Friday, October 16, 2009

Cerita tentang temuduga

Atas permintaan kawan-kawan aku dan aku pun yang suka bercerita nih, maka aku coretla kat sini cerita semasa aku ditemuduga beberapa hari yang lepas...

7.30 pagi, Khamis, 15 Oktober 2009


Aku tiba kat Wisma Hong, ibu pejabat SPP kat Kuching ni sedang elok je jam 7.30 pagi. Ye la dah surat tu suruh aku datang temuduga jam 7.30 pagi, aku sampai la kat situ ngam-ngam kul 7.30 pagi, elok la tu (haha, beto sodek ni ore panggil!). Bila aku sampai je, dah ramai calon temuduga yang dah memenuhi ruang ni, semuanya aku tengok semangat, siap berbaju batik, skema je, yang tak tahan tu duk baca nota lagi... hihihi... Josh pon ada juga, cikgu satu sekolah ngan aku, dia calon nombor satu untuk bilik nombor 1, aku pula calon nombor empat untuk bilik nombor 3. Dah siap kakak kerani check aku punya sijil tu dia ada la bagitau aku, ni kalau aku teruskan ijazah aku sama dengan kursus yang aku ambil masa diploma dulu-dulu tu, mesti aku punya tangga lain sikit. Emmm takpela kak wei, tak kisah le, ape-ape je lah, lagipun dulu memang niat nak sambung kursus yang sama, tapi bila dapat sambung kat Sintok ni, mananye ada kursus tu, jadi aku ambil yang paling hampir je la, kursus membuat keputusan menggunakan teknik berasaskan komputer dengan kira-kira, Gapo-gapo la...

Lepastu kakak tu siap pesan kat aku yang penemuduga bilik 3 nih seorang datin, jadi kena pandai-pandaila, lepastu dia siap bagi tips kebiasaan datin tu akan soal bab PIPP, wawasan 2020 dengan falsafah pendidikan negara... Ayyaaa, semua ni aku macam ingat tak ingat je, ye la macam mana aku nak ingat dah aku tak baca, duk main jah sokmo... Guana la nasib aku. Pukul 8 pagi, barula, sesi temuduga ni bermula. Dahle aku ni gementar ye la, aku banyak dapat maklumat yang datin ni seorang yang "bekeng giler", siap menjerit-jerit lagi dalam bilik tu... woooo aku ni dengar gitu, terasa la kegerunan tu... Yang josh kat bilik 1 tu releks je, sebab tuan penemuduga tu beres, ok je... Ni yang aku dengar la. Bila dah mula sesi temuduga tu, pergh baru je calon pertama, cikgu lelaki tu dah kena tengking-tengking kat dalam tu. Waaaa suara datin tu sampai keluar bilik nih dengar, adus la makin kecut perut aku. Bila cikgu lelaki tu keluar, aku tanya la, oke ke tak? dia kata ok, takde ape, siap senyum lagi... huhu, macam tu punya temuduga pun dia kata ok. Lepastu pulak giliran ustazah ni pulak... waaaa lagi sekali aku dengar suara datin tu menjerit-jerit lagi... adoi la ape lagi yang tak kena nih, risau lagi aku nih. Dah le aku tak ingat ape pun lagi nih, yang aku ingat sebelum ni pun dah hilang macam tu je sebab terkejut dengar suara datin tu, huhu... Bila ustazah tu keluar je aku tengok mata dia dah merah-merah, air mata dah nak mengalir tu, aku malas la nak tanya, sian la pulak, bila dia tengok aku, aku senyum je. Tapi cikgu-cikgu lain yang tak faham bahasa ni, pergi la pulak kerumun dia tanya-tanya. Kesian betul. Lepastu calon ke 3 masuk, aku tengok gaya cikgu perempuan ni ok, sebab semua soalan yang aku ngan cikgu-cikgu lain tanya, dia mesti dapat jawab, kira semua dalam kepala dia la. Wah hebat. Bila dia masuk je, aku tak dengar la pulak suara datin ni menjerit-jerit, aku cuma dengar datin tu soal, lepastu cikgu tu jawab, soal-jawab. Macam tu la. Aiseymen guana la aku nih, ye la kut-kut aku lepas ni jadi mangsa jerit-jerit datin ni pulak ke... huhu...

Jeng-jeng-jeng, bila cikgu tu keluar je, aduslaaa jantung aku macam dah tak boleh mengepam darah dah rasanya, rasa nak pengsan je... Terus je kakak kerani suruh aku masuk pulak. Kakak wei, kalau kamek tak masuk takpe ke? Ai ni nak wak lawak gapo ni piz wei... Tapi bila aku ingat je kata-kata kak LB sebelum aku pergi temuduga tu: "piz kan ganah, mesti boleh!" hehe... aku terus je jadi ganah senang je datang semangat ganah aku nih, nak takut benda temuduga gini, ape a. Masuk je, aku releks je, eksen je aku nih ye, hahaha. Datin ni soal biasa la, latar belakang, lepastu cerita-cerita pasal Tegelam aku tu. Aku ape lagi bab-bab bercerita, borak-borak ni nombor wahid la, laaa datin tu pulak melayan je.Lepas satu-satu soalan, aku duk tunggu juga mana la soalan-soalan fakta-fakta yang biasa kena soal tu... Tunggu punya tunggu, takde juga soalan tu, akhir sekali tu datin tu tanye aku duk klate kat mane, kwang-kwang-kwang rupenye mak datin ni ore klate, tapi duk Melaka, siap kecek klate ngan aku. Tapi aku takleh nak jawab kut klate juga, sebab tadi ada la juga dia tanya berkenaan keprofesionalan seorang cikgu, contoh guru profesional, bagaimana p&p guru di dalam kelas, jadi aku kena pro jugak le, kan tak pasal-pasal aku kene jerit-jerit kat datin nih. Lebih kurang setengah jam selepas tu baru habis sesi temuduga aku nih. Sebelum tamat sesi nih, datin tu siap cakap-cakap, buat lawak sikit-sikit, lepastu aku siap salam-salam ucap selamat hari raya lagi, ha masa ni baru aku berani cakap kut klate aku nih, siap cakap: "jjupo smula-smula la plok datin deh!" Hehe, senyum je lah...

Akhirnya tamat jugala temuduga aku nih. Adoi punyala gabra aku nih, malasnye lagi aku nak hadiri temuduga macam ni lagi. Harap-harap aku lulus le temuduga ni ye. Jadi moral kat sini, secara serius ni, bukan main-main ni, lebih baik korang ikut panduan yang aku bagi kat entri di bawah nih, memang kena perihatin, kena rajin membaca, dan jangan nak main-main macam aku nih. Aku ni kebetulan je datin ni tetiba je tak menjerit-jerit, tak menyoal pelik-pelik ngan aku, mungkin masa aku tu dia dah penat menjerit kut, tu yang dia "coo"l sikit tu, nasib le. Tapi yang lawaknya, bila aku keluar tu, biasala dorang yang belum ditemuduga ni pasti akan tanya la soalan-soalan yang ditanya tu. Aku pun cerita jelah. Lepastu, ada sorang cikgu lelaki nih, dia tanya aku apa ayat yang aku baca sebelum aku masuk billik datin tu? Terpinga-pinga je aku ye la dia ni ingat aku ni tok bomoh ke? hahaha... lawak-lawak. Takde apenye, kita tawakkal je la, lepastu aku cakp le aku cuma baca doa yang biasa aku baca tu je la, mi aku selalu pesan suruh baca, kat entri di blog aku ni pon selalu je aku tulis ayat ni:

"ALlahumma yassir wala tu'assir... "

("Ya Allah ya tuhanku perrmudahkanlah dan jangan menyusahkan...")


post signatureBuat semua kawan-kawan aku yang bakal ditemuduga nanti, ikutla nasihat aku kat entri di bawah ni ye. Buat sehabis baik, tunjukkan keyakinan kita semasa ditemuduga tu, jangan takut-takut, buat macam aku nih "ganah". Selamat berjaya untuk sahabatku mizan, adik aku kat bangi tu dan semua la ye... ;)

0 comments: