Wednesday, June 4, 2008

Bicara Buku (7): Guru Arkitek Bangsa



Judul Buku : Guru Arkitek Bangsa
Penulis : Mya Marja
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bil. M/S : 348
Harga : RM 24


Sinopsis

Menyusuri perjalanan Fuad membina kerjaya dalam bidang perguruan. Dengan keputusan SPM yang kurang cemerlang, beliau tetap meneruskan hasrat mengisi borang kemasukan maktab perguruan. Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana tiada sebarang jawapan daripada pihak maktab selepas enam bulan. Akhirnya beliau meneruskan pelajaran ke tingkatan enam dan berusaha mendapatkan keputusan cemerlang bagi memasuki maktab perguruan.

Selepas berusaha siang malam, beliau akhirnya berjaya diterima masuk ke maktab perguruan. Maka bermulalah perjuangannya dalam usaha mengejar cita-cita menjadi guru. Banyak perkara yang ditempuhi menyedarkan dirinya, betapa menjadi guru itu perlukan kecekalan serta kesabaran yang tinggi, bukan sekadar pilihan terakhir sekiranya tidak mendapat kerja.

Beliau tidak mahu hanya sekadar menjadi guru biasa. Banyak peluang terbuka luas baginya memajukan diri dalam profesion perguruan dan mencurahkan bakti kepada anak bangsa. Apakah peluang itu? Bukankah tugas guru hanya mengajar di dalam kelas? Kata orang, kerjaya guru tidak akan ke mana. Fuad membuktikan yang beliau mampu menjadi guru yang bukan sekadar guru. Baginya guru arkitek yang melakar tamadun bangsa.


Ulasan Piz

Akhirnya habis juga saya membaca buku ni. Ye la kalau kita nak mengulas tentang sesuatu perkara, kita kena tahu dan ada maklumat tentang sesuatu perkara itu. Tak boleh la kalau kita nak mengulas dengan sebegitu sahaja. Memandangkan hari ni saya telah berjanji tak mahu keluar rumah sempena protes saya mengenai isu yang berlaku pada hari ini, maka saya habiskan masa saya dengan menghabiskan bacaan buku ini.

Baiklah, berkenaan kisah Fuad yang berusaha untuk memasuki maktab perguruan ini, saya begitu bangga dengan usaha yang dilakukan oleh Fuad ini. Walaupun di awalnya, beliau ingin menjadi seorang tentera, namun di akhir persekolahannya di tingkatan enam, semangatnya untuk menjadi guru semakin memuncak, lebih-lebih lagi dengan dorongan pakcik, nenek dan sahabatnya.

Apabila Fuad berjaya menempatkan dirinya di maktab perguruan, beliau betul-betul berusaha menjadi seorang pelajar dan bakal guru yang rajin dan cemerlang. Setiap kerja yang dilakukan dibuatnya dengan begitu bersungguh-sungguh dan hasilnya beliau berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan terakhirnya dan meneruskan kecemerlangannya sebagai seorang guru baru di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Kerajinannya di sekolah menyebabkan banyak perubahan yang telah dilakukan di sekolah barunya, malah guru besar dan rakan-raka gurunya yang lain juga amat mengagumi hasil usaha yang dilakukan oleh Fuad.

Fuad juga turut menceritakan berkenaan kejayaan beliau dalam melatih anak muridnya berjaya dalam permainan catur di peringkat negeri. Saya begitu berminat dengan petua-petua dan kata-kata semangat yang digunakan oleh Fuad semasa mengajar anak muridnyanya bermain catur. InsyaAlllah akan saya cuba praktikkan apa yang diajar oleh cikgu Fuad ini.

Sememangnya, banyak liku-liku yang dihadapi oleh seorang guru baru seperti Fuad ini, walaupun bertahun-tahun berada di sekolah tersebut dan banyak menyumbang jasa kepada sekolah tersebut, namun ianya tidak dipandang telus oleh pihak atasan. Tapi saya amat berbangga dengan keikhlasan dan kerajinan Fuad ini, dan juga kesanggupan beliau untuk terus menyambung pelajarannya. Tahniah Cikgu Fuad.


piz: Harap2 ape yang dilalui oleh Fuad ini dapat menjadi panduan dan titik tolak kepada permulaan hidup aku di sekolah yang bermula pada 29 Jun nanti... Waa takut jg bila memikirkan penerimaan anak murid dan guru2 di sekolah tersebut nanti... guanolah gamoknye....!!



2 comments:

iSunik said...

Salam,

Setiap kerjaya mempunyai liku-liku yang harus dipelajari, bukan sahaja melalui buku, tetapi melalui pengalaman. Memang benar kata orang, lebih banyak makan garam, lebih jauh pandangan.

Pelajari dari pengalaman orang lain, agar mudah untuk berjalan kedepan, tapi tiada pengganti untuk kita merasai sendiri jerit-peritnya kerjaya yang dipilih.

Semoga awak terus berjaya dalam usaha murni ini.

piz said...

Wslm... beto bagai yg dikata, kalo stakat melalui buku, tak praktikal jg... Itu lah pentingnye pengalaman dr org lain, blh kita wak panduan..., tapi melalui buku jg, blh la kita wak rujukan jg...

Ape pn terima kasih kerne mengunjungi blog saya.