Penggunaan elektrik secara berhemah, berjalan kaki atau berbasikal bagi menggantikan kenderaan, menggalakkan penggunaan kenderaan awam selain memelihara serta memulihara alam sekitar dapat mengurangkan kesan pemanasan global ini.
Begitu juga di pedalaman hulu sungai Simunjan ini juga turut menyahut seruan, apabila suis generator di Tegelam ini ditutup oleh Carl, penjaga mesin ini tepat jam 8.30 malam... Huhu, aku yang tak ready apa-apa ni pun kira turut menyokong kempen "Earth Hour" ini... Semangat betul Carl dan semua penduduk Iban di Tegelam ni, bila mereka semua turut menyokong kempen ini. Aku ingat nak tutup lampu je, tup-tup si Carl ni terus tutup suis enjin generator, bukan setakat lampu, ngan kipas, tv, laptop aku pun tertutup sekali. Bergelap le aku sensorang selama sejam...
Kebetulan aku balik ke Tegelam petang tadi dari Kuching ngan Kakak, Al dan Puteri. Jadi kat rumah aku ni aku duk sensorang je, sebab roomate aku Lis tak balik lagi... Kalau aku tau si Carl ni nak tutup suis generator tu mesti aku gi join Puteri ngan Al kat rumah sebelah. Tapi aku tak sempat nak buat apa-apa dah sebab ngan lampu suluh, lilin semua aku tak ada... sib baik ada laptop ngan handset nih, jadi aku mengharapkan cahaya dari sini la... dengan gelapnya, kipas pun tutup... duk tengok laptop ni je la. Mujurla kak memot layan aku duk borak-borak , sambil duk ym ngan saing-saing aku nih, kurang le rasa kegelapan tu... bukan takut, cuma gerun je la...
Apepun aku tabik la ngan penduduk Tegelam nih, walaupun jauh di pedalaman hulu sungai, tetapi mereka tetap mampu menyahut seruan kempen "Earth Hour" ni... Bagus a... Buat Carl, lain kali nak tutup suis generator tu bagi la hints skit, sib baik aku duk elok-elok je duk main tenet sambil makan burger pulak tu... kira nak marah pun tak jadi a, sebab aku tengah makan... lagi bagus pada masa sejam kita bergelap tu kita bayangkan kalau kita duk dalam kubur tu bermanfaat juga...
2 comments:
haha piz...
mujor tepon bukan guna power geberator..
kalau tak tokleh la kita nak bergosip2 masa bergelap td..
;)
tu la, mujur sblm tu duk tgh caj tpon ngan lptop ni, x tau plok dio nk tutup suis generator tu.
haha... gosip maso gelap nih bes jg kak, kito samb smula gosip tu... isy3
Post a Comment