus memulakan perjalanan kami pada hari ni. Kami sewa van ni selama 12 jam dengan harga RM250, Tijah ni akan bawa kami mengikut trip pelancongan pilihan kami. Mula-mula, kami dibawa ke Serikin, berhampiran sempadan Indonesia, ala tempat membeli belah le tu, macam-macam ada, macam yang aku cerita kat entri aku sebelum ni la. Aku ikut je la, meraikan kawan-kawan aku dari Bintulu nih. Kalau nak pergi ke Serikin ni kena pergi awal pagi, sebab cuaca kat sana panas terik, dan jangan lupa bawa duit lebih, kat sana takde mesin atm, nanti kempunan pulak. Perjalanan dari Kuching ke Serikin ni lebih kurang satu jam setengah ke dua jam. Amboi geng-geng Bintulu ni, mentang-mentang p2, p3, bersoping sakan. Takpe bagi peluang, ye la dorang cerita kat Bintulu takde benda ape pun, bandar kosong je, tak besar sangat pun. Kesian juga, beruntung lagi aku yang kat Tegelam ni lagi la ye. Hihi...


Hampir pukul satu tengah hari baru kami bertolak keluar dari Serikin nih, mujur hari ni cuaca redup je, kalau tak memang panas sakit kepala la. Selepas tu Tijah bawa kami ke Batu 7 pulak, singgah kat tempat jual tikar Sarawak nih. Tikar-tikar ni memang menjadi pilihan ramai la. Kalau kita beli kat sini, dia akan pos terus ke rumah kita kat semenanjung nun. Lagi sekali dorang ni menyoping tikar Sarawak le plak. Aku pulak dapat tempahan tikar dari kawan aku, Ma untuk belikan dia tikar tu dan terus pos ke rumah dia. Ma ni pun geng aku ngan Nurul juga, pun duk kat Bintulu juga, tapi dia ni dah sarat, jadi tak larat nak keluar jalan-jalan, mintak tolong kawan-kawan je la. Yang lawaknye, lepas beli tikar, aku tengok dorang ni beli pulak rotan panjang sorang satu, senang nak merotan anak murid kat sekolah nanti. Adoi le macam-macam.

Dah tu, kami pergi ke Batu 4 pulak, melawat tempat membuat pasu. Ada bemacam-macam jenis pasu kat sini. Kami juga berpeluang untuk melihat cara-cara membuat pasu nih. Kami duk kat sini sekejap je, aku tengok muka sensorang macam boring je, ye la, dorang ni kalau dibawa ke tempat bersopping baru le bersemangat, tau dah. Hehe. Dalam setengah jam duk kat situ, kami terus ke bandaraya Kuching kembali. Sepatutnya destinasi lawatan kami seterusnya ialah melawat Muzium Sarawak, tapi dah hampir pukul 5 petang, jadi kami batalkan je la. Lepas makan, kami ditinggalkan kat "water front" pulak. Ha apa lagi, kami pun jalan-jalan kat kedai-kedai tepi sungai nih, kat sini banyak kedai menjual barang-barang kraftangan Sarawak. Pastu kami jalan-jalan kat tepi sungai nih, sambil ambil gambar kat sini. Seronok je jalan petang-petang kat sini. Dah puas jalan-jalan, kami naik perahu ke seberang pulak, nak pergi ke tempat membuat kek lapis Sarawak tu. Tempat buat kek lapis tu memang glemer la, apa nama kedai tu ye, ada nama Dayang gitula. Kat sini macam-macam jenis kek lapis ada, biasa aku beli yang masam-manis tu, bes jugak. Kat sini pun kalau nak pos ke rumah pun boleh, hanya kena bayar pos RM5 je. Geng-geng Bintulu ni bagus betul, siap beli banyak-banyak kek ni untuk anak-anak murid kat sana. Begitula kalau dah jadi cikgu ni, kita pergi je kat mana-mana mesti teringat juga kat anak murid kita nih. Betul tak?



Haha... saja nak tunjuk gambar jalan-jalan cari makan nih. Ni di antara, masakan pilihan aku, ada nasi lemak, roti canai, bihun goreng, nasi goreng, nasi ayam dan lain-lain la. Nasi tu memang takleh tinggal la. Kalau kat Tegelam, 2 minggu lepas aku selalu je kena serang pedih-pedih perut nih, tapi bila keluar je, langsung tak rasa sakit, yela, kerja aku makan je, emosi pun stabil, jadi tak sempat nak rasa sakit. Jadi, moralnya, aku kena keluar dari sana la ye...


Ahad, 12 Julai 2009

Geng-geng Bintulu ni bertolak balik ke Bintulu dari airport Kuching ni dalam pukul 7 pagi lagi. Dorang terpaksa balik awal pagi, sebab takde banyak sangat penerbangan ke Bintulu nih, pastu dorang kan duk pedalaman 2 ngan 3 nun jadi masih jauh lagi perjalanan dorang nih. Nanti sampai kat airport Bintulu, dorang kena ambik teksi ke bandar Bintulu. Lepas tu tukar pulak naik kereta atau van ke jeti. Dari situ naik bot ke tempat masing-masing. Yang kawan aku kat p2 tu cerita, tambang bot untuk ke tempat dia je dah RM400 satu bot, sebab tu dorang selalu keluar beramai-ramai. Ada sekali tu, bot yang dorang naik ni tetiba enjin mati kat tengah-tengah sungai nih. Rupa-rupanya minyak bot tu habis, jadi dorang beramai-ramai mengayuh bot tu pakai tangan je... huhu, dasat tu...

Apa-pun, dorang gembira betul dapat datang melancong ke Kuching nih, bukan melancong ni, datang menyopping lebih tepat! Hihihi... Aku pulak seronok sungguh bercuti selama tiga hari kat Kuching nih, dapatla mengurangkan ketensenan aku nih. Aku bertolak pulang ke Tegelam dalam pukul 11 pagi, kakak terpaksa datang ambik aku awal-awal, sebab Bos yang jadi dreba perahu kami kat Sungai Batang Sadong tu ada sms kakak yang dia nak keluar ke Simunjan pukul 1 petang nanti. Jadi terpaksa kami balik awal, nanti kalau lewat, takde sape plak nak ambik kami nih. Huhu...


Sampai je kat rumah aku kat Tegelam ni dalam pukul 1.30 petang, sambil duk mengemas rumah sikit, yela akukan meninggalkan rumah tiga hari, jadi si abe cak ngan kak ti pun bermaharajalela la kat rumah aku nih. Tengah menyapu tu, budak-budak ni datang kat umah aku nih, ni ha anak-anak murid aku Olivia ngan Roslend. Duk borak ngan budak-budak ni, keluar pulak cerita Justin budak darjah 2 patah kaki, sebab jatuh dari pokok pedada tu. Terkejut aku, dorang cakap Justin jatuh pokok ni hari Khamis lepas aku keluar ke Kuching tu. Adoila, macam-macam budak ni. Tu korang tengok kat atas tu, baru je aku cakap kat entri aku sebelum ni pasal buah pedada, pasal budak-budak ni suka panjat pokok tu, ha tengok, dah ada yang jadi mangsa, sampaikan patah kaki, kena simen lagi. Menurut cerita budak-budak nih, selepas jatuh tu, cikgu-cikgu ngan orang kampung bawa Justin ke hospital Simunjan dengan menaiki bot laju milik Tuai Rumah, dalam setengah jam sampai kat Simunjan. Selepas dibawa ke hospital Simunjan, hospital sini pulak bawa ke hospital Kuching dengan menaiki ambulan. Teruk juga kecederaan si Justin nih.


Isnin, 13 Julai 2009


Ha ni dia hero Tegelam nih. Siap senyum lagi. Petang tu, kami semua guru ni, pergi melawat Justin ni kat rumah panjang nih. Justin ni baru je sampai kat rumah dia hari nih. Tengokla, sampai ke paha kaki Justin ni disimen. Kesian pulak kat budak nih. Duk mengadu kata kaki dia gatal, tapi tak boleh nak digaru. Tu la, aku cakap, sabar je la, nanti bila dah baik, dah boleh buang simen tu, takpela. Aku ada tanya kat dia, lepas ni nak panjat pokok pedada lagi tak? Cepat-cepat je geleng kepala. Ha, baru tau, kalau aku duk membebel sebelum ni tak nak dengar. Dah banyak kali aku cakap jangan duk panjat, tapi degil juga, panjat juga. Ye la budak-budak, selagi tak kena memang akan duk panjat memanjatla. Sejak peristiwa Justin jatuh nih, aku tengok dah takde dah yang duk memanjat pokok-pokok nih. Semuanya macam serik la, ye la dorang tengok sendiri keadaan Justin masa jatuh tu. Kiranya jadi pengajaran kat budak-budak ni la... Aku harap Justin cepat sembuh, dan boleh datang ke sekolah macam biasa.


post signatureItulah catatan aku sepanjang awal bulan Julai nih. Rupa-rupanya dah masuk bulan ketujuh aku kat bumi Kenyalang nih. Bermacam-macam cerita, peristiwa, pengalaman sepanjang aku berada di sini. Tak sabar rasanya aku nak kembali ke semenanjung nun... bila agaknye ye... Ape pun aku sungguh gembira la. Seronok dapat join ngan geng Bintulu nih. Majoriti semuanya dari Kelantan, yang lain sorang dari Johor, dan sorang lagi dari Pahang. Dorang ni memang memahami sungguhla, memang boleh dibuat kawan la, kat sini aku rasa la suasana ukhwah tu. Yela, sama-sama merantau, profesion pun sama, sepatutnyalah kami dapat memahami sesama kami ni, pastu pulak datang dari semenanjung pulak tu. Masa berkumpul beramai-ramai ni la, kami dapat bercerita, meluahkan masalah masing-masing dan sama-sama mendengar dan membantu menyelesaikan masalah kami nih. Barulah kita tak rasa tensen, tak rasa tertekan, nak balik ke tempat masing-masing pun macam bersemangat je, dan aku juga turut merasai kekuatan itu... Semoga hubungan kami selepas ini akan berterusan sampai bila-bila. Yang besnye, kami dah merancang nak pergi berjalan ke tempat lain pulak... Jom sape nak ikut!!

4 comments:

maymot said...

hamboi piz...
gumbira nya gi jale2...
gumbira sampai tak hengat...haha

alhmadulillah...suka dengar piz suka n hepi.

cehhss piz...ayat power >>
--->>Jadi, moralnya, aku kena keluar dari sana la ye...

;p

Man said...

kuat bena demo gi derak deh ;)

piz said...

ho la kak wei... gumbiro sgt laaaa...
raso hepi la, blh jd ganah smula doh la ;)

lph ni plan nk g jale kk, blh a nk jupo mek lyn tu...

tp plan hok terdekat skali nk kelik coti2 sambut poso di mache ... hehe

hahaha... ayat power dr hati yg tulus ikhlas tu kak memot wei... royak byk2 kali, cukup 40kali, blh a tukar kelik smenanjung... ;)

piz said...

hehe man, puah duk sajo man wei, baik kito gi bederak, bilo lagi...
tapi kalu bulih bederak sapa mache bes lagi man dok :D